Hari demi hari berlalu, hari ini ku lalui dengan tidak bersemangat seperti sebelumnya meskipun pada hari inilah hari terakhir muhadarah sesi musim panas tahun 2009 bagi madah yang aku ambil.
Hari ini jugalah hari yang di mana aku mendapat 2 berita yang satunya menggembirakan dan satunya menyedihkanku. Khabaran gembiranya ialah Ustaz Fakhrurrazi telah berjaya dalam munaqasyah MA nya. Manakala berita sedih yang menyebabkanku terdiam tidak mampu untuk berkata apa-apa ialah Kak Ayu mengalami keguguran.
Sungguh pun kedua berita tersebut langsung tiada kaitan dengan diriku mahupun dengan keluarga di Malaysia tapi keduanya mengenai 'keluargaku' di sweileh. Aduh, pedihnya tidak mampu ku gambarkan.
Bergambar bersama selepas munaqasyah Ustaz Razi.
Dari kanan : Ustaz Asyraf, ana,
Ustaz Doktor Solah Al-Khalidi, dan Ustaz Fakhrurrazi.
Dari kanan : Ustaz Asyraf, ana,
Ustaz Doktor Solah Al-Khalidi, dan Ustaz Fakhrurrazi.
Maaf untuk aku khabarkan, tapi berita yang gembira itu seolah-olah tenggelam dengan berita yang kelam itu dalam diriku, berita yang gembira itu turut menjadi suatu berita yang sedih dengan perpisahan yang berlaku. Ustaz Fakhrurrazi akan pulang ke Malaysia pada malam ini! Ustaz Muhaimin dan Ustaz Mahyuddin juga akan menyusul kemudian nanti... Ya Allah, hilang rasanya kepadaku manusia yang sentiasa memberi nasihat dan teguran yang menusuk ke dalam diri ini.
Buat Ustaz Fakhrurrazi, terima kasih atas segalanya, tahniah di atas keberjayaan dalam munaqasyah dan juga salam perpisahan daripadaku semoga berjumpa lagi di lain masa. Jika tidak di dunia, insya-Allah di akhirat sana. Begitu juga kepada Ustaz Muhaimin dan Ustaz Mahyuddin, hanya Allah mampu membalas segala jasa dan ilmu yang telha dicurahkan.
Buat Kak Ayu, salam takziah kuucapkan, keperitan yang dirasai turut menitiskan air mata di hatiku. Semoga Kak Ayu sekeluarga tabah menghadapi ujian ini, tiada yang dapat membalas kepedihan di dunia ini kecuali ganjaran di hari akhirat kelak. Allah ma'akum.
0 comments:
Post a Comment