Tuesday, November 19, 2013

Membaca Qunut dalam Solat

Pendapat Ibnul Qayyim Al - Jauziyyah rahimahullahu berkenaan qunut dalam kitab beliau Zaadul Ma'ad fi Hadyi Khairil 'Ibad :


Saturday, September 14, 2013

Rumahtangga (2)

Bismillahirrahmanirrahim


Kehidupan berumahtangga sepatutnya menyebabkan seseorang itu lebih terjaga pandangan matanya, lebih terjaga hatinya, dan paling penting semakin mendekatkan diri kepada Allah Maha Kuasa. Tak kira lelaki atau perempuan, ia adalah perkara yang sama berlaku.

Semalam, teratak kami (Bayt 'Ukasyah) sempat menjemputkan pasangan baru Sweileh, Ustaz Abdul Hakim dengan pasangan Ustazah Farah Aisyah, Ustaz Amir Hamzah dengan pasangan Ustazah Norfasihah Nasuha, dan Ustaz Zhanief dengan pasangan Ustazah Edaya. Begitu gembira dan ceria sekali mereka tampak dari luar.

Kata Ustaz Zhanief, 'Kita sebelum kahwin ni asyik menjeling orang tetapi sekarang tak lagi.' Ustaz Hakim pula menyampuk, 'Buat apa nak jeling orang lagi kerana kita sudah ada (isteri) di rumah.' Disambungnya pula cerita dia dan pasangan di universiti dilihat pelik (macam bercouple sebab dua-dua kecil tubuh badan) oleh seorang ustazah baru M.A. Lalu si ustazah menegur bertanya nama siapa, tanpa berlengah terus Ustaz Hakim perkenalkan namanya dan menyatakan bahawa ini adalah isteri beliau. Perkahwinan di usia muda sudah menjadi suatu perkara baru tetapi biasa, moga-moga hadith Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam itulah yang kita jadikan panduan.

“Wahai anak muda, berkahwinlah. Sesiapa yang mampu, berkahwinlah kerana ia lebih memelihara mata dan menjaga faraj. Sesiapa yang tidak mampu untuk berkahwin hendaklah dia berpuasa kerana puasa adalah penahan (daripada gelojak nafsu)” (Hadith Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari).


Diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra bahawa telah bersabda baginda rasulullah salallahualaihiwasalam :
“Jika datang kepada kamu seorang lelaki yang engkau redhai agamanya dan akhlaknya untuk meminang perempuan kamu maka nikahkanlah dia jika tidak kamu lakukan demikian maka akan timbullah fitnah dan kerosakan”. (hadith hasan riwayat Tirmidzi no 1084)

Ustaz Amir pula bercerita bagaimana beliau cemburu dengan orang yang melihat isteri di dalam flight sehinggalah turun daripada flight. Lalu beliau mengambil keputusan untuk bercakap dengan pemuda tersebut. Sungguh cemburu dalam hal ini adalah ibadah jika diniatkan untuk mengikut sunnah Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam.

Sa’ad bin ‘Ubadah radhiyallahu ‘anhu pernah berkata dalam mengungkapkan kecemburuan terhadap istrinya:
Seandainya aku melihat seorang laki-laki bersama istriku niscaya aku akan memukul laki-laki itu dengan pedang (yang dimaksud bagian yang tajam, red)…” Mendengar penuturan Sa‘ad yang sedemikian itu, tidaklah membuat Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam mencelanya, bahkan beliau bersabda: “Apakah kalian merasa heran dengan cemburunya Sa`ad? Sungguh aku lebih cemburu daripada Sa`ad dan Allah lebih cemburu daripadaku.” (Shahih, HR. Al-Bukhari, dalam kitab An Nikah, bab “Al-Ghairah” dan Muslim no. 1499)

Barakallahu lakuma wabaraka 'alaikuma wa jama'a bainakuma fi khair

Thursday, September 12, 2013

تفسير ابن جزي - update 9/9/2013

د. صلاح عبد الفتاح الخالدي

كتاب التسهيل لعلوم التنزيل
ابن جزي

الآية 40 من سورة البقرة
﴿يَا بَنِي إِسْرَائِيلَ اذْكُرُواْ نِعْمَتِيَ الَّتِي أَنْعَمْتُ عَلَيْكُمْ وَأَوْفُواْ بِعَهْدِي أُوفِ بِعَهْدِكُمْ وَإِيَّايَ فَارْهَبُونِ(40) وَآمِنُواْ بِمَا أَنزَلْتُ مُصَدِّقاً لِّمَا مَعَكُمْ وَلاَ تَكُونُواْ أَوَّلَ كَافِرٍ بِهِ وَلاَ تَشْتَرُواْ بِآيَاتِي ثَمَناً قَلِيلاً وَإِيَّايَ فَاتَّقُونِ(41) وَلاَ تَلْبِسُواْ الْحَقَّ بِالْبَاطِلِ وَتَكْتُمُواْ الْحَقَّ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ(42)وَأَقِيمُواْ الصَّلاَةَ وَآتُواْ الزَّكَاةَ وَارْكَعُواْ مَعَ الرَّاكِعِينَ(43) أَتَأْمُرُونَ النَّاسَ بِالْبِرِّ وَتَنسَوْنَ أَنفُسَكُمْ وَأَنتُمْ تَتْلُونَ الْكِتَابَ أَفَلاَ تَعْقِلُونَ(44) وَاسْتَعِينُواْ بِالصَّبْرِ وَالصَّلاَةِ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلاَّ عَلَى الْخَاشِعِينَ(45) الَّذِينَ يَظُنُّونَ أَنَّهُم مُّلاَقُوا رَبِّهِمْ وَأَنَّهُمْ إِلَيْهِ رَاجِعُونَ(46)﴾


نفسير ابن جزي - update 26/8/2013

د. صلاح عبد الفتاح الخالدي

كتاب التسهيل لعلوم التنزيل
ابن جزي

الآية 30 من سورة البقرة
{وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَنْ يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لَا تَعْلَمُونَ (30) وَعَلَّمَ آدَمَ الْأَسْمَاءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَهُمْ عَلَى الْمَلَائِكَةِ فَقَالَ أَنْبِئُونِي بِأَسْمَاءِ هَؤُلَاءِ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ (31) قَالُوا سُبْحَانَكَ لَا عِلْمَ لَنَا إِلَّا مَا عَلَّمْتَنَا إِنَّكَ أَنْتَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ (32) قَالَ يَا آدَمُ أَنْبِئْهُمْ بِأَسْمَائِهِمْ فَلَمَّا أَنْبَأَهُمْ بِأَسْمَائِهِمْ قَالَ أَلَمْ أَقُلْ لَكُمْ إِنِّي أَعْلَمُ غَيْبَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَأَعْلَمُ مَا تُبْدُونَ وَمَا كُنْتُمْ تَكْتُمُونَ (33) وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ أَبَى وَاسْتَكْبَرَ وَكَانَ مِنَ الْكَافِرِينَ (34) وَقُلْنَا يَا آدَمُ اسْكُنْ أَنْتَ وَزَوْجُكَ الْجَنَّةَ وَكُلَا مِنْهَا رَغَدًا حَيْثُ شِئْتُمَا وَلَا تَقْرَبَا هَذِهِ الشَّجَرَةَ فَتَكُونَا مِنَ الظَّالِمِينَ (35) فَأَزَلَّهُمَا الشَّيْطَانُ عَنْهَا فَأَخْرَجَهُمَا مِمَّا كَانَا فِيهِ وَقُلْنَا اهْبِطُوا بَعْضُكُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ وَلَكُمْ فِي الْأَرْضِ مُسْتَقَرٌّ وَمَتَاعٌ إِلَى حِينٍ (36) فَتَلَقَّى آدَمُ مِنْ رَبِّهِ كَلِمَاتٍ فَتَابَ عَلَيْهِ إِنَّهُ هُوَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ (37) قُلْنَا اهْبِطُوا مِنْهَا جَمِيعًا فَإِمَّا يَأْتِيَنَّكُمْ مِنِّي هُدًى فَمَنْ تَبِعَ هُدَايَ فَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ (38)وَالَّذِينَ كَفَرُوا وَكَذَّبُوا بِآيَاتِنَا أُولَئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ(39) }

Wednesday, September 11, 2013

فقه تأويل القرآن - update 11/9/2013

ُEpisod seterusnya bagi kelas Syeikh Solah Al-Khalidi


Tarikh 26 Ogos 2013

Tarikh 9 September 2013

Setahun Mendekati Kematian

Bismillahirrahmanirrahim

Semalam genaplah tahun ke 23 dari tarikh kelahiran. Dalam hijri jatuh pada 20 Safar 1411 Hijrah.

Hari itu bukan hari untuk bergembira, bahkan ia adalah hari muhasabah... Engkau lebih mengetahui apa yang telah engkau lakukan dan Allah lebih mengetahui hal tersebut dari dirimu.

إذا جاء أجلهم لا يستأخرون ساعة ولا يستقدمون
Apabila datangnya ajal mereka, tidak mereka mampu untuk melambatkannya walau sesaat dan tidak juga mampu mengawalkannya.

Kepada isteri yang dicintai, minta maaf atas kekurangan diri ini, tidak sesempurna mereka yang engkau dahulu impikan. Kau wanita solehah, tidak jemu mengajak kepada perkara kebaikan ketika diri dihambat rasa malas.

Setiap kali subuh dan engkau mengejutkan diri ini untuk berjemaah di masjid, kugagahkan kaki walau dalam kemalasan, hakikatnya selepas solat baru terasa akan kemanisannya. Sempat membaca zikir pagi saat pulang dari masjid yang mana jika tidak ke masjid sudah tentu ia tidak dibaca. Sempat juga memahami dan mendalami makna zikir tersebut... Betapa beruntung memiliki isteri sepertimu, betapa rugi orang yang memiliki suami sepertiku.

Zikir yang menggerunkan jiwa...
{ اللهم أنت ربي لا إله إلا أنت خلقتني وأنا عبدك وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت أعوذ بك من شر ما صنعت أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت} 


يا حي يا قيوم برحمتك أستغيث أصلح لي شأني كله

Semoga Allah memberkati hidup kita, melimpahkan rahmatNya kepada kita, mematikan kita dalam iman dan taqwa.
 

Monday, September 9, 2013

Rumahtangga (1)

Sebagaimana si suami kerjanya lebih tertumpu di luar rumah sebegitu jugalah si isteri kerjanya lebih tertumpu di rumah.

Jangan kerana satu pandangan mengatakan tugas wanita itu hanya melayani suami maka kita tinggalkan pendapat orang lain yang juga faqih.

Thursday, September 5, 2013

Generasi Y, X dan Z

Assalamualaikum wbt,

Selalu kedengaran berkenaan generasi Y, X dan Z. Siapakah mereka? Yang boleh difahami, merekalah kita, anak-anak kita dan cucu cicit kita pada alaf ke 20 ni.

Generasi yang mudah putus asa, pemalas, tidak kuat semangat, dan lain-lain.

Si suami contohnya, bersikap sambil lewa terhadap tanggungjawabnya dalam rumahtangga, tidak berusaha bersungguh-sungguh mencari kerja, tidak kuat, dayus, tidak memahamkan keluarga dengan kefahaman Islam.

Si isteri pula, sentiasa komplain terhadap tanggungjawabnya di rumah (tidak seperti ibu kita yang mana walaupun membebel tapi kerja tidak ditinggalkan), pemalas, nusyuz, tidak mempedulikan perasaan suami dan penampilan di hadapan suami, mengumpat (makin menjadi-jadi).


-----------------

Kehidupan di Jordan

Tiada siapa yang dapat membantu kecuali diri sendiri, tiada ayah dan ibu untuk berteduh meminta makanan, tiada juga duit poket dari ibu dan ayah. Semuanya mesti diusahakan sendiri. Semua mesti dimasak sendiri, pakaian mesti dibasuh sendiri, rumah mesti dikemas sendiri. Bahkan untuk hubungi ibu dan ayah pun kredit mesti dicari sendiri.

Dalam keadaan hidup di negara orang, pekerjaan sudah tentu suatu yang susah diperolehi tapi andai dicari pasti ada, rezeki Allah itu luas dan tidak datang bergolek.

Rumahtangga juga mesti dibina dengan toleransi yang tinggi, jangan hanya tahu mengkritik keburukan atau kekurangan suami atau isteri kita. Bantu beliau, kalau kita tidak membantunya kepada siapa lagi bebanannya boleh diringankan? Suami yang pulang dari kerja jangan disuruh melakukan perkara yang memenatkan. Hidangkan beliau dengan makanan, suruhlah berehat terlebih dahulu.

Si isteri yang pulang dari belajar, berikan beliau juga ruang untuk berehat, jikalau kita boleh memasak  apalah salahnya sekali sekala kita pula memasak dan hidangkan kepada si isteri apabila beliau balik. Hiasi rumah dengan ibadah, apabila salah seorang daripadamu malas, tunjukkan kerajinan kita dan usah lemparkan kata-kata tajam yang bukannya menambah kebaikan tetapi keburukan dan perbalahan. Amalan kita adalah kata-kata terbaik yang mengubah orang dalam senyap.

Pernahkah kita dengar dan lihat tentang orang lain yang melakukan kebaikan (contoh : menolong nenek melintas jalan, memberikan tempat duduk kepada orang yang lebih tua dan sebagainya)? Beliau bukan sahaja menyebabkan orang berbuat baik kepadanya, orang senang hati bahkan mendapat doa percuma tanpa diminta.

Suami jagalah pandanganmu, si isteri jagalah mulutmu...


Friday, March 29, 2013

Selamat Ulangtahun Kelahiran ke _ _

Assalamualaikum wbt,





Alhamdulillah, segala puji dan puja milik Allah Tuhan Sekalian Alam yang telah menganugerahkan kepadaku seorang isteri yang penyabar, pemberi semangat, semoga sentiasa menjadi isteri yang solehah dan beroleh syurga Allah yang abadi, selawat dan salam juga ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam.

Selamat Ulang Tahun Kelahiran yang ke _ _ buat isteri tercinta, Nur Hanani Fadzilah binti Abdul Khalid... Tak lupa juga Ulang Bulan Perkahwinan kita yang ke 7 baru-baru ini.  :)

Meskipun bersikap kebudak-budakan, tetapi Allah Yang Maha Mengetahui betapa dia benar-benar penguatku di kala susah, pemberi semangat yang tidak pernah putus, membuatkanku bersungguh melakukan sesuatu.

Terima kasih atas kasih dan sayang yang dicurahkan, tiada dapat kubalas melainkan dengan mendoakan agar Allah SWT memberikanmu yang terbaik dariNya.

Jangan bersedih atas sesuatu yang kita belum ada, hikmahnya pasti ada, sentiasa berusaha memperbaiki diri, jangan terikut dengan sikapku yang tak elok, sentiasalah istiqamah dengan kebaikan... Moga-moga kebaikan yang kita amalkan itu memberi kesan kepada orang yang rapat dengan kita.



Rajin-rajin study... All the best

----------------------------

P/S : Minta maaf sebab tak teringat nak beli hadiah, harapnya makan-makan malam ni dapat gembira hatimu sedikit sebanyak, maafkan salah dan silap abang juga :)

Sunday, March 24, 2013

Sabar dengan Musibah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,



Alhamdulillah, segala puji dan syukur kepada Allah subhanahu wa ta'ala serta selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam.

Allah subhanahu wa ta'ala berfirman :

فإن مع العسر يسر - إن مع العسر يسرا

Minggu ini diberikan ujian oleh Allah subhanahu wa ta'ala, musibah yang begitu berat seolah diri ini tidak mampu untuk menanggungnya. Bagaimana terkenang kisah Ka'ab bin Malik radhiallahu 'anhu yang dipulaukan, mengenangkan juga kisah Ummul Mukminin 'Aisyah radhiallahu 'anha apabila difitnah. Kecekalan hati mereka dalam berdepan dengan musibah yang dihadapi sungguh meruntun jiwa sesiapa sahaja yang membacanya.

Kedua kisah tersebut walaupun berpunca dari sebab yang berbeza tetapi kedua-duanya dipulaukan, mesti tidak pernah terbayang di fikiran kita bagaimana boleh terjadi semua orang yang kita kenali memulaukan kita, kawan-kawan yang dahulunya kita bergelak ketawa dan menangis sekali tiba-tiba memulaukan kita, ustaz-ustazah yang dahulunya memberikan tunjuk ajar kepada kita tiba-tiba turut memulaukan kita. Dada terasa begitu sempit, air mata mengalir dengan begitu mudah sekali. Allah...

"Allah sedang berbicara denganmu..."

Di kala itu, tiada tempat lain untuk mengadu setelah Allah kecuali orang terdekat, mesej dihantar kepada ummi memohon doa seorang ibu agar Allah membuka jalan dan memberikan petunjuk. Isteri yang tidak putus-putus memberikan kata semangat amat dihargai, terasa besarnya peranan Ummul Mukminin Khadijah radhiallahu 'anha tatkala menenangkan Nabi shallallahu 'alaihi wasallam setelah diturunkan wahyu dan berjumpa Jibril alaihissalam. Kata-kata mereka ibarat pertama yang menyebabkan diri ini terus mampu melangkah ke hadapan sedangkan jika bersendirian sudah tentu rebah ini memerlukan masa yang agak panjang untuk bangkit kembali. Terima kasih dan bersyukur kerana mempunyai mereka, moga Allah memberikan mereka syurgaNya yang tertinggi bersama para Nabi Allah yang mulia.

Begitu juga terasa gugur seluruh dosa, seolah diri diberi nafas baru untuk menerus baki kehidupan, hanya Allah mengerti. Allah menyayangimu, Allah ingin engkau menjadi manusia baru tanpa dosa, Allah mahu engkau menjadi orang yang semakin tabah melangkah ke hadapan, Allah amat dekat denganmu.

Saat diuji, kita teringat betapa banyakkah amal ibadah yang telah kita kerjakan, cukupkan untuk kita bawa menghadap Allah? Andai dengan manusia yang telah kita curahkan begitu banyak baktipun dengan senang diruntuhkan dengan syak wasangka, apakah kita tidak fikir pahala kita dengan senang boleh terhapus dengan dosa yang kita lakukan?

Bersabar... Allah bersama orang-orang yang benar

Kesilapan hari ini jadikan teladan, jangan ulangi dan perbaiki ke arah lebih baik


-----------------------------------------
Tidaklah seorang suami yang keletihan pulang dari tempat kerja akan merasai keletihan yang dihadapinya apabila disambut dan dibelai mesra oleh isteri yang solehah. Begitu juga sebaliknya betapa bertambahnya keletihan si suami apabila disambut dengan si isteri mengingatkan kekurangan serta tanggungjawabnya yang tidak selesai tanpa memikirkan kepenatan si suami.

Saling memahami, bertolak ansur, jangan mengambil kesempatan atas kekurangan satu sama lain sebaliknya belajarlah sifat lengkap melengkapi. Jangan kerana si suami kerap menolong di dapur maka kau lepaskan tanggungjawabmu kepadanya, dan jangan kerana banyaknya si isteri menolongmu dalam kerja menyebabkan engkau malas, melepaskan tanggungjawabmu kepada si isteri.

اللهم اهدنا سبل السلام, واجعل أسرتنا رياض من رياض الجنة وبارك لنا بالمودة والرحمة من عندك

إنك أنت الرحمن الرحيم

Sunday, March 10, 2013

Kritikan Dalam Persatuan



Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah, selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam, juga salam rindu kepada isteri tercinta, keluarga, guru-guru dan sahabat-sahabat yang dirahmati Allah.


KRITIK KERANA CINTA / BENCI
Kritikan boleh menjadi tanda kita cinta kepada sesuatu, kita mengkritik kerana kita mahukan ia menjadi lebih baik dan lebih dicintai. Namun, kritikan juga boleh menjadi tanda benci kita terhadap sesuatu, menunjukkan betapa kita tidak menyukainya, hasad dengki dan sebagainya.

Samada kritikan itu adalah kritikan cinta ataupun benci dapat kita lihat daripada bibit kata seseorang. Bagaimana mungkin orang yang mengatakan bahawa dia mencintai sesuatu yang dikritiknya tanpa dia tidak sedikitpun membela perlakuan baik yang dilakukan oleh orang yang dicintainya? Dalam konteks bepersatuan, orang yang memimpin persatuan adalah manusia dan ada salah silapnya yang tidak dapat dinafikan. Kita dalam memberi kritikan atau teguran perlu terlebih dahulu berfikir sebagaimana berfikirnya seorang pemimpin barulah kita dapat melihat sisi pandang yang lain. Jangan menyempitkan ruang fikiran kita dengan satu idea dan dari satu sudut!

Sungguh hairan dengan orang yang tidak terlibat dengan meeting-meeting persatuan, jarang sekali menjadi ajk program (terutama ajk program, ajk teknikal, pengarah dan amt) tiba-tiba bangkit menyatakan pendapat seolah pendapatnya sahajalah yang betul dan benar. Bimbang andai kita hanya tahu mengkritik tanpa memberikan penyelesaian bahkan lebih kepada menurut hawa nafsu serakah yang tidak bertepi.

KRITIKAN DALAM ISLAM
Kritikan yang kita ingini adalah kritikan yang membina, kritikan yang memperbaiki kelemahan di samping tidak bersikap menjatuhkan. Kritikan dalam Islam adalah kritikan berbentuk islah (memperbaiki) dan bukan ifsad (merosakkan). Inilah sifat kritikan dari seorang muslim, kritikan ifsad bukan sahaja menjatuhkan tetapi menimbulkan pelbagai lagi masalah seperti :

1. Membangkitkan kemarahan orang ramai sehingga kritikan sebagai cinta kita diterjemah oleh orang lain sebagai benci.
2. Pemulauan terhadap kata-kata dan renggangnya ukhuwwah yang telah kita bina selama ini.
3. Membibitkan permusuhan dan hasad dengki yang berlarutan.
4. Memecahbelahkan kesatuan dan seterusnya menghancurkan sesebuah persatuan.
5. Kita akan kekal dengan sikap sebagai pengkritik mufsid.

BATU API
Kadang-kadang orang yang menjadi batu api ini lebih berdosa daripada pengkritik mufsid, bagaimana tidaknya apabila dia menjadi orang yang mengapikan api perbalahan sesama muslim, mengajak kepada perselisihan dan bukan perpaduan, menyelongkar kesalahan yang tidak disengajakan dan sengaja mencari titik perpecahan.

Hai si batu api, ingatlah akan azab Allah yang menanti, jangan terus berasa senang lenang setelah menaburkan api permusuhan. Nun jauh di sana, neraka sedang menunggu, malaikat sedang mencatit, Allah sedang melihat dan syaitan sedang ketawa berdekah-dekah. Insaf dan bertaubatlah, Allah itu Maha Adil!

...........................

Monday, January 28, 2013

Sunday, January 27, 2013

ومنهم من يلمزك في الصدقات



Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah, selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam.

"Dan di antara mereka ada yang mencelamu (wahai Muhammad) mengenai (pembahagian) sedekah-sedekah (zakat); oleh itu jika mereka diberikan sebahagian daripadanya (menurut kehendak mereka), mereka suka (dan memandangnya adil); dan jika mereka tidak diberikan dari zakat itu (menurut kehendaknya), (maka) dengan serta merta mereka marah.

Dan (amat baiknya) kalau mereka berpuas hati dengan apa yang diberikan oleh Allah dan RasulNya kepada mereka, sambil mereka berkata : Cukuplah Allah bagi kami; Allah akan memberi kepada kami dari limpah kurniaNya, demikian juga RasulNya; sesungguhnya kami sentiasa berharap kepada Allah'"

Surah At-Taubah : 58-59


Dalam berjemaah, kena ada beberapa perkara yang kita perlu ambil perhatian :

1. Jemaah bukan tempat untuk mencari nama, jawatan, harta mahupun jodoh. Kita berjemaah semata menolong perjuangan Islam, adapun selainnya adalah sampingan sahaja.

2. Jemaah didirikan atas dasar syura dan mesti atas dasar syura dalam apa jua keputusan yang hendak dilakukan. Jangan berkecil hati atau melarikan diri jika pendapat kita tidak diterima. Yakinlah bahawa يد الله على الجماعة, jadi laksanakan dengan hati yang tenang. Jangan juga bersikap menyalahkan orang lain setelah keputusan bersama telah dibuat andai pendapat kita makin menampakkan kebenaran.

3. Jemaah mesti diterapkan dengan nilai ukhuwwah yang tinggi, pandai menjaga perasaan orang lain. Kalau kita boleh rasa menyampah dengan sikap orang, maka orang lain sudah tentu boleh sahaja rasa menyampah dengan sikap kita. Perasaan bukan hal remeh, ada orang yang lari meninggalkan jemaah kerana perasaan! Namun, kita sebagai ahli jemaah jangan la cepat terasa atau dengan kata lainnya manja.

4. Jangan jadi duri di dalam jemaah, sikap kita yang kadang menjatuhkan jemaah kita sendiri. Kita berkata buruk berkenaan jemaah, tahu mengkritik tapi tidak tahu bertindak, jangan jadi orang yang melambatkan kemenangan Islam.

5. Jangan juga berharap agar jemaah menyediakan segala tarbiyah buat kita, kita sebenarnya yang patut memberi kepada jemaah. Kita bina suasana tarbiyah, kita yang menggerakkan jemaah. Tarbiyah itu bukan sahaja dengan duduk dalam bulatan dan berusrah, tarbiyah itu konsepnya luas. Kita yang mentarbiyahkan diri kita dalam segenap perkara kerana jemaah bukan pemantau kita 24 jam sehari. Nanti jika jemaah memberikan kepada kita tamrin yang lasak, kita pula yang merungut berkata tak mahu...

Ketahui Martabatmu di Sisi Iblis


Wednesday, January 23, 2013

Mencolok mata atau menjolok mata?


Untuk makluman semua...
MENCOLOK MATA dan MENJOLOK MATA...

(Sumber : Koleksi Pedoman Bahasa 2, terbitan tahun 2010, m/s 3)

Ikhwan Muslimin Jordan Boikot Pilihanraya



Ikhwan Muslimin Jordan memboikot pilihanraya yang diadakan pada hari ini, 23 Januari 2013

Daripada sumber yang diperolehi, peratusan keluar mengundi di Amman sekarang (sehingga jam 9.30pagi) hanyalah 1%


Kerana melawan kenaikan harga gas masak kepada JD10
kerana melawan kenaikan harga minyak tanah, diesel dan petrol
Kerana kerajaan akan menaikkan harga elektrik dan air selepas pilihanraya
kerana yang pilihanraya 'satu suara' dibelakangi oleh orang yang
menjaga orang yang fasid
kerana mereka telah 'merasai'nya sebelum ini akan janji-janji kerajaan
kerana melawan penipuan ke atas suara pengundi

dan banyak lagi... boleh baca di atas

Tuesday, January 22, 2013

2 Minggu Tangan berbalut

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah, selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam.

Hari ni setelah 16 hari tangan berbalut kerana sedikit kecuaian arab, dengan rasmi (cece) 7 jahitan di tangan ini selamat dibuka.

Terima kasih kepada Puan Zaujah kerana melengkapkan hidup ini, menolong dalam pelbagai bentuk. Kesusahan kerana tidak dapat menggunakan tangan kanan sedikit sebanyak mengajar erti bersyukur dengan nikmat Allah.

Dalam masa ini juga semangat mengulang hafazan Al-Quran kuat mengetuk diri. Moga mampu untuk beristiqamah dalamnya.

Tangan ini yang semakin sembuh digilirkan pula dengan Puan Zaujah yang sakit. Allahumma anta asy-syafi la syifaan illa syifauk syifaan la yughadiru saqama. Semoga cepat sembuh yer :-(

Sunday, January 20, 2013

4 bulan dan 22 hari

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah, selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW.

Hari ni, genap 4 bulan dan 22 hari kami berkahwin. Perkahwinan bukan semuanya indah, ia memerlukan kesabaran, kepercayaan dan kesediaan untuk memahami antara 1 sama lain.

Untuk isteri, kuamat hargai dan syukuri kerana dapat bersamamu. Alasan dah lama tidak berblog, salah satunya kerana punya isteri yang sudi membantu dalam apa keadaan.

wanabdbaith. Powered by Blogger.

Visitor

free counters