Saturday, August 15, 2009

Ya Ayuhar Rijaal, wa Ya Ayyatuhan Nisa'



Lelaki,
egomu kadang melampaui perasaanmu
ceriamu kadang terselit sebuah duka

tanggungjawab yang berat terletak di bahumu

pimpinanmu mampu menghancur dunia

Lelaki,
kaulah rijal ummah ini
janganlah engkau putus asa dek si dunia
teruslah mengikut jalan yang disinari iman

kerana sesungguhnya Allah bersamamu


Lelaki,

jangan kau rebah kerana wanita murahan
rintangilah perjuanganmu dengan harapan yang pasti

kerana di sebalik itu akan ada si dia yang mencarimu

si dia yang mencarimu kerana agamamu


Lelaki,

hidup ini penuh duka dan derita
mengadulah kepada Dia Yang Esa

nescaya engkau gembira dalam ketaqwaan

moga syurga kelak balasanmu


Wanita,
tangisanmu menghancurkan hati yang membatu
tanganmu mendidik pemuda perkasa
kelembutanmu membibitkan kasih kepada Pencipta

pakaianmu syiar Islam itu terjaga

Wanita,

jangan kau tangisi si lelaki durjana

kerana ia batu ikatan yang dicampak ke neraka
sebaliknya tangisilah kejayaan anakmu yang syahid

agar teguhmu mendidik diganjari Dia Yang Agung


Wanita,

tanganmu mendodoi si anak dalam buaian
harapanmu dia bangkit menjadi pahlawan

jangan engkau membelai dia yang dipengaruhi syaitan
sesungguhnya syaitan itu amat licik muslihatnya


Wanita,

Si anak rindu akan kelembutanmu

kelembutanmu dalam menanam iman walau tegas
bukan kelembutanmu menggoda si keparat

kerana panasnya neraka bukan kepalang



(ciptaan : abdbaith47)

0 comments:

wanabdbaith. Powered by Blogger.

Visitor

free counters