A Chip Of This In Addition To That
-
I've actually enjoyed picking upward these Quarter Circles blocks too
spending about slow time doing the applique operate. It's been and so
amazing to me h...
Welcome back!
-
Assalamualaikum wbt.
Sekian lama tidak menulis di blog yang kian usang ni. InsyaAllah kali ni
buat comeback + renovation terus untuk blog ini.
^_^
I CUT APPLE A PARENTING
-
*Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh*.
Sudah jawab salam saya?
Alhamdulillah 😊 Saya memang mahukan doa sejahtera dari jawapan salam anda.
Terima ...
New url
-
Assalamualaikum. Blog saya sekarang menggunakan url baharu:
httpss://inianishumaira.blogspot.com
Terima Kasih di atas kesudian membaca selama ini. Terus me...
Rindu menulis..
-
Bismillah,
Salam semua. Tak tahu siapa lagi membaca blog yang dah usang dan berhabuk
ni. Imagine 2 tahun 2 bulan 16 hari dah tak menulis di blog ini.
Nak...
BERSYUKUR
-
*MENSYUKURI NIKMAT, MENYUBUR CINTA ILAHI*
Puteri-puteriku yang dikasihi kerana Allah!
Setiap kali seseorang memberikan suatu barang kepada kita, begitu mud...
Soeharto dan Perjalanan Rahasianya
-
ak hanya Presiden Joko Widodo (Jokowi) yang gemar melakukan "blusukan".
Presiden kedua Republik Indonesia Soeharto pun memiliki hobi yang sama,
hanya saja ...
Kisi-kisi Ujian Nasional
-
Kisi-kisi Ujian Nasional
Berikut Kisi-kisi Ujian Nasional untuk Satuan Pendidikan Dasar dan Menengah
serta Pendidikan Kesetaraan:
1. Peraturan Badan S...
Senarai Bilik & Rumah Sewa Nilai & Lembah Klang
-
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Saya doakan agar semua bakal penyewa rumah & bilik saya sihat dan bahagia.
*==> NILAI*
*1) Apartment Cempaka Puri 1&2*
#...
Saat Terindah
-
Andai ditanya sang bunga
bilakah saat terindah?
Akan dikata
Saat daku mekar mewangi
dibasahi embun pagi...
Andai ditanya sang pelangi
bilakah ...
3 years 3 months 21 days
-
Bismillah... Alhamdulillah... Selawat dan salam ke atas junjungan mulia
Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam, keluarga baginda,
sahabat-sahabatnya da...
Soal UKG 2015
-
Uji Kompetensi guru akan dilaksanakan secara serentak mulai 9 Nopember 2015
nanti yang akan dilaksanakan baik secara online maupun secara manual
(offline) ...
HANYA UNTUKMU... (PART 1)
-
*'Sesungguhnya.. solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya untukMu'*
*-----------------------------------------------------------------------------------...
apakah yang cantik itu???
-
Siapa yang cantik? Awak cantik? Saya? Atau dia?
Kalau di Bollywood mungkin kata mereka, Aishwarya Rai yang tercantik, atau
di Hollywood, Paris Hilton adalah...
Himpunan lebih besar jika tidak berubah
-
Dewan Pemuda PAS Malaysia mengancam untuk mengadakan satu perhimpunan lebih
besar sekiranya kerajaan masih tidak melakukan sebarang tindakan menurunkan
k...
Shoutul Amal Comeback!
-
Pernah dengar lagu shoutul Amal? Sejak tahun 1998,, dan kini mereka buat
comeback...jom dengar ulasan Pengerusi Eksekutif Shoutul amal
GEMPAR!! MAT SABU CALON TAJAAN UTUSAN-UMNO PULAK??
-
baru-baru ini Ust Nik Amar yang juga calon timbalan presiden PAS, di
katakan mendapat tempat di dalam utusan asbab salah seorang wartawan mereka
menulis...
’9/10 sumber rezeki adalah dari perniagaan’
-
Niat utama dalam perniagaan, bukanlah untuk buat duit. Konsep ini jelas
berbeza dengan konsep conventional yang lain. ini kerana kita adalah orang
dakwah. ...
9 months pregnancy
-
it's been such a long time this blog never get updated.
around 9 months i guess.
no choice, the tiredness and the matter of time arrangement.
i traveled eve...
Profil Lengkap Gareth Bale
-
*Gareth Bale* adalah pesepakbola asal Wales yang saat ini bermain untuk
Klub Tottenham Hotspurs. Bale kini sedang dalam top performanya, permainan
apiknya ...
Pembudayaan Ilmu: Muqadimah
-
Perkataan budaya berhajat kepada kelompok manusia yang ramai bukan sekadar
individu tertentu.Tidak terhad hanya kepada profesyen perguruan mahupun
ahli aka...
~Mengintai Kematian~
-
*Bismillahirrahmanirrahim,,,*
*Assalamualaikum w.b.t kepada sahabat-sahabat sekalian.Semoga kalian semua
dalam jagaan Allah yang sebaik-baiknya.Sudah tent...
Blog IBN Sidek
-
Merupakan blog yang saya temukan langsung saya daftarkan. hari ini saya
muak dengan satu orang kaya anjing, gara-gara ngambil flashdisk, sekarang
ngambil t...
2 Years Back
-
Assalamualaikum
Kejap je 2 tahun berlalu, sedar tak sedar dah habis dah course piloting ni.
Sekarang tengah menunggu license supaya diperkenankan oleh DCA...
Pesanan buat anak Adam
-
Firman Allah Taala yang bermaksud: "Barangsiapa yang berpagi-pagi dalam
keadaan berdukacita terhadap dunia, tidak akan bertambah hampir ia kepada
Allah mel...
~ Ahli Gerakan Islam Perlu Tahu Uslub Dakwah ~
-
oleh : Ustaz Zainudin Hashim
Perbincangan ini adalah mengenai keperluan anggota-anggota jemaah
mengetahui selok-belok kaedah yang berkesan bagi menya...
:: Undefined ::
-
Bismilahirahmanirrahim....
Assalamualaikum w.b.t....
Alhamdulillah masih lagi diberi nikmat oleh Allah yakni nikmat iman dan
islam... dan juga nikmat yang s...
Everything's 48~
-
BURUNG BELATUK vs BURUNG MERPATI~
Burung Belatuk - tidak berhenti mematuk pokok untuk membuat sarangnya ^_^
Burung Merpati - Tulang-tulang burung merp...
Inspirational Story of Allahyarhamah “Bara’a”
-
Inspirational Story of “Bara’a”Bara’a is a 10 year old girl from Egypt and
belong to small happy religious family. Both of her parents are doctors and
have...
Tanda-tanda Kiamat
-
*1) Penaklukan Baitulmuqaddis.*
Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda:
"Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat." Baginda...
Kembara Ilmu ke UK
-
Alhamdulillah, 23hb Januari 2011 merupakan detik-detik bersejarah bagi ana
dan isteri. Tarikh itu akan sentiasa diingati kerana itulah detik ,
bermulanya k...
Buka kembali Blog Yang Dah Berkarat
-
Lama betul tak dibuka blog ni.Semenjak meninggalkan bumi Jordan pada bulan
12 tahun lepas, selama itulah blog ini tidak terusik.Terkunci rapat di alam
maya...
Rapuh
-
Detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan
seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
...
Five Balls
-
"Imagine life as a game in which you are juggling some five balls in the
air.
You name them – work, family, health, friends and... spirit …
and you’re keepi...
Penat
-
Assalamualaikum wrt wbt
Sekian lama blog ini dibiarkan sepi. Banyak perkara, banyak cerita. Tapi
tak ter'update' di sini. Kami agak kelelahan sebenarnya. ...
sayu pula...
-
Bismillah...
Harini dah masuk hari ke-3, Kak Ina serta keluarga pulang ke tanah air
Malaysia. Tengok balik gambar-gambar, rasa sayu pula terkenangkan
kena...
Ranking ke-5 best speaker~hehehe
-
Salam,amboi dah lama rasanya aku tak update blog. Post yang kali ni pun
terpaksa taip ketika ada masa je. Hm,minggu ni agak bz bahkan minggu yang
akan da...
Start meng-update balik
-
Hari ni ade mase nak update blog sebab skang ni ana ade kat mukhtabar hasub
sebab ana join Kelab Komputer. First day ni cikgu ajar murid2 care2 nak wat
bl...
WikiIslam -ensiklopedia memusuhi islam
-
Oleh: Thoriq AhmadIslam terus menjadi sasaran media kuffar untuk di
permainkan dengan harapan pandangan umum terhadap Islam dan Ummat terus
buruk dengan pe...
maSa LalU yG tErtinGaL..
-
A'kum buat semua temen2..yg pasti aku tuju itu buat semua yg d jordan..dgn
izin Allah aku kesana dan dengan kehendak Dia jua aku pulang ke
tanahair..apa y...
Alhamdulillah... setelah 2 minggu berlalu tanpa internet, akhirnya hari ni ia beroperasi seperti biasa. Aku berfikir kembali, hikmahnya amat...
Total Pageviews
Dunia itu PINJAMAN dan bukannya HAK MILIK!
Peringatan itu benar-benar dapat didapati bagi orang-orang yang mempunyai hati atau yang menggunakan pendengaran sedang dia menyaksikannya.
Ya Allah, sesungguhnya Engkau menguasakan kepada kami musuh yang sangat jeli terhadap aib-aib kami, dia dan sekutunya melihat kami sedangkan kami tidak melihat mereka. Ya Allah, kecewakanlah dia dari kami sebagaimana Engkau telah mengecewakannya dari rahmat-Mu, buatlah ia berputus asa dari kami sebagaimana Engkau telah membuatnya berputus asa dari ampunan-Mu, dan jauhkanlah antara kami dan dia sebagaimana Engkau telah menjauhkan antara dia dan rahmat-Mu. Sesungguhnya Engkau Mahakuasa atas segala sesuatu.
Sesungguhnya beruntunglah kepada sesiapa yang terhimpun padanya keJUJURan, sikap MALU, AKHLAK yang BAIK, dan SYUKUR.
Semalam telah bermula sesi pembelajaran baru ana di sini, alhamdulillah semua kelas berjalan dengan sempurna kecuali untuk madah nahu.
Pada fasal ini, ana turut mendaftarkan 6 madah sama seperti fasal kedua. Antara madah yang telah didaftarkan ialah :
1. Nahu 1 2. Dirasat Islamiyyah (BI) 3. Fiqhut Toharah was Solaah was Siyaam 4. Fiqhul Aiman wan Nuzur wal Hazhar wal Ibahah 5. Tilawah wal Hifz 2 6. Tafsir
Untuk madah Tafsir, ana sebenarnya telah mendaftarkannya dengan Dr. Rayyan, akan tetapi disebabkan beberapa musykilah, Dr. Rayyan telah diganti dengan Dr. Ahmad Naufal. Sungguh amat gembira hatiku dibuatnya kerana Dr. Ahmad Naufal adalah orang yang jarang-jarang sekali mengajar pelajar degree. Syukur ke hadrat Allah kerana menggantikan dengan yang lebih baik.
Pada jam 11.00 pagi waktu Jordan, kelas nahu 1 pula dimulakan, doktor nahu ini adalah seorang yang tidak dapat melihat (barakallahu fiih) tetapi masih boleh dapat mengajar, baik raut wajahnya. Kami dimaklumkan oleh beliau bahawa kelas akan bermula pada hari Selasa nanti agar semua pelajar dapat menghadirkan diri dengan jumlah yang lebih ramai. Ini kerana pada hari pertama setiap fasal, jumlah kehadiran amat kurang memuaskan kerana masing-masing masih terpinga mencari kelas ditambah pula dengan pelajar-pelajar baru sesi tersebut.
Manakala madah ketiga iaitu Fiqhul Aiman wan Nuzur wal Hazhar wal Ibahah pula berlangsung pada jam 12.00 tengah hari, diajar oleh salah seorang doktor yang mengajar di Jamiah Yarmouk. Alhamdulillah, dapat juga belajar dengan doktor dari Jamiah Yarmouk. Ana pun tak pasti kenapa dia boleh berada di Jamiah Urduniah, beliau ada mengkhabarkan kepada kami tapi ana tidak dapat memahami beberapa kata-kata beliau oleh kerana kekurangan vocab. Huhu...
Kelas ana semalam berakhir jam 1.00 tengah hari, petang semalam badan terasa tidak berapa sihat dan seterusnya kepeningan dan sakit kepala. Syukran kepada mereka yang mendoakan kesembuhanku, sekarang alhamdulillah dah semakin pulih. Barakallahu fiikum. Doakanku untuk mendapat pencapaian yang lebih memberansangkan pada fasal ini. :D
University of Jordan dan Masjid Abd. Rahman b. 'Auf
Alhamdulillah, sudah sebulan lebih bercuti dan berhari raya, esok tiba masanya untuk meneruskan kembali episod sebuah perjuangan ini.
Dalam masa sebulan lebih ini juga aku telah mempelajari banyak perkara daripada sahabat-sahabatku dan ustaz-ustaz di sini, mempelajari bagaimana untuk lebih memahami dan mengambil ibrah.
Manusia itu tidak lepas daripada perasaan megahnya, bangga akan pencapaiannya yang serba boleh, ingin menjadi hebat lebih daripada orang sekeliling. Begitulah juga diriku, tidak lepas daripada semua itu, tapi tiap kali aku didatangi perasaan sedemikian, datang satu bisikan berkata bahawa kau salah. Kau sememangnya tidak layak memikul amanah tersebut. Astaghfirullah, apa yang telah aku sombongkan?
Ramadhan telah pun berlalu pergi, kumerasai kesedihan dan juga kegembiraan. Jika dapat kugambarkan yang manakah lebih mempengaruhi hati saat berlalunya Ramadhan tentulah jelas kelihatan bahawa kegembiraan mengatasi kesedihan. Namun, aku disergah pada malam raya pertama oleh tazkirah ringkas seorang ustaz di sini kepada kami semua. Kesedihan meninggalkan Ramadhan mengatasi kegembiraan Syawal itulah yang menandakan bahawa tarbiyah Ramadhan telah kita berjaya harungi.
Esok adalah satu lagi hari yang aku mesti tempuhi, rupa paras sahabat-sahabatku di jami'ah makin terbayang-bayang di dalam fikiran ini. Tidak sabar rasanya untuk berjumpa dengan mereka, tidak sabar rasanya untuk menambah input berguna, tidak sabar rasanya untuk mengisi masa yang lapang ini, juga tidak sabar rasanya untuk melakukan 'improvement' diri bagi fasal akan datang.
Ya Allah, berikanlah aku kekuatan, ketabahan, dan kecekalan dalam mengharungi dunia-Mu ini serta melaksanakan amanah yang Engkau anugerahkan. Berikanlah aku kebijaksanaan, kecergasan, dan hidangilah rohku dengan makanan rohani. Ampunilah dosa-dosaku, dosa ibu bapaku, guru-guruku, adik-beradikku, para sahabatku dan semua kaum Muslimin dan Muslimat. Tempatkanlah kami di Syurga-Mu yang tertinggi. Amiin ya Rabb.
Selamat Hari Raya buat keluargaku di Kota Bharu, Kelantan, juga buat semua sahabat-sahabatku tidak kira yang jauh mahupun dekat, serta kepada sekalian guru dan ustaz yang sudi memberi tunjuk ajar kepada diriku. Maafkan segala salah dan silap sepanjang bersama. Tidak lupa juga diucapkan Selamat Hari Raya kepada ahli-ahli PPMA, semoga kita semua sentiasa dirahmati ALLAH.
Maksudnya: “Demi langit yang mempunyai gugusan bintang. Dan hari yang dijanjikan: Dan yang menyaksikan dan yang disaksikan. Telah dibinasakan orang-orang yang membuat parit. Yang berapi [dinyalakan dengan] kayu bakar. Ketika mereka duduk di sekitarnya. Sedang mereka menyaksikan apa yang mereka perbuat terhadap orang-orang yang beriman. Dan mereka tidak menyeksaorang-orang mukmin itu melainkan hanya kerana orang-orang mukmin itu beriman kepada Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji. Yang mempunyai kerajaan langit dan bumi; dan Allah Maha Menyaksikan segala sesuatu. Sesungguhnya orang-orang yang mendatangkan cubaan [fitnah] kepada orang-orang Mukmin lelaki dan perempuan kemudian mereka tidak bertaubat, maka bagi mereka azab jahanam dan bagi mereka azab neraka yang membakar. Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal yang salih bagi mereka syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; itulah keberuntungan yang besar. Sesungguhnya azab Tuhanmu
benar-benar keras. Sesungguhnya Dialah yang menciptakan makhluk dari permulaan dan menghidupkannya kembali. Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Pengasih. Yang mempunyai singgahsana, lagi Maha Mulia. Maha Kuasa berbuat apa yang dikehendaki-Nya.” (al Buruuj: 1-16)
Sesungguhnya kisah penggali parit (Ashabul Ukhdud) sebagaimana yang digambarkan di dalam surah Al-Buruj ini sangat penting untuk direnungi dan diperhati oleh orang beriman yang menghayati dakwah ke jalan Allah di segenap tempat dan generasi. Cara Al-Quran mengemukakan kisah ini dengan gaya bahasa yang mengandungi muqaddimah, latar belakang, huraian dan ulasan serta pengesahan dan arahan-arahan. Ini memberi pengertian bahawa Al-Quran membuat garis panduan mengenai bentuk dan corak dakwah ke jalan Allah, mengenai peranan umat manusia dalam melaksanakan dakwah itu, dan risiko yang mungkin melanda jalannya dakwah itu - yang
sememangnya mempunyai ruang lingkup yang amat luas; lebih luas daripada muka bumi dan lebih luas daripada jangkauan kehidupan di dunia. Al-Quran juga memberikan garis panduan untuk orang beriman di samping memberikan bahan persediaan bagi mempertaruhkan jiwa raga mengikut takdir Allah yang azali dan mengikut hikmah kebijaksanaan Allah di alam ghaib.
Kisah ini adalah sebenarnya merupakan kisah kemurnian iman satu golongan manusia, yang rela menerima ujian dari pihak musuh mereka yang durjana dan garang. Musuh yang sanggup memijak-mijak kebebasan "manusia untuk menganut iktikad kebenaran dan untuk terus hidup menghayati iman kepada Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji." Mereka rela mati syahid mempertahankan iman mereka, walaupun mereka terpaksa menjadi bahan ketawa bagi orang-orang durjana itu, sambil bersorak-sorai menyaksikan pesta pembakaran manusia secara hidup-hidup.
Iman yang hidup menyala di dalam hati golongan ini telah berjaya mengalahkan ujian itu dan memenangkan pilihan akidah ke atas pilihan ingin hidup terus di dunia yang fana ini. Hati mereka tidak berubah dengan ugutan musuh-musuh dan tidak berganjak menghadapi seksaan yang membawa maut, tidak rela menukar prinsip hidup dengan kemusnahan akidah; lebih rela mati dibakar api dari hidup bercerminkan bangkai...
Hati mereka telah berjaya membebaskan dirinya daripada belenggu rasa cita hidup, hati yang tidak boleh dipermainkan oleh pujukan syaitan. Hati yang rela menerima kedatangan maut, yang dahsyat kelihatannya. Hati yang lepas bebas dari sebarang belenggu "dunia" dan segala jenis godaannya, dan telah memilih kemenangan akidah atas segala-galanya.
Berhadapan dengan hati orang-orang beriman yang berbudi tinggi dan mulia itu, di sana adalah hati-hati yang pejal membatu, yang ganas dan tidak mengenal budi, mereka mengelilingi parit yang dipenuhi nyala api, menyaksikan betapa mereka mengazab dan menyeksa orang-orang beriman, menyaksikan pesta pembakaran manusia hidup-hidup. Setiap kali seorang pemuda atau teruna, setiap kali bagi orang dewasa, setiap kali kanak-kanak atau orang tua dari golongan beriman yang baik dan mulia dicampakkan ke dalam nyala api, setiap kali pulalah sorak berderai, ketawa yang menggila dan hilai yang penuh dendam dan benci. Peristiwa kejam dan menyayat hati yang dilakukan oleh manusia durjana itu, pembunuhan beramai-ramai yang menyeramkan bulu roma, melebihi kekejaman binatang buas; sebab binatang buas membunuh mangsanya untuk dimakan, bukan sekadar untuk ditonton dan dihilai tawakan di dalam pesta. Peristiwa ini adalah suatu
peristiwa yang membuktikan betapa tingginya nilai roh orang-orang beriman; juga menggambarkan betapa tenangnya roh yang suci itu naik ke syurga mengadap Tuhannya.
Mengikut perhitungan duniawi, nampaklah bahawa kedurjanaan telah dapat mengalahkan keimanan. Nampak juga bahawa keimanan yang begitu tinggi nilainya, yang terpahat begitu kukuh dan terukir begitu indah di dalam hati manusia pilihan itu, seakan-akan tiada nilainya dan tiada hitungan markahnya di dalam pertarungan antara keimanan dan kedurjanaan.
Kebetulan pula ayat-ayat mengenai peristiwa ini tidak menyebut bagaimanakah nasib orang-orang penggali parit itu di atas dunia ini sesudah mereka melakukan perbuatan yang kejam ini. Apakah tindak-balas Allah ke atas mereka. Adakah Allah mengambil tindak balas seperti balasan ke atas kaum-kaum Nabi Nuh, Nabi Hud, Nabi Soleh, Nabi Syu'aib dan juga Nabi Luth, ataupun Tuhan membalas mereka seperti balasan yang menimpa Firaun dan kaumnya.
Memanglah dalam pandangan mata kasar, peristiwa pembunuhan beramai-ramai dengan cara membakar hidup-hidup semua orang beriman itu sangat menyedihkan dan memilukan. Adakah benar bahawa persoalan ini berlalu begitu sahaja dan kisah golongan beriman yang dibunuh hidup-hidup di dalam api yang membakar ini hilang begitu sahaja ditelan zaman? Adakah cukup dengan sekadar menyebutkan bahawa mereka berhasil mencapai puncak iman sahaja? Hilang membawa kenangan dahsyat mati terkapai menjadi mangsa api yang ganas dalam parit yang digali oleh orang-orang durjana itu; sedangkan golongan itu dibiarkan tanpa sebarang balasan di dunia ini juga.
Memanglah mengikut perhitungan kasar duniawi, peristiwa ini menggariskan suatu rasa hampa dan kecewa terhadap peristiwa yang malang ini. Tetapi Al-Quran mengajarkan sesuatu yang lain, untuk difahami oleh orang-orang beriman. Al-Quran membongkar suatu hakikat yang lain; iaitu hakikat nilai yang menjadi neraca pertimbangan dan hakikat perjuangan yang pasti ditempuh oleh orang-orang beriman.
Kehidupan dunia yang dibumbui oleh berbagai-bagai jenis keadaan dan suasana: berupa kelazatan, keseronokan, kesakitan, kebahagiaan beroleh suatu, kekecewaan kehilangan sesuatu, bukanlah merupakan nilai yang paling mahal di dalam neraca pertimbangan. Kehidupan dunia lahiriah ini bukanlah merupakan faktor yang boleh menentukan nilai menang atau kalah, untung atau rugi. Kemenangan hakiki bukanlah selama-lamanya bererti kemenangan lahiriah, yang boleh dipandang oleh mata kasar; sebab kemenangan yang nampak disaksikan oleh mata kasar dan panca indera lahir itu adalah hanya salah satu bentuk kemenangan sahaja, sedangkan kemenangan itu memang banyak sekali bentuknya.
Sesungguhnya nilai yang paling berharga di dalam neraca Allah SWT ialah nilai akidah; sesuatu yang paling laris di pasaran Allah ialah iman. Kemenangan yang paling bernilai di sisi Allah ialah kemenangan roh atas kebendaan, kemenangan akidah menghadapi sakit dan sengsara, kemenangan iman menempuh badai fitnah. Di dalam kisah pembunuhan beramai-ramai di dalam unggun api, yang kita perbincangkan ini, nyata sekali kemenangan orang-orang beriman itu mengalahkan perasaan takut dan sakit; kemenangan mengatasi godaan-godaan duniawi, kemenangan menghadapi fitnah, kemenangan kehormatan umat manusia di sepanjang zaman. Inilah kemenangan sejati!
Semua manusia pasti mati, walaupun sebab dan punca kematian itu bermacam-macam bentuk dan rupanya; namun seluruh manusia tidak akan mendapat kemenangan seperti ini, tidak akan dapat mendaki setinggi ini, tidak mendapat kebebasan sehebat ini, dan tidak akan dapat sampai ke matlamat secepat ini. Ini adalah sebenarnya suatu pilihan khas Allah untuk suatu golongan hamba-Nya yang Dia kasihi. Allah memberi rahmat kepada mereka untuk dapat sama merasakan kematian seperti juga makhluk lain merasakan kematian itu, tetapi di samping itu mereka beroleh kehormatan khas di alam malakut, dan kehormatan di dalam neraca Ilahi dan neraca kemanusiaan.
Memang orang-orang beriman tadi boleh menyelamatkan nyawa mereka untuk sementara waktu dengan membayar harga yang berbentuk kehancuran iman. Kalau mereka rela membayar harga kematian itu dengan kehancuran akidah maka alangkah ruginya mereka dan alangkah ruginya kemanusiaan. Bagaimana ruginya mereka seandainya menerima mereka rela surut ke belakang, yang bererti mereka sanggup membunuh kebebasan, sanggup membunuh erti dan nilai, bererti mereka rela hidup tanpa akidah, tanpa kebebasan, rela menyerahkan akidah dan jiwa untuk ditakluki orang, setelah badan kasar diperhambakan orang sesuka hati mereka.
Pengertian ini adalah pengertian yang mulia dan.besar sekali. Mereka beruntung di tempat yang amat jauh dari jangkauan kasar dunia ini. Mereka beruntung waktu badan kasar mereka dijilat api, maka terbakar habislah jasad kasar mereka dan beroleh kemenanganlah nilai yang tidak dapat dimakan api, iaitu pengertian rohani yang suci.
drpd : Dr. Sayyid Quthb - Petunjuk Sepanjang Jalan
Alhamdulillah... setelah 2 minggu berlalu tanpa internet, akhirnya hari ni ia beroperasi seperti biasa. Aku berfikir kembali, hikmahnya amat banyak tetapi aku tidak menggunakan peluang tersebut dengan sebaiknya. Masya-Allah.
Hari ini, aku mendapat nasihat yang berguna buat diriku dalam berpersatuan, nasihat seorang abang kandung kepada adik kandung. Semoga aku tidak melupakan nasihat tersebut.
Bulan Ramadhan telah sampai ke kemuncaknya, aku berfikir, di manakah diriku? Sejauh mana amalku?Sekuat mana imanku?Astaghfirullah. Peluang keemasan dah hampir tiba ke penghujungnya, namun kesannya entah ke mana.
Ya Allah, teguhkan iman dan pendirianku, jauhkan aku daripada perkara maksiat, lapangkan hati ini, turunkanlah sakinah dan rahmat-Mu kepada diri ini. Semoga aku tidak tergolong dalam golongan mereka yang rugi. Amiin Ya Rabb.