Sunday, January 24, 2010

Menunggu Dalam Takut

Bismillahirrahmanirrahiim...


Alhamdulillah, imtihan sudah lama melabuhkan tirai dan natijahnya sudahpun keluar. Syukur diucapkan ke hadrat Ilahi atas segala-galanya.

Hati ini sudah tidak sabar untuk pulang ke Malaysia pada bulan 6 nanti, menunggu masa untuk bertemu dengan keluarga tercinta, menemui sahabat handai yang dirindui dan meminta doa daripada ustaz-ustazku di bumi Malaysia sana. Terima kasihku ucapkan kepada kakakku yang sudi menampung tambang tiketku untuk pulang ke Malaysia nanti, salam sayang kuucapkan kepadamu dari adikmu ini, semoga terus cemerlang berjuang dalam perjalanan menuntut ilmu... hehe.

Namun, dalam perasaan gembira ini terselindung perasaan takut, takut dalam menghadapi suasana semasa pulang ke Malaysia nanti, takut jika diri ini masih lagi belum mempunyai ilmu yang cukup untuk memimpin orang di sekeliling, dan takut tidak mampu membawa perubahan sama ada kepada diri dan masyarakat.

Apapun, ana berdoa agar ketakutan itu dapat diatasi kerana kita sentiasa bergerak ke hadapan walaupun kita tidak ingin untuk bergerak. Itulah kehidupan, kita yang mesti mengejar masa kerana masa tidak sekali-kali mengejar kita. La haula wala quwwata illa billah.

Semoga pembaca sekalian sentiasa dirahmati Allah, doaku agar kita semua mampu mengecapi syurga-Nya yang hakiki... :D




p/s to abang long : Semoga berpeluang untuk menyambung pelajaran ke Jordan dan dipermudahkan segalanya, ku nantikan saat tersebut... hehe

2 comments:

sue said...

salam sayang juga dari kakak mu ini.. apa yang termampu shj yg dibuat..jangan terlalu mengimpikan sesuatu yang besar, bermula dari perkara-perkara yang kecil. Bimbang akan menjadi luka kekecewaan kalau apa yang diimpikan x tercapai..

aik, long nok sambung studi di jordan ko? bakpo kak bah x tahu gapo2 ni?

Wan Abdul Ba'ith Izzuddin bin Wan Mustapa said...

abg long ada keinginan je untuk sambung ke sini... jadi x pasti lagi la... hehe

bimbang dalam rangka untuk mencipta dan mencapai langkah yang terbaik :D

wanabdbaith. Powered by Blogger.

Visitor

free counters