Monday, August 17, 2009

DAKWAH KITA; DAKWAH KEBANGKITAN DAN MENYELAMAT (Siri 2)





(h) Halangan-halangan di jalan kita.

Suka saya berterus terang kepada anda semua.. sesungguhnya dakwah anda ini masih belum dikenali oleh ramai. Pada hari mereka mengenali dan mengetahui matlamat dan objektifnya, ia akan menerima tentangan yang hebat. Anda akan dapati di hadapan kamu berbagai kesusahan dan halangan yang akan menghalang anda. Pada masa itu barulah sebenarnya anda mula mengikut jejak ahli-ahli dakwah. Sekarang mereka masih belum mengetahui lagi. Anda masih di peringkat awal dakwah dan anda perlu bersedia dengan keperluan perjuangan dan jihad. Kejahilan rakyat tentang hakikat Islam akan menjadi penghalang jalan dakwah anda. Anda akan dapati sesetengah ahli-ahli agama dan ulama-ulama rasmi merasa pelik dengan fikrah anda. Mereka akan menentang jihad anda.



Para pemimpin, ketua, orang-orang kenamaan dan mempunyai kuasa akan membenci anda. Semua pemerintah akan bekerjasama menghalang anda, cuba menyekat aktiviti-aktiviti anda dan meletak halangan di tengah jalan dakwah anda. Lanun-lanun itu juga akan berganding bahu untuk menentang dan memadam sinar dakwah anda. Mereka akan meminta bantuan pemerintah-pemerintah yang lemah dan orang yang berakhlak buruk untuk tujuan yang sama. Anda akan dimusuhi dan di benci. Anda akan difitnah dan ditohmah. Mereka akan berusaha menampilkan segala kekurangan terhadap dakwah anda.



Dengan kekuatan dan kekuasaan yang ada pada mereka, mereka cuba menampakkan anda kepada orangramai dengan gambaran yang paling hodoh. Mereka akan menindas dengan harta dan kuasa mereka. Firman Allah yang bermaksud;


"Mereka itu mahu memadamkan agama Allah dengan mulut mereka dan Allah penyempurna agamaNya sekalipun di benci oleh orang-orang kafir" (as Saff:8).



Ketika itu anda akan memasuki era cubaan dan ujian (mehnah). Anda akan dipenjara, ditangkap, dipencilkan dan di rampas segala harta benda kamu. Segala kerja anda akan disekat dan rumah anda akan digelidah. Mungkin masa ujian ini akan menjadi begitu panjang. Firman Allah yang bermaksud;



"Apakah manusia itu mengira mereka akan ditinggalkan begitu saja untuk berkata kami telah beriman sedangkan mereka tidak diuji" (al Ankabut:2).



Tetapi Allah telah berjanji kepada anda selepas kesemuanya ini iaitu kemenangan orang-orang mujahidin dan pahala orang yang berusaha baik. Firman Allah yang bermaksud;



"Hai orangorang yang beriman, sukakah kamu ditunjukkan satu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih" (as Saff:10).



Maka apakah anda akan tetap menjadi penyokong-penyokong Allah?



(I) Faktor-Faktor Kejayaan.


Suatu kemestian yang perlu disebut di sini wahai saudaraku, Di dalam segala rintangan ini, kita perlu ingat bahawa kita berdakwah kepada Allah. Ianya adalah dakwah yang paling tinggi. Kita mengajak dengan fikrah Islam, suatu fikrah yang paling kuat. Kita kemukakan kepada manusia Syariat al Quran iaitu syariat yang paling adil. Firman Allah yang bermaksud;


"Celupan Allah dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah" (al

Baqarah:138)


Seluruh alam memerlukan dakwah ini. Setiap yang ada di dalamnya bersedia

memberikan jalannya. Kita sesungguhnya bersyukur kepada Allah kerana kita terlepas dari ketamakan untuk diri sendiri dan jauh dari kepentingan diri. Kiita tidak bermaksud selain dari Allah dan kebajikan manusia. Kita tidak bekerja melainkan kerana mencari keredhaanNya. Kita sesungguhnya sentiasa menunggu sokongan dan pertolongan dari Allah. Sesiapa yang ditolongkan oleh Allah maka dia tidak akan kalah. Firman Allah yang bermaksud;



"Yang demikian itu kerana sesungguhnya Allah adalah pelindung orang-orang beriman dan kerana sesungguhnya orang-orang kafir itu tiada mempunyai pelindung" (Muhammad:11).



Kekuatan dakwah kita, keperluan dunia kepadanya, kemurnian tujuan kita dan sokongan Allah kepada kita adalah faktor-faktor kejayaan kita yang tidak dapat digugat oleh sebarang galangan dan tidak dapat dihalang oleh sebarang halangan. Firman Allah yang bermaksud;



"Dan Allah berkuasa terhadap urusannya tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui" (Yusuf:21).






Antara Semalam Hari Ini - Asy-Syahid Hassan Al-Banna

0 comments:

wanabdbaith. Powered by Blogger.

Visitor

free counters