Tuesday, February 23, 2010

Aku Juga Manusia Biasa

Ahamdulillah, kalimah inilah yang sentiasa terlintas di fikiranku tatkala ingin memulakan suatu post baru, bukan untuk mengada-ngada atau menunjuk-nunjuk tetapi itulah yang berlaku, sekaligus memberi mau'izah kepada diri akan erti alhamdulillah. Alhamdulillah 'ala kulli haal.

Ana bukanlah manusia hebat yang mampu melakukan sesuatu dengan sempurna, bukan manusia hebat yang tidak memerlukan 'study' untuk berjaya, bukan manusia hebat yang mampu mengubah suasana di sekeliling, ana juga bukan manusia hebat yang tidak melakukan sebarang kesalahan. Ana hanyalah manusia biasa, kadang rebah kadang tegak. Justeru itu, pandanglah kepadaku dengan pandangan bahawa ana adalah manusia biasa.

Apabila disebut bahawa ana dari University of Jordan (UJ), ramai yang berkata bahawa ana ini mestilah tergolong dalam golongan hebat, tergolong dalam golongan ammaniyyin yang sedikit dan tergolong dalam golongan orang-orang kaya. Mereka menganggap mahasiswa UJ hebat hanya kerana susahnya pelajar Malaysia yang dapat ke sini, kerana mahalnya yuran di UJ. Manakala golongan ammaniyyin pula kebiasaannya terdiri daripada golongan Ph.D dan M.A, maka mereka beranggapan bahawa ana mestilah hebat kerana se'kampung' dengan golongan tersebut. Adapun perihal anggapan mereka akan ke'kaya'an kami itu bertitik tolak daripada Amman ini bandaraya kepada negara yang kami tumpangi untuk belajar iaitu Jordan The Hashemite Kingdom, oleh kerana itu makin terserlahlah kehebatan kami pada pandangan mereka.

Sebenarnya, kemasukanku ke UJ bukanlah seratus peratus akan kecemerlanganku (sebagaimana yang kukatakan di atas bahawa ana hanya manusia biasa), sebaliknya atas catuan yang Allah tetapkan. Ana hanya memohon dengan menghantar borang dan kemudian menerima maklum balas seperti sahabat-sahabat yang lain, tidak ada bezanya sama sekali. Memohon untuk masuk ke UJ di samping mengetahui akan kemahalan yuran setelah mendapat izin daripada kedua ibu bapa, tidak terlintas difikiranku akan mendapat biasiswa daripada universiti dek kerana sedar diri ini tidak mampu. Saat ana mendapat tawaran belajar ke sini, dimaklumkan terdapat seorang lagi pelajar yang diterima untuk masuk ke universiti yang sama denganku namun pelajar tersebut menolak hanya kerana memikirkan yuran yang agak mahal. Ana tidak berputus asa, berdoa dan terus berdoa agar dipermudahkan segala urusan. Akhirnya doaku itu mendapat balasan, Allah mengutuskan khabar gembira bahawa ana dan 3 orang sahabat dari negeri lain mendapat tajaan yuran daripada UJ. Syukur alhamdulillah. Sujud syukur kulaksanakan tanda syukur.

Semua itu berlaku bukan di dalam jangkaanku, Maha Suci Allah yang mengatur segalanya. Beberapa hari sebelum pembelajaran bermula, ku menerima berita akan adanya kemungkinan biasiswa itu tidak akan kami perolehi. Sungguh saat menerima berita tersebut ana masuk ke bilik dan menangis berdoa dalam solat kepada Tuhan Sekalian Alam. Ana mengadu kepada-Nya, Ya Allah, Engkau telah takdirkan aku untuk datang ke sini maka bantulah hamba-Mu yang amat tidak mampu untuk berdiri dengan sendirinya di bumi yan tidak kukenal siapa melainkan Engkau (lebih kurang macam tu la). Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang, doaku itu mendapat balasan. Alhamdulillah. Begitulah kisah bermulanya kehidupan ana di bumi Jordan.

Adapun mengenai bilangan pelajar Malaysia di Amman itu sedikit sudah kuketahui daripada Ustaz Fakhrurrazi dan Ustaz Hasrizal. Dikatakan bahawa inilah peluang kepada diri untuk 'improve' dan ana mengambilnya sebagai satu kuasa tambah.

Dalam hal yang berkata ana adalah golongan kaya, ana berkata bahawa ana adalah manusia biasa yang turut sama mengalami kesusahan dalam kehidupan. Pada awal hijrahnya ana ke bumi Jordan, RM500 merupakan bekalan ana untuk sebulan. Mengajar diri untuk berjimat segenap mungkin kerana mengetahui diri ini tidak mampu. Begitu jua dengan sahabat-sahabat ana yang lain, mendisiplinkan diri dengan berjimat kerana sedar keupayaan diri dan keluarga. Maka jangan merasa pelik jika ana berkata RM500 itu sudah mencukupi untuk hidup di Amman. Jumlah wang itu mencukupi apabila pandai menggunakannya kepada perkara yan perlu, oleh kerana itu tidak ada bezanya kehidupan Amman mahupun Mu'tah, Mafraq dan Irbid andai kamu pandai mengatur keperluan.

Akhir kalam, ana hanyalah manusia biasa. Allahua'alam... Barakallahu fiikum ajma'iin...

1 comments:

just,irbid said...

masyalla,,survive kat amman dgn 100 jd..hebatnya masyalla..
aser cam kne shock.betapa diri ini amat alpa.syukur sgt2 ya allah dgn rezeki yg diberi..
syukran 4 the message..

wanabdbaith. Powered by Blogger.

Visitor

free counters