Thursday, January 27, 2011

Ilmu dan Thaqofah




Assalamualaikum wbt,

Apa khabar? Kalau yang demam tu kuat-kuatkan badan, yang takut tu kuat-kuatkan semangat, yang lemah tu kuat-kuatkan rohani dan jasmani. Semoga kita tergolong dalam golongan mukmin yang disabdakan oleh Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam. [Mafhum Hadith Riwayat Muslim : Seorang mukmin yang kuat itu baik dan lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah].

Hehe, dah terlalu jarang update blog ni. Dah banyak betul sarang-sarang yang boleh dijumpai, bila la agaknya nak bertukar sarang baru ye. Hihi. Oklah, kali ini ana nak bawa apa yang pernah ana 'post'kan di Facebook ke sini. Mungkin boleh dijadikan pengajaran bersama walau sedikit. Ingat, kadang yang banyak itu belum tentu dapat mengubah, dan kadang yang sedikit itu adalah punca segala perubahan. Hehe.

Teringat ketika membeli kitab di 'Abdali baru-baru ini, naik teksi dan berbual-bual dengan pemandu teksi. Teksinya tidaklah secantik teksi golongan muda [buruk sikit kot... hehe] tapi ok la sebab semua teksi lain sarat dengan penumpang, kitab pula berat... hik3


Oleh kerana perjalanan nak sampai ke Sweileh tu agak mengambil masa, maka banyak jugalah perkara yang dibualkan. Tapi isi pentingnya semua berkaitan dengan Ilmu, pengalaman dan budaya.

Mula-mula pak cik tu cakap la 'Tidak ada guna ilmu tanpa Thaqofah, thaqofah itu yang paling penting dalam hidup ini.' Hehe... punyalah semangat pak cik tu cakap macam nak bagi pidato kat orang ramai je.


Selepas itu dia bercerita pula mengenai kepentingan thaqofah dalam hidup ini. Orang yang sudah berpengalaman tidak akan sama dengan orang yang tidak berpengalaman meskipun mempunyai ilmu yang sama taraf, sama tinggi atau di bawah bumbung yang satu.


Ana pun mencelah la sedikit, 'Tapi bagi saya pak cik, ilmu dan thaqofah itu sama penting.' Kemudian baru la dia betulkan ayat dia tadi. Dia pula berkata, 'Ye, Ilmu dan thaqofah saling memerlukan antara satu sama lain. Berilmu sahaja tanpa thaqofah tiada gunanya, begitu juga thaqofah sahaja tanpa ilmu.'

Hehe... sebenarnya ana nak sentuh mengenai bab itu sahaja, Ilmu tanpa thaqofah dan thaqofah tanpa ilmu. Keduanya saling lengkap melengkapi, tidak boleh dipisahkan.


So, grab the opportunity ok!


Dah sampai di Sweileh, fursoh sa'idah pak cik. Hik3



Huk3..... Macam mana? Biasa je? Hehe... Tidak mengapa, kata seorang sahabat ana : 'Kadang-kadang yang biasa itu menjadi luar biasa'. Tak pelik bukan, kata-kata yang banyak kali kita dengari, tapi dalam beberapa ketika kita sendiri yang tidak mempercayainya. Jawapannya 'Tanyalah Dirimu'. Hik3

Oklah, cukuplah sekadar ini sahaja pada kali ini, andai dipanjangkan hayat, dimurahkan rezeki dan dikurniakan semangat insya-Allah kita akan bertemu lagi pada masa akan datang, dengan syarat 'Jangan sesekali berputus asa daripada rahmat Allah. OK!'.

Barakallahu fiikum, wassalam.

Wednesday, January 19, 2011

Fattabi'uuni

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar saudara saudari pembaca sekalian, sungguh kehidupan ini begitu banyak dugaannya, maka di sini ana selitkan beberapa buah video yang menceriakan kembali ruh kita semua. Video berkenaan sunnah-sunnah Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi waaalihi wasallam. Nescaya kamu akan tersenyum dan menangis mengenangkan insan agung pilihan Allah ini. Selamat menonton!
















wanabdbaith. Powered by Blogger.

Visitor

free counters