Friday, April 24, 2015

Non-Muslim Yang Mencari Hidayah

Bismillah...

Di kala sekarang tengah hangat isu berkenaan salah seorang perlakuan kaum cina di media sosial. Saya teringat akan sewaktu mula mencari kerja. Resume dihantar ke pelbagai tempat dan pernah sekali dihubungi oleh seorang puan/cik berbangsa cina.

Terlebih dahulu beliau menelefon dan memperkenalkan diri serta meminta maaf bahawa saya tidak mencukupi syarat yang ditetapkan. Dalam benakku terfikir, adakah hanya kerana ini saya dihubungi? Namun demikian, beliau pun meneruskan percakapannya bahawa beliau terlihat di dalam resume yang saya sertakan bahawa saya adalah pelajar dalam jurusan Islam. Maka beliau ingin bertanya dan berkongsikan beberapa pengalaman serta cerita hidupnya.

Beliau menceritakan bahawa beliau amat meminati Islam, beliau menghafal begitu banyak kalimah yang diajarkan di dalam Islam serta mampu membaca surah Al-Fatihah. Beliau juga mengamalkan akhlak-akhlak yang ditetapkan di dalam Islam iaitu tidak suka menipu, tidak suka berburuk sangka, tidak suka menfitnah, berpuasa dan sebagainya. Ma sya Allah, saya yang mendengarnya turut berasa teruja dan kagum atas kesungguhan beliau dalam mempraktikkan Islam meskipun beliau bukanlah seorang Muslim.

Sepanjang percakapan kami, tiada ucapan yang lebih baik yang mampu saya ucapkan melainkan ma sya Allah atas ketakjuban kepada beliau. Tujuan utama beliau menelefon saya hanyalah untuk mencari tempat berkongsi cerita dalam menguatkan kefahaman, keimanannya kepada Islam. Di akhir perbualan kami, saya titipkan doa agar beliau diberikan hidayah kembali kepada agama fitrah ini. Beliau kedengarannya begitu gembira di atas perkongsiannya bersama saya meskipun saya yang terdiam kerana ceritanya. Besarlah harapan saya untuk mengetahui apakah yang berlaku ke atas dirinya sekarang.

Tidak semua manusia seperti Alvin Tan, dan tidak semua manusia seperti Tuan Guru Nik Abdul Aziz... Saya percaya di luar sana masih ramai yang sedang mengenali Islam secara langsung atau tidak langsung dan terdetik untuk mendekatinya secara lebih rapat.

إنك لا تهدي من أحببت ولكن الله يهدي من يشاء


P/S : Kualiti penulisan sudah jatuh merudum, moga mendapat manfaat buat pembaca
wanabdbaith. Powered by Blogger.

Visitor

free counters