Assalamualaikum wbt,
Selalu kedengaran berkenaan generasi Y, X dan Z. Siapakah mereka? Yang boleh difahami, merekalah kita, anak-anak kita dan cucu cicit kita pada alaf ke 20 ni.
Generasi yang mudah putus asa, pemalas, tidak kuat semangat, dan lain-lain.
Si suami contohnya, bersikap sambil lewa terhadap tanggungjawabnya dalam rumahtangga, tidak berusaha bersungguh-sungguh mencari kerja, tidak kuat, dayus, tidak memahamkan keluarga dengan kefahaman Islam.
Si isteri pula, sentiasa komplain terhadap tanggungjawabnya di rumah (tidak seperti ibu kita yang mana walaupun membebel tapi kerja tidak ditinggalkan), pemalas, nusyuz, tidak mempedulikan perasaan suami dan penampilan di hadapan suami, mengumpat (makin menjadi-jadi).
-----------------
Kehidupan di Jordan
Tiada siapa yang dapat membantu kecuali diri sendiri, tiada ayah dan ibu untuk berteduh meminta makanan, tiada juga duit poket dari ibu dan ayah. Semuanya mesti diusahakan sendiri. Semua mesti dimasak sendiri, pakaian mesti dibasuh sendiri, rumah mesti dikemas sendiri. Bahkan untuk hubungi ibu dan ayah pun kredit mesti dicari sendiri.
Dalam keadaan hidup di negara orang, pekerjaan sudah tentu suatu yang susah diperolehi tapi andai dicari pasti ada, rezeki Allah itu luas dan tidak datang bergolek.
Rumahtangga juga mesti dibina dengan toleransi yang tinggi, jangan hanya tahu mengkritik keburukan atau kekurangan suami atau isteri kita. Bantu beliau, kalau kita tidak membantunya kepada siapa lagi bebanannya boleh diringankan? Suami yang pulang dari kerja jangan disuruh melakukan perkara yang memenatkan. Hidangkan beliau dengan makanan, suruhlah berehat terlebih dahulu.
Si isteri yang pulang dari belajar, berikan beliau juga ruang untuk berehat, jikalau kita boleh memasak apalah salahnya sekali sekala kita pula memasak dan hidangkan kepada si isteri apabila beliau balik. Hiasi rumah dengan ibadah, apabila salah seorang daripadamu malas, tunjukkan kerajinan kita dan usah lemparkan kata-kata tajam yang bukannya menambah kebaikan tetapi keburukan dan perbalahan. Amalan kita adalah kata-kata terbaik yang mengubah orang dalam senyap.
Pernahkah kita dengar dan lihat tentang orang lain yang melakukan kebaikan (contoh : menolong nenek melintas jalan, memberikan tempat duduk kepada orang yang lebih tua dan sebagainya)? Beliau bukan sahaja menyebabkan orang berbuat baik kepadanya, orang senang hati bahkan mendapat doa percuma tanpa diminta.
Suami jagalah pandanganmu, si isteri jagalah mulutmu...