Sunday, August 9, 2009

Tetamu Yang Tercinta


الضيف المحبوب

مرحبا أهلا وسهلا بالصيام # يا حبيباً زارنا في كل عام


قد لقيناك بحبٍّ مفعم # كل حب في سوى المولى كلام

فاقبل اللهم منا صومنا # ثم زدنا من عطاياك الجسام

لا تعاقبنا فقد عاقبنا # فلقٌ أيقظنا جنَح الظلام



القرار الأخير - عائض القرني

Saturday, August 8, 2009

ANTARA TAKTIK MUSUH ISLAM



ANTARA TAKTIK MUSUH ISLAM


Saudara-saudara yang budiman,

Andainya penjajah barat merampas harta benda kita, memeras kekayaan negara kita, membunuh, menghapuskan anak cucu kita habisan-habisan dan memusnahkan rumah tangga kita, maka kezaliman seperti itu tidaklah seburuk atau sejelik-jelik natijah jika dibandingkan dengan kezaliman yang mereka lakukan terhadap kita dalam bentuk menaburkan racun-racun tamadun kebendaan, kebudayaan dan pengetahuan sains yang mengingkari kewujudan Tuhan dan moral akhlak yang runtuh. Apa yang dapat kita lihat dibuat oleh musuh-musuh Islam itu ialah contohnya:




PERTAMA : Merombak sistem pelajaran dan pendidikan adalah antara menjadi tujuan penjajahan . Setiap kali berjaya menguasai sesebuah negara Islam, mereka biasanya terus menghapuskan sistem pelajaran dan pendidikan kita jika mereka mampu. Atau mereka akan jadikan orang-orang yang berkelulusan menurut sistem pelajaran kita tidak ubah seperti barang yang tidak berharga dan seperti suatu benda yang hanya layak ditempatkan di dalam tong sampah.




KEDUA : Menukar dan menghapus bahasa tempatan umat Islam dengan mengunakan cara yang halus. Mereka tidak akan membiarkan bahasa umat Islam yang telah ditawan itu mempunyai nilai yang tinggi. Mereka singkirkan bahasa-bahasa itu agar tidak digunakan dalam bidang pelajaran dan pendidikan. Mereka juga tidak akan mengekalkan bahasa tempatan sebagai bahasa rasmi dalam sektor pentadbiran negara. Mereka kuatkuasakan bahasa mereka menjadi bahasa rasmi di dalam urusan pendidikan dan pentadbiran negara sebagai pengganti bahasa yang telah dimusnahkan itu. Taktik-taktik yang kotor itu telah pun diamalkan dalam negara-negara Islam oleh semua penjajah barat seperti Belanda, Inggeris, Perancis dan Itali. Begitu juga Russia dan China. Seolah-olah mereka semua telah mengadakan persetujuan bersama dalam mengunakan taktik ini.





KETIGA : Membentuk angkatan baru yang buta (jahil) Islam. Penjajah barat telah mencipta dalam negara-negara Islam melalui cara yang amat halus suatu generasi baru yang jahil tentang Islam yang suci. Mereka ini jahil tentang asas utama akidah, syariat, sejarah Islam yang agung dan tamadun mereka yang hebat. Ini hanyalah satu sudut, manakala sudut lain pula generasi ini telah dicelup aliran pemikiran mereka sehingga cara-cara berfikir dan pandangan mereka terhadap perilaku sesuatu itu mengikut kaca mata materialisma barat. Dari generasi yang berhaluan barat ini tumbuh pula generasi baru yang lain, yang sudah dapat dipastikan generasi yang belakang ini akan lebih lemah lagi pegangannya terhadap ajaran Islam dibandingkan dengan generasi sebelumnya. Mereka lebih kuat dalam mempertahankan tamaddun barat, lebih cinta kepada kebudayan barat dan lebih yakin terhadap falsafah barat yang berkaitan dengan kehidupan manusia.




MENIRU GAYA HIDUP BUKAN ISLAM


Sesungguhnya kemerosotan pemikiran generasi ini telah sampai kemuncaknya :



PERTAMA : Meniru bahasa dan gaya hidup penjajah. Mereka menganggap bahawa bahasa sendiri adalah satu keaibpan sementara bercakap dalam bahasa penjajah satu kebanggaan bagi mereka. Ada di antara mereka yang merasa gelisah disebabkan mereka adalah orang-orang Islam sedangkan para penjajah adalah orang yang fanatik dengan ajaran kristian. Ada pula orang-orang Islam yang merasa bangga kerana mereka menyeleweng dari landasan Islam; disebabkan kebutaan mereka terhadap hokum-hukumnya. Mereka merombak tamaddun Islam yang luhur ini dengan segala makian atau tuduhan. Mereka menganggap dengan berbuat begitu, itu adalah cara untuk menambahkan kemuliaan, meningggikan kedudukan dan status mereka dalam masyarakat. Padahal penjajah-penjajah barat tetap merpertahankan peradaban dan tradisi mereka yang lapuk dan berpegang teguh dengan akidah mereka yang lemah.



KEDUA : Meniru pakaian dan fesyen penjajah. Sedangkan penjajah tidak pernah suka memakai pakaian orang-orang Islam. Mereka tidak pernah mengikut tingkah laku kehidupan orang Islam walaupun hanya sekejap, sekalipun mereka hidup dalam negara ummat Islam seumur hidup mereka.



KETIGA : Meniru cara makan atau minum dan adat istiadat penjajah. Golongan yang berhaluan barat tanpa merasa malu berusaha untuk meniru cara hidup orang-orang barat dalam semua aspek - kecil dan besar. Bermula dari cara makan dan minum mereka sehinggalah kepada adat istiadat seperti cara berdiri dan duduk. Akhirnya mereka masuk ke dalam setiap lubang yang dimasuki oleh orang-orang barat, sekalipun ketika mereka berada di negeri-negeri mereka sendiri (negeri-negeri Islam). Bukan setakat itu sahaja, bahkan mereka merpertahankan cara hidup barat dan mengikut semua peninggalan mereka. Mereka telah terhidu fahaman kebendaan (materialisma), idealisma (fikiran yang tidak mengaku kewujudan tuhan) seperti nasionalisma jahiliah, pergaulan bebas, berbogel (mendedahkan aurat) dan mabuk.



KEIMANAN ORANG YANG TERPENGARUH DENGAN BARAT.


Sesungguhnya fikiran mereka telah diresapi fahaman bahawa ".. segala sesuatu yang datang dari barat adalah benar dan betul, wajib dipercayai dan diikut. Mempraktikkan cara barat adalah di antara tanda-tanda orang yang maju. Menentang cara barat disifatkan sebagai golongan kolot, mundur, bodoh dan tolol, menentang kemajuan dan lain-lain tuduhan, padahal sebenarnya mereka itu adalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui.




*Tanggungjawab Pemuda - Sayyid Abul A'la Al-Maududi

Thursday, August 6, 2009

Antara 2 Khabaran

Dari kanan : Ustaz Muhaimin, Ustaz Shahrul, Ustaz Mahyeddin
dan Ustaz Fakhrurrazi.




Hari demi hari berlalu, hari ini ku lalui dengan tidak bersemangat seperti sebelumnya meskipun pada hari inilah hari terakhir muhadarah sesi musim panas tahun 2009 bagi madah yang aku ambil.

Hari ini jugalah hari yang di mana aku mendapat 2 berita yang satunya menggembirakan dan satunya menyedihkanku. Khabaran gembiranya ialah Ustaz Fakhrurrazi telah berjaya dalam munaqasyah MA nya. Manakala berita sedih yang menyebabkanku terdiam tidak mampu untuk berkata apa-apa ialah Kak Ayu mengalami keguguran.

Sungguh pun kedua berita tersebut langsung tiada kaitan dengan diriku mahupun dengan keluarga di Malaysia tapi keduanya mengenai 'keluargaku' di sweileh. Aduh, pedihnya tidak mampu ku gambarkan.

Bergambar bersama selepas munaqasyah Ustaz Razi.
Dari kanan : Ustaz Asyraf, ana,
Ustaz Doktor Solah Al-Khalidi, dan Ustaz Fakhrurrazi.

Maaf untuk aku khabarkan, tapi berita yang gembira itu seolah-olah tenggelam dengan berita yang kelam itu dalam diriku, berita yang gembira itu turut menjadi suatu berita yang sedih dengan perpisahan yang berlaku. Ustaz Fakhrurrazi akan pulang ke Malaysia pada malam ini! Ustaz Muhaimin dan Ustaz Mahyuddin juga akan menyusul kemudian nanti... Ya Allah, hilang rasanya kepadaku manusia yang sentiasa memberi nasihat dan teguran yang menusuk ke dalam diri ini.

Buat Ustaz Fakhrurrazi, terima kasih atas segalanya, tahniah di atas keberjayaan dalam munaqasyah dan juga salam perpisahan daripadaku semoga berjumpa lagi di lain masa. Jika tidak di dunia, insya-Allah di akhirat sana. Begitu juga kepada Ustaz Muhaimin dan Ustaz Mahyuddin, hanya Allah mampu membalas segala jasa dan ilmu yang telha dicurahkan.

Buat Kak Ayu, salam takziah kuucapkan, keperitan yang dirasai turut menitiskan air mata di hatiku. Semoga Kak Ayu sekeluarga tabah menghadapi ujian ini, tiada yang dapat membalas kepedihan di dunia ini kecuali ganjaran di hari akhirat kelak. Allah ma'akum.

Wednesday, August 5, 2009

Jom! Kenali Al-Quran


1. Apakah surah-surah yang dimulai dengan kalimah Al-Hamdu (atau yang seangkatan dengannya)?

Jawapan : Surah Al-Fatihah, Al-An'am, Al-Kahfi, Saba', dan Fathir


2. Berapakah jumlah bilangan ayat-ayat Al-Quran?

Jawapan : 6236 Ayat


3. Berapakah bilangan ayat sujud sajdah di dalam Al-Quran?

Jawapan : 14 sajdah


4. Apakah nama 2 buah bukit yang disebut di dalam Al-Quran dalam satu ayat?

Jawapan : Bukit Safa dan Marwah


5. Apakah surah yang dinamakan dengan waktu-waktu solat fardhu?

Jawapan : Surah Al-'Asr dan Surah Al-Fajr


6. 5 surah apakah yang terawal diturunkan?

Jawapan : Surah Al-'Alaq kemudian Surah Al-Qalam, seterusnya Surah Al-Muzzammil, Surah Al-Muddassir, dan yang kelima Surah Al-Fatihah.



7. 10 Surah Madaniyah yang disusun secara berturutan di dalam mushaf, apakah ia?

Jawapan : Surah Al-Hadiid, Al-Mujadalah, Al-Hasyr, Al-Mumtahanah, As-Shof, Al-Jumu'ah, Al-Munafiquun, At-Taghabuun, A-Talaaq, dan At-Tahriim.


8. Surah yang dimulai dan diakhiri ayatnya dengan tasbih?

Jawapan : Surah Al-Insaan


9. Berapa kalikah kalimah (بلى) disebut di dalam Al-Quran?

Jawapan : 22 kali


10. Nombor berapakah yang pertama kali disebut di dalam Al-Quran?

Jawapan : Nombor 40 ( Surah Al-Baqarah : Ayat 51)


11. Ayat yang paling banyak diulang di dalam Al-Quran?

Jawapan : Ayat (فبأي ألاء ربكما تكذبان) diulang sebanyak 31 kali di dalam Surah Ar-Rahmaan


12. Warna-warna yang ada disebut di dalam Surah Al-Baqarah?

Jawapan : Warna Kekuningan, Hitam dan Putih


13. Pada tahun Hijrah bilakah Uthman bin 'Affan menasakhkan Al-Quran?

Jawapan : Tahun ke 25 Hijrah


14. Bila dan di manakah diturunkan ayat tayammum?

Jawapan : Diturunkan di Baqi' pada tahun ke 6 Hijrah.



15. Ayat yang disebut padanya nama 2 buah masjid?

Jawapan : Ayat Pertama, Surah Al-Isra'


16. Surah yang diturunkan dan disusun di dalam Al-Quran mengikut tertib turunan surah?

Jawapan : Surah Ghafir, kemudian Fussilat, diikuti Asy-Syuraa, Az-Zukhruf, Ad-Dukhaan, Al-Jaasiyah, dan Al-Ahqaaf.


17. Surah-surah yang dinamakan dengan nama para Anbiya'?

Jawapan : Surah Yusuf, Huud, Ibrahiim, Yunus dan Muhammad


18. Nombor yang paling banyak diulang di dalam Al-Quran?

Jawapan : Nombor 1 kemudian nombor 7.


19. Berapa kalikah disebut nama Nabi Musa 'Alaihissalam di dalam Surah Al-Baqarah?

Jawapan : 11 kali


20. Berapa kalikah perkataan 'Khamar' disebut di dalam Al-Quran?

Jawapan : 6 kali



Sehingga berjumpa lagi di lain masa, insya-Allah... Jaa ne!

Sunday, August 2, 2009

Kenali Sebahagian Para Sahabat Radhiallahu 'Anhum




Abdul Rahman bin Auf - Sahabat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam yang terkemuka dan memeluk Islam sejak permulaan Islam lagi. Seorang saudagar yang dermawan dan mendermakan berpuluh=puluh ribu dinar daripada hartanya untuk pertahanan negara. Beliau mengikuti semua peperangan bersama Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan wafat ketika berusia 75 tahun. Dimakamkan di perkuburan Baqi'. Antara 10 orang sahabat yang dijanjikan dengan mereka syurga Allah S.W.T.

Abdullah bin Rawahah - Jurutulis Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan panglima Islam yang berani. Beliau mati syahid ketika peperangan menentang tentera Rom dalam peperengan Mu'tah yang mana tentera mereka tujuh kali ganda lebih banyak daripada tentera Islam.

Abdullah bin Umar - Putera Sulung Sayyidina Umar Al-Khattab. Beliau memeluk Islam ketika berusia lapan tahun, merupakan sahabat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam yang terkenal dan dihormati. Beliau seorang yang amat kuat beribadat kepada Allah juga beliau adalah salah seorang perawi hadith. Wafat pada usia 84tahun di Mekah.

Abu Bakr Ash-Shiddiq - Sahabat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam yang paling rapat. Beliau pernah menemani Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam ketika berhijrah ke Madinah. Merupakan lelaki dewasa pertama yang memeluk Islam dan sentiasa membenarkan ajaran Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan dengan sebab itulah beliau digelar dengan gelaran 'Ash-Shiddiq'. Nama asalnya ialah Abdullah bin Abi Qahafah, khalifah pertama selepas Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, wafat ketika usia 63tahun. Seorang daripada 10 orang sahabat yang dijanjikan syurga.

Abu Hurairah - Salah seorang sahabat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam yang memeluk Islam pada tahun ke tujuh hijrah. Nama sebenar beliau ialah Abdul Rahman bin Sakhar, banyak menghabiskan masanya dengan mendampingi Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Seorang yang kuat ingatan dalam menghafaz hadith serta banyak meriwayatkan hadith daripada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam.


Abu Ubaidah bin Al-Jarrah - Salah seorang daripada sepuluh orang sahabat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam yang dijanjikan syurga. Seorang panglima Islam yang berani dan berperang di dalam semua peperangan bersama Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Panglima yang sangat berjasa dalam mengembangkan agama Islam dan menawan negeri Syam, Hims dan Aleppo. Wafat pada tahun ke 18 hijrah.

Abu Zar Al-Ghifari - Seorang sahabat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam yang tegas dalam memperjuangkan kebenaran dan hak. Hidup dengan cara hidup yang sederhana dan tidak mementingkan kesenangan dunia sebaliknya sentiasa berusaha menyuburkan keimanan kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Ali bin Abi Talib - Beliau telah dilahirkan di Mekah kira-kira 23tahun sebelum hijrah. Merupakan kanak-kanak pertama yang memeluk Islam, menantu Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan isteri kepada Fatimah Az-Zahra' binti Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Beliau juga adalah termasuk di antara 10 orang sahabat yang dijanjikan syurga.

Amru bin Al-'As - Seorang sahabat Nabi shallallahu 'alaihi wasallam yang terkemuka, nama beliau ialah Abdullah Amru bin Al-'As. Memeluk Islam pada tahun ke tujuh hijrah ketika berlangsungnya perjanjian Hudaibiyyah. Merupakan panglima Islam yang berani dan bijak, banyak berjasa kepada dakwah Islamiah serta setanding dengan panglima Khalid bin Al-Walid. Beliau adalah panglima Islam yang telah membuka Mesir serta dilantik menjadi Amiir di sana. Kembali ke rahmat Allah pada tahun 43 hijrah.

Anas bin Malik - Seorang sahabat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam yang telah lama berkhidmat sebagai khadam. Selepas kewafatan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, beliau berpindah ke Basrah dan menyebarkan dakwah Islam ke sana. Banyak meriwayatkan hadith dari Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam sebagaimana yang termaktub di dalam Musnad Ahmad.

Arqam bin Abi Arqam - Sahabat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam di Mekah, merupakan anyara orang yang pertama memeluk agama Islam. Rumahnya dijadikan sebagai tempat perjumpaan dan penyebaran agama Islam semasa dakwah secara sirr. Mengikut Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berhijrah ke Madinah dan sentiasa bersama Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam di dalam peperangan-peperangan yang penting.

Saturday, August 1, 2009

Kepada Ayahku Yang Kumuliakan dan Kepada Ibuku Yang Penyayang


إلى والدي الكريم



يا والدي قد ملأت القلب أشواقا

وقد بعثتُ لكم بالدمع أوراقا



ولو لثمنا كفوفاً منك ما بلغتْ

عشراً لما صغته حباً وإشفاقاً



فالله يسدل جلباب الرضا كرماً


عليك يا من سقانا البر ترياقا



سقاك من كوثر الفردوس كأس رضىً

ملأى وأبقاك للخيرات سبَّاقا




إلى أمي الحنون



(بلِّغوها إذا أتيتم حماها)

أن قلبي على الدوام فداها



وصِلوا قلبها الحنون وقولوا:

إن همّي طول المدى في رضاها



هل كسبنا دعاءها إن لثمنا

بلهيبٍ من الجوى يمناها



ربِّ يا مالك الملوك أجبني

واجعل الخلد خالقي مأواها



د. عائض القرني - القرار الأخير

Thursday, July 30, 2009

Hanya Suatu Peringatan...




oleh : abdbaith47

Berlalunya masa pergi

meninggalkan manusia si alpa
tidak pernah ia menoleh ke belakang
walau diseru berjuta kali
Allah bersumpah dengan masa yang Dia ciptakan
bahawa sentiasalah si lalai itu rugi
malah mereka merugikan
di istisna'kan hal itu
kepada mereka yang beriman
malahan mereka itulah yang beramal soleh

Apabila tiba nanti saat yang dijanjikan
pedulinya tidak akan halnya si manusia
dibangkitkan mereka seribu satu aib
fikiran mereka tertumpu terhadap diri sendiri
engkau, dia, dan mereka
tidak lagi sempat berpaling ke kiri dan kanan
semua tiada masa memikirkan yang lain
berkatalah mereka yang kerugian
Ya Allah, Ya Tuhan kami
kembalikanlah kami ke dunia
berikanlah kepada kami peluang kedua
kerana telah kami sedar kesilapan kami
akan kami lakukan amalan soleh
tidak akan kami ingkari perintah-Mu
sekali-kali tidak kami belakangi suruhan utusan-Mu
kembalikanlah kami agar kami perbaiki perbuatan kami

Sudah tidak ada bagimu peluang
telah kau syirikkan Dia Yang Maha Esa
telah kau dustakan seluruh rasul-rasul
telah kau campakkan kitabullah ke duburmu
apakah setelah nyawamu hendak dicabut,
setelah terbitnya mentari di sebelah timur,
dan setelah berlakunya Hari Penghisaban
baru kau datang meminta taubat?
Nah, nerakalah bagimu pada hari ini
Sesungguhnya hanyalah kecelakaan bagimu.

wanabdbaith. Powered by Blogger.

Visitor

free counters