Wednesday, May 20, 2009

Exam Mood...

Doakan kejayaan ana dalam exam akhir fasal ini...

Barakallahu fiikum...

Buat kawan-kawan yang turut sama menghadapi exam, ana doakan semoga najah dan cemerlang dengan mendapat mumtaz dalam apa-apa madah yang di ambil. Allah ma'ana!

Kepada guru2 yang tidak jemu mengajar anak muridmu ini, didoakan agar sentiasa diberkati Allah serta dicurahkan rezeki yang melimpah ruah... Selamat Hari Guru (tak sempat ucap... asif jiddan)

Buat ayah dan ibuku, aku merinduimu dan tidak akanku jemu untuk berdoa kepadamu.
Buat abang dan kakakku, hehe... doakan ith ye...
Buat adik-adikku, selalu patuhi arahan ummi dan ayah... doakan abg ith juga ye...

hehe... semoga kita dihimpunkan di dalam syurga ALLAH kelak... amien... insya-Allah

Sunday, May 10, 2009

Selamat Hari Ibu buat Ibuku Yang Tersayang....

oleh : abdbaith47 kepada ummi Kamariah binti Mahmood


Ibu, Hari ini hari ibu menjelang lagi
terfikir diriku apakah aku telah berbuat ehsan kepadamu


Ibu, hari ini hari ibu menjelang lagi
terfikir diriku adakah aku anak yang selalu mendoakan dirimu


Ibu, hari ini hari ibu menjelang lagi
tefikir diriku adakah aku masih lagi berpeluang untuk menatap wajahmu


Ibu, hari ini hari ibu menjelang lagi
terfikir diriku adakah aku semakin mengurangkan bebanmu


Ibu, hari ini hari ibu menjelang lagi
terfikir diriku adakah aku telah melukakan hatimu

Ibu, hari ini hari ibu menjelang lagi
terfikir diriku adakah aku merasa perit sakit hatimu

Ibu, hari ini hari ibu menjelang lagi
terfikir diriku adakah aku menjadi tunjuk ajar yang baik kepada adik-adikku


Ibu, hari ini hari ibu menjelang lagi
kesedihan dan penyesalan turut mendatangi diri ini atas hal yang lalu


Ibu, hari ini hari ibu menjelang lagi
maafkanlah diri ini dan anak-anakmu yang lain


Ibu, hari ini hari ibu menjelang lagi
akan kami perjuangkan impianmu untuk melihat kami berjaya dan soleh

Ibu, hari ini hari ibu menjelang lagi
akan kami doakanmu dalam doa kami


Semoga Allah memberkati dan merahmatimu di dunia dan akhirat...
Kami merinduimu...


Salam daripada kami anak-anakmu di perantauan...




Friday, May 8, 2009

َالإَلهُ (al-Ilah)


oleh Abu A'la Al-Maududi


Dibahas dari segi bahasa
Kata terdiri atas tiga huruf: Hamzah, Lam, Ha’. Kata ini diulas dalam kamus-kamus bahasa Arab sebagai berikut:

a. ََاَلهْتُ إلى ُفلانٍ (alahtu ila fulan) = Aku cenderung kepada fulan.

b. َالِهَ الّرََجُلُ يَاَْلهُ (Alihar-rajulu - ya’lahu) = Orang itu mengharapkan seseorang yang mampu menolongnya, kerana ditimpa oleh suatu musibah.

c. َالِهَ الَّرَجُلُ إَلى الَّرَجُلِ (Alihar-rajulu lar-rajuli) = Orang ini mencari seseorang itu, kerana sangat rindu kepadanya.

d. َالِهَ اَلفَصِي ُ ل (Alihal fashilu) = Anak kuda (atau sebagainya) tidak mahu berpisah daripada emaknya.

e. َاَلهَ، اَِلهًَة، ُاُلوهًَة (Alaha, Ilahatan,Uluhatan) = Mengabdi— Pengabdian.

f. اِلهٌ (Ilah), adalah pecahan dan kata َلاهَ، يَلِيهُ، َليْهًا (Laha — Yalihu — Laihan = Berlindung— Lindungan

Dan penjelasan di atas, dapatlah dimengerti bahwa kata Alaha, Ya’lahu, Ilahatan bererti menyerahkan atau mentitipkan diri supaya selamat dan terjamin. Untuk mendapatkan keselamatan atau jaminan itu, ada syaratnya.

Dan kata (al-Ilah) berarti (al-Ma’bud) = Pelindung, Penjamin dan sebagainya. Maka dapatlah ditarik beberapa kesimpulan:

(1) Adapun yang mendorong seseorang berta-alluh (berbakti, mengabdi dan sebagainya), adalah keinginan yang sangat mendesak. Tak seorang pun akan menjatuhkan martabatnya di depan orang lain tanpa mengharapkan sesuatu daripadanya, baik dari segi moral ataupun material.

(2) Adalah sifat manusia menghormati bahkan menjunjung tinggi pihak yang dapat diharapkan pertolongan dan jasa-jasa baiknya, atau yang dianggapnya sebagai lebih tinggi martabatnya, atau lebih gagah perkasa.

(3) Pada umumnya, setiap keinginan seseorang yang dipenuhi oleh seseorang lain dari sesamanya secara wajar, melalui prosidir yang berlaku di alam yang tampak di depan mata dan masuk akal serta tidak mustahil dilakukan oleh manusia, takkan mendorong orang untuk beribadah kepadanya sebagai sesembahan. Sebagai contoh:

Seorang yang sudah lama melalui temuduga pekerjaan ke sana ke sini untuk nafkah rumahtangga dan supaya tidak menjadi beban di atas bahu masyarakat sekitarnya, yang akhirnya dengan susah payah dan melalui banyak liku-liku, diterima oleh suatu syarikat. Betapapun besarnya terima kasih orang itu kepada si majikan, takkan terguris di benaknya untuk menjadikannya sebagai sesembahan. Ia takkan berbuat
demikian, sebab dia tahu cara untuk mendapatkan pekerjaan atau nafkah yang akan memenuhi keperluan rumahtangganya itu. Sekali-kali dia takkan menyembah sesuatu, kecuali yang akan disembahnya itu maha gagah perkasa dan kekuasaannya tak dapat dibayangkan batasnya apalagi dicapai dengan pancaindera. Kerana itulah, kata اَلمعْبُد (al Ma’bud) sebagai prediket yang maknanya mencakup Pelindung, yang dirindukan dan mencakup erti segala sifat keagungan.

(4) Adalah sifat manusia — tanpa kecuali — bahwa dengan rasa rindu dan penuh harapan, ia menuju sesuatu yang menurut keyakinannya akan sanggup dan mampu memenuhi keinginannya. mampu membela dan menyelamatkannya di kala ditimpa suatu derita atau musibah dan dapat juga menenangkan hatinya bila gelisah.

Kini jelaslah sudah, bahwa kecenderungan untuk memberikañ prediket َالإله (al-Ilah) kepada َالْمَعْبُودُ (al-Ma’bud), sesembahan atau yang disembah itu,
tak lain adalah kerana Dia:

(a) Dapat memenuhi keinginan sepenuhnya.

(b) Maha Pelindung.

(c) Maha Penenang.

(d) Mempunyai kekuasaan yang mutlak dan keagungan yang tiada tara serta tiada bandingannya.

(e) Maha Gagah Perkasa, yang oleh kerananya dapat menyelesaikan dan mengatasi segala sesuatu dan dapat juga memberikan perlindungan dan keselamatan dari segala bencana yang menimpa. Selain itu, dapat juga mententeramkan batin.

(f) Suatu Zat yang ghaib dari pancaindera dan suatu rahsia yang tak terjangkau oleh pandangan atau fikiran manusia, Zat yang dirindukan dan dituju oleh setiap insan.

Thursday, May 7, 2009

َالإَلهُ ، الرَّبُّ ، َاْلعِبَادَُة ، َاْلدِّينُ

al-Ilah, ar-Rabb, al- ‘Ibadah, ad-Din

Keempat kata tersebut, adalah empat istilah pokok dalam al-Quran dan merupakan titik-tolak dan tujuan sekaligus. Maka titik-tolak atau dasar dan tujuan al-Quran yang utama itu ialah:

(1) Bahawasanya Allah s.w.t., adalah Ilah satu-satunya, yakni Tuhan yang Maha Esa.

(2) Bahawasanya Allah s.w.t., adalah satu-satunya Rabbul alamin, yakni, Pemilik dan Penguasa utama seluruh semesta dan segenap penghuninya. Dia tidak beranak dan tidak diberanakkan.

(3) Bahawasanya, tiada yang menjadi sekutu Allah, baik dalam Uluhiyah,mahupun Rububiyah (Dalam Ketuhanan mahupun KekuasaanNya) itu.

(4) Bahawasanya, tidak ada Ilah (Tuhan) mahupun Rabb (Penguasa) selain Dia (Allah s.w.t.).

Dengan demikian, maka sayugianyalah orang menerima Allah itu sebagai satu-satunya Tuhan dan Penguasanya sekaligus. Yakni menolak dan menentang ketuhanan mahupun kekuasaan pihak lain. Hendaknya ia selalu berpihak Allah sebagai Tuhan. Dan tunduk serta patuh padaNya sebagai Rabb, Pemilik dan Penguasa utamanya. Hendaknya ia menjunjung tiang agama Allah, iaitu normanorma alamiah dan insaniah yang merupakan ketentuan-ketentuan Allah yang sejak dahulu berlaku di alam ini, baik di bumi mahupun di udara atau langit. Di dalam Kitab Suci al-Quran Allah berfirman:

( وَمَا َأرْسَْلنَا مِن َقبْلِكَ مِن رَّسُولٍ إِلَّا نُوحِي إَِليْهِ َأنَّهُ َلا إَِلهَ إِلَّا َأنَا َفاعْبُدُونِ ( 25



1. Dan tiada Kami (Allah) utus sebelummu seorang pun Rasul melainkan Kami wahyukan kepadanya bahwa tiada Tuhan selain Daku. Kerana itu sembahlah (taatilah) Aku. Q.2l :25.

اتَّخَ ُ ذوْا َأحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ َأرْبَابًا مِّن دُونِ الّلهِ وَالْمَسِيحَ ابْنَ مَرْيَمَ وَمَا ُأمِرُوْا إِلاَّ
( لِيَعْبُدُوْا إَِلهًا وَاحِدًا لاَّ إَِلهَ إِلاَّ هُوَ سُبْحَانَهُ عَمَّا يُشْرِ ُ كو َ ن ( 31

2. Dan tiada mereka diperintahkan, kecuali menyembah (mentaati) Tuhan yang Esa yang tiada Tuhan selain Dia. Maha Suci (Allah) dari apa yang mereka sekutukan dengan Dia. Q.9:31.

( إِنَّ هَذِهِ ُأمَّتُ ُ كمْ أُمًَّة وَاحِدًَة وََأنَا رَبُّ ُ كمْ َفاعْبُدُونِ ( 92

3. Sungguh agama kamu ini satu agama saja. Dan Aku adalah Penguasamu, kerananya sembahlah (taatilah) Daku. Q.21 :92.

ُق ْ ل َأ َ غيْرَ الّلهِ َأبْغِي رَبا وَهُوَ رَبُّ ُ كلِّ شَيْءٍ وَ َ لا تَكْسِبُ ُ كلُّ نَفْسٍ إِلاَّ عََليْهَا وَ َ لا تَزِرُ
( وَازِرٌَة وِزْرَ ُأخْرَى ُثمَّ إَِلى رَبِّ ُ كم مَّرْجِعُ ُ كمْ َفيُنَبُِّئ ُ كم بِمَا ُ كنتُمْ فِيهِ تَخْتَلُِفو َ ن ( 164

4. Katakanlah (hai Muhammad): Akankah kucari yang selain Allah sebagai Rabb (Penguasa) sedangkan Dia adalah Rabb (Penguasa) segala sesuatu? Q.6:164.

ُق ْ ل إِنَّمَا َأنَا بَشَرٌ مِّثُْل ُ كمْ يُوحَى إَِليَّ َأنَّمَا إَِلهُكُمْ إَِلهٌ وَاحِدٌ َفمَن كَا َ ن يَرْجُو لَِقاء رَبِّهِ
( َفْليَعْمَ ْ ل عَمًَلا صَالِحًا وََلا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ َأحَدًا ( 110

5. Maka barangsiapa mengharapkan pertemuan dengan Rabbnya (Penguasanya) hendaklah mengerjakan amal kebaikan dan jangan persekutukan Dia dengan siapapun dalam beribadat (ketaatannya). Q.18:110.

وََلَقدْ بَعَْثنَا فِي ُ كلِّ أُمَّةٍ رَّسُو ً لا َأنِ اعْبُدُوْا الّلهَ وَاجْتَنِبُوْا الطَّا ُ غوتَ َفمِنْهُم مَّنْ هَدَى اللّهُ
وَمِنْهُم مَّنْ حَقَّتْ عََليْهِ الضَّلاَلةُ َفسِيرُوْا فِي الأَرْضِ َفان ُ ظرُوْا َ كيْفَ كَا َ ن عَاقِبَةُ
( الْمُ َ كذِّبِينَ ( 36

6. Dan sesungguhnya Kami (Allah) telah utus pada tiap-tiap umat manusia seorang Rasul (dengan perintahan): Hendaklah kamu (wahai umat/bangsaku) sembah (Taatilah) Allah dan jangan taat kepada taghut (penyeleweng/tirani).Q.16 :36.

َأَفغَيْرَ دِينِ الّلهِ يَبْغُو َ ن وََلهُ َأسَْلمَ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ َ طوْعًا وَ َ كرْهًا وَإَِليْهِ
يُرْجَعُو َ ن

7. Apakah mereka menghendaki sesuatu yang lain dari agama Allah (ketentuan/hukum alam), sedangkan semua yang ada di langit dan di bumi, tunduk dan menyerah serta mahu tidak mahu kembali kepadanya (agama Allah/aturan atau ketentuan alam ini). Q.3:83.

ُق ْ ل إِنِّي أُمِرْتُ َأ ْ ن َأعْبُدَ اللَّهَ مُخْلِصًا لَّهُ الدِّينَ

8. Katakanlah (hai Muhammad), bahwasanya aku diperintahkan menyembah (taat) kepada Allah sesuai ketentuanNya. Q.39:1 1.

نَِّ الّلهَ رَبِّي وَرَبُّكُمْ َفاعْبُدُوهُ هَ َ ذا صِرَا ٌ ط مُّسْتَقِيمٌ

9. Bahwasanya Allah adalah Rabb (Penguasa) kita semua, maka taatlah kamu padaNya. Inilah cara sebenarnya. Q.3:51. Ayat-ayat tersebut di atas serta maksudnya masing-masing, sebagai contoh yang ala-kadar. Apabila anda dengan saksama membaca al-Quran itu akan terbayanglah oleh anda, bahwa seluruh isi al-Quran itu merupakan bimbingan dan petunjuk pada keempat istilah itu melulu. Iaitu:



(1) Bahwa Allah, adalah Rabbul-alamin (Pemilik dan Penguasa atas segala sesuatu) dan Ilah (Tuhan/Pelindung).

(2) Bahwasanya, tiada Tuhan, atau Ilah dan Rabbul-alamin, selain Allah s.w.t.

(3) Bahwasanya, segala kegiatan dan ketaatan sayugianya diperuntukkan Allah (yakni disesuaikan dengan ketentuanNya).

(4) Dan hanyalah Allah semata yang membuat Din (agama/ tatacara hidup). Jelaslah sudah, bahwa barangsiapa ingin memperdalam pengetahuan dan fahamnya tentang isi al-Quran itu, hendaknya lebih dahulu faham benar erti dan maksud keempat istilah tersebut. Dan barangsiapa belum faham akan difinisi alllah, ar-Rabb, al-lbadah dan ad-din itu, maka dia akan menganggap al-Quran itu sebagai buku cerita dari manusia zaman dahulu. Kerananya, sulit baginya untuk melaksanakan Dinul-Lah (agama Allah) itu. Mustahil baginya menjunjung tinggi Kalimatullah. Ini semua, disebabkan kekaburan fahamnya, kerapuhan aqidah dan imannya, kendatipun dia percaya terhadap Allah dan Rasul-rasulNya, percaya terhadap para Malaikat dan kitab-kitab suciNya, percaya terhadap hari kiamat dan terhadap Qadha dan QadarNya. Selain itu, dia pun tidak meninggalkan solat lima waktu setiap hari dan rukun-rukun Islam yang lain, serta tidak lupa bahkan selalu berzikir, bertasbih, bertahmid dan bertakbir. Akan tetapi, kerana kabur pandangannya tentang tauhid, maka tanpa sadar dia memperbanyak
tuhan, memperbanyak ilah dan rabb dalam kelakuannya sehari-hari. Ia terumbang-ambing oleh situasi dan terkendalikan oleh hawa nafsu dan emosi, serakah, dengki dan lain-lain sikap yang tak terpuji. Tanpa sadar, bahwa dia telah melanggar batas-batas tauhid dan terjerumus ke dalam jurang kemusyrikan. Dan alangkah marah meradangnya, sekiranya anda tegur, bahwa dia telah keluar dari Islam, yakni murtad. Keluar dari Dinullah, atau dari Kalimatullah karena telah mempersekutukan Allah, memperbanyak tuhan sebagai sekutu-sekutu Allah dalam Uluhiyah dan RububiyahNya itu. Semua itu
disebabkan kekaburannya memahami erti atau maksud dari kata Ilah dan Rabb itu sebagaimana mestinya.

Orang-orang Arab sebelum Islam dan sewaktu Islam mulai datang, semuanya mengerti kedua istilah itu, iaitu al-Ilah dan ar-Rabb. Kedua patah kata atau kedua istilah tersebut, mereka pergunakan dalam percakapan sehari-hari dan pandai juga mempergunakannya. Kiranya untuk siapa diberikan. Apabila di katakan kepada mereka, bahwa bukan Ilah dan bukan Rabb, bukan tuhan dan bukan penguasa selain Allah, serta tiada barang satu pun atau seorang orang pun bersekutu dengan Dia, baik dalam Uluhiyah (Ketuhanan) mahupun dalam Rububiyah (kekuasaan atau wewenang)Nya, maka fahamlah mereka bahwa kedua istilah tersebut adalah sebagai dua gelar atau kedudukan yang dikhususkan untuk Allah s.w.t. Tidak boleh digelarkan ke pada siapapun. Dengan demikian, bukanlah Tuhan dan bukan jugalah Penguasa dan pemilik utama yang harus ditaati ketentuan-ketentuan dan perintahnya, selain Allah Rabul-alamin itu. Maka yang beriman dan yang kufur atau menentang pernyataan ini, berdasarkan kefahaman dan pengertian sebagimana mestinya. Begitupun terhadap kedua patah kata, iaitu il-Ibadah dan ad-Din yang tidak asing bagi orang Arab zaman dahulu itu. Mereka tahu apa arti ‘abdun itu dan apa yang harus dilakukan olehnya. Apa arti ‘ibadah dan apa latar-belakangnya serta gerangan apa yang tersimbol dalam kedua patah kata atau istilah tadi. Kerananya, mereka tidak akan salah faham kalau diperintah untuk beribadah kepada Allah dan mengenepikan si taghut. Dalam pada itu, mereka harus meninggalkan cara hidup mereka dan menunggu cara hidup baru yang akan diserukan kemudian.
Kemudian zaman berganti, dan generasi-generasi pun berganti sekali, dengan demikian kefahaman tentang keempat istilah dalam al-Quran itu,berubah. Erti atau maksud yang sedemikian luas dan gambelang menurut bahasa Arab yang sesungguhnya, berubah menjadi sempit dan kabur. Erti yang terkenal oleh bangsa Arab pada masa wahyu Ilahi itu bergema, lambat-laun berubah, terisulir dan terbatas dengan berbagai-bagai dalih dan tafsir yang kabur. Ini disebahkan dua faktor:



(1) Ketidak-murninya bahasa Arab dan keringnya sumber kreasi di kalangan muslimin sendiri sejak beberapa abad.

(2) Generasi-generasi yang menerima waris Islam, tidak diwarisi pengertian tentang keempat istilah itu, sebagaimana dimengerti oleh nenek-moyang mereka, kaum jahiliah yang begitu luas pengertian mereka tentang bahasa Arab itu.

Kerana dua faktor itulah, maka ahli bahasa Arab dan ahli Agama Islam menafsirkan kebanyakan kata-kata dalam al-Quran menurut kefahaman kaum mutaakhir, tidak menurut kefahaman kaum jahiliah yang luas dan murni itu. Sebagai contoh:

- Kata al-llah, disenyawakan dengan kata patung-patung berhala dan sebagainya.
- Kata ar-Rahb. disenyawakan dengan kata pemelihara, pendidik dan sebagainya.
- Kata ad- Din, disenyawakan dengan kata religion.
- Taghut, disenyawakan dengan syaitan atau berhala.

Penafsiran dan pengertian tersebut, menyulitkan orang mencapai tujuan dan maksud al-Quran yang sebenarnya. Apabila al-Quran melarang mempertuhankan selain Allah, maka yang ditinggalkan hanyalah patung-patung berhala. Dengan demikian yakinlah mereka telah mentaati larangan al-Quran itu. Padahal mereka masih mempertuhan lain-lainnya - kecuali patung-patung berhala dalam ertikata taghut yang luas itu.
Apabila diperingatkan al-Quran, bahwa Allah adalah ar-Rabb, disambut dengan pernyataan bahwa tidak pernah terlintas di benak kami untuk menganggap siapapun sebagai pemelihara dan penjamin keinginan kami selain Allah s.w.t, Dengan demikian menurut kefahaman mereka telah memenuhi tuntutan tauhid itu. Akan tetapi kenyataannya, banyak di antara mereka tunduk pada Rububiyah (Ketuhanan) yang lain bila ditinjau dari sudut yang lain daripada arti Pengasuh, Pemelihara dan Penjamin.
Apabila diseru al-Quran, “Sembahlah Allah dan tinggalkanlah taghut itu”, maka sambutan mereka ialah, kami tidak menyembah berhala, dan mengutuk si syaitan. Yang kami sembah hanyalah Allah dengan khusyu’. Dengan demikian mereka yakin telah melaksanakan seruan al-Quran tadi. Padahal mereka menggantungkan diri dan nasib pada banyak taghut yang tidak berbentuk batu atau kayu pahatan (berhala). Begitu juga faham kebanyakan orang tentang ad-Din. Mereka mengaku sebagai muslim, menunaikan lima rukun Islam dan percaya terhadap keenam rukun Iman. Akan tetapi, apabila diteliti akan nyatalah bahawa kebanyakan mereka tidak mengikhlaskan diri untuk Allah dalam melaksanakan tuntutan Islam sebagai Dinullah yang luas ertinya itu.

Monday, May 4, 2009

Tanggungjawab Pemuda Islam Hari ini.

oleh
ABUL A’LA AL-MAUDUDI


REBUTLAH PELUANG DENGAN MENYEBARKAN ISLAM !



Saudara-saudara yang mulia!!!

Di saat yang bertuah ini, sukacita saya membayangkan kesyukuran dan perasaan
puashati saya dengan peluang ini, di mana diberi kesempatan untuk saya menyampaikan ucapan yang serba kekurangan di hadapan kumpulan yang baik yang terdiri dari pemuda-pemuda yang beriman serta ikhlas yang datang dari pelusuk alam untuk mengunjungi negara yang aman makmur ini. Mereka datang kerana menyebutkan Nama Allah di hari-hari yang tertentu (musim haji) dan kerana menyampaikan perkara yang memberi manfaat pada mereka. Atau dengan kata lain kerana menghadiri perhimpunan agong sebagai persidangan tahunan Islam.

Tujuan ucapan saya ini ialah untuk memperkatakan kepada pemuda mukmin secara menyeluruh tentang perjalanan dakwah Islamiah sebagaimana yang di kehendaki oleh
keadaan dunia Islam sekarang.

Saya akan mengambil kesempatan yang berharga ini untuk menyatakan sesuatu yang
tersembunyi di lubuk saya dan terpendam di sanubari saya. Agar saudara-saudara
semua dapat mengetahui dengan nyata dan terang satu persatu tentang perkara-perkara
yang memberi manfaat kepada Islam dan umatnya. Mereka yang hadir ini hendaklah
memberitahu kepada yang tidak hadir, kerana kemungkinan di masa akan datang sukar
bagi saya untuk mendapat peluang yang baik seperti pada hari ini dan ditempat yang
mulia ini.

Saya berdoa agar Allah berikan taufik kepada saya dan kepada saudara-saudara untuk
mendapat keredhaanNya dan ia menjadikan segala amalan kita ikhlas kepadaNya.


KEADAAN DUNIA ISLAM DAN KEPENTINGANNYA

Saudara-saudara yang mulia !!

Perkara yang pertama yang harus anda semua ketahui ialah Dunia Islam terbahagi kepada dua jenis:

Jenis pertama :
Negara di mana orang-orang Islam merupakan kumpulan minoriti dan tampuk pemerintahannya berada di tangan orang lain (bukan Islam).

Jenis kedua :
Negara yang majoriti (sebahagian besar) penduduknya terdiri dari orang-orang Islam
dan mereka sendiri menerajui pemerintahan.

Tidak perlu dibincangkan lagi bahawa kelompok yang kedua ini lebih penting dari
kelompok yang pertama mengikut ukuran biasa. Kerana nasib umat Islam di dunia ini
benar-benar bergantung di atas maju atau mundurnya kelompok kedua ini, berdasarkan
sistem yang dipilih untuk diamalkan dalam kehidupan bermasyarakat.



Ini bukan bererti saya menafikan kepentingan kelompok yang pertama, malahan saya
memberi perhatian khusus untuknya, kerana dengan wujudnya orang-orang yang beriman dengan satu akidah, satu fikrah dan satu sistem hidup yang berada di segenap penjuru alam ini, yang bilangan mereka ratusan ribu, malah lebih banyak, itulah sebenarnya sebesar-besar wasilah dan sekuat-kuat pendorong untuk membakar semangat orang-orang yang beriman dengan akidah, fikrah dan sistem tadi supaya hidup secara praktikal dan meninggikan panjinya.

Tetapi apabila akidah, pemikiran dan dakwah tadi telah kalah dalam kandang sendiri
atau kedudukan terhina maka sudah terang orang-orang mukmin yang bertaburan disana sini di segenap pelusuk alam tidak akan di tanggung oleh bumi dan diteduhi oleh langit hingga sesuatu masa yang tidak dapat ditentukan, dan ianya bukan pendek pula.


MASA DEPAN NEGARA ISLAM IALAH MASA DEPAN UMATNYA

Oleh kerana itu tidaklah salah kalau saya katakan:

Bahawa masa depan yang akan dihadapi oleh umat Islam di dunia ini adalah terletak di
atas bahu negara-negara Islam itu sendiri. Kawasan negerinya luas, dari Indonesia dan
Malaysia di sebelah timur hinggalah ke Morokko dan Nigeria di sebelah barat. Ini
adalah berdasarkan fikiran yang logik dan sebab-sebab yang boleh dilihat.

Ada pun jika di sana jika berlaku perkara yang menyalahi adat, yang luar dari batasan
kekuasaan kita maka itu bukanlah perkara yang mustahil, kerana Allah berkuasa memancarkan air dari batu yang keras, berkuasa menukar padang pasir yang kering tandus menjadi kebun-kebun yang indah, segar bugar, suka mata memandang. Maha Suci Allah Tuhan memiliki segala sesuatu dan Dia Maha berkuasa atas segalanya2. Mengikut apa yang kita bayangkan tadi bila membicarakan tentang masa depan umat Islam, kita katakan: bahawa masa depan mereka bergantung dengan masa depan negara ummat Islam sendiri, samada baik atau buruknya. Sekarang kita ingin kemukakan:

- apakah keadaan yang sedang berlaku di negara-negara ummat Islam hari ini ?
- apakah sebab dan faktornya ?
- dan apakah cara dan metod yang mesti diikuti oleh orang-orang yang berkerja keras untuk membela nasib umat Islam ?


PENJAJAHAN TANAH AIR BERUBAH KEARAH PENJAJAHAN FIKIRAN

Di antara perkara yang diketahui oleh kita semua wahai saudara-saudaraku bahawa pada akhir-akhir ini negara Ummat Islam telah jatuh ke dalam genggaman penjajah setelah ianya ditimpa oleh kemerosotan fikiran, kebekuan akal, keruntuhan moral dan kekacauan politik.

Pada abad ke 18, penjajah telah memacakkan tongkat penjajahan mereka di negara-negara
Islam dan dapat mencapai maksudnya pada awal abad ini. Penjajah telah dapat menguasai kebanyakan negara-negara Islam kecuali sedikit. Negara yang tidak dijajah
secara langsung ini pula sentiasa menerima kekalahan demi kekalahan menyebabkan
ianya tidak berbeza dari segi kehinaan dibanding dengan suasana yang menimpa
negara-negara Islam yang dijajah penuh.. Mereka merasa serba kekurangan dan lebih
gerun kepada penjajah dari negara-negara yang kemerdekaannya dirampas sepenuhnya. Seburuk-buruk kesan yang kita terima dari serangan penjajahan barat ini ialah jatuhnya kita ke dalam lembah kehinaan yang amat ketara dari sudut kelemahan fikiran, keruntuhan moral dan peniruan kebudayaan barat.
wanabdbaith. Powered by Blogger.

Visitor

free counters