Saturday, June 18, 2011

لو كان عرضا قريبا وسفرا قاصدا

Bismillahirrahmanirrahiim...



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Apa khabar agaknya iman saudara saudari di luar sana hari ini, bersedihkah dia? Atau gembirakah dia? Antara doa yang ku suka ialah :

اللهم يا مقلب القلوب ثبت قلوبنا على دينك وعلى طاعتك

Kalau dahulu, ku membaca dengan memahami bahawa ia adalah doa untuk mengukuhkan hati dalam agama Allah ini, tapi Allah telah memberikan maksudnya yang kedua kepadaku sewaktu bermunajat kepada-Nya di Mekah baru-baru ini.

Sesungguhnya doa ini membawa kepada maksud yang lebih luas, iya dalam mengukuhkan agama dalam diri kita, kita tidak lari daripada melakukan ketaatan. Bahkan melakukan ketaatan ini amat susah untuk istiqamah. Pasti kita semua tidak lupa bukan akan hadith nabi shallallahu 'alaihi wasallam yang diriwayatkan oleh Imam Muslim di dalam Kitab Sahihnya daripada Abu 'Amr Sufyan bin Abdullah Ath-Thaqafi yang berbunyi :

 قل ءامنت بالله ثم استقم



Iman, Islam, Amal itu berkait rapat dengan istiqamah, besarnya pengertian istiqamah ini sehingga doa di atas sahaja adalah berkaitan dengan istiqamah.Tambah lagi apabila dinisbahkan istiqamah ini kepada perkara kebaikan, untuk berbuat kejahatan senang sahaja bukan? kata-kata buruk, menyakiti orang lain, dendam dan selebihnya datang tanpa memerlukan kepada latihan, tapi istiqamah dalam berbuat kebaikan? Amatlah susah untuk dilakukan, tidak perlu untuk berfikir panjang, lihat sahaja kehidupan kita seawal bangun pagi, berapa ramai manusia yang membaca doa bangun tidur setiap pagi? Berapa ramai yang mengejutkan kawan-kawan yang sedang nyenyak tidur untuk bangun bersama kita? Berapa ramai yang solat sunat Subuh? Berapa ramai pula mereka yang membaca zikir, Al-Quran dan sebagainya setiap hari? (Ana ketepikan Qiyamullail bukan kerana ia tiada kepentingan, tapi ingin menjelaskan hal yang lebih asas yang sepatutnya kita lakukan dalam kehidupan kita)

Perbanyakkan membaca doa di atas, semoga dengannya Allah mengurniakan kepada kita nilai, erti dan keindahan sebuah istiqamah.

Sebenarnya entry kali ni ditulis untuk menceritakan pengalaman umrah kali ni, tapi terlebih panjang di atas pula... huk3



Oklah, baru-baru ini 4 Jun 2011, ana dan beberapa orang sahabat telah diberikan kesempatan oleh Allah SWT untuk menunaikan umrah buat kali ketiga (bagi ana, pertama bagi mereka), kalau umrah pada tahun-tahun lepas ana hanya menyiarkan beberapa keping gambar, maka kali ini ingin sedikit untuk bercerita. Semoga ibrahnya dapat diambil bersama.

Perjalanan umrah pada kali ini sungguh agak memenatkan berbanding tahun-tahun lepas, penat? Penat dengan beberapa karenah arab yang sebelum ini tidak terkena pada diri. Ana boleh mengatakan bahawa pengurusan pada tahun ini agak kurang memuaskan tapi sebenarnya itulah tarbiyah pada diri untuk merasai sedikit sebanyak bagaimana keadaan sahabat-sahabat dari mantiqah lain yang mana sentiasa berdepan dengan karenah sedemikian apabila berurusan dengan arab. Biarpun demikian, dalam kesusahan itu sudah pasti ada kesenangannya, Allah gantikan dengan perasaan beribadah yang menarik.

Subuh 7 Jun 2011, imam mengumandangkan beberapa ayat yang cukup menyentuh hati sehingga seorang pak cik yang solat di sebelahku terpaksa menahan tangisannya daripada menjadi teresak-esak begitu juga imam. Tahukah kalian apakah ayat yang dibacakan? Ayat tersebut ialah firman Allah SWT dalam Surah An-Naml, ayat 80-81 :

إنك لا تسمع الموت ولا تسمع الصم الدعاء إذا ولوا مدبرين وما أنت بهادى العمي عن ضلالتهم إن تسمع إلا من يؤمن بئاياتنا فهم مسلمون



Terjemahannya : (80)Sesungguhnya kamu tidak dapat menjadikan orang-orang yang mati mendengar mendengar dan (tidak pula) menjadikan orang-orang yang tuli mendengar panggilan, apabila mereka telah berpaling membelakang. (81) Dan kamu sekali-kali tidak dapat memimpin (memalingkan) orang-orang buta dari kesesatan mereka. Kamu tidak dapat menjadikan (seorang pun mendengar), kecuali orang-orang beriman kepada ayat-ayat Kami, lalu mereka berserah diri.




Bersambung.... (Maaf kerana tergantung, perlu uruskan sesuatu...)

1 comments:

Nur Hanani Fadzilah said...

Ayat pemberitahuan terus dari Allah, sangat dekat dengan ahwal manusia..

Sambung la cepat .. :)

wanabdbaith. Powered by Blogger.

Visitor

free counters