Tuesday, February 2, 2010

Manhaj Dalam Melihat Kepada Kisah-kisah Terdahulu




Sebahagian pengajar, penulis, pencerita dari kalangan kaum muslimin telah silap dalam melihat tentang kisah-kisah terdahulu, maka janganlah turuti mereka - di samping bersangka baik kepada mereka - dengan mengikut manhaj yang benar menenangkan dalam mempelajari kisah-kisah tersebut. Sesungguhnya mereka telah menghidangkan kepada pembaca-pembaca dan pendengar-pendengar longgokan kata-kata, khabar-khabar, riwayat-riwayat dan penerangan-penerangan yang diambil daripada sumber-sumber yang telah dipesongkan serta batil, iaitu israiliyyat dan khabar daripada ahli kitab.

Seharusnya kepada para pemerhati yang melihat mempunyai kepada dirinya manhaj yang selamat yang benar sehingga dia dapat berhenti di atas titik-titik pengajaran dalam kisah-kisah terdahulu, sehingga dia tidak terkeluar menyeleweng kepada khurafat-khurafat, dongengan dan kebatilan, sehingga dia tidak menyibukkan dirinya atau menyibukkan para pembaca dan pendengar dengan apa yang menyembunyikan point utama pelajaran, petunjuk dan pengajaran tersebut.

Inilah manhaj yang diambil daripada kitab dan sunnah.

Di dalam Al-Quran terdapat banyak petunjuk-petunjuk dalam kita memerhati kisah-kisah terdahulu, dan dalam memerhati manhaj bahas ilmu maudhu'i yang selamat.

Di bawah ini adalah sebahagian daripada petunjuk-petunjuk yang dibawa oleh Al-Quran :


1. هي من غيب الماضي (Ia adalah daripada perkara ghaib yang lepas)

Kisah-kisah terdahulu di dalam Al-Quran adalah termasuk dalam 'berita-berita ghaib' kerana perkara-perkara ghaib di dalam Islam ada tiga bahagian :

a. Perkara ghaib yang lepas : Seperti kisah-kisah terdahulu, seperti kisah Nabi Adam 'alaihissalam bersama iblis, kisahnya memakan buah daripada pokok, kisahnya dikeluarnya ia ke dunia, dan seperti kisah kaum Nuh, kaum 'Aad, Tsamud dan Madyan, juga seperti kisah Bani Israil bersama nabi-nabi mereka.

Ia adalah perkara ghaib yang lepas kerana ia merupakan kejadian yang berlaku pada zaman lepas dan telah berlalu, maka jadilah ia khabar-khabar terdahulu. Ia adalah perkara ghaib kepada kita kerana kita tidak melihat kejadian tersebut, tidak mendengarnya, dan tidak sezaman dengannya.

b. Perkara ghaib sekarang : Seperti alam-alam yang ada sekarang, yang mana ada padanya kejadiannya, kehidupannya dan kewujudannya. Akan tetapi kita tidak dapat melihatnya, tidak dapat mendengarnya seperti alam malaikat dan alam jim syaitan. Bahkan kewujudan Allah Subhanahu wa Ta'ala juga termasuk di dalam alama ghaib sekarang kerana Dia wujud tetapi kita tidak dapat melihat-Nya di dunia ini.

c. Perkara ghaib akan datang : Umpama ayat-ayat dan hadith-hadith yang sahih yang menceritakan tentang sesuatu kejadian yang akan berlaku pada masa akan datang sejarah manusia. Seperti tanda-tanda Kiamat : turunnya Nabi Isa 'alaihissalam, keluarnya dajjal dan yakjuj makjuj. Juga termasuk di dalamnya ialah peristiwa Kiamat bermula tiupan sangkakala sehingga masuknya orang-orang yang beriman ke dalam syurga serta masuknya orang-orang kafir ke neraka.

Orang yang memerhatikan rukun iman yang enam juga akan mendapati bahawa kesemuanya adalah daripada perkara ghaib, adalah beriman dengannya merupakan beriman terhadap perkara ghaib.

Al-Quran dengan terangnya mengatakan bahawa kisah-kisah terdahulu itu daripada perkara ghaib :

Di dalam surah Hud, selepas Al-Quran menceritakan kisah Nabi Allah Nuh 'alaihissalam bermula daripada dakwahnya terhadap kaumnya kepada Allah sehinggalah kepada kisah ditenggelamkan kaumnya dengan bah, menyelamatkannya bersama orang-orang yang beriman di dalam bahtera dan menurunkannya ke bumi dengan selamat - rentetan daripada penerangan kejadian tersebut yang mana ianya adalah daripada perkara ghaib maka Allah berfirman yang bermaksud : "Itu adalah di antara yang ghaib yang Kami wahyukan kepadamu (Muhammad); tidak pernah kamu mengetahuinya dan tidak (pula) kaummu sebelum ini." [Surah Hud : 49]

Dan pada penutup surah Yusuf, Al-Quran mengisyaratkan bahawa kejadian itu adalah daripada perkara ghaib, bahawa sesungguhnya tidaklah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam akan mengetahuinya jika tidak diwahyukan kepadanya tentangnya. Firman Allah yang bermaksud : "Demikian itu (adalah) di antara berita-berita yang ghaib yang Kami wahyukan kepadamu (Muhammad); padahal kamu tidak berada pada sisi mereka, ketika mereka memutuskan rencananya (untuk memasukkan Yusuf ke dalam telaga) dan mereka sedang mengatur tipu daya." [Surah Yusuf : 102]

Begitu juga perkara yang sama dalam kisah Maryam radhiallahu 'anha, semenjak saat ianya dikandungkan oleh ibunya dan peliharaan suami kakaknya, Zakaria 'alaihissalam ke atasnya. Firman Allah yang bermaksud : "Yang demikian itu adalah sebahagian dari berita-berita ghaib yang Kami wahyukan kepada kami (ya Muhammad); padahal kamu tidak berada bersama mereka, ketika mereka melemparkan anak-anak panah mereka (untuk mengundi) siapa di antara mereka yang akan memelihara Maryam. Dan kamu tidak hadir di sisi mereka ketika mereka bersengketa." [Surah Aali Imran : 44]

2 - وما كنت لديهم (dan kamu tidak berada di sisi mereka)


Dan dengan ianya daripada perkara ghaib yang lepas, maka dikhususkan Allah sahaja - Maha Suci Allah - yang mengetahui tentangnya, yang mengetahui tentang peristiwanya dan yang mengetahui perinciannya.

Sesungguhnya Allah sahajalah yang mengetahui keseluruhan perkara ghaib - dengan bahagiannya yang tiga itu : yang lepas, sekarang, dan akan datang -.

Firman Allah Ta'ala yang bermaksud : "Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib; tidak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri." [Surah Al-An'am : 59]


3 - لا يعلمهم إلا الله (Tidak ada yang mengetahuinya kecuali Allah)


Al-Quran mengkhabarkan kepada kita bahawa sebahagian peristiwa yang berlaku daripada kisah-kisah orang terdahulu serta identiti mereka, tidak ada yang mengetahuinya kecuali Allah sahaja. Dan ini bermaksud hal tersebut sesungguhnya Allah tidak memberitahu seorang pun daripada manusia.

Firman Allah di dalam Al-Quran yang bermaksud : "Belumkah sampai kepadamu berita orang-orang sebelum kamu (iaitu) kaum Nuh, 'Aad, Tsamud dan orang-orang sesudah mereka. Tidak ada yang mengetahui mereka selain Allah." [Surah Ibrahim : 9]

Maka, firman Allah : "Tidak ada yang mengetahui mereka selain Allah." merupakan nas yang jelas dalam menafikan orang yang mendakwa berpengetahuan tentang hal kisah tersebut, dan ditujukan terus hanya kepada Allah sahaja, Maha Suci Allah.


4 - ولا تستفت فيهم منهم أحدا (Dan janganlah kamu menanyakan tentang mereka kepada seorang pun dari kalangan mereka)


Al-Quran melarang dengan larangan yang sebenar-benar larangan tentang bertanya kepada ahli kitab mengenai khabar orang-orang terdahulu, melarang bertanya tentang perincian kisah-kisahnya, dan juga melarang menentukan siapakah mereka, tempat mereka dan kejadian mereka.

Sesungguhnya telah dinyatakan di dalam Al-Quran akan larangan ini ketika disebutkan tentang kisah Pemuda Gua dan perselisihan orang-orang terdahulu akan bilangannya.

Firman Allah Ta'ala yang bermaksud : "Nanti (ada orang yang akan) mengatakan (jumlah mereka) adalah tiga orang yang keempat adalah anjingnya, dan (yang lain) mengatakan : "(jumlah mereka) adalah lima orang dan yang keenam adalah anjingnya", sebagai tekaan terhadap perkara yang ghaib; dan (yang lain lagi) mengatakan; "(Jumlah mereka) tujuh orang, yang kelapan adalah anjingnya". Katakanlah : "Tuhanku lebih mengetahui jumlah mereka; tidak ada satu orang pun yang mengetahui (bilangan) mereka kecuali sedikit". Kerana itu janganlah kamu (Muhammad) bertengkar tentang hal mereka, kecuali pertengkaran zahir sahaja dan jangan kamu menanyakan tentang mereka (pemuda-pemuda itu) kepada seorang pun di antara mereka." [Surah Al-Kahfi : 22]

Jangan kamu menanyakan tentang mereka, yakni jangan bertanya tentang keadaan pemuda gua, bilangan mereka, dan khabar mereka.

Jangan kamu menanyakan tentang mereka kepada seorang pun di antara mereka, yakni jangan kamu tanya tentangnya kepada seorang pun daripada mereka. Kalimah 'منهم' kembali kepada puak yang lain, iaitu mereka yang mengharungi khabar-khabar dan kisah-kisah orang terdahulu, mereka yang menyatakan perincian hidup mereka tanpa ilmu, bahkan ia adalah 'tekaan terhadap perkara ghaib'. Telah jelas di sini kalimah 'منهم' itu kembali ahli kitab, iaitu yahudi dan nasrani, kerana mereka mendakwa merekalah yang 'mengetahui' lebih daripada yang lain, mereka mengatakan bahawa merekalah golongan terakhir yang mengetahui kisah-kisah orang terdahulu.

Sesungguhnya larangan di dalam ayat itu tadi ditujukan kepada semua muslim, sebagaimana ianya ditujukan kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam - kerana mesej yang ditujukan kepada rasul (selawat dan salam ke atasnya) merupakan mesej kepada seluruh ummatnya - ianya ditujukan kepada sekalian penulis-penulis kitab, melarang mereka daripada pergi kepada israiliyyat, serta melarang mengambil riwayat-riwayat dan perincian terhadap kisah-kisah orang terdahulu dari israiliyyat.

Begitu juga ianya ditujukan kepada semua pencerita, penglipur lara, orang yang berkata-kata dan pemberi peringatan, ia melarang mereka daripada menghendaki sesuatu daripada israiliyyat itu.

5 - ولا تقف ما ليس لك به علم (Dan janganlah kamu mengikut sesuatu yang tidak kamu ketahui.)


Ayat daripada Kitabullah menunjukkan kepada kita manhaj qur'ani dalam mencari dan mengenal, serta memperbetulkan kekuatan akal agar tidak dilemparkan dalam perkara yang tidak memberi faedah.

Firman Allah Ta'ala yang bermaksud : "Dan janganlah kamu mengikuti sesuatu yang tidak kamu ketahui. Kerana pendengaran, penglihatan, dan hati nurani, semua itu akan diminta pertanggungjawabannya." [Surah Al-Isra' : 36]

Berkata Imam Syed Qutb di dalam mentafsirkan ayat ini : 'Sesungguhnya ayat ini memberikan manhaj yang sempurna bagi akal dan hati, meliputi manhaj ilmu yang mana diketahui oleh manusia akhir-akhir ini, menambah kelurusan kepada hati, dan mendekatkan diri kepada Allah.'

Maka kenal pastilah dalam menerima setiap khabar, setiap yang zahir dan setiap pergerakan sebelum menghukum ke atasnya dengan sesuatu. Inilah seruan Al-Quran dan manhaj Islam yang sebenar. Apabila lurusnya hati dan akal manusia di atas manhaj ini, tidak ada lagi ruang bagi keraguan dan khurafat di dalam aqidah, tidak ada juga saki baki sangka buruk serta syubhat dalam masalah hukum, qadha' dan berhubung.


6 - إن جاءكم فاسق بنبأ فتبينوا (Jika seseorang yang fasik datang kepadamu membawa suatu berita, maka telitilah kebenarannya.)


Firman Allah SWT yang bermaksud : "Wahai orang-orang yang beriman, jika seseorang yang fasik datang kepadamu membawa suatu berita, maka telitilah kebenarannya, agar kamu tidak mencelakakan suatu kaum kerana kebodohan (kecerobohan), yang akhirnya kamu menyesali perbuatanmu itu." [Surah Al-Hujurat : 6]

Ayat ini membentangkan kepada kita manhaj ilmu qur'an dalam membersihkan khabar-khabar dan mengenal pasti akannya, jika ianya bersumber daripada orang-orang yang fasiq.

Sesungguhnya orang-orang fasiq itu orang yang tidak dipercayai, kebohongan, pengubahsuaian, dan pemalsuan berselindung di sebalik apa yang mereka nyatakan daripada khabar-khabar dan berita-berita. Dengan itu, mesti diletakkan timbangan-timbangan tertentu untuk mencari kebenarannya.


7 - كأنهم لا يعلمون (Seakan-akan mereka tidak mengetahui.)


Kaum yahudi adalah kaum yang tidak ada ilmu akan hal tersebut pada mereka, dan tidaklah apa yang mereka ajarkan kecuali dongengan-dongengan, sangkaan-sangkaan dan tuduhan-tuduhan. Allah telah membicarakan hal mereka di dalam ayatnya yang suci yang bermaksud : "Dan di antara mereka ada yang buta huruf, tidak mengetahui Al-Kitab (Taurat), kecuali dongengan bohong belaka dan mereka hanya menduga-duga." [Surah Al-Baqarah : 78]

Mereka adalah penipu-penipu yang menipu, menipu kepada Allah dan menipu kepada diri mereka sendiri, adakah mereka berlepas diri daripada perkara tersebut daripada menipu manusia dan diri mereka? Adakah mereka berlepas diri daripada menipu ke atas kisah-kisah orang terdahulu? Adakah mereka berlepas diri daripada menipu ke atas ilmu dan sejarah? Tidak!

Al-Quran menerangkan akan penipuan mereka di dalam firman Allah yang bermaksud : "{181} Sesungguhnya Allah telah mendengar perkataan orang yang mengatakan : 'Sesungguhnya Allah miskin dan kami kaya.' Kami akan mencatat perkataan mereka itu dan perbuatan mereka membunuh nabi-nabi tanpa alasan yang benar, dan Kami akan mengatakan (kepada mereka) : 'Rasakanlah olehmu azab yang membakat.' {182} (Azab) yang demikian itu adalah disebabkan perbuatan tanganmu sendiri, dan bahawasanya Allah sekali-kali tidak menganiaya hamba-hamba-Nya. {183} (Yaitu) orang-orang (yahudi) yang mengatakan : 'Sesungguhnya Allah telah memerintahkan kepada kami, supaya kami jangan beriman kepada seseorang rasul, sebelum dia mendatangkan kepada kami korban yang dimakan api.' Katakanlah : 'Sesungguhnya telah datang kepada kamu beberapa orang rasul sebelumku, membawa keterangan-keterangan yang nyata dan membawa apa yang kamu sebutkan, maka mengapa kamu membunuh mereka jika kamu orang-orang yang benar.' " [Surah Aali Imran : 181-183]

Mereka menfitnah nabi-nabi dan orang-orang soleh. Menyebarkan penipuan dan kebatilan dan menyandarkan kepada nabi-nabi dan orang-orang soleh akan kekurangan dan kelemahan. Apakah kamu ingat akan apa yang mereka katakan kepada Siddiqah Maryam yang suci, ibu kepada Nabi Isa 'alaihissalam? Al-Quran berkata tentang mereka : "{156} Dan kerana kekafiran mereka (terhadap Isa), dan tuduhan mereka terhadap Maryam dengan kedustaan yang besar (zina), {157} dan kerana ucapan mereka : 'Sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih, Isa putera Maryam, Rasul Allah' " [Surah An-Nisa' : 156-157]

Mereka menyembunyikan kebenaran dan menyebarkan kebatilan sedangkan mereka mengetahui, sebagaiman firman Allah : " {75} Apakah kamu masih mengharapkan mereka akan percaya kepadamu, padahal segolongan dari mereka mendengar firman Allah, lalu mereka mengubahnya setelah mereka memahaminya, sedang mereka mengetahui? " [Surah Al-Baqarah : 75]

Maka oleh kerana penolakan dan jenayah ini mereka seolah tidak berilmu, kerana ilmu yang benar ialah yang memberi manfaat kepada pemiliknya, menggembirakannya dan memperbaiki dirinya, menjadikan dirinya bersama kebenaran dan bersama pemilik kebenaran, apabila ilmu yang dimiliki tidak menyampaikan pemiliknya kepada hal tersebut maka ia seolah-olah tidak wujud.




Rujukan : مع قصص السابقين في القرآن - Doktor Solah Abdul Fattah Al-Khalidi, Darul Qalam.

Sunday, January 24, 2010

Menunggu Dalam Takut

Bismillahirrahmanirrahiim...


Alhamdulillah, imtihan sudah lama melabuhkan tirai dan natijahnya sudahpun keluar. Syukur diucapkan ke hadrat Ilahi atas segala-galanya.

Hati ini sudah tidak sabar untuk pulang ke Malaysia pada bulan 6 nanti, menunggu masa untuk bertemu dengan keluarga tercinta, menemui sahabat handai yang dirindui dan meminta doa daripada ustaz-ustazku di bumi Malaysia sana. Terima kasihku ucapkan kepada kakakku yang sudi menampung tambang tiketku untuk pulang ke Malaysia nanti, salam sayang kuucapkan kepadamu dari adikmu ini, semoga terus cemerlang berjuang dalam perjalanan menuntut ilmu... hehe.

Namun, dalam perasaan gembira ini terselindung perasaan takut, takut dalam menghadapi suasana semasa pulang ke Malaysia nanti, takut jika diri ini masih lagi belum mempunyai ilmu yang cukup untuk memimpin orang di sekeliling, dan takut tidak mampu membawa perubahan sama ada kepada diri dan masyarakat.

Apapun, ana berdoa agar ketakutan itu dapat diatasi kerana kita sentiasa bergerak ke hadapan walaupun kita tidak ingin untuk bergerak. Itulah kehidupan, kita yang mesti mengejar masa kerana masa tidak sekali-kali mengejar kita. La haula wala quwwata illa billah.

Semoga pembaca sekalian sentiasa dirahmati Allah, doaku agar kita semua mampu mengecapi syurga-Nya yang hakiki... :D




p/s to abang long : Semoga berpeluang untuk menyambung pelajaran ke Jordan dan dipermudahkan segalanya, ku nantikan saat tersebut... hehe

Saturday, January 16, 2010

Peranan Pelajar : Edisi 2

Dua Cara Untuk Memindahkan Perbendaharaan Tamadun.


Tujuan ini tidak akan terlaksana kecuali dengan dua jalan :

Jalan Pertama - Pelajar-pelajar sendiri hendaklah bergerak melaksanakannya.

Jalan Kedua - Pemerintah hendaklah merangka polisi pelajaran dan pendidikan yang boleh mencapai kepada tujuan ini. Sekarang saya terangkan secara ringkas berhubung kedua-dua cara tersebut.


Jalan Yang Khusus Bagi Pelajar.


Pelajar-pelajar yang sedang berada di universiti-universiti dan fakulti-fakulti tentulah sudah besar, matang, mempunyai kesedaran dan boleh membezakan di antara buruk dan baik. Begitu juga pelajaran yang diterimanya membolehkan mereka mengetahui identiti mereka jika mereka mahu dan juga membolehkan mereka maju ke hadapan jika mereka bergerak.

Segala kerumitan dalam hal ini bukanlah menjadi beban kerajaan semata-mata, bahkan menjadi tanggungjawab pelajar-pelajar juga. Pelajar-pelajar adalah muda-muda semua. Mereka hendaklah menyedari secara sungguh-sungguh bahawa mereka adalah orang Islam yang dijemput untuk hidup di atas muka bumi ini dengan cara hidup yang bercorak Islam. Hal ini memastikan diri mereka bersemarak dengan api cinta untuk mengetahui apakah sistem yang menjamin hidup mati mereka dan apakah sifat-sifat nyata yang membezakan umat Islam, iaitu sifat-sifat yang mesti ada untuk hidup mati identiti Islam.


Prinsip-prinsip Utama Islam.


Hakikat Islam dan prinsipnya ialah akidah tauhid, kerasulan dan beriman dengan hari kiamat. Maka wajiblah bagi setiap orang Islam mengetahui asas yang tiga ini. Patut juga ia mengetahui bahawa prinsip-prinsip ini apabila diresapi oleh perasaan syak atau apabila ia lemah maka ianya tidak boleh hidup lagi di dunia ini di bawah lindungan tamadun Islam.

Apa saja bentuk syak dan kelemahan yang menembusi akidah-akidah ini dan asas-asas hakikat Islam, ianya akan memupuskan tamadun Islam hingga ke akar umbinya. Sesudah itu bumi ini bukan lagi bumi Islam jika sekiranya tamadun Islam tidak ada di situ. Begitu juga tamadun Islam tidak akan kekal di dunia ini jika tidak diteraskan atau tidak disokong oleh tiga prinsip tersebut.


Pentingnya Penumpuan Tenaga Ke Arah Mengawasi Prinsip-prinsip Itu.


Sesungguhnya apa yang patut diberi perhatian yang lebih berat dari yang lain ialah bahawa pelajar-pelajar yang mempunyai kesedaran keIslaman hendaklah bangun menentang segala gerakan anti Tuhan dan fahaman kebendaan yang bergerak untuk mengabui atau meragu-ragukan akidah Islam serta melemahkan orang yang beriman kepadanya. Dengan itu mereka tidak akan menentang segala gerakan yang bertujuan menghapuskan akidah-akidah ini dan menghalangnya daripada bertapak dalam kalangan mereka.

Pelajar-pelajar harus menentang gerakan tersebut dengan apa cara sekalipun demi menjaga hidup mati identiti Islam di muka bumi ini. Perlu diketahui bahawa orang yang menimbulkan keraguan ke dalam fikiran orang ramai tentang akidah di bumi Islam ini, maka dia bukan sahaja melakukan dosa kufur atau murtad, bahkan ia telah melakukan pengkhianatan yang maha dahsyat terhadap hak bumi Islam dan juga ia berniat untuk mencabutnya hingga ke akar umbinya.

Ini adalah satu hakikat yang mesti disematkan di hati saudara-saudara semua. Jika ada di antara saudara-saudara yang mencuaikan perkara ini maka hendaklah beri peringatan akibat-akibat masa akan datang. Dengan demikian tidaklah dibiarkan fikiran-fikiran yang merosakkan dan prinsip-prinsip anti Tuhan itu tumbuh subur di pusat-pusat pengajian tinggi, di universiti-universiti atau di sekolah-sekolah dalam negara-negara Islam. Dengan demikian juga dapatlah dielakkan dari tersebarnya falsafah-falsafah yang merosakkan prinsip asasi Islam dan yang mengkaburkannya yang sudah tentu membuahkan hasil-hasilnya yang tidak diingini.


bersambung...




Rujukan : Peranan Pelajar - Sayyid Abu al-A'ala al-Maududi

Friday, January 8, 2010

Allahua'alam

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah 'ala kulli haal.. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam.

Semester 1 tahun kedua dah mula sampai ke penghujungnya, exam niha'i dan pun bermula, sakit kepala menjadi-jadi... astaghfirullah..

Pelik dengan sikap manusia, pelik juga dengan sikap diri sendiri. Tidak sedar akan nikmat yang Allah berikan melalui kebaikan orang lain ke atas kita. Tidak rasa bersyukur dengan setitis kegembiraan, bahkan lalai dan leka walau tahu diperhati oleh-Nya.

Dengki dan sakit hati sentiasa berlegar tanpa mengira masa. Bilakah mahu berubah? Bilakah mahu membentuk kesedaran?

Ingin agar difahami tetapi kenapa tidak memahami terlebih dahulu? Tidak ingin dilukai maka kenapa melukakan orang lain? Di mana letaknya akal untuk berfikir? Di mana letakkan mata hati untuk menilai?

Fikirkanlah!


Doaku semoga kita berjaya mengubah diri kita, menanam teguh keimanan, membuahkan seribu amalan soleh... Inginku bersama-samamu di dalam syurga Allah yang abadi, semoga kita mendapat haruman dan kebaikan daripada amalan-amalan soleh kita...

Sunday, January 3, 2010

عام مضى وعام قد أتى!!!

Masjid Husain, Balad.


بالأمس القريب ودَّعنا شهر رمضان الذي مضى وكأنَّه حلم جميل ما أتى إلا وقد آذن بانصرام.. ثم مضى بعده موسم الحج وكأنّه طيف خيال أو عابر سبيل مرَّ مرور الكرام
.

واليوم نحن في وداع عامٍ كامل من أعمارنا وفي استقبال عام جديد..

سنة كاملة من عمر الإنسان قد تهيَّأت للرحيل..

ماذا أدَّينا فيها من أعمال؟! وماذا قدَّمنا من طاعات؟ وماذا اكتسبنا فيها من أجور وحسنات؟

كم آية من القرآن قرأنا؟

وكم صلاة ركعنا فيها وسجدنا؟

وكم درهم أو دينار أنفقنا وتصدَّقنا؟

وكم من الأيام صُمنا؟ وكم وكم وكم ...؟

سنة كاملة أُودع فيها في صحائف الحسنات ما شاء الله أن يُودع.. وسُوِّد فيها في صحائف السيئات ما شاء الله أن يُسوّد.. فيا ليت شعري من منَّا المقبولُ فنهنِّيه.. ومن منّا المطرود فنعزّيه..




p/s : rasanya masih belum terlambat kot nak post perkara ni walaupun sepatutnya dipost sebelum tahun baru... huhu :D

Sumber : www.islamway.com

Tazkirah Sepanjang Masa


Pernah ku terleka dan alpa
Dalam mengejar mimpi yang disangka pasti

Membuatkan diri ini kosong dan resah
Bagai dibuang di padang pasir yang tandus


Cahaya itu sentiasa menerangi
Tetap menerangi walau mataku tertutup
Menyuluh segala dosa yang kelam
Terus menyinari hingga ia kembali terbuka

Tatkala itulah jiwaku disentak

Tersentak dengan keindahannya
Memancar warna-warna yang pelbagai

Menghantar mesej dalam keunikan

Cahaya itu adalah Al-Quran
Diulang tanpa jemu dan bosan

Semakin diteliti semakin cantik
Menyedarkan diri dengan peringatan berpanjangan


Tiapkali dihalusi pasti menggegarkan qalbu

Meruntuhkan keegoan si hati batu
Bangkit membina peribadi unggul
Peribadi yang ditegak atas keimanan haqiqi...




Wan Abdul Baith Izzuddin bin Wan Mustapa
Ahad, 03 Januari 2010
12.05 pagi

Saturday, January 2, 2010

Penggunaan Kalimah

Bismillahirrahmanirrahim...


Assalamualaikum wbt, salam sejahtera kepada semua pengunjung yang dikasihi Allah sekalian. Ucapkanlah alhamdulillah ke atas nikmat yang telah dikurniakan, ucapkanlah kesyukuran dengan nikmat matamu, nikmat mulut, hidung, tangan, kaki, juga nikmat hati dan akal. Semoga kita sentiasa diredhai Allah SWT.


Kali ini ana nak utarakan rasa kurang selesa je, rasa kurang selesa dengan beberapa kalimah yang kita ringkaskan dalam berchatting dan sebagainya. Hal ini telah banyak kali diperkatakan oleh orang-orang yang prihatin, telah banyak kali disuarakan, dan juga banyak kali diutarakan. Anggaplah tulisan kali ini sebagai menyokong suara-suara tersebut.

Kalau diperhatikan dalam kehidupan kita, sama ada kita sedar atau tidak, kita sebenarnya 'over' dalam meringkaskan sesuatu kalimah. Apa yang ana maksudkan dengan 'over'? Yang ana maksudkan ialah kita kadang meringkaskan kalimah yang sepatutnya tidak diringkaskan sehingga boleh membawa kepada pengertian yang amat berlainan dan berbahaya maknanya jika disalah fahami.



Contoh : Penggunaan kalimah insya-Allah, diringkaskan kepada 'i.Allah'. Kalimah Allah, diringkas kepada 4JJ1.

Jikalau kita cuba mengambil masa untuk merenung sejenak, kalimah insya-Allah yang membawa kepada pengertian 'dengan izin Allah' kita ringkas kepada 'i.Allah' boleh membawa kepada maksud 'saya Allah'? Tidakkah ini cukup berbahaya? Apatahlagi jika kita meringkaskannya terhadap mereka yang tidak mengetahui akan maksud kalimah kita.



Tidak mustahil juga kalimah yang diringkaskan ini akan terbawa-bawa oleh seseorang itu dalam menjalani kehidupan seharian. Masya-Allah, hasbiallahu wani'mal wakiil.. Jadi, sama-sama kita berhati-hati dalam meringkaskan sesuatu kalimah. Tanpa ingin memperpanjangkan kalam, ana akhiri dengan kata : 'Sesungguhnya kaum yahudi dan nasrani itu selalu mengubah kalam Tuhan sehingga tidaklah kita temui yang apa sahih berasal daripada Allah itu sendiri.' Wassalam.

wanabdbaith. Powered by Blogger.

Visitor

free counters