Saturday, August 8, 2009

ANTARA TAKTIK MUSUH ISLAM



ANTARA TAKTIK MUSUH ISLAM


Saudara-saudara yang budiman,

Andainya penjajah barat merampas harta benda kita, memeras kekayaan negara kita, membunuh, menghapuskan anak cucu kita habisan-habisan dan memusnahkan rumah tangga kita, maka kezaliman seperti itu tidaklah seburuk atau sejelik-jelik natijah jika dibandingkan dengan kezaliman yang mereka lakukan terhadap kita dalam bentuk menaburkan racun-racun tamadun kebendaan, kebudayaan dan pengetahuan sains yang mengingkari kewujudan Tuhan dan moral akhlak yang runtuh. Apa yang dapat kita lihat dibuat oleh musuh-musuh Islam itu ialah contohnya:




PERTAMA : Merombak sistem pelajaran dan pendidikan adalah antara menjadi tujuan penjajahan . Setiap kali berjaya menguasai sesebuah negara Islam, mereka biasanya terus menghapuskan sistem pelajaran dan pendidikan kita jika mereka mampu. Atau mereka akan jadikan orang-orang yang berkelulusan menurut sistem pelajaran kita tidak ubah seperti barang yang tidak berharga dan seperti suatu benda yang hanya layak ditempatkan di dalam tong sampah.




KEDUA : Menukar dan menghapus bahasa tempatan umat Islam dengan mengunakan cara yang halus. Mereka tidak akan membiarkan bahasa umat Islam yang telah ditawan itu mempunyai nilai yang tinggi. Mereka singkirkan bahasa-bahasa itu agar tidak digunakan dalam bidang pelajaran dan pendidikan. Mereka juga tidak akan mengekalkan bahasa tempatan sebagai bahasa rasmi dalam sektor pentadbiran negara. Mereka kuatkuasakan bahasa mereka menjadi bahasa rasmi di dalam urusan pendidikan dan pentadbiran negara sebagai pengganti bahasa yang telah dimusnahkan itu. Taktik-taktik yang kotor itu telah pun diamalkan dalam negara-negara Islam oleh semua penjajah barat seperti Belanda, Inggeris, Perancis dan Itali. Begitu juga Russia dan China. Seolah-olah mereka semua telah mengadakan persetujuan bersama dalam mengunakan taktik ini.





KETIGA : Membentuk angkatan baru yang buta (jahil) Islam. Penjajah barat telah mencipta dalam negara-negara Islam melalui cara yang amat halus suatu generasi baru yang jahil tentang Islam yang suci. Mereka ini jahil tentang asas utama akidah, syariat, sejarah Islam yang agung dan tamadun mereka yang hebat. Ini hanyalah satu sudut, manakala sudut lain pula generasi ini telah dicelup aliran pemikiran mereka sehingga cara-cara berfikir dan pandangan mereka terhadap perilaku sesuatu itu mengikut kaca mata materialisma barat. Dari generasi yang berhaluan barat ini tumbuh pula generasi baru yang lain, yang sudah dapat dipastikan generasi yang belakang ini akan lebih lemah lagi pegangannya terhadap ajaran Islam dibandingkan dengan generasi sebelumnya. Mereka lebih kuat dalam mempertahankan tamaddun barat, lebih cinta kepada kebudayan barat dan lebih yakin terhadap falsafah barat yang berkaitan dengan kehidupan manusia.




MENIRU GAYA HIDUP BUKAN ISLAM


Sesungguhnya kemerosotan pemikiran generasi ini telah sampai kemuncaknya :



PERTAMA : Meniru bahasa dan gaya hidup penjajah. Mereka menganggap bahawa bahasa sendiri adalah satu keaibpan sementara bercakap dalam bahasa penjajah satu kebanggaan bagi mereka. Ada di antara mereka yang merasa gelisah disebabkan mereka adalah orang-orang Islam sedangkan para penjajah adalah orang yang fanatik dengan ajaran kristian. Ada pula orang-orang Islam yang merasa bangga kerana mereka menyeleweng dari landasan Islam; disebabkan kebutaan mereka terhadap hokum-hukumnya. Mereka merombak tamaddun Islam yang luhur ini dengan segala makian atau tuduhan. Mereka menganggap dengan berbuat begitu, itu adalah cara untuk menambahkan kemuliaan, meningggikan kedudukan dan status mereka dalam masyarakat. Padahal penjajah-penjajah barat tetap merpertahankan peradaban dan tradisi mereka yang lapuk dan berpegang teguh dengan akidah mereka yang lemah.



KEDUA : Meniru pakaian dan fesyen penjajah. Sedangkan penjajah tidak pernah suka memakai pakaian orang-orang Islam. Mereka tidak pernah mengikut tingkah laku kehidupan orang Islam walaupun hanya sekejap, sekalipun mereka hidup dalam negara ummat Islam seumur hidup mereka.



KETIGA : Meniru cara makan atau minum dan adat istiadat penjajah. Golongan yang berhaluan barat tanpa merasa malu berusaha untuk meniru cara hidup orang-orang barat dalam semua aspek - kecil dan besar. Bermula dari cara makan dan minum mereka sehinggalah kepada adat istiadat seperti cara berdiri dan duduk. Akhirnya mereka masuk ke dalam setiap lubang yang dimasuki oleh orang-orang barat, sekalipun ketika mereka berada di negeri-negeri mereka sendiri (negeri-negeri Islam). Bukan setakat itu sahaja, bahkan mereka merpertahankan cara hidup barat dan mengikut semua peninggalan mereka. Mereka telah terhidu fahaman kebendaan (materialisma), idealisma (fikiran yang tidak mengaku kewujudan tuhan) seperti nasionalisma jahiliah, pergaulan bebas, berbogel (mendedahkan aurat) dan mabuk.



KEIMANAN ORANG YANG TERPENGARUH DENGAN BARAT.


Sesungguhnya fikiran mereka telah diresapi fahaman bahawa ".. segala sesuatu yang datang dari barat adalah benar dan betul, wajib dipercayai dan diikut. Mempraktikkan cara barat adalah di antara tanda-tanda orang yang maju. Menentang cara barat disifatkan sebagai golongan kolot, mundur, bodoh dan tolol, menentang kemajuan dan lain-lain tuduhan, padahal sebenarnya mereka itu adalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui.




*Tanggungjawab Pemuda - Sayyid Abul A'la Al-Maududi

4 comments:

..::بشرى::.. said...

menarik..saya suka tulisan ni

Wan Abdul Ba'ith Izzuddin bin Wan Mustapa said...

syukran kerana terus membaca.

paatz said...

setuju dengan kamu...islam diletakkan no 2 dalam apa jua tindakan...

salam kenalan=)

Wan Abdul Ba'ith Izzuddin bin Wan Mustapa said...

terima kasih atas ulasannya... :D

wanabdbaith. Powered by Blogger.

Visitor

free counters