Friday, March 19, 2010
3/19/2010 02:09:00 AM
Bulan itu bukanlah Matahari
Author:
Unknown
Indahnya penciptaan manusia
Pelbagai rupa, bangsa dan warna
Uniknya sel disusun membentuk jisim
Kecantikan diri tanda Maha cantiknya Pencipta
Indah lagi berseri apabila dihiasi siddiq
Tatkala juga menumpangnya malu
Juga ketika akhlak mahmudah datang bertamu
Dan disimpulkan dengan syukur
Namun, manusia itu berbeza
Ada yang umpama matahari
Di samping bulan mengambang menawan
Tidak dilupakan juga bintang ceria berkelip
Tugas mereka tidak sama
Rupa mereka tidak sama
Hati mereka juga bermacam ragam
Akan tetapi mereka adalah hamba-Nya
Justeru, wahai pendakwah
Banyakkanlah method dakwahmu
Luaskan lingkup fikiranmu
Selaraskan tahap kefahamanmu
Agar si mad'u gembira menerima
Andai kamu itu seorang mad'u
jangan beranggapan tinggi rendah
Kerana da'i itu juga seorang mad'u
Maka tiada kesempurnaan kecuali milik Allah.
Wan Abdul Baith Izzuddin bin Wan Mustapa
Amman, Jordan
7.38 mlm, 18 Mac 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
wanabdbaith. Powered by Blogger.
1 comments:
Bismillah..
Salamu'alaykum..
hm..betul3..
tiada yg sempurna,
mlainkn mnusia itu sndri brusha mmperbaiki diri mnuju ksempurnaan iman yg hakiki..
insyaAllah..
ap2 pn syukran jaziilan akh~
nice!
Post a Comment