al-Ilah, ar-Rabb, al- ‘Ibadah, ad-Din
Keempat kata tersebut, adalah empat istilah pokok dalam al-Quran dan merupakan titik-tolak dan tujuan sekaligus. Maka titik-tolak atau dasar dan tujuan al-Quran yang utama itu ialah:
(1) Bahawasanya Allah s.w.t., adalah Ilah satu-satunya, yakni Tuhan yang Maha Esa.
(2) Bahawasanya Allah s.w.t., adalah satu-satunya Rabbul alamin, yakni, Pemilik dan Penguasa utama seluruh semesta dan segenap penghuninya. Dia tidak beranak dan tidak diberanakkan.
(3) Bahawasanya, tiada yang menjadi sekutu Allah, baik dalam Uluhiyah,mahupun Rububiyah (Dalam Ketuhanan mahupun KekuasaanNya) itu.
(4) Bahawasanya, tidak ada Ilah (Tuhan) mahupun Rabb (Penguasa) selain Dia (Allah s.w.t.).
Dengan demikian, maka sayugianyalah orang menerima Allah itu sebagai satu-satunya Tuhan dan Penguasanya sekaligus. Yakni menolak dan menentang ketuhanan mahupun kekuasaan pihak lain. Hendaknya ia selalu berpihak Allah sebagai Tuhan. Dan tunduk serta patuh padaNya sebagai Rabb, Pemilik dan Penguasa utamanya. Hendaknya ia menjunjung tiang agama Allah, iaitu normanorma alamiah dan insaniah yang merupakan ketentuan-ketentuan Allah yang sejak dahulu berlaku di alam ini, baik di bumi mahupun di udara atau langit. Di dalam Kitab Suci al-Quran Allah berfirman:
( وَمَا َأرْسَْلنَا مِن َقبْلِكَ مِن رَّسُولٍ إِلَّا نُوحِي إَِليْهِ َأنَّهُ َلا إَِلهَ إِلَّا َأنَا َفاعْبُدُونِ ( 25
1. Dan tiada Kami (Allah) utus sebelummu seorang pun Rasul melainkan Kami wahyukan kepadanya bahwa tiada Tuhan selain Daku. Kerana itu sembahlah (taatilah) Aku. Q.2l :25.
اتَّخَ ُ ذوْا َأحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ َأرْبَابًا مِّن دُونِ الّلهِ وَالْمَسِيحَ ابْنَ مَرْيَمَ وَمَا ُأمِرُوْا إِلاَّ
( لِيَعْبُدُوْا إَِلهًا وَاحِدًا لاَّ إَِلهَ إِلاَّ هُوَ سُبْحَانَهُ عَمَّا يُشْرِ ُ كو َ ن ( 31
2. Dan tiada mereka diperintahkan, kecuali menyembah (mentaati) Tuhan yang Esa yang tiada Tuhan selain Dia. Maha Suci (Allah) dari apa yang mereka sekutukan dengan Dia. Q.9:31.
( إِنَّ هَذِهِ ُأمَّتُ ُ كمْ أُمًَّة وَاحِدًَة وََأنَا رَبُّ ُ كمْ َفاعْبُدُونِ ( 92
3. Sungguh agama kamu ini satu agama saja. Dan Aku adalah Penguasamu, kerananya sembahlah (taatilah) Daku. Q.21 :92.
ُق ْ ل َأ َ غيْرَ الّلهِ َأبْغِي رَبا وَهُوَ رَبُّ ُ كلِّ شَيْءٍ وَ َ لا تَكْسِبُ ُ كلُّ نَفْسٍ إِلاَّ عََليْهَا وَ َ لا تَزِرُ
( وَازِرٌَة وِزْرَ ُأخْرَى ُثمَّ إَِلى رَبِّ ُ كم مَّرْجِعُ ُ كمْ َفيُنَبُِّئ ُ كم بِمَا ُ كنتُمْ فِيهِ تَخْتَلُِفو َ ن ( 164
4. Katakanlah (hai Muhammad): Akankah kucari yang selain Allah sebagai Rabb (Penguasa) sedangkan Dia adalah Rabb (Penguasa) segala sesuatu? Q.6:164.
ُق ْ ل إِنَّمَا َأنَا بَشَرٌ مِّثُْل ُ كمْ يُوحَى إَِليَّ َأنَّمَا إَِلهُكُمْ إَِلهٌ وَاحِدٌ َفمَن كَا َ ن يَرْجُو لَِقاء رَبِّهِ
( َفْليَعْمَ ْ ل عَمًَلا صَالِحًا وََلا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ َأحَدًا ( 110
5. Maka barangsiapa mengharapkan pertemuan dengan Rabbnya (Penguasanya) hendaklah mengerjakan amal kebaikan dan jangan persekutukan Dia dengan siapapun dalam beribadat (ketaatannya). Q.18:110.
وََلَقدْ بَعَْثنَا فِي ُ كلِّ أُمَّةٍ رَّسُو ً لا َأنِ اعْبُدُوْا الّلهَ وَاجْتَنِبُوْا الطَّا ُ غوتَ َفمِنْهُم مَّنْ هَدَى اللّهُ
وَمِنْهُم مَّنْ حَقَّتْ عََليْهِ الضَّلاَلةُ َفسِيرُوْا فِي الأَرْضِ َفان ُ ظرُوْا َ كيْفَ كَا َ ن عَاقِبَةُ
( الْمُ َ كذِّبِينَ ( 36
6. Dan sesungguhnya Kami (Allah) telah utus pada tiap-tiap umat manusia seorang Rasul (dengan perintahan): Hendaklah kamu (wahai umat/bangsaku) sembah (Taatilah) Allah dan jangan taat kepada taghut (penyeleweng/tirani).Q.16 :36.
َأَفغَيْرَ دِينِ الّلهِ يَبْغُو َ ن وََلهُ َأسَْلمَ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ َ طوْعًا وَ َ كرْهًا وَإَِليْهِ
يُرْجَعُو َ ن
7. Apakah mereka menghendaki sesuatu yang lain dari agama Allah (ketentuan/hukum alam), sedangkan semua yang ada di langit dan di bumi, tunduk dan menyerah serta mahu tidak mahu kembali kepadanya (agama Allah/aturan atau ketentuan alam ini). Q.3:83.
ُق ْ ل إِنِّي أُمِرْتُ َأ ْ ن َأعْبُدَ اللَّهَ مُخْلِصًا لَّهُ الدِّينَ
8. Katakanlah (hai Muhammad), bahwasanya aku diperintahkan menyembah (taat) kepada Allah sesuai ketentuanNya. Q.39:1 1.
نَِّ الّلهَ رَبِّي وَرَبُّكُمْ َفاعْبُدُوهُ هَ َ ذا صِرَا ٌ ط مُّسْتَقِيمٌ
9. Bahwasanya Allah adalah Rabb (Penguasa) kita semua, maka taatlah kamu padaNya. Inilah cara sebenarnya. Q.3:51. Ayat-ayat tersebut di atas serta maksudnya masing-masing, sebagai contoh yang ala-kadar. Apabila anda dengan saksama membaca al-Quran itu akan terbayanglah oleh anda, bahwa seluruh isi al-Quran itu merupakan bimbingan dan petunjuk pada keempat istilah itu melulu. Iaitu:
(1) Bahwa Allah, adalah Rabbul-alamin (Pemilik dan Penguasa atas segala sesuatu) dan Ilah (Tuhan/Pelindung).
(2) Bahwasanya, tiada Tuhan, atau Ilah dan Rabbul-alamin, selain Allah s.w.t.
(3) Bahwasanya, segala kegiatan dan ketaatan sayugianya diperuntukkan Allah (yakni disesuaikan dengan ketentuanNya).
(4) Dan hanyalah Allah semata yang membuat Din (agama/ tatacara hidup). Jelaslah sudah, bahwa barangsiapa ingin memperdalam pengetahuan dan fahamnya tentang isi al-Quran itu, hendaknya lebih dahulu faham benar erti dan maksud keempat istilah tersebut. Dan barangsiapa belum faham akan difinisi alllah, ar-Rabb, al-lbadah dan ad-din itu, maka dia akan menganggap al-Quran itu sebagai buku cerita dari manusia zaman dahulu. Kerananya, sulit baginya untuk melaksanakan Dinul-Lah (agama Allah) itu. Mustahil baginya menjunjung tinggi Kalimatullah. Ini semua, disebabkan kekaburan fahamnya, kerapuhan aqidah dan imannya, kendatipun dia percaya terhadap Allah dan Rasul-rasulNya, percaya terhadap para Malaikat dan kitab-kitab suciNya, percaya terhadap hari kiamat dan terhadap Qadha dan QadarNya. Selain itu, dia pun tidak meninggalkan solat lima waktu setiap hari dan rukun-rukun Islam yang lain, serta tidak lupa bahkan selalu berzikir, bertasbih, bertahmid dan bertakbir. Akan tetapi, kerana kabur pandangannya tentang tauhid, maka tanpa sadar dia memperbanyak
tuhan, memperbanyak ilah dan rabb dalam kelakuannya sehari-hari. Ia terumbang-ambing oleh situasi dan terkendalikan oleh hawa nafsu dan emosi, serakah, dengki dan lain-lain sikap yang tak terpuji. Tanpa sadar, bahwa dia telah melanggar batas-batas tauhid dan terjerumus ke dalam jurang kemusyrikan. Dan alangkah marah meradangnya, sekiranya anda tegur, bahwa dia telah keluar dari Islam, yakni murtad. Keluar dari Dinullah, atau dari Kalimatullah karena telah mempersekutukan Allah, memperbanyak tuhan sebagai sekutu-sekutu Allah dalam Uluhiyah dan RububiyahNya itu. Semua itu
disebabkan kekaburannya memahami erti atau maksud dari kata Ilah dan Rabb itu sebagaimana mestinya.
Orang-orang Arab sebelum Islam dan sewaktu Islam mulai datang, semuanya mengerti kedua istilah itu, iaitu al-Ilah dan ar-Rabb. Kedua patah kata atau kedua istilah tersebut, mereka pergunakan dalam percakapan sehari-hari dan pandai juga mempergunakannya. Kiranya untuk siapa diberikan. Apabila di katakan kepada mereka, bahwa bukan Ilah dan bukan Rabb, bukan tuhan dan bukan penguasa selain Allah, serta tiada barang satu pun atau seorang orang pun bersekutu dengan Dia, baik dalam Uluhiyah (Ketuhanan) mahupun dalam Rububiyah (kekuasaan atau wewenang)Nya, maka fahamlah mereka bahwa kedua istilah tersebut adalah sebagai dua gelar atau kedudukan yang dikhususkan untuk Allah s.w.t. Tidak boleh digelarkan ke pada siapapun. Dengan demikian, bukanlah Tuhan dan bukan jugalah Penguasa dan pemilik utama yang harus ditaati ketentuan-ketentuan dan perintahnya, selain Allah Rabul-alamin itu. Maka yang beriman dan yang kufur atau menentang pernyataan ini, berdasarkan kefahaman dan pengertian sebagimana mestinya. Begitupun terhadap kedua patah kata, iaitu il-Ibadah dan ad-Din yang tidak asing bagi orang Arab zaman dahulu itu. Mereka tahu apa arti ‘abdun itu dan apa yang harus dilakukan olehnya. Apa arti ‘ibadah dan apa latar-belakangnya serta gerangan apa yang tersimbol dalam kedua patah kata atau istilah tadi. Kerananya, mereka tidak akan salah faham kalau diperintah untuk beribadah kepada Allah dan mengenepikan si taghut. Dalam pada itu, mereka harus meninggalkan cara hidup mereka dan menunggu cara hidup baru yang akan diserukan kemudian.
Kemudian zaman berganti, dan generasi-generasi pun berganti sekali, dengan demikian kefahaman tentang keempat istilah dalam al-Quran itu,berubah. Erti atau maksud yang sedemikian luas dan gambelang menurut bahasa Arab yang sesungguhnya, berubah menjadi sempit dan kabur. Erti yang terkenal oleh bangsa Arab pada masa wahyu Ilahi itu bergema, lambat-laun berubah, terisulir dan terbatas dengan berbagai-bagai dalih dan tafsir yang kabur. Ini disebahkan dua faktor:
(1) Ketidak-murninya bahasa Arab dan keringnya sumber kreasi di kalangan muslimin sendiri sejak beberapa abad.
(2) Generasi-generasi yang menerima waris Islam, tidak diwarisi pengertian tentang keempat istilah itu, sebagaimana dimengerti oleh nenek-moyang mereka, kaum jahiliah yang begitu luas pengertian mereka tentang bahasa Arab itu.
Kerana dua faktor itulah, maka ahli bahasa Arab dan ahli Agama Islam menafsirkan kebanyakan kata-kata dalam al-Quran menurut kefahaman kaum mutaakhir, tidak menurut kefahaman kaum jahiliah yang luas dan murni itu. Sebagai contoh:
- Kata al-llah, disenyawakan dengan kata patung-patung berhala dan sebagainya.
- Kata ar-Rahb. disenyawakan dengan kata pemelihara, pendidik dan sebagainya.
- Kata ad- Din, disenyawakan dengan kata religion.
- Taghut, disenyawakan dengan syaitan atau berhala.
Penafsiran dan pengertian tersebut, menyulitkan orang mencapai tujuan dan maksud al-Quran yang sebenarnya. Apabila al-Quran melarang mempertuhankan selain Allah, maka yang ditinggalkan hanyalah patung-patung berhala. Dengan demikian yakinlah mereka telah mentaati larangan al-Quran itu. Padahal mereka masih mempertuhan lain-lainnya - kecuali patung-patung berhala dalam ertikata taghut yang luas itu.
Apabila diperingatkan al-Quran, bahwa Allah adalah ar-Rabb, disambut dengan pernyataan bahwa tidak pernah terlintas di benak kami untuk menganggap siapapun sebagai pemelihara dan penjamin keinginan kami selain Allah s.w.t, Dengan demikian menurut kefahaman mereka telah memenuhi tuntutan tauhid itu. Akan tetapi kenyataannya, banyak di antara mereka tunduk pada Rububiyah (Ketuhanan) yang lain bila ditinjau dari sudut yang lain daripada arti Pengasuh, Pemelihara dan Penjamin.
Apabila diseru al-Quran, “Sembahlah Allah dan tinggalkanlah taghut itu”, maka sambutan mereka ialah, kami tidak menyembah berhala, dan mengutuk si syaitan. Yang kami sembah hanyalah Allah dengan khusyu’. Dengan demikian mereka yakin telah melaksanakan seruan al-Quran tadi. Padahal mereka menggantungkan diri dan nasib pada banyak taghut yang tidak berbentuk batu atau kayu pahatan (berhala). Begitu juga faham kebanyakan orang tentang ad-Din. Mereka mengaku sebagai muslim, menunaikan lima rukun Islam dan percaya terhadap keenam rukun Iman. Akan tetapi, apabila diteliti akan nyatalah bahawa kebanyakan mereka tidak mengikhlaskan diri untuk Allah dalam melaksanakan tuntutan Islam sebagai Dinullah yang luas ertinya itu.