إنما الحبّ دم تنزفة # في سبيل الله خير القرب
أو دموع ثرَّة تبعثها # سَحَراً أصدق من قلب الصبي
أو سجود خاشع ترسمه # فوق خدّ الطين فاسجد واقرب
القرار الأخير - عائض القرني
a moment to think
(h) Halangan-halangan di jalan kita.
Suka saya berterus terang kepada anda semua.. sesungguhnya dakwah anda ini masih belum dikenali oleh ramai. Pada hari mereka mengenali dan mengetahui matlamat dan objektifnya, ia akan menerima tentangan yang hebat. Anda akan dapati di hadapan kamu berbagai kesusahan dan halangan yang akan menghalang anda. Pada masa itu barulah sebenarnya anda mula mengikut jejak ahli-ahli dakwah. Sekarang mereka masih belum mengetahui lagi. Anda masih di peringkat awal dakwah dan anda perlu bersedia dengan keperluan perjuangan dan jihad. Kejahilan rakyat tentang hakikat Islam akan menjadi penghalang jalan dakwah anda. Anda akan dapati sesetengah ahli-ahli agama dan ulama-ulama rasmi merasa pelik dengan fikrah anda. Mereka akan menentang jihad anda.
Para pemimpin, ketua, orang-orang kenamaan dan
Dengan kekuatan dan kekuasaan yang ada pada mereka, mereka cuba menampakkan anda kepada orangramai dengan gambaran yang paling hodoh. Mereka akan menindas dengan harta dan kuasa mereka. Firman Allah yang bermaksud;
"Mereka itu mahu memadamkan agama Allah dengan mulut mereka dan Allah penyempurna agamaNya sekalipun di benci oleh orang-orang kafir" (as Saff:8).
Ketika itu anda akan memasuki era cubaan dan ujian (mehnah). Anda akan dipenjara, ditangkap, dipencilkan dan di rampas segala harta benda kamu. Segala kerja anda akan disekat dan rumah anda akan digelidah. Mungkin masa ujian ini akan menjadi begitu panjang. Firman Allah yang bermaksud;
"Apakah manusia itu mengira mereka akan ditinggalkan begitu saja untuk berkata kami telah beriman sedangkan mereka tidak diuji" (al Ankabut:2).
Tetapi Allah telah berjanji kepada anda selepas kesemuanya ini iaitu kemenangan orang-orang mujahidin dan pahala orang yang berusaha baik. Firman Allah yang bermaksud;
"Hai orangorang yang beriman, sukakah kamu ditunjukkan satu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih" (as Saff:10).
Maka apakah anda akan tetap menjadi penyokong-penyokong Allah?
(I) Faktor-Faktor Kejayaan.
Suatu kemestian yang perlu disebut di sini wahai saudaraku, Di dalam segala rintangan ini, kita perlu ingat bahawa kita berdakwah kepada Allah. Ianya adalah dakwah yang paling tinggi. Kita mengajak dengan fikrah Islam, suatu fikrah yang paling kuat. Kita kemukakan kepada manusia Syariat al Quran iaitu syariat yang paling adil. Firman Allah yang bermaksud;
"Celupan Allah dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah" (al
Baqarah:138)
Seluruh alam memerlukan dakwah ini. Setiap yang ada di dalamnya bersedia
memberikan jalannya. Kita sesungguhnya bersyukur kepada Allah kerana kita terlepas dari ketamakan untuk diri sendiri dan jauh dari kepentingan diri. Kiita tidak bermaksud selain dari Allah dan kebajikan manusia. Kita tidak bekerja melainkan kerana mencari keredhaanNya. Kita sesungguhnya sentiasa menunggu sokongan dan pertolongan dari Allah. Sesiapa yang ditolongkan oleh Allah maka dia tidak akan kalah. Firman Allah yang bermaksud;
"Yang demikian itu kerana sesungguhnya Allah adalah pelindung orang-orang beriman dan kerana sesungguhnya orang-orang kafir itu tiada mempunyai pelindung" (Muhammad:11).
Kekuatan dakwah kita, keperluan dunia kepadanya, kemurnian tujuan kita dan sokongan Allah kepada kita adalah faktor-faktor kejayaan kita yang tidak dapat digugat oleh sebarang galangan dan tidak dapat dihalang oleh sebarang halangan. Firman Allah yang bermaksud;
"Dan Allah berkuasa terhadap urusannya tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui" (Yusuf:21).
Saya selalu mendengar cerita bagaimana di beberapa selekoh di lorong-lorong motosikal, akan ada paku-paku tajam ditaburkan. Ia bertujuan membocorkan tayar. Tidak berapa jauh dari tempat paku itu, ada pula iklan "tukar tiub". Saya juga diberitahu oleh kawan baik saya bahawa di jalan menuruni terowong lebuh raya Karak sering ditaburkan minyak. Pernah sekali keretanya tergelincir. Tidak jauh dari terowong ini, ada lori tarik kereta menunggu.
Cerita ini contoh taktik untuk menjalankan perniagaan - cara mencari pelanggan. Dalam dunia perniagaan, rukun imannya ialah keuntungan. Semua peniaga ingin mendapat untung.
Lebih banyak untung, lebih cepat jadi kaya.
Hari ini kita semua tahu bagaimana seramai 44 orang telah ditewaskan oleh virus selesema A (H1N1). Wabak ini sedang menular bukan sahaja di negara kita, malah di seluruh dunia.
Apa sebenarnya semua fenomena ini?
Pada 1963, satu persidangaan diadakan di Iron Mountains, tidak jauh dari Hudson New York. Ketika ini Amerika Syarikat sedang bertarung di Vietnam, Laos dan Kemboja. Persidangan para pemikir ini untuk membuat dasar bagi pihak kuasa imperial Amerika Syarikat. Pemikir-pemikir ini ingin mencari jalan bagaimana sistem ekonomi kapitalis dunia ini dapat diteruskan tanpa berlaku peperangan. Laporan dari Iron Mountains telah mengajukan: - Pertambahan penduduk di bumi akan membawa laba kepada kaum korporat, - Perang wajib berlaku untuk tujuan ekonomi, politik dan perkembangan sosial, - Melahirkan musuh sebagai strategi politik.
Dari sinilah lahir keinginan untuk mengawal genetik dan pembunuhan besar-besaran dalam usaha untuk mengawal manusia bagi memastikan keuntungan terus dapat dikaut oleh kaum kapitalis.
Di sini juga bermulanya apa yang akan kita kenali sebagai keganasan biologi – bioterrorism. Teknologi hayat akan digunakan sebagai senjata untuk mengawal umat manusia.
Pada 1970 telah keluar satu memo, National Security Memo No: 200. Memo ini ditulis oleh Henry Kessinger yang menimbulkan bagaimana wajib dikawal ledakan penduduk yang semakin bertambah dalam dunia hari ini.
Memo No: 200 ini mencadangkan agar dijalankan usaha untuk mengurangkan penduduk dunia. Petikan sebahagian kandungan memo tulisan Kessinger: "There is a major risk severe damage to world economy, political and ecological syatem begin to fail to our humanitarian values. The urban slums dwellers (though apprently not recent migrants) may serve as a volatile, violent force which threatened political stability. International relation - population factors are crucial in and after determinants of violent conflicts in developing areas. There is no single approach which will solve the population problem.
The complex social and economic factors involved call for comprehensive strategy… At the same time action and program must be tailored to specific countries and group."
Dalam bahasa mudah, Kessinger melihat manusia miskin – penduduk miskin kota - sebagai sampah dan perlu dikawal dan dibersihkan. Ia samalah dengar dasar 'setinggan sifar' yang selalu diuar-uarkan dalam negara kita ini.
Justeru, hari ini ada berpuluh-puluh lembaga, badan dan makmal sedang membuat kajian biologi. Ada yang bergantung rapat dengan universiti. Ada yang berkait rapat dengan kaji selidik tentera. Ada yang diwujudkan oleh syarikat pembuat ubat.
Malah semua makmal penyelidikan ini kait-mengait antara satu sama lain. Lembaga-lembaga ini semuanya mendapat dana daripada syarikat pembuat ubatan-ubatan dan mendapat kontrak daripada Jabataban Pertahanan Amerika Syarikat. Semua lembaga dan makmal ini adalah lembaga kapitalis. Tujuan penyelidikan ilmiah mereka untuk membuat keuntungan maksimum. Ilmu pengetahuan mereka bukan digunakan untuk kesejahteraan umat manusia tetapi untuk mencari jalan agar perniagaan mendapat untung besar. Syarikat ubat-ubatan bernabikan keuntungan. Lagi ramai yang sakit, lagi baik untuk ubat dijual. Kesihatan ialah perniagaan – inilah dasar kaum kapitalis. Justeru, jangan terperanjat jika saya nyatakan bahawa virus AIDS, HIV, Ebola semuanya lahir dari bilik makmal.
Seperti memerangkap Mat Rempit agar tayar motosikalnya bocor, begitu jugalah kajian biologi di bilik-bilik makmal yang sedang dilakukan oleh kaum kapitalis ini.
Kaum kapitalis multinasional ini ingin memerangkap – bukan dengan menjual tiub. Mereka melepaskan virus-virus ini dengan dua tujuan:
1 – mengurangkan penduduk dunia, dan
2 – menjual ubatan.
Tidak masuk akal? Ia hanya teori konspirasi? Ia pandangan gila Hishamuddin Rais? Sabar dahulu.
Cuba fikirkan pula bagaimana depleted uranium (DU) sedang digunakan dalam perang di Iraq dan Afghanistan. Peluru-peluru baru yang dibuat oleh syarikat persenjataan menggunakan DU dalam peluru yang dapat meledakkan apa sahaja – dari kereta perisai hingga ke tembok-tembok tebal.
DU ini, daripada apa yang diheboh-hebohkan, adalah uranium yang telah mandul kuasanya. Justeru tidak berbahaya kepada manusia. Kenyataan ini bohong! Kajian demi kajian telah dijalankan yang menunjukkan DU ini masih membawa padah dan malapetaka yang maha hebat kepada umat manusia. DU akan melahirkan barah. Anak-anak yang baru lahir di Iraq dan Afghanistan – apabila ibu atau ayahnya telah terhidu DU – akan lahir bukan seperti bayi. Ada yang berkepala besar. Ada yang bermata satu. Ada yang bengkang-bengkok. Bayi-bayi ini gergasi cacat yang dimunculkan oleh teknologi kaum imperial Anglo-Amerika.
Tujuan penggunaan DU ini cukup jelas. Penduduk akan berkurangan. Yang hidup akan terus-menerus memerlukan ubatan – ertinya mereka akan terus membeli ubat.
Ini pandangan karut daripada Hishamuddin Rais? Kerana DU juga terkena kepada tentera mereka juga. Betul.
Memang betul ada beribu-ribu tentera British dan soldadu Amerika yang telah mengambil bahagian dalam perang Desert Storm dan sedang menghadapi apa yang dipanggil Gulf Syndrom.
Ia adalah penyakit baru - pengidapnya akan mati perlahan-lahan. Pada akhir 1980-an, para veteran Desert Storm di United Kingdom menuntut agar Golf Syndrom ditakrif sebagai penyakit.
Permintaan ini telah ditolak oleh kerajaan. Kerajaan menafikan wujudnya penyakit ini. Para veteran – satu demi satu mati. Anak-anak mereka yang baru lahir ramai yang cacat sama seperti yang terjadi di Iraq dan Afghanistan. Jangan hairan, kaum kapitalis memang tidak berhati perut. Apa yang penting, keuntungan besar. Dan ini juga selari dengan dasar yang telah dibincangkan di Iron Mountains. Ia juga dasar yang sedang dijalankan mengikut Memo No: 200 yang disarankan oleh Kessinger. Umat manusia perlu dikurangkan dalam dunia ini agar mereka yang kaya terjamin kesempurnaan hidup mereka - samalah seperti mengawal penduduk Kampung Kerinchi daripada berpindah ke Country Height atau menggodam setinggan di Kampung Berembang atau Buah Pala agar mereka tidak berani membuat rumah di Bukit Tunku.
Juga, hampir kesemua soldadu yang berperang itu adalah anak-anak kelas bawahan. Mereka ini, seperti kata Kessinger, sampah yang akan membawa masalah.
Soldadu Amerika hampir 80 peratus berkulit hitam dan Latino. Menghantar mereka ke medan perang cara terbaik untuk mengurangkan jumlah mereka.
Anak-anak orang kaya tidak akan masuk menjadi tentera. Malah George W Bush sendiri telah mengelak daripada pergi menyertai Perang Vietnam.
Apabila saya membaca, mengkaji dan meneliti dokumen yang "dibebaskan" atau yang telah dibocorkan, maka ternyata virus terbaru A (H1N1) ini juga telah menetas dari bilik makmal.
Dasar pengurangan umat manusia di bumi ini sedang berjalan dengan baik. H1N1 ini adalah sebahagian dari strategi itu.
Jika kurang yakin tentang apa yang saya cuba nyatakan di sini – atau menganggap ia hanya teori konspirasi – sila cari dan baca. Ada berjuta-juta bahan kajian ilmiah dan tulisan-tulisan para penyelidik yang menimbulkan isu ini. Semua ini amat senang untuk ditemui dalam internet. Pada ketika ini, tela diheboh-hebohkan tentang satu vaksin yang akan muncul untuk melawan H1N1. Ia juga pengiklanan besar dari kaum kapitalis. Untuk sementara waktu kita diberitahu bahawa vaksin ini masih dalam kajian. Bayangkan, mula-mulanya kita ditakut-takutkan. Kemudian kita diberitahu jangan takut, ada jalan selamat. Tetapi jalan selamat ini wajib dibayar. Cukup senang untuk memerangkap. Sama seperti menabur paku di jalan raya untuk membocorkan tayar motosikal Mat Rempit. Beginilah sifat kapitalis. Beginilah cara kaum kapitalis membuat untung.
Dalam sistem ekonomi sosialis - ubatan adalah untuk kesihatan, bukan untuk keuntungan. Dalam sistem ekonomi sosialis, hospital milik rakyat, bukan untuk diswastakan.
Dalam ekonomi sosialis, perubatan untuk semua dan bukan untuk yang kaya.
Dalam sistem masyarakat sosialis, umat manusia penjana tamadun, bukan sampah yang perlu dihapuskan. Fikrah manusia digunakan untuk kebaikan, bukan untuk keuntungan
Antara halangan yang akan dihadapi oleh para pendakwah yang mana bahaya dan pesonanya adalah antara yang terkuat, yang menjadi pangkal segala bencana dan penyelewengan ialah tipu daya syaitan, putar belit iblis dan kerenah hawa nafsu. Pendakwah akan tetap selamat meskipun halangan luaran, sosial, politik, ekonomi dan lain-lain yang dihadapinya amat besar, selama mana ia tidak berserah diri kepada nafsu dan tunduk melutut kepada kehendak syaitan. Syaitan sememangnya musuh Mukmin yang paling besar. Ia tidak jemu menipu, menimbulkan keraguan dan meransang ke arah kejahatan. Selagi mana hayat dikandung badan dan selama iman masih bertakhta di dada si Mukmin selama itulah ia akan tetap mengajak kea rah kejahatan. Syaitan pernah bersumpah:
“Demi kemuliaan-Mu (Allah) akan aku perdaya mereka (anak Adam) semuanya kecuali para hamba-Mu yang ikhlas dalam kalangan mereka. Allah menjawab. Yang hak dan yang benar Aku katakan: “Aku akan penuhkan neraka jahannam denganmu (syaitan) dan sesiapa dan mereka yang menurutmu semuanya.”
Kerana sumpah syaitan inilah maka para pendakwah hendaklah lebih berwaspada terhadap syaitan dan musuh-musuh yang lain.
Sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu maka anggaplah ia sebenar-benar musuh. Sesungguhnya sekutu-sekutunya menyeru supaya mereka (dan kamu) menjadi penduduk neraka.
(Surah Fatir: Ayat 6)
Allah berfirman lagi:
“Bukankah Aku telah memerintahkan kepadamu hai Anak Adam supaya kamu tidak menyembah syaitan? Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu. Dan hendaklah kamu menyembah-Ku. Inilah jalan yang lurus. Sesungguhnya syaitan itu telah menyesatkan sebahagian besar daripada kamu. Maka apakah kamu tidak memikirkannya?”
(Surah Yasin: Ayat 60—62)
Celakanya si syaitan ini ialah kalau ia gagal merasuk, memujuk dan menimbulkan was-was dari satu sudut maka ia datang merasuk pula dan sudut yang lain. Demikianlah kerjanya setiap masa dan tempat. Sememangnya benarlah sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:
Sesungguhnya syaitan itu meresap dalam diri anak Adam seperti mengalirnya darah dalam tubuhnya.
(Hadith Muttafaqun Alaihi)
Seorang lelaki bertanya kepada Hasan (Hasan Basri) “Wahai Abu Sa’id: Adakah syaitan itu tidur?” Sambil tersenyum beliau menjawab: “Kalau syaitan itu tidur nescaya kita semua boleh berehat.”
Antara kisah yang mesti diambil iktibar dengannya ialah kisah ini :
Pada suatu masa dahulu ada seorang pendeta Bani Israil (yang amat kuat beribadah). Syaitan hendak merosakkannya lalu syaitan merasuk seorang anak gadis (di kampung itu). Syaitan mengilhamkan kepada keluarganya bahawa anak gadis ia hanya boleh disembuhkan oleh pendeta tersebut sahaja. Keluarga anak gadis tersebut pun membawanya ke rumah pendeta. Pada mulanya pendeta enggan membenarkan anak gadis itu tinggal di rumahnya untuk berubat. Tetapi setelah didesak oleh keluarga anak gadis tersebut, Ia pun bersetuju. Dalam tempoh berubat syaitan berjaya memujuknya supaya mendekati anak gadis yang sakit itu. Akhirnya dengan godaan syaitan ia sampai bersetubuh dengan gadis itu hingga hamil. Sejak itu syaitan pun menimbulkan rasa takut dalam diri pendeta itu. Ia berbisik: “Nanti bila datang keluarganya tentu rahsiamu akan diketahui. Baik engkau bunuh sahaja perempuan itu, dan kalau keluarganya datang katakan dia sudah mati. “ Dia pun lantas menurut hasutan syaitan. Dia segera membunuh anak gadis tersebut dan menanam mayatnya. Setelah itu syaitan pergi menimbulkan syak dan ragu kepada keluarga gadis. Ia membayangkan kepada mereka bahawa pendeta itu telah merogol, menghamilkan dan membunuh anak tersebut, kemudian menanam mayatnya. Apabila keluarganya datang mereka tidak percaya dengan cakap dan dalih pendeta. Mereka akhirnya berjaya membuktikan kesalahan jenayah yang telah dilakukan oleh pendita itu. Dalam pada itu syaitan menjelma dan menemui pendeta. Syaitan berkata: “Akulah yang telah merasuk anak gadis itu. Akulah yang membisikkan kepada keluarganya. Kalau engkau mahu selamat engkau ikutlah perintahku. Aku akan lepaskan engkau dari tindakan mereka “. Bagaimana? Kata pendeta itu. Jawab syaitan: “Engkau sujud kepadaku dua kali. “Pendeta itu pun sujud kepada syaitan. Apabila Ia sujud syaitan pun berkata: “Aku berlepas diri dari kejahatan (kufur) yang telah engkau lakukan. (Aku tidak ada kena mengena dengan perbuatan syirikmu)“
Melalui Jalan Manakah Syaitan Menyelinap?
1. Marah
Seorang wali Allah bertanya kepada Iblis:
“Cuba engkau terangkan bagaimana engkau memperdaya anak Adam?” Iblis menjawab: “Aku perdaya dia ketika dia marah dan ketika dia bernafsu.” Sebab itulah Rasulullah berpesan supaya jangan dilayan nafsu marah. Rasulullah menegaskan La Taghdhab [Jangan (dikuasai perasaan) marah].”
2. Nafsu syahwat
Allah berfirman:
“(Antara ciri orang yang beriman itu ialah yang menjaga kehormatan mereka.”
(Surah Al-Mu’minun: Ayat 5)
3. Tergesa-gesa
“(Sifat) tergesa-gesa itu datangnya dari syaitan (manakala) cermat dan berhati-hati dari Allah Subhanahu Wata’ala.”
4. Hasad dengki
Peluang dan senjata syaitan yang paling ampuh juga ialah perasaan hasad dengki. Sifat ini memudarkan kewarasan dan kebijaksanaan. Seseorang boleh berubah menjadi terkongkong oleh sifat hasad dengkinya. Ini nanti mendorongnya untuk melakukan apa sahaja, walaupun secara menyeleweng; untuk menjebak manusia yang ia dengki kepadanya.
5. Kikir
“Syaitan menjanjikan (menakutkan) kamu dengan kemiskinan, sentiasa menyuruh kamu melakukan kejahatan. (Akan tetapi) Allah menjanjikan untuk kamu keampunan dan kurnia daripadanya, dan Allah Maha Luas (kurnianya) dan Maha Mengetahui.”
(Surah Al Baqarah: Ayat 268)
6. Takabbur
Pintu masuk syaitan yang tidak kurang bahayanya ialah sifat takabbur dan ghurur. Sifat yang merupakan penyakit inilah yang telah menggugurkan darjat iblis. Dari langit ia tercampak ke bumi. “Ia berkata: Aku lebih baik daripadanya (Adam). Engkau jadikan aku dari api dan dia (Adam) engkau cipta dari tanah.” Terhadap bahayanya sifat inilah agaknya Rasulullah sering berlindung diri dengan Allah dari keburukan sifat takabbur.
7. Buruk sangka terhadap Muslimin yang lain
“Wahai orang-orang yang beriman hindarilah dari (sifat) banyak berprasangka. Kerana sebahagian dari sangka-sangka itu adalah dosa.”
(Surah Al-Hujurat: Ayat 12)
p/s: Ambillah Bulan Ramadhan sebagai bulan memperbaiki diri dengan tarbiyah. Barakallahu fiikum.