Tuesday, August 18, 2009

Jom! Bersama Dalam Menikmati Kelazatan Ibadah


Post pada kali ini hanyalah sekadar suatu teguran kepada diriku dan sahabat... :D

Firman Allah dalam surah An-Nahl ayat 125 bermaksud; “Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik.”

Bertanya Abdullah kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam : 'Apakah amalan yang paling dicintai oleh Allah?' Sabda Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam : 'Solat pada waktunya.' Abdullah bertanya lagi : 'Kemudian apa?' Nabi shallallahu 'alaihi wasallam menjawab : 'Kemudian berbuat baik kepada kedua ibu bapa.' Abdullah bertanya lagi : 'Kemudian apa?' Nabi shallallahu 'alaihi wasallam menjawab : 'Berjihad pada jalan Allah.'

Pertama : Dalam menunaikan sesuatu ibadah, janganlah kita melupakan sahabat-sahabat kita yang lain agar turut sama menikmati ibadah tersebut. Bersama Menikmati Ibadah.

Contoh:
Jikalau kita adalah orang yang paling awal bangun di waktu subuh, maka kejutkanlah pula sahabat-sahabatmu yang lain 'SEBELUM' kamu bertolak ke masjid untuk berjemaah. Jangan tunggu sehingga kamu pulang baru kamu hendak mengejutkan mereka yang lain kerana setelah kamu pulang waktu subuh hanya tinggal saki baki di penghujung waktu sahaja. Maka apakah kamu tidak mengasihani sahabat-sahabatmu yang lain?


Kedua : Kejutkanlah sahabat-sahabatmu itu sesuai dengan tahap kejutan yang kamu harus beri kepadanya, yakni bersikap adillah dan jangan menyama ratakan tahap kejutan tersebut. Kepelbagaian method. :p

Contoh:
Si A ialah seorang yang paling payah untuk bangun solat Subuh, si B pula seorang yang boleh tersedar dengan hanya memanggil namanya satu kali sahaja. Jadi janganlah engkau menjadikan tahap kejutan sama rata dengan mengejutkan si A berdasarkan method si B iaitu hanya memanggil nama. Sebaliknya sikap adil di dalam hal ini ialah merenjiskan air @ memanggil berkali-kali @ mengetuk pintu kuat-kuat @ memberitahunya bahawa waktu subuh dah nak habis.

Ketiga : Jika sahabat-sahabatmu masih lagi belum bangun menunaikan solat walaupun setalah kamu melakukan perkara-perkara di atas maka janganlah pula kamu tinggalkan mereka terus, sebaliknya gunalah method lain yang lebih berkesan. Berterusan Dalam Menyeru/Berdakwah.


Contoh:
Kamu pulang dari masjid tapi sahabat kamu masih belum solat, maka step pertama ialah seru dia buat kesekian kalinya dan 'BERITAHU' secara tepat pukul berapakah sekarang kamu berada dan berapa minit yang tinggal sebelum berakhirnya subuh (kalau susah sangat, reka je). Step kedua, menggunakan teknik tepukan. Manakala step ketiga ialah MARAH! (tapi sebaiknya janganlah gunakan kemarahan dalam mengejutkan orang kerana kejutan tersebut akan menghilangkan mood orang tersebut untuk mematuhi arahan kita.) Jika dah terlalu lewat maka gunakanlah kemarahan itu secara wisely kerana kita dimarahi di dunia lebih baik daripada kita melihat sahabat kita diseksa di akhirat nanti akibat terlepas waktu solat kerana kemalasan.

Keempat : Jika sahabatmu itu orang yang lewat tidurnya kerana membaca buku @ mempunyai urusan yang menyebabkan dia terlewat tidur maka tanganilah dia dengan lebih cermat dan sabar kerana kebiasaannya orang sebegini akan cepat melenting apabila kita menggunakan kaedah yang sedikit aggresif. Sabar Dalam Berdakwah.





*p/s: kepada si penidur yg dikejutkan oleh sahabat tu bangun2 lah, kasihan kat sahabat tu... (diri sendiri lah tu), apapun diharap ahli rumahku faham... :p

4 comments:

NoRuLLiSzA eL FaRiSi said...

Marhaban ya Ramadhan..
moga Ramadhan kali ini membawa seribu pengertian buat diri yang hina..

Wan Abdul Ba'ith Izzuddin bin Wan Mustapa said...

jazakallahu khaira atas komennya... :D

neem said...

selamat menunaikan ibadat. moga tabah sentiasa!

Wan Abdul Ba'ith Izzuddin bin Wan Mustapa said...

Semoga amalanmu diterima oleh ALLAH, dan ditempatkan bersama-sama para anbiya' di akhirat kelak... syukran atas doanya. :D

wanabdbaith. Powered by Blogger.

Visitor

free counters