 APA  YANG ANDA KATAKAN TERHADAP DIRI SENDIRI JAUH LEBIH PENTING DARIPADA APA  YANG ORANG LAIN KATAKAN TERHADAP ANDA. OLEH ITU, KATAKAN SESUATU YANG  POSITIF KEPADA DIRI SELALU, ITU PETANDA ANDA TELAH BERSANGKA BAIK  TERHADAP DIRI SENDIRI…
APA  YANG ANDA KATAKAN TERHADAP DIRI SENDIRI JAUH LEBIH PENTING DARIPADA APA  YANG ORANG LAIN KATAKAN TERHADAP ANDA. OLEH ITU, KATAKAN SESUATU YANG  POSITIF KEPADA DIRI SELALU, ITU PETANDA ANDA TELAH BERSANGKA BAIK  TERHADAP DIRI SENDIRI… INGATLAH, BERSANGKA BAIK TERHADAP DIRI SENDIRI ADALAH MODAL UNTUK BERSANGKA BAIK KEPADA ORANG LAIN!
Syarat utama bagi kejayaan dalam sesuatu  komunikasi (perhubungan) ialah kepercayaan. Yang dimaksudkan dengan  kepercayaan dalam perhubungan ialah rasa percaya seseorang terhadap  orang yang dihubungi – jika perhubungan itu keluar. Atau kepercayaan  seseorang terhadap dirinya sendiri – jika perhubungan itu ke dalam diri  sendiri.
Sekiranya kepercayaan seseorang itu  tinggi terhadap dirinya sendiri, maka ia akan berjaya dalam komunikasi  dengan dirinya sendiri.  Sebaliknya, jika kepercayaan seseorang sudah  terjejas, apalagi jika sudah pupus, maka sukarlah komunikasi berlaku  samada secara dalaman atau luaran.
Komunikasi dalaman, sangat berkait  dengan kepercayaan terhadap diri sendiri. Sedangkan komunikasi luaran  berkait dengan kepercayaan terhadap orang lain. Kita akan gagal  berkomunikasi dengan diri sendiri jika kepercayaan terhadap diri sendiri  menjadi lemah. Dan begitu juga, kita akan gagal berkomunikasi dengan  orang lain jika kita tidak ada sifat saling percaya-mempercayai.
Sikap tidak mempercayaai diri sendiri  adalah lebih merosakkan kita daripada sikap tidak mempercayai orang  lain. Orang yang tidak percaya akan kemampuan, kebolehan dan kelebihan  dirinya tidak akan berjaya dalam hidupnya. Oleh itu, kita mestilah  selalu mempertingkatkan kepercayaan terhadap diri sendiri, untuk  membolehkan kita melakukan ‘self motivated’. Dan salah satu cara untuk ‘self motivated’ ialah dengan melakukan komunikasi dalaman.
Dalam kehidupan sehari-hari, kita selalu  memperkatakan tentang bagaimana seseorang dapat  membantu seseorang  yang lain melalui perantaraan komunikasi. Tetapi jarang kita mendengar  seseorang membantu dirinya sendiri melalui perantaraan komunikasi.  Apakah kita perlu bercakap-cakap dengan diri sendiri? Apakah ini gila  namanya? Kalau boleh, bagaimana? Bagaimanakah yang dikatakan kita sedang  berkomunikasi dengan diri sendiri?
Antara dua bahagian komunikasi ini,  komunikasi dalaman mempunyai  kesan yang besar pada manusia. Sayangnya,  ia selalu diabaikan dan dipinggirkan berbanding komunikasi luaran. Tidak  seperti komunikasi luaran yang kerap dititik-beratkan, dijaga dan  dipelajari, komunikasi dalaman kekadang tidak dipedulikan lansung,  apalagi hendak dipertingkatkan Manusia kerap kali mementingkan  hubungannya dengan manusia lain, tanpa menyedari bahawa dia juga amat  perlu untuk berkomunikasi dengan dirinya sendiri. Inilah yang dikatakan  komunikasi ke dalam diri.
Kemahiran berkomunikasi dalaman inilah  yang boleh menentukan kemampuan seseorang memilih responnya. Jika  kemampuannya tinggi, maka semakin berkuasalah seseorang dalam memilih  tindakannya dan semakin berjayalah ia dalam hidupnya.
Banyak faktor yang menentukan kemampuan  atau tahap komunikasi dalaman. Antaranya yang paling utama ialah faktor  keyakinan. Keyakinan mempunyai kesan yang sangat besar kepada  pancaindera yang lima bila berdepan dengan respon. Siapa yang mempunyain  keyakinan yang kuat, maka pancainderanya juga akan kuat untuk  mentafsirkan, merasai dan memberi gambaran yang positif terhadap respon  yang dihadapinya.
Keyakinan pula dibentuk oleh ibu-bapa,  suasana, kawan, guru dan peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam hidup.  Jika keyakinan kita positif, maka positif jugalah komunikasi dalaman  yang berlaku ke dalam diri kita. Orang yang mempunyai keyakinan yang  kuat dan positif, akan menjadi seorang yang rajin, positif dan optimis.  Sebaliknya, jika keyakinan seseorang lemah, maka seseorang akan menjadi  malas, negatif dan pesimis.
Faktor kedua ialah percakapan terahadap  diri sendiri. Percayakah kita bahawa dalam sehari kita lebih banyak  bercakap dengan diri sendiri berbanding  bercakap dengan orang lain.  Malangnya, 70% percakapan terhadap diri sendiri ini adalah negatif.  Untuk berjaya, percakapan yang negatif ini mesti ditukar kepada yang  positif. Jika tidak, kita akan melakukan sabotaj terhadap diri sendiri.  ”Aku tidak boleh” mesti ditukar kepada ”aku boleh.”
Jadi, semaklah apa yang kita selalu  katakan kepada diri sendiri… Apakah negatif atau positf? Jangan biarkan  kita menjadi musuh terhadap diri sendiri dengan komunikasi yang  menyebabkan kita ’gagal’ sebelum gagal!
Petikan : http://genta-rasa.com/

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


 
 
0 comments:
Post a Comment