Tuesday, February 2, 2010
2/02/2010 02:10:00 PM
Manhaj Dalam Melihat Kepada Kisah-kisah Terdahulu
Author:
Unknown
Sebahagian pengajar, penulis, pencerita dari kalangan kaum muslimin telah silap dalam melihat tentang kisah-kisah terdahulu, maka janganlah turuti mereka - di samping bersangka baik kepada mereka - dengan mengikut manhaj yang benar menenangkan dalam mempelajari kisah-kisah tersebut. Sesungguhnya mereka telah menghidangkan kepada pembaca-pembaca dan pendengar-pendengar longgokan kata-kata, khabar-khabar, riwayat-riwayat dan penerangan-penerangan yang diambil daripada sumber-sumber yang telah dipesongkan serta batil, iaitu israiliyyat dan khabar daripada ahli kitab.
Seharusnya kepada para pemerhati yang melihat mempunyai kepada dirinya manhaj yang selamat yang benar sehingga dia dapat berhenti di atas titik-titik pengajaran dalam kisah-kisah terdahulu, sehingga dia tidak terkeluar menyeleweng kepada khurafat-khurafat, dongengan dan kebatilan, sehingga dia tidak menyibukkan dirinya atau menyibukkan para pembaca dan pendengar dengan apa yang menyembunyikan point utama pelajaran, petunjuk dan pengajaran tersebut.
Inilah manhaj yang diambil daripada kitab dan sunnah.
Di dalam Al-Quran terdapat banyak petunjuk-petunjuk dalam kita memerhati kisah-kisah terdahulu, dan dalam memerhati manhaj bahas ilmu maudhu'i yang selamat.
Di bawah ini adalah sebahagian daripada petunjuk-petunjuk yang dibawa oleh Al-Quran :
1. هي من غيب الماضي (Ia adalah daripada perkara ghaib yang lepas)
Kisah-kisah terdahulu di dalam Al-Quran adalah termasuk dalam 'berita-berita ghaib' kerana perkara-perkara ghaib di dalam Islam ada tiga bahagian :
a. Perkara ghaib yang lepas : Seperti kisah-kisah terdahulu, seperti kisah Nabi Adam 'alaihissalam bersama iblis, kisahnya memakan buah daripada pokok, kisahnya dikeluarnya ia ke dunia, dan seperti kisah kaum Nuh, kaum 'Aad, Tsamud dan Madyan, juga seperti kisah Bani Israil bersama nabi-nabi mereka.
Ia adalah perkara ghaib yang lepas kerana ia merupakan kejadian yang berlaku pada zaman lepas dan telah berlalu, maka jadilah ia khabar-khabar terdahulu. Ia adalah perkara ghaib kepada kita kerana kita tidak melihat kejadian tersebut, tidak mendengarnya, dan tidak sezaman dengannya.
b. Perkara ghaib sekarang : Seperti alam-alam yang ada sekarang, yang mana ada padanya kejadiannya, kehidupannya dan kewujudannya. Akan tetapi kita tidak dapat melihatnya, tidak dapat mendengarnya seperti alam malaikat dan alam jim syaitan. Bahkan kewujudan Allah Subhanahu wa Ta'ala juga termasuk di dalam alama ghaib sekarang kerana Dia wujud tetapi kita tidak dapat melihat-Nya di dunia ini.
c. Perkara ghaib akan datang : Umpama ayat-ayat dan hadith-hadith yang sahih yang menceritakan tentang sesuatu kejadian yang akan berlaku pada masa akan datang sejarah manusia. Seperti tanda-tanda Kiamat : turunnya Nabi Isa 'alaihissalam, keluarnya dajjal dan yakjuj makjuj. Juga termasuk di dalamnya ialah peristiwa Kiamat bermula tiupan sangkakala sehingga masuknya orang-orang yang beriman ke dalam syurga serta masuknya orang-orang kafir ke neraka.
Orang yang memerhatikan rukun iman yang enam juga akan mendapati bahawa kesemuanya adalah daripada perkara ghaib, adalah beriman dengannya merupakan beriman terhadap perkara ghaib.
Al-Quran dengan terangnya mengatakan bahawa kisah-kisah terdahulu itu daripada perkara ghaib :
Di dalam surah Hud, selepas Al-Quran menceritakan kisah Nabi Allah Nuh 'alaihissalam bermula daripada dakwahnya terhadap kaumnya kepada Allah sehinggalah kepada kisah ditenggelamkan kaumnya dengan bah, menyelamatkannya bersama orang-orang yang beriman di dalam bahtera dan menurunkannya ke bumi dengan selamat - rentetan daripada penerangan kejadian tersebut yang mana ianya adalah daripada perkara ghaib maka Allah berfirman yang bermaksud : "Itu adalah di antara yang ghaib yang Kami wahyukan kepadamu (Muhammad); tidak pernah kamu mengetahuinya dan tidak (pula) kaummu sebelum ini." [Surah Hud : 49]
Dan pada penutup surah Yusuf, Al-Quran mengisyaratkan bahawa kejadian itu adalah daripada perkara ghaib, bahawa sesungguhnya tidaklah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam akan mengetahuinya jika tidak diwahyukan kepadanya tentangnya. Firman Allah yang bermaksud : "Demikian itu (adalah) di antara berita-berita yang ghaib yang Kami wahyukan kepadamu (Muhammad); padahal kamu tidak berada pada sisi mereka, ketika mereka memutuskan rencananya (untuk memasukkan Yusuf ke dalam telaga) dan mereka sedang mengatur tipu daya." [Surah Yusuf : 102]
Begitu juga perkara yang sama dalam kisah Maryam radhiallahu 'anha, semenjak saat ianya dikandungkan oleh ibunya dan peliharaan suami kakaknya, Zakaria 'alaihissalam ke atasnya. Firman Allah yang bermaksud : "Yang demikian itu adalah sebahagian dari berita-berita ghaib yang Kami wahyukan kepada kami (ya Muhammad); padahal kamu tidak berada bersama mereka, ketika mereka melemparkan anak-anak panah mereka (untuk mengundi) siapa di antara mereka yang akan memelihara Maryam. Dan kamu tidak hadir di sisi mereka ketika mereka bersengketa." [Surah Aali Imran : 44]
2 - وما كنت لديهم (dan kamu tidak berada di sisi mereka)
Dan dengan ianya daripada perkara ghaib yang lepas, maka dikhususkan Allah sahaja - Maha Suci Allah - yang mengetahui tentangnya, yang mengetahui tentang peristiwanya dan yang mengetahui perinciannya.
Sesungguhnya Allah sahajalah yang mengetahui keseluruhan perkara ghaib - dengan bahagiannya yang tiga itu : yang lepas, sekarang, dan akan datang -.
Firman Allah Ta'ala yang bermaksud : "Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib; tidak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri." [Surah Al-An'am : 59]
3 - لا يعلمهم إلا الله (Tidak ada yang mengetahuinya kecuali Allah)
Al-Quran mengkhabarkan kepada kita bahawa sebahagian peristiwa yang berlaku daripada kisah-kisah orang terdahulu serta identiti mereka, tidak ada yang mengetahuinya kecuali Allah sahaja. Dan ini bermaksud hal tersebut sesungguhnya Allah tidak memberitahu seorang pun daripada manusia.
Firman Allah di dalam Al-Quran yang bermaksud : "Belumkah sampai kepadamu berita orang-orang sebelum kamu (iaitu) kaum Nuh, 'Aad, Tsamud dan orang-orang sesudah mereka. Tidak ada yang mengetahui mereka selain Allah." [Surah Ibrahim : 9]
Maka, firman Allah : "Tidak ada yang mengetahui mereka selain Allah." merupakan nas yang jelas dalam menafikan orang yang mendakwa berpengetahuan tentang hal kisah tersebut, dan ditujukan terus hanya kepada Allah sahaja, Maha Suci Allah.
4 - ولا تستفت فيهم منهم أحدا (Dan janganlah kamu menanyakan tentang mereka kepada seorang pun dari kalangan mereka)
Al-Quran melarang dengan larangan yang sebenar-benar larangan tentang bertanya kepada ahli kitab mengenai khabar orang-orang terdahulu, melarang bertanya tentang perincian kisah-kisahnya, dan juga melarang menentukan siapakah mereka, tempat mereka dan kejadian mereka.
Sesungguhnya telah dinyatakan di dalam Al-Quran akan larangan ini ketika disebutkan tentang kisah Pemuda Gua dan perselisihan orang-orang terdahulu akan bilangannya.
Firman Allah Ta'ala yang bermaksud : "Nanti (ada orang yang akan) mengatakan (jumlah mereka) adalah tiga orang yang keempat adalah anjingnya, dan (yang lain) mengatakan : "(jumlah mereka) adalah lima orang dan yang keenam adalah anjingnya", sebagai tekaan terhadap perkara yang ghaib; dan (yang lain lagi) mengatakan; "(Jumlah mereka) tujuh orang, yang kelapan adalah anjingnya". Katakanlah : "Tuhanku lebih mengetahui jumlah mereka; tidak ada satu orang pun yang mengetahui (bilangan) mereka kecuali sedikit". Kerana itu janganlah kamu (Muhammad) bertengkar tentang hal mereka, kecuali pertengkaran zahir sahaja dan jangan kamu menanyakan tentang mereka (pemuda-pemuda itu) kepada seorang pun di antara mereka." [Surah Al-Kahfi : 22]
Jangan kamu menanyakan tentang mereka, yakni jangan bertanya tentang keadaan pemuda gua, bilangan mereka, dan khabar mereka.
Jangan kamu menanyakan tentang mereka kepada seorang pun di antara mereka, yakni jangan kamu tanya tentangnya kepada seorang pun daripada mereka. Kalimah 'منهم' kembali kepada puak yang lain, iaitu mereka yang mengharungi khabar-khabar dan kisah-kisah orang terdahulu, mereka yang menyatakan perincian hidup mereka tanpa ilmu, bahkan ia adalah 'tekaan terhadap perkara ghaib'. Telah jelas di sini kalimah 'منهم' itu kembali ahli kitab, iaitu yahudi dan nasrani, kerana mereka mendakwa merekalah yang 'mengetahui' lebih daripada yang lain, mereka mengatakan bahawa merekalah golongan terakhir yang mengetahui kisah-kisah orang terdahulu.
Sesungguhnya larangan di dalam ayat itu tadi ditujukan kepada semua muslim, sebagaimana ianya ditujukan kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam - kerana mesej yang ditujukan kepada rasul (selawat dan salam ke atasnya) merupakan mesej kepada seluruh ummatnya - ianya ditujukan kepada sekalian penulis-penulis kitab, melarang mereka daripada pergi kepada israiliyyat, serta melarang mengambil riwayat-riwayat dan perincian terhadap kisah-kisah orang terdahulu dari israiliyyat.
Begitu juga ianya ditujukan kepada semua pencerita, penglipur lara, orang yang berkata-kata dan pemberi peringatan, ia melarang mereka daripada menghendaki sesuatu daripada israiliyyat itu.
5 - ولا تقف ما ليس لك به علم (Dan janganlah kamu mengikut sesuatu yang tidak kamu ketahui.)
Ayat daripada Kitabullah menunjukkan kepada kita manhaj qur'ani dalam mencari dan mengenal, serta memperbetulkan kekuatan akal agar tidak dilemparkan dalam perkara yang tidak memberi faedah.
Firman Allah Ta'ala yang bermaksud : "Dan janganlah kamu mengikuti sesuatu yang tidak kamu ketahui. Kerana pendengaran, penglihatan, dan hati nurani, semua itu akan diminta pertanggungjawabannya." [Surah Al-Isra' : 36]
Berkata Imam Syed Qutb di dalam mentafsirkan ayat ini : 'Sesungguhnya ayat ini memberikan manhaj yang sempurna bagi akal dan hati, meliputi manhaj ilmu yang mana diketahui oleh manusia akhir-akhir ini, menambah kelurusan kepada hati, dan mendekatkan diri kepada Allah.'
Maka kenal pastilah dalam menerima setiap khabar, setiap yang zahir dan setiap pergerakan sebelum menghukum ke atasnya dengan sesuatu. Inilah seruan Al-Quran dan manhaj Islam yang sebenar. Apabila lurusnya hati dan akal manusia di atas manhaj ini, tidak ada lagi ruang bagi keraguan dan khurafat di dalam aqidah, tidak ada juga saki baki sangka buruk serta syubhat dalam masalah hukum, qadha' dan berhubung.
6 - إن جاءكم فاسق بنبأ فتبينوا (Jika seseorang yang fasik datang kepadamu membawa suatu berita, maka telitilah kebenarannya.)
Firman Allah SWT yang bermaksud : "Wahai orang-orang yang beriman, jika seseorang yang fasik datang kepadamu membawa suatu berita, maka telitilah kebenarannya, agar kamu tidak mencelakakan suatu kaum kerana kebodohan (kecerobohan), yang akhirnya kamu menyesali perbuatanmu itu." [Surah Al-Hujurat : 6]
Ayat ini membentangkan kepada kita manhaj ilmu qur'an dalam membersihkan khabar-khabar dan mengenal pasti akannya, jika ianya bersumber daripada orang-orang yang fasiq.
Sesungguhnya orang-orang fasiq itu orang yang tidak dipercayai, kebohongan, pengubahsuaian, dan pemalsuan berselindung di sebalik apa yang mereka nyatakan daripada khabar-khabar dan berita-berita. Dengan itu, mesti diletakkan timbangan-timbangan tertentu untuk mencari kebenarannya.
7 - كأنهم لا يعلمون (Seakan-akan mereka tidak mengetahui.)
Kaum yahudi adalah kaum yang tidak ada ilmu akan hal tersebut pada mereka, dan tidaklah apa yang mereka ajarkan kecuali dongengan-dongengan, sangkaan-sangkaan dan tuduhan-tuduhan. Allah telah membicarakan hal mereka di dalam ayatnya yang suci yang bermaksud : "Dan di antara mereka ada yang buta huruf, tidak mengetahui Al-Kitab (Taurat), kecuali dongengan bohong belaka dan mereka hanya menduga-duga." [Surah Al-Baqarah : 78]
Mereka adalah penipu-penipu yang menipu, menipu kepada Allah dan menipu kepada diri mereka sendiri, adakah mereka berlepas diri daripada perkara tersebut daripada menipu manusia dan diri mereka? Adakah mereka berlepas diri daripada menipu ke atas kisah-kisah orang terdahulu? Adakah mereka berlepas diri daripada menipu ke atas ilmu dan sejarah? Tidak!
Al-Quran menerangkan akan penipuan mereka di dalam firman Allah yang bermaksud : "{181} Sesungguhnya Allah telah mendengar perkataan orang yang mengatakan : 'Sesungguhnya Allah miskin dan kami kaya.' Kami akan mencatat perkataan mereka itu dan perbuatan mereka membunuh nabi-nabi tanpa alasan yang benar, dan Kami akan mengatakan (kepada mereka) : 'Rasakanlah olehmu azab yang membakat.' {182} (Azab) yang demikian itu adalah disebabkan perbuatan tanganmu sendiri, dan bahawasanya Allah sekali-kali tidak menganiaya hamba-hamba-Nya. {183} (Yaitu) orang-orang (yahudi) yang mengatakan : 'Sesungguhnya Allah telah memerintahkan kepada kami, supaya kami jangan beriman kepada seseorang rasul, sebelum dia mendatangkan kepada kami korban yang dimakan api.' Katakanlah : 'Sesungguhnya telah datang kepada kamu beberapa orang rasul sebelumku, membawa keterangan-keterangan yang nyata dan membawa apa yang kamu sebutkan, maka mengapa kamu membunuh mereka jika kamu orang-orang yang benar.' " [Surah Aali Imran : 181-183]
Mereka menfitnah nabi-nabi dan orang-orang soleh. Menyebarkan penipuan dan kebatilan dan menyandarkan kepada nabi-nabi dan orang-orang soleh akan kekurangan dan kelemahan. Apakah kamu ingat akan apa yang mereka katakan kepada Siddiqah Maryam yang suci, ibu kepada Nabi Isa 'alaihissalam? Al-Quran berkata tentang mereka : "{156} Dan kerana kekafiran mereka (terhadap Isa), dan tuduhan mereka terhadap Maryam dengan kedustaan yang besar (zina), {157} dan kerana ucapan mereka : 'Sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih, Isa putera Maryam, Rasul Allah' " [Surah An-Nisa' : 156-157]
Mereka menyembunyikan kebenaran dan menyebarkan kebatilan sedangkan mereka mengetahui, sebagaiman firman Allah : " {75} Apakah kamu masih mengharapkan mereka akan percaya kepadamu, padahal segolongan dari mereka mendengar firman Allah, lalu mereka mengubahnya setelah mereka memahaminya, sedang mereka mengetahui? " [Surah Al-Baqarah : 75]
Maka oleh kerana penolakan dan jenayah ini mereka seolah tidak berilmu, kerana ilmu yang benar ialah yang memberi manfaat kepada pemiliknya, menggembirakannya dan memperbaiki dirinya, menjadikan dirinya bersama kebenaran dan bersama pemilik kebenaran, apabila ilmu yang dimiliki tidak menyampaikan pemiliknya kepada hal tersebut maka ia seolah-olah tidak wujud.
Rujukan : مع قصص السابقين في القرآن - Doktor Solah Abdul Fattah Al-Khalidi, Darul Qalam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
wanabdbaith. Powered by Blogger.
0 comments:
Post a Comment