Monday, April 5, 2010

Salamku kepadamu Wahai Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillahi rabbil 'alamin, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam.

Sebenarnya tadi baru je lepas baca satu blog yang mengatakan bahawa salah seorang pelajar UIA bermimpi bertemu Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, sejauh manakah kebenarannya itu wallahua'alam. Tapi datang pula mood untuk menulis kat blog ini... huhu

Adakah masih ada orang yang dapat bermimpi bertemu dengan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pada zaman yang penuh fitnah ini? Alangkah beruntungnya jika ia benar-benar bertemu dengan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Peluang yang ibarat 1 dalam 10000. Sedihnya apabila mengenangkan hal diri sendiri, sudah tentu masing-masing mampu menilai taraf dan martabat diri berkenaan dosa pahala.

Benarkah masih ada antara ummat sekarang ini yang mampu bermimpi denganmu wahai Rasulullah? Alangkah beruntungnya si dia, alangkah jauhnya diriku dan dirimu. Terasa bagai satu kemustahilan yang amat susah hendak menjadi nyata tapi segalanya ada kemungkinannya. Wallahu'alam.

Wahai Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, terimalah salam dan rinduku ini kepadamu daripada hamba yang banyak berdosa ini.

0 comments:

wanabdbaith. Powered by Blogger.

Visitor

free counters