Wednesday, April 27, 2011

Masih Ingkar?

Bismillahirrahmanirrahim



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Tadi ana dan .... ke Mahkamah Syari'ah Jordan, untuk mendapatkan Hujjah Islam [bukan untuk ana ye], sedang duduk menunggu urusan, terlihat seorang pak cik dan seorang perempuan asia. Mula-mula fikir, perempuan tersebut adalah pembantu rumah pak cik arab tu, tapi tengok tidak ada gaya pembantu rumah. Jadi, kami yang duduk bersebelahan dengan pak cik tu pun bertanyalah kepadanya, 'Apa urusan kamu di sini?' [tanya macam polis la pula ye].

Dia pun cerita la bahawa perempuan ni asalnya dari Filipina, baru sahaja memeluk Islam. Selepas itu, tanpa diminta dia pula menceritakan pasal dirinya [mungkin kerana dia terdengar kami berkata kami adalah pelajar syariah kot]. Dia berkata bahawa dia mengingkari adanya azab kubur, dajjal dan lain-lain. Dia telah mengeluarkan 24 buah buku berkenaannya dan boleh di dapati di maktabah universiti.

Kemudian dia pun membaca kepada kami dalil daripada ayat Al-Quran bagi menyokong hujjahnya memandangkan kami seolah tidak mengendahkannya. Dibawakan kepada kami ayat ke 10 daripada Surah Asy-Syura, firman Allah Ta'ala :

وَمَا اخْتَلَفْتُمْ فِيهِ مِنْ شَيْءٍ فَحُكْمُهُ إِلَى اللَّهِ

Lalu dijelaskan kepada kami tentang ayat yang dibacakannya tadi, dia berkata [mafhum katanya]  : 'Tengok ayat ni, Allah tidak menyebut supaya rujuk kepada Nabi, dan Nabi tidak membawakan sesuatu yang bukan daripada Allah. Azab kubur, dajjal dan sebagainya hanyalah dongengan semata kerana tidak dinyatakan di dalam Al-Quran. Kamu lihat, berkenaan bilangan rakaat dalam solat tidak disebutkan di dalam Al-Quran tetapi asasnya ada iaitu solat ada disebutkan di dalam Al-Quran. Kamu mungkin tak percaya, tidak mengapa, kamu dengar dahulu dan kaji. Aku sudah berumur 70 tahun dan seorang muhandis.'



Ana pun dengar je la, nak balas bukannya tiada ilmu tapi kurang ilmu. Lagipun dah tahu dah, kalau balas bukannya dia nak terima pun apatahlagi dari kami yang dianggap budak olehnya. Masakan orang yang sudah menulis 24 buah buku dan berpegang dengan pendapatnya mudah-mudah mahu menerima pendapat kami, dan takkanlah dia tidak pernah mendengar ulasan ulama' berkenaan hal ini. Apapun, ini sebenarnya cabaran bagi kami, bagaimana mahu mengatasi orang-orang sebegini di masa kelak. Kalau tadi kita hanya diamkan diri dan mendengar sahaja, takkanlah seumur hidup kita hendak membiarkan ianya sedemikian. Allah SWT telah temukan kami dengan permulaannya, maka ke atas kami untuk memperjuangkan kebenarannya. Insya-Allah!

Di sini ana selitkan beberapa artikel berkenaan pastinya azab kubur, semoga bermanfaat untuk semua :

B. Arab :
6 -  إثبات عذاب القبر  


B. Melayu :
1 - Kebenaran Azab Kubur Berdasarkan al-Quran & Hadith
2 - Yakinilah adanya azab kubur
3 - Dato' Dr Harussani Zakaria - Isu Azab Kubur.mp3
4 - Membantah Azab Kubur Menyanggah Akidah Ahli Sunnah Wa Jamaah
5 - Dato' Ismail Kamus - Azab Kubur.mp3
6 - Azab dan Nikmat Kubur Dalam Al-Quran dan Al-Hadith
7 - Hadis Ahad & Azab Kubur : Suatu Ulasan



Wassalam...

2 comments:

ARIF AMIN said...

AISEH...ANA BARU NK BOH TJUK NI DLM BLOG...SPOIL BTOI...HA2

reza aconk said...

saya hanya blogwalking
jika berniat liat blog saya kunjungin balik ya??

dan terimakasii.....

wanabdbaith. Powered by Blogger.

Visitor

free counters