Saturday, April 7, 2012

Rehat Dengan KARISMA



5 April - 7 April 2012


Karnival Sukan Mahasiswa Malaysia se-Jordan (KARISMA)


Alhamdulillah atas keceriaan yang dianugerahkan. Bersukan bukan untuk mencari musuh, bukan mencipta sengketa, bukan memarakkan dendam.

Senyum. Kata Ketua Kontijen Amman, saudara Amir Hamzah. Biar kita kalah dalam perlawanan tapi kita menang dalam senyuman.

لا تحقرن من المعروف شيئاً ولو أن تلقى أخاك بوجه طلق

Amman!!! Terbaik2

Thursday, April 5, 2012

Kritikan Dalam Bepersatuan

Bismillahirrahmanirrahim



قال تعالى ( الذين إن مكناهم في الأرض أقاموا الصلاة و آتوا الزكاة و أمروا بالمعروف و نهوا عن المنكر و لله عاقبة الأمور ) سورة الحج

Manusia yang hanya tahu mengkritik tanpa memberikan penyelesaian adalah mereka yang tidak membantu dalam membina masyarakat.

Apabila kita mengkritik biarlah disertakan dengan penyelesaian yang lebih baik daripada apa yang sedia ada barulah ia dikira sebagai kritikan yang membina.

Kritikan tanpa penyelesaian bukan sahaja mampu meruntuhkan semangat orang lain bahkan mampu meruntuhkan sesebuah organisasi.

Hendaklah kritikan itu bukan atas dasar khabar angin yang kita dengari, bukan juga atas pendapat peribadi sebelah pihak.

Perlu sedar bahawa sesebuah persatuan yang mengamalkan cara Islam sudah pastinya tidak akan bertindak secara bodoh, apatahlagi bertindak tanpa memikir maslahah terhadap sesuatu perkara. Jadi berhati-hatilah dalam mengkritik kerana boleh jadi kita yang terlalu jahil atas apa yang kita kritikkan.

Ada beza antara pandangan peribadi dan pandangan persatuan, pandangan peribadi adalah jika kau fikirkan atas kemaslahatan dirimu sedangkan persatuan memikirkan untuk kemaslahatan semua. Kepentingan orang ramai adalah lebih utama dan didahulukan daripada kepentingan persendirian المصلحة العامة مقدمةُ على المصلحة الخاصة

Berwaspada juga dengan pandangan persendirian ini yang kadang bertindak untuk menjatuhkan persatuan, berfikir untuk kepentingan dirinya sahaja. Sikap ini harus dihindari terutama oleh mereka yang bergelar pemimpin. Letakkan sifat amanahmu mengatasi segala kepentingan diri, jawatanmu dalam persatuan bukanlah suatu keagungan bahkan suatu tanggungjawab yang mesti dilaksanakan.


قال الله تعالى: )ان الله يأمركم ان تؤدوا الامانات الى أهلها، واذا حكمتم بين
الناس ان تحكموا بالعدل، ان الله نعما يعظكم به، ان الله كان سميعاً بصيراً(.
«النساء: 85

24 Jam Muslim

Istighfar

Sedekah

Baca Al-Quran

Ibadah lain



Kita tak lari daripada maksiat namun kita berusaha untuk menghindarinya. Apabila seorang muslim melakukan maksiat maka yang utama dia perlu lakukan ialah istighfar, solat taubat dan tutup dengan ibadah lain. Semoga Allah mengampuni dosa kita dan meneguhkan diri kita untuk tidak mengulanginya.



قال الله تعالى : إِنَّمَا التَّوْبَةُ عَلَى اللّهِ لِلَّذِينَ يَعْمَلُونَ السُّوَءَ بِجَهَالَةٍ ثُمَّ يَتُوبُونَ مِن قَرِيبٍ فَأُوْلَـئِكَ يَتُوبُ اللّهُ عَلَيْهِمْ وَكَانَ اللّهُ عَلِيماً حَكِيماً{17} وَلَيْسَتِ التَّوْبَةُ لِلَّذِينَ يَعْمَلُونَ السَّيِّئَاتِ حَتَّى إِذَا حَضَرَ أَحَدَهُمُ الْمَوْتُ قَالَ إِنِّي تُبْتُ الآنَ وَلاَ الَّذِينَ يَمُوتُونَ وَهُمْ كُفَّارٌ أُوْلَـئِكَ أَعْتَدْنَا لَهُمْ عَذَاباً أَلِيماً{18} سورة النساء

 

Tuesday, April 3, 2012

Mendidik Anak Perempuan




Dalam mendidik anak perempuan, didiklah dan tanamkanlah sifat amanah.

قوله تعالى : ( ياأيها النبي إذا جاءك المؤمنات يبايعنك على أن لا يشركن بالله شيئا ولا يسرقن ولا يزنين ولا يقتلن أولادهن ولا يأتين ببهتان يفترينه بين أيديهن وأرجلهن ولا يعصينك في معروف فبايعهن واستغفر لهن الله إن الله غفور رحيم ) .

Di dalam Al-Quran Allah SWT mendahulukan kalimah jangan mencuri buat para wanita daripada jangan berzina.





 



 - Aqidah An-Nubuwwat wa As-Sam'iyyat, Dr. Rajih Kurdi

Pertukaran Sesi



25 hari lagi...

Suka duka yang dilalui akan tinggal kenangan.

Insya Allah mereka lebih baik, generasi baru, pemikiran baru, lebih ke depan dalam mentarbiyah makhluk bergelar manusia.

Sesi ini... mohon dimaafkan segala kekurangan padanya, kesilapan dari diri ini dan bukan pada persatuan.

عسى أن يكونوا خيرا منهم

Monday, April 2, 2012

Kehidupan



Bangun sesudah jatuh perlukan juhud yang lebih tinggi berbanding juhud bertatih untuk berjalan.

Menyangka kesenangan dengan menjaga hati manusia tidak akan pernah berkesudahan bahkan punca kesusahan. Teruskan melangkah walau dengan luka yang menyakitkan dan memenatkan.

إنما الأعمال بالنيات


Tuesday, February 14, 2012

Misi Adh-Dhamri dan Al-Ansari (1)


Sambungan Hafizahullah 2


Rasul menugaskan Adh-Dhamri dan Al-Ansari untuk membunuh Abu Sufyan :

Perbuatan dan rancangan Abu Sufyan menentang Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menjadikan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam hak untuk membalas seumpamanya. Sesungguhnya baginda dalam keadaan perang dengan Abu Sufyan, darah Abu Sufyan dan orang kafir selainnya telah halal.

Oleh yang demikian, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah berfikir (untuk membunuh) Abu Sufyan, Pembesar Mekah! Dan Baginda benar dalam apa yang difikirkan dan apa yang diazamkannya itu.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam memberi tanggungjawab tersebut kepada ‘Amr bin Umayyah Adh-Dhamri, redha Allah ke atasnya kerana bersetuju melaksanakan tugas yang berbahaya dan penuh ketelitian ini.

‘Amr bin Umayyah Ad-Dhamri merupakan salah seorang daripada pahlawan yang besar, terkenal dengan keberanian, kekuatan dan kecerdikan, jauh pandangan, perancangan yang baik serta gerakan yang tangkas, Dia pernah memerangi kaum Muslimin bersama kaum Musyrikin di dalam Perang Badar dan Uhud, dia kemudiannya memeluk Islam selepas peperangan Uhud dan berdiri bersama Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam (dalam peperangan yang lain). Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mengetahui akan bakat dan kelayakan tersebut, maka dia ditugaskan dengan tugasan yang teliti dan susah ini.

Pada bulan Syawal tahun ke 6 hijrah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam memanggil ‘Amr bin Umayyah Adh-Dhamri dan Salamah bin Aslam bin Huraisy Al-Ansari, redha Allah ke atas mereka berdua, lalu berkata kepada mereka : ‘Keluarlah sehingga kamu mendatangi Abu Sufyan bin Harb, jika kamu mendapati bahawa dia dalam kelalaian maka bunuhlah dia!!

Yakni : Pergilah ke Mekah, kerahkan tenagamu untuk membunuh Abu Sufyan, jika kamu tidak mampu untuk melakukannya maka tidak mengapa.

Ditunjukkan bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tidak menyerahkan tugasan tersebut dengan kata putus, sebaliknya memberikan tanggungjawab itu dengan syarat ia mengikut kemampuan mereka : Jika kamu mendapati bahawa dia dalam kelalaian maka bunuhlah dia!!

Bersiaplah ‘Amr bin Umayyah dan sahabatnya untuk tugasan yang berbahaya dan rumit ini, dan ‘Amr memiliki senjata yang kuat dan ringan, iaitu khanjar yang kecil, akan tetapi ia tersangat tajam, boleh disembunyikan di antara bajunya tanpa dilihat dan dirasai oleh sesiapa!!

Ini mengingatkan kita kembali akan khanjar ‘Arab Badawi yang kecil, yang datang untuk membunuh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, namun Allah membuka topengnya dan mendedahkan urusannya!

‘Amr dan Salamah bin Aslam menunggang kedua unta mereka, menghala ke Mekah, untuk melaksanakan operasi jihad itu!


Adh-Dhamri dan Al-Ansari di Mekah :

Sampailah mereka ke mantiqah di perbukitan Mekah yang dinamakan ‘Batn Yakjaj’, dalam linkungan 80 mil daripada Mekah! Mereka mengikat unta mereka di sana, di mantiqah khas kawasan jalan gunung, supaya jauh daripada penduduk Mekah, dan kembali kepadanya selepas selesai operasi jihad! Jika mereka pergi menaiki unta ke Mekah dan menurunkan unta di sana nescaya terbongkarlah urusan mereka berdua!!

Sebelum berangkat (dari Batn Yakjaj), ‘Amr member pesanan kepada saudaranya Salamah : Kita akan bertolak ke rumah Abu Sufyan dan aku akan meninjau serta menyerang Abu Sufyan untuk membunuhnya, kamu pula memerhati serta menolong… Jika berlaku sesuatu di luar jangkaan, maka selamatkan dirimu dan datang ke sini, tunggang untamu serta pergi khabarkan (hal ini) kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam.

Jangan kamu menungguku! Jangan takut ke atasku, sesungguhnya aku lelaki yang mengetahui akan setiap tempat di mantiqah ini, aku akan selamat dengan izin Allah daripada para musuh, begitu juga aku cekap memandu, cepat berlari.

Kedua mereka pun menuju ke rumah Abu Sufyan di Mekah! Dipersiapkan ‘Amr bin Umayyah khanjarnya yang kecil tersembunyi, meletakkannya di bawah pakaiannya..

Apabila terbenamnya matahari dan datangnya kegelapan (malam) kedua-dua mujahid tersebut sudah berada di hadapan Kaabah, dalam perjalanan ke rumah Abu Sufyan!

Salamah bin Aslam Al-Ansari, redha Allah ke atasnya terpegun akan Kaabah sehingga dia lupa akan dirinya, rasa cintanya melonjak naik untuk sampai kepadanya, untuk tawaf di sisinya..

Sesungguhnya dia sudah sekian lama tidak dapat melihat Kaabah, cintanya kepada Kaabah dengan cinta yang agung, ia rumah pertama yang dibina di atas muka bumi untuk menyembah Allah, binaan Nabi Ibrahim ‘alaihissalam, turun temurun bangsa ‘arab menyucikannya serta mengagungkannya, menunaikan tawaf dan haji padanya berkurun-kurun!!.. Dia tidak mampu untuk sampai kepadanya pada tahun-tahun lepas dek kerana kaum Quraisy menghalang sahabat-sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam akan hal itu!

Sekarang, ini dia berada di hadapan Kaabah, matanya terasa kenikmatan melihat kepada Kaabah dengan jarak hanya ratusan meter daripadanya! Adakah dia berjalan di tepinya dan tidak mendatanginya untuk tawaf serta solat di sisinya?

Dia dilupakan oleh perasaan terujanya akan operasi jihad yang merupakan tujuan kedatangannya, dia dituntut untuk lebih berjaga-jaga, berwaspada, berahsia dan bersembunyi : Mereka datang untuk membunuh pembesar Mekah!!..


Al-Ansari menggesa Adh-Dhamri untuk memulakan tawaf :

Oleh itu, Salamah menawarkan kepada Adh-Dhamri tawaran kasih sayang! Dia berkata kepadanya : Apa pandanganmu wahai ‘Amr, kita mendatangi Kaabah terlebih dahulu, bertawaf di sekelilingnya 7 pusingan dan kemudian menunaikan solat 2 rakaat di sisinya?

Terkejut ‘Amr dengan tawaran perasaan Salamah itu, kerana jika dia menyetujui dan menerimanya maka ia akan menggagalkan tujuan kedatangan mereka! Oleh yang demikian dia berkata : Engkau tidak dikenali oleh penduduk Mekah! Adapun aku sudah diketahui oleh mereka dalam kalangan pemburu bertompok hitam putih, jika penduduk Mekah melihatku nescaya mereka akan mengenaliku… Juga aku mengenali adat penduduk Mekah, mereka menanti kedatangan malam untuk berborak-borak di malam hari, mereka merenjis pada halaman rumah mereka dengan air, mereka merenjisnya kemudian duduk di hadapan rumah mereka berborak-borak..

Andai kita melintasi rumah mereka dan menuju ke Kaabah untuk tawaf, para Quraisy yang sedang duduk di hadapan rumah mereka akan melihat kita, apabila mereka melihatku mereka mengenaliku!! Dengan itu akan menggagalkan tujuan kedatangan kita!! Dan aku berpandangan tidak perlu untuk bertawaf di Kaabah dan sebaliknya terus menuju ke rumah Abu Sufyan untuk membunuhnya, melaksanakan tanggungjawab yang telah Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam berikan kepada kita!

Kata-kata ‘Amr bin Umayyah sememangnya diterima oleh akal, bukan (diselebungi) perasaan yang membara!! Akan tetapi saudaranya Salamah tidak mendengarnya, dia bertekad untuk pergi ke Kaabah terlebih dahulu!

‘Amr bin Umayyah redha Allah ke atasnya tidak mahu untuk bertengkar dengan saudaranya menyalahinya, kerana dia mengetahui bahawa ianya ditegah oleh Islam, oleh yang demikian dia terpaksa menyetujuinya walau ilmunya mengatakan kata-kata dan perbuatannya salah!!.

Bergeraklah kedua orang mujahid itu menuju ke Kaabah untuk tawaf terlebih dahulu, kemudian baru melaksanakan pembunuhan Abu Sufyan selepas itu!

Mereka sampai ke Kaabah dengan selamat, bertawaf di sisinya 7 pusingan lalu solat di sampingnya 2 rakaat, mengingati Allah dan memuji-Nya… Tercapailah keinginan Al-Ansari dan dia menikmati apa yang diinginkannya, yang telah menggerakkan perasaannya..

Selepas itu mereka bertolak dari Baitul Haram, menghala ke rumah Abu Sufyan bagi melaksanakan operasi jihad!


Bersambung...
wanabdbaith. Powered by Blogger.

Visitor

free counters