Sunday, October 4, 2009

Kesan Yang Berkekalan...

Sungguh berat sebenarnya memegang sesuatu jawatan itu, amat besar tanggungjawabnya, terlalu pedih seksa dan azab jika menyalahgunakannya. Astaghfirullah, rasa tidak terdaya untuk menanggungnya tapi juga ditakuti ia jatuh ke tangan orang yang salah.



Terpanggil diri aku pada kali ini untuk menyentuh akan bab menipu dan perasaan ditipu. Keperitan yang ditanggung oleh seorang yang menipu meninggalkan kesan yang berpanjangan sepanjang hidup seseorang. Orang yang menipu apabila terbongkar helahnya akan kurang dipercayai. Hilangnya kepercayaan orang yang paling mempercayai, serta hilangnya kewibawaan diri. Tambah lagi jika yang menipu itu adalah mereka yang menyandang jawatan di dalam sesebuah organisasi. Bukan sahaja nama diri tercemar tapi turut sama mengheret orang lain ke lembah runtuhnya kepercayaan.


Aku pernah mendengar cerita yang amat menyebabkan aku tersinggung berkenaan menipu ini, aku sedar bahawa manusia itu tidaklah sempurna tetapi bukanlah ketidaksempurnaan diri kita ini menjadi penyebab untuk kita tidak berubah. Cubalah bayangkan bagaimana perasaan kita apabila kita dikhianati dengan ditipu oleh orang yang paling kita percayai? Tentulah remuk hati orang yang mempercaya, langsung musnah segala ukhwah yang terjalin serta berkecainya sebuah harapan.

Hai manusia, tidakkah kau sedar bahawa tanpa kepercayaan orang lain maka diri kau itu sentiasa terpinggir? Tidakkah kau malu akan jika ahli keluargamu menipu kepadamu? Tidakkah kau benci jika kawan baikmu, guru-gurumu dan orang sekelilingmu menipu kepada dirimu? Nah, begitulah juga manusia. Tidak ingin ditipu!


Lupakah kau akan Dia Yang Memerhati? Malukah engkau kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam saat kau memohon syafaat darinya sedangkan kau membelakanginya? Sedarkah engkau bahawa ibu dan ayahmu dicucuk pisau dek kerana perbuatanmu?


Hai manusia, aku cintakan kalian kerana Allah, maka janganlah kamu jadikan aku membencimu kerana Allah. Kupohon kepada diriku sendiri dan kalian yang tidak lekang daripada kesilapan agar bertaubat sementara waktu masih ada. Jangan lagi kau ulangi kesilapan kau yang lalu, hiasilah dirimu dengan keimanan dan amal soleh.


Uhibbukum fillah...


p/s: Aku tidak ingin menipu dan tidak ingin ditipu.

1 comments:

BAYT AMZAR said...

salam..

good entry..mendalam maknanya..
insyaAllah moga Allah tunjukkan jalan benar pdnya.. sabarlah..

wanabdbaith. Powered by Blogger.

Visitor

free counters