Indahnya penciptaan manusia Pelbagai rupa, bangsa dan warna Uniknya sel disusun membentuk jisim Kecantikan diri tanda Maha cantiknya Pencipta Indah lagi berseri apabila dihiasi siddiq Tatkala juga menumpangnya malu Juga ketika akhlak mahmudah datang bertamu Dan disimpulkan dengan syukur Namun, manusia itu berbeza Ada yang umpama matahari Di samping bulan mengambang menawan Tidak dilupakan juga bintang ceria berkelip Tugas mereka tidak sama Rupa mereka tidak sama Hati mereka juga bermacam ragam Akan tetapi mereka adalah hamba-Nya Justeru, wahai pendakwah Banyakkanlah method dakwahmu Luaskan lingkup fikiranmu Selaraskan tahap kefahamanmu Agar si mad'u gembira menerima Andai kamu itu seorang mad'u jangan beranggapan tinggi rendah Kerana da'i itu juga seorang mad'u Maka tiada kesempurnaan kecuali milik Allah. Wan Abdul Baith Izzuddin bin Wan Mustapa
Amman, Jordan
7.38 mlm, 18 Mac 2010
1 comments:
Bismillah..
Salamu'alaykum..
hm..betul3..
tiada yg sempurna,
mlainkn mnusia itu sndri brusha mmperbaiki diri mnuju ksempurnaan iman yg hakiki..
insyaAllah..
ap2 pn syukran jaziilan akh~
nice!
Post a Comment