Tuesday, August 22, 2023

LELAKI TAK BOLEH MERAJUK

Firman Allah Taala :

الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاءِ

Maksudnya: “kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita.”

(Surah al-Nisa : 34) 

Alhamdulillah wa syukru lillah

Setelah sekian lama tidak menulis, kali ini direzeki mencoret sedikit kisah suka dan duka agar memberi manfaat kepada yang membaca.

Lelaki tak boleh merajuk.

Itu tajuk yang dipilih pada kali ini.

Seorang lelaki adalah pemimpin keluarga, masyarakat dan negara. Beliau akan mengemudi bahtera pelayaran ini dengan kekuatan dan sifat amin.

Seorang lelaki yang lembik, mudah merajuk, bersifat keperempuanan tidak layak untuk memimpin meskipun sebahagian sikapnya disukai oleh sebahagian manusia.

Seorang lelaki yang mudah merajuk menunjukkan bahawa dia tidak dapat berfikir secara rasional dan sedang dipengaruhi oleh emosi. Seseorang yang dipengaruhi oleh emosi akan mudah menjatuhkan sesuatu hukuman atau mengambil tindakan yang tidak sepatutnya lalu membawa bahtera ini kepada kebinasaan.

Seorang lelaki kena bersikap kuat meskipun dalam kecamuk perasaan. Usah mudah koyak. Usah mudah tersinggung bahkan kekal mendahulukan sifat rasional diikuti empati supaya dapat mengawal keadaan dengan baik.

Jika isteri sedang merajuk dengan apa-apa sikap kita selaku seorang lelaki, jangan kita pula yang merajuk. Hadapi dengan tenang, fikir penyelesaian, cari ruang dan masa untuk mendengar dan bantu selagi boleh. Tak perlu tindakan membela diri kerana sifat perempuan bukan untuk mendengar komentar tapi ingin mencari pendengar yang mengiyakan mereka.

Hadis Nabi saw:

استوصوا بالنساء خيرا فإنهن خلقن من ضلع وإن أعوج شيء في الضلع أعلاه فاستوصوا بالنساء خيرا

Peliharalah perempuan itu sebaik-baiknya, kerana sesungguhnya perempuan dijadikan dari tulang rusuk, dan sesungguhnya yang paling bengkok pada tulang rusuk itu ialah sebelah atasnya. Maka jika engkau cuba meluruskannya, nescaya engkau patahkan dia. Dan jika engkau tinggalkan saja, dia akan tetap bengkok. Sebab itu peliharalah perempuan itu baik-baik (Muttafaq `alaihi).
 
Teruskan menasihati dengan kebaikan, usah berharap mereka terus berubah kerana jika dihadapi dengan kekasaran maka ia akan patah, sesuatu yang patah kebiasaannya sukar untuk dikembalikan ke bentuk asal.

Setakat itu sahaja malam ini, sekadar meluahkan apa yang terbuku di hati.

Moga Allah ampuni dosa kita semua dan mengganjari kita atas segala ujian yang kita hadapi dengan kebaikan yang banyak.

Barakallahu fiikum

Monday, December 14, 2015

3 years 3 months 21 days


Bismillah...

Alhamdulillah...

Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam, keluarga baginda, sahabat-sahabatnya dan seluruh orang beriman yang mengikut jejak para solihin dan muttaqin.

Hari ni sudah 3 tahun 3 bulan dan 22 hari perkahwinan saya dengan isteri tercinta termeterai. Dikurniakan seorang anak pada 2 Januari 2014 yang mana akan menjengah umur 2 tahun pada 2 Januari 2016 akan datang.

5 Tahun Fasa Pertama Perkahwinan


Ada orang menyebut bahasa fasa pertama bagi setiap perkahwinan adalah 5 tahun, masa ini dikira sebagai sesi perkenalan dengan pasangan kita. Kalau sebelum bercinta kita akan melihat semua yang 'indah-indah' belaka, maka pada fasa ini kita akan mula nampak keburukan pasangan kita. Begitulah syaitan mempermainkan kita, sebelum kahwin kita akan diperdayakan untuk mencintai pasangan yang bukan mahram kita dan mengajak kita bermaksiat dengannya, namun selepas berkahwin kita akan diperdaya untuk membenci pasangan kita dengan segala perkara negatif.

Sabar, Tolak Ansur, Bermaafan & Dekati Allah
Itulah cara untuk mengembalikan cinta yang telah kita pupuk hasil dari perkahwinan dengan pasangan kita selain doa dan mendekatkan diri kepada Allah.

Kita akan lihat kehidupan kita semakin porak poranda apabila kita jauh daripada Allah. Diri kita merasa tidak terurus, hati terasa sesak dan kelam manakala masalah bak tsunami yang tidak surut. Ditambah pula dengan isteri yang tiba-tiba merajuk, anak yang tiba-tiba meragam dan sebagainya. Pada saat itu, cuba koreksi diri kita, apakah hubungan kita dengan Allah semakin dekat atau semakin jauh dan kemudian barulah perbaiki hubungan sesama manusia.

Kerja


Tahun hadapan menyaksikan bahawa genaplah setahun kubekerja. Bermula sebulan di bulan Januari di Sekolah Kiblah, Jenderam Hulu kemudian berpindah ke Madrasah Uthmaniyah Smart Tahfiz (MUST), Sungai Merab Dalam sehinggalah sekarang.

Kita akan merasa penat dalam bekerja apabila kita bekerja semata untuk mendapatkan gaji, tetapi sebaliknya kita akan rasa gembira dalam bekerja jika kita bekerja kerana Allah, kerana diri, kerana ummah.

Beruntunglah pekerja yang mendapat majikan yang bukan sahaja mementingkan kualiti kerja tetapi kualiti ibadah kita dengan Allah. Kita sendirilah yang menilai diri kita, setakat manakah kita telah mempertingkatkan mutu diri samada di tempat kerja atau di dalam ibadah. Kalau ianya bertambah, maka ia baik untukmu sekalipun ketika ini pelbagai masalah mendatangi dirimu. Ketahuilah bahawa masalah itu tidak lain dan tidak bukan untuk menjadikan diri lebih kuat, Allah itu Maha Adil dalam menetapkan segala sesuatu.

Celoteh Anak Kecil


Sempena tarikh 2 Januari 2016 yang mendekati, ingin kudoakan agar anak-anakku terhindar dari fitnah dunia dan akhirat serta tergolong dalam kalangan mereka yang solehah dan muslihah.

Zaman ini zaman teknologi, zaman yang mana manusia sudah tidak mengenal batasan. Kalau dahulu pengaruh televisyen sudah cukup memberi kesan negatif yang besar terhadap perkembangan kanak-kanak, apatahlagi zaman internet dalam genggaman tangan, boleh di bawa ke sana ke mari, boleh disembunyikan tanpa pengetahuan ibu bapa yang memantau. Inilah fitnah dunia kini, tidak kira siapa, kecil mahupun besar.

Anak kecil itu tidak mengerti dan sedang belajar mengenal dunia, tetapi persekitaran ini yang tidak sihat merosakkan pemikiran manusia. Di samping tugas ibu bapa menghindarkan mereka dari perkara tersebut, letakkanlah harapan kepada Allah melalui doa. Hanya Allah sebaik-baik Penjaga, tiada yang lebih baik melainkan Dia.

Doa
اللهم إنا نعوذبك من عذاب القبر ومن عذاب النار ومن فتنة المحيا والممات ومن شر فتنة المسيح الدجال
Ya Allah, kami memohon perlindunganmu daripada azab kubur dan azab neraka serta daripada fitnah semasa hidup dan selepas mati dan daripada buruknya fitnah Al-Masih Dajjal.

Amalkan dan bacalah doa ini pada setiap tasyahud akhirmu, moga ia menjadi benteng utama kita dalam menghadapi dunia yang menggila.


Sehingga berjumpa lagi, jika bukan di dunia ini maka biarlah ia di syurga sana...

Friday, May 15, 2015

Iman Senipis Kulit Bawang

Pengaruh utama adalah tv dan internet. Walaupun hidup dalam kalangan keluarga yang soleh tetapi masih ia belum menjamin iman seseorang selagimana di sana ada tv dan internet. Apatahlagi masyarakat dengan keadaan ibu bapa yang terlalu sibuk, pergaulan bebas dan sebagainya.

Iman tidak dapat diwarisi.

----------------------------------------------------------------
Kak Dina,
i have been staring on this screen for about 10 minutes, typing and deleting the words.I don't even know how to begin or to which part should i share or keep. Our community is sick, and nobody is doing anything for it. That was the saddest part.
I was one of the victim too, along with my eldest sister. To someone that we trusted upon, someone that in the Islam said we must respect and love unconditionally, to the hand that has feed and raised us; to our very own father.

My parents are less lucky in terms of monetary and education but they work hard to ensure there is always food to feed their six children and all of them to be educated, can read and write, be successful and such. There are 6 of us, 3 boys and 3 girls. My dad molested my eldest sister whom is 8 years older than me, since she reach her puberty and verbally abuse her till last year. While for me, I was molested by my dad, eldest brother and second brother.

For my story, being the youngest, I have always being pampered by everyone. So getting kissed and hug, i thought is was an expression of love. Well, i was 5. Which kid doesn't feel proud being love and admired by the family. I was twice molested by my eldest and second brother. When I was very young. I still remember how the rooms look like, it was a sunny day, mom was outside. My eldest brother asked me to lie flat on the bed, pull down my skirt and started to kiss me. He told me to keep this as a secret and i was his favourite little sister. The next day, my second brother did the same. That was all it. They never touch me at all after those incident. That was the first and last. Still, i was molested by my own blood.
Coming back to my dad.

My parents both are working in rubber plantation, so the routine was for her to wake up at 5, boil water, make breakfast, pray and then leave house to tap rubber. It all started when my mum send we to wake him up for breakfast every morning. At first my dad asked me to help him massage his legs, step on his body. As his child, I dare not to say no because i thought that was the least i can do, knowing that they had work hard under the sun, walking and carrying heavy latex just to let us live. But then he started to asked me lie beside him, he said to pamper his kid, of course. then he begin to caress my body, nipple, kissing my neck, biting my earlobe, massaging my thighs. There was a time he was touching my private part, and say, " you must protect this area from the guys out there. You should not let any guy touching it". How irony. He was well known in our neighborhood as a witty guy. I really thought that he do it as an act to show his love to his daughter. I told my mom on this, she said, "keep quiet, Ill talk to him. but we cant do anything. If he got caught, nobody is going to feed us. How can i go to tap rubber when i can't even ride a bike or drive a car. Who is going to send you to school". These continue till i was a little older, i felt very uncomfortable and i pull myself away from him. But, that was the time when he started approaching my elder sister.

My sister is blessed with hormonal beauty as a growing teenager, then he started to do the same to her, molesting her boobs, hugging her, pinching her buttocks, and fed with other vulgar words like "ayah geram tengok bontot kau. badan berlekuk ". How could a father dare to say those word out loud in front of his kids and wife? without any shame on his face? My sister was scared, she dare not to tell anyone, though it was obvious. She took another escape plan, ran away from house. She was 15. She leave everything behind, family, education, friends and started to live independently finding her own "safer place". I blame my dad. She was a bright young girl, loved by everyone, her life ruins because of his wrong doings.

My sister now is married with 3 adorable, smart kids. She has a daughter. They are all living together at my parents house except the husband who came back once a month for a long break. On the day she knew she was carrying a girl in her tummy, she got worry. Both of us had a long chat and we started to share all this dark stories between of us. She told me that when she deliver her 1st babay, our dad is verbally abusing her. Again, the vulgar words came out like "besarnya tetek kau, geram ayah". But, this time was different. My mom stood up on us. She told my dad "dare not to touch my daughters, or i shall report to the police, i will call the TV people to show how shameful you are as a father. I will let everyone in this Felda knows about this. " Finally.

So we decided that we will protect my niece from our dad. She will not be the next victim of our father. As she grew up, we teach her to say NO when any guy hug her, even her father. We teach her to become a physically strong, fearless but kind hearted girl. We are very strict on Aurat, in the house. Nobody should being seen uncovered or wearing minimal clothes. Even if you are a boy. Everybody should be dress properly. No chance of my niece to wear short skirt or short pants. Neither do the boys get the privileged of going topless. Even when you are with your siblings and parents. We teach them about shame. Now, when my father approach her to kiss, she push him away and saying "tepi la, atuk. kakak tak suka. rimas". Outloud. She complaints to my mom when my dad did this. She told everyone. I was relief. She is 5 years old now, yes she is rough as compared to other girls but I was happy because i know, she is safe.

Because of our past, my sister ruins her youth, education. Imagine how far she can go if this never happen. She was bright and smart. We are giving her support in every way. Meanwhile, I grew up with having trust issues with guys and half of me still love him as he is my dad, whom work hard day and nite to ensure i got the best education, part of me hating every bit of what has happen. Nevertheless, the past is past. We are unable to change what has happened to us, but i pledge to myself and so does my sister, that we will stay strong and stop this wrong doing in the family. We will ensure our little girl to grow safe and be the best person she wanted to be. I forgive him as a daughter whom loving her parents unconditionally, but I will ensure that if it ever happens to our girls, I'll make sure he will rot in prison. He is my dad, yes, but he has no rights to ruin our life. I'll speak up this time.



-----------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum.
Sy ambil masa berjam2 juga utk fikir samada untuk tulis message ni atau tak. Finally saya ambil keputusan utk buat fake account just to send you this message, just untuk merahsiakan siapa saya. I'm sorry, tapi demi Allah cerita ini adalah benar dan terjadi kepada SAYA.

Masa saya kecil, umor 4-5 tahun, mak saya sering hantar saya ke rumah nenek saya pada waktu cuti sekolah supaya sy dapat berjumpa dan bermain dgn sepupu sy yg tinggal di kampung. Seorg sepupu sy (iaitu pemangsa-lelaki berusia lebih kurang 18thn waktu tu) juga tinggal di rumah nenek saya. At first when it happened ialah masa saya sedang bermain di tingkat atas rumah nenek sy, dia (sepupu sy itu) ajak sy masuk bawah katil, buka seluar sy dan merogol saya disitu.

Selepas kejadian di bawah katil tu 'berjaya', memang banyak kali dia buat hal yg sama pd saya, kdg2 di bawah katil tu juga, kadang2 di serambi, kadang2 di bilik lain. There are times yg saya diliwat juga (dan of course saya juga tak faham ketika itu apa yg dia buat pd saya).

Ada satu ketika, masa mak sy buka baju seluar sy untuk mandikan sy, dia marah dan tampar lengan sy sbb tgk di kemaluan sy berair-air dan berlendir. Walaupun masa tu sy tak faham apa yg sepupu sy buat pd sy, tapi pun saya ada rasa sikit malu nak beritahu mak saya sebab sy bagi abg sepupu sy tu 'bermain' di kemaluan saya.

Perkara ni berterusan sampai sy masuk sekolah rendah. Masa sy darjah 6, saya mula tahu perkara ni salah dan satu jenayah, bila dengar cerita dari kawan2 sekolah.Tapi by this time saya takut untuk beritahu sesiapa sebab sy tiada bukti selain drpd hanya berpuluh2 cerita hitam dlm ingatan sy. Lagipun mak saya sgt over protective terhadap sy, (sy anak tunggal perempuan), akan remuk lah hati dia kalau dia tahu apa yg jadi pada sy. Saya decided utk diamkan diri dan mengelak pergi ke rumah nenek sy selepas tu, even bila ada kenduri pun sy tak nak pegi, sy pernah dilempang dan dipukul oleh mak sy sebab degil taknak ikut pegi kenduri kat rumah nenek sy. Tapi sy diam saja, dan tetap berkeras tak nak pegi.
Skrg sy berumur lewat 30-an, saya tak pernah cerita pd sesiapa sbb sy malu dan rasa mungkin org takkan percaya. Sy juga tak percaya pd sesiapa, sy anggap semua org adalah berkemungkinan jahat. Sy rasa rendah diri, saya juga mengelak dari berkahwin sbb sy fikir badan sy dah rosak sbb sy dirogol berulang2 dlm usia yg sgt kecil.

Sepupu yg merogol saya is still out there, living normally, berkahwin,ada anak 2. Saya serahkan semuanya pd Allah swt, sy belum ada kekuatan untuk stand out there in the crowd and fight for people yg punya nasib yg sama. Sy harap tiada mangsa dia yg lain selain sy. 

Terima kasih Wardina sbb menjadi telinga yang mendengar. Sangat besar ertinya utk org2 seperti sy. Tuhan saja yg dapat membalas jasa awk.

---------------------------------------------------------------
AJAR ANAK HORMAT ADA BATASNYA.

Salaam Kak Dina
Saya masa skolah dulu slalu dipegang di bahagian private oleh cikgu j_mil. Guru matematik.Tp dulu rase hormat pd cikgu tinggi diamkan je.Sy and a few kawan sume kne. Tp kami diam je.Cuma tertanye2 knape dan hal2 mcm ni mmg sy xcrite pd mak ayah sy.

---------------------------------------------------------------
AND THE WORSE PART. MUNGKIN DIA MASIH ADA DI LUAR SANA.

Kak dina...n saya nak ceritakan..saya pernah bekerja di emergency disalah sebuah hospital.kami semua menangis.kerana ada patient datang.kid 5yo n newborn...n you know what...ayab diorang mabuk.pi pukul mak.n rogol both kids.ya Allah...kak dina.menangis kami semua.baby n kakaknya menangis sakit.koyak teruk miss v mereka.Tak nak orang dukung..benci sngat.ayah diorang datang.maki kami.nak mereka balik.so kami panggil polis.geram.patut kene rejam sampai mati

-----------------------------------------------------------------
Semoga semua cerita dijadikan iktibar.. pedofile is real and it's sickening
Mengalir air mata saya bila baca post2 mangsa pedo.
Sebab saya sendiri mengalaminya.
Dicabul dan dirogol dengan pakcik pakcik sendiri.
Pakcik 1. Adik ayah saya..
Saya berumur 5-6tahun..
Dia berumur awal 20an..
Waktu tu pakcik sy tidak bekerja dan menumpang di rumah saya.
Dia y sering menjaga sy ketika ibu +ayah bekerja.. adik2 pula diletakkan rumah pengasuh..
Dia sering ajak main2 masak2.. saya jadi mak..
dia suruh sy bukak baju dan pakai kemeja dia.. dia pulak berbogel separuh bdn..
Kemudian dia berbaring, suruh saya peluk dia, cium bdnnya..
Kemudian dia buat benda y sama..
Saya xde rasa apa2 dan pikir hanya main masak2..
Pakcik 2 .adik tiri mak saya.
Waktu tu, arwah datuk saya meninggal dunia.. umur sy 8tahun..dia pula belasan tahun.. 18 mungkin..
Malam tu, ramai saudara tidur di rumah..
Saya tidur sebilik dengan nenek tiri dan sepupu perempuan yang lain...
Pakcik ni tgh malam dtg ke bilik, dan merogol saya.. waktu dia buat tu ,saya sedar.. tp saya kaku.. saya xberani nak bergerak. Saya xfaham apa dia buat dan mendiamkan saja..
Malam keesokannya pon dia ulang lg perbuatan y sama.. dia hempap bdn sy dan memasukkan kemaluan dia.. kemudian dia melakukan oral seks terhadap sy..
Bila tidur di kampung, kami beramai2 semua tidur di ruang tamu.. dia akan dtg konon2 ke tandas.. tp singgah ke tempat tidur untuk meraba kemaluan..saya nampak dia buat bnda y sama kepada sepupu2 y lain.. tapi semua mendiamkan diri..
Pakcik 3 adik ipar ayah saya..
Seorang y alim..
Waktu tu sy 12tahun.
Saya tidur di rumahnya sebab nak bermain dengan sepupu sepupu perempuan yang lain..
Waktu tu, kami semua da masuk tidur.. saya tidur bersama sepupu perempuan sekatil.. saya tidur di bahagian luar..
Kemudian dia datang kononnya nak betulkan kelambu.. sambil tu, dia masukkan tgn dan meraba2 kemaluan saya.. sedangkan saya tak tidur lagi.. saya hanya berani kakukan diri.. kemudian sy palingkan muka konon2 terjaga.. dia terkejut dan sambung berpura2 betulkan kelambu..
Saya angkat sepupu sy y tgh tidur dan tidur di bahagian dlm.. dan saya menangis.. saya takut akan dirogol lg..
Saya kejutkan sepupu saya dan menangis beritahu nak balik.. nak ibu.. nak ibu..
Waktu tu dah 1malam..
Pakcik nak hantar saya naik motor.. tp saya takut dia buat benda xsenonoh waktu dlm perjalanan.. saya paksa sepupu ikot dan duduk di tengah2..
Keesokannya semua ketawakan saya sbb menangis nak ibu tgh malam..
Sedangkan semua tak tahu apa yang syaitan bertopengkan manusia ni buat..
Saya membesar dengan perasaan membenci lelaki dan sentiasa takut..
Cerita ni sy hanya ceritakan pada adik lelaki saya bila sy berumur 19thn sbb ibu bapa saya risau saya belajar jauh2 bersama teman lelaki.. terlepas cerita sebab saya geram mereka salah anggap dengan kami.. sedangkan saudara sendiri lg syaitan..
Saya ceritakan semua pada ibu bapa saya bila saya blk cuti sem..
Parents saya sangat marah dan pergi memukul pakcik kedua y merogol saya.. xde report dibuat.. pakcik pertama dan ketiga lepas mcm tu je...
Sekarang sy dah berkahwin dengan teman lelaki dulu dan mempunyai 2org anak.. dia tahu kisah gelap saya.. tp saya xpernah tunjuk mana satu pakcik syaitan tu..
Setiap kali terjumpa pakcik2 syaitan waktu raya, saya rasa kemarahan y membuak2 hingga rasa nak memukul dan membunuh dia..
Saya takkan maafkan perbuatan mereka..
Biar mereka merangkak dlm neraka di akhirat nanti..

--------------------------------------------------------------
ANTARA 'CARA' MODUS OPERANDI SETAN2 NI SEMUA ADALAH DENGAN MENGAJAK ANAK-ANAK SUCI INI "BERMAIN GAME"... MASALAH BUDAK2 TAK TAU BENDA TU SALAH. THEY ARE INNOCENT. SENANG DIJADIKAN MANGSA
Assalamualaikum kak wardina.
Bila baca apa yg akak kongsikn,saya cuba memberanikan diri utk menaip & cerita apa yg terjd dgn diri saya.Agak berat pada mulanya,tp biarlah ianya menjd iktibar buat ibubapa diluar sana.
Saya anak bongsu drpd 4 adik beradik. Latar belakang keluarga? Atuk saya seorg ketua kampung,imam kariah & tokoh maal hijrah (ms sekolah menengah). Saya menjd mangsa kpd abg sepupu & pakcik saya (adik ayah). Kalau ikutkn,perkara ini myb x sepatutnya jd. Iye la,pakcik anak seorg imam. Abg sepupu cucu imam. Ms tu saya berusia 5-8y. Pada mulanya abg sepupu,dia agak rapat dgn keluarga kami. Dia slalu geram dgn saya,myb sbb kecik2 saya putih & chubby. Tp ayah & mama x syak apa2. Lgpun dia x de adik perempuan. 1 hari tu dia pggl saya,peluk2 & cium2. Saya cuma tahu,kalau peluk & cium kira org sayang kita. Ianya berlarutan sehingga dia memasukkn sesuatu dlm kemaluan saya. Saya masih ingt. Saya hairan napa ada darah. Dia cakap jgn cakap dgn sesiapa. Saya takut. Mama & ayah sy sgt garang. Saya x berani nak ckp. Pernah smpi seluar berdarah. Bila mama & ayah tanya,saya ckp saya jatuh. So mama x syak apa2. Saya takut nk ckp sbb takut kena marah. Rs sakit tp bila saya merengek,kakak2 ckp sy mengada2 anak bongsu katakn. Ms tu kakak darjah 5 or dajah 6 kot.
Psl pakcik,ms tu kami blk kg. Blk sbb pakcik ni,buat akikah anak dia kat rumah atuk. Ni anak pertama,isteri dlm pantang. Saya masih ingt. Time tu,saya main2 dgn sepupu lain. Main2 jd suria baja hitam la,main masak2 la,jd power ranges la. Pakcik pggl saya,ckp nk main game x? Dlu kn famous game super mario,tank,pacman. Bila kena ajak sapa yg x nk. Budak2 kn. So saya pun ikut. Pakcik ckp jgn cerita dgn sesiapa & jgn ajak sesiapa. Dlm otak pk nk main game je. Saya pun ikut pakcik blk,ayah nampak saya ikut. Pakcik ckp nk bawa sy pergi rumah dia,ayah tak syak apa2. Ayah benarkan. Bila da smpi rumah dia,hanya dia & saya je. Dia buat air & main game sama2. Lepas tu,dia ckp da la. Kita main game lain,dia ajak masuk bilik dia. Suruh baring kat katil,buka baju. Dia ckp kalau sakit cakap, disebabkan sblm ni abg sepupu pernh buat mcm itu. Saya hanya diam. Saya tak tahu itu adalah salah. Saya fikir,oh org syg sbb dipeluk & dicium. Bygkan la ms tu apa yg saya tahu.Saya dpt tahu apa yg dilakukn terhadap saya adlh selepas saya darjah 6. Ms tu,cikgu2 buat kem utk upsr. Ckp maruah kita bkn rambut sbb ada pepatah kata rambut mahkota wanita. Cikgu ckp miss v tu mahkota kita.
Lepas tahu itu adlh salah & sy mangsa sumbng mahram. Sy jd seorg yg memborantak. Saya jd menyampah & sakit hati dgn dorg yg buat saya mcm tu. Tp saya tetap x berani nk ckp dgn adik beradik lain & mama serta ayah wpun saya memberontak.
Kak,wpun sy da berkeluarga & mempunyai anak. Byg2 tu masih menghantui sy. 4thn lepas,saya blk kampung. Jmpa la dgn pakcik ni,ms tu raya. Boleh dia ckp "Selamat Hari Raya,Maaf Zahir Batin,Kosong2. Kalau ada yg x puashati,jmpa diAkhirat". Sakitnya hati saya. Dlm hati,puii. Berlagak suci & baik. Sy seboleh2 x mau berjmpa dgn dorg ni. Ada ms sy pk, korang ada anak tunggal perempuan. Kalau org lain buat kat anak korg br padan muka. Wpun anak dorg tu adik sepupu sy sendiri. Skrg saya ada 3 org anak perempuan. Saya takut sgt. Wpun anak br darjah 1,saya ajar dia. Jgn bg org sentuh dia. Kalau org sentuh sepak je. Dlu mama & ayah garang. Skrg saya cuba jd ibu yg mesra dgn anak2. Biar anak2 bagitahu saya apa mslh dorg. Biar saya rapat dgn dorg. Mak ayah diluar sana jgn la terlalu garang smpi anak takut nk luahkn apa yg dia rs.
Hingga skrg,saya cuba lupakan apa yg jd. Tp ada masih terbyg2 & terlintas. Kalau akak tahu,inilah kali pertama saya luahkn apa yg sy alami,bygkn berapa tahun saya pendam kak. Bila tgk berita atau baca berita,Org2 ni terlepas,Allah swt je tahu betapa sakitnya hati. Thn lepas saya dpt tahu yg pakcik kena tahan polis sbb mencabul anak angkat dia. Hati saya sgt2 puas. Padan muka kau,setan. X da perasan simpati langsung sy pada dia.
Mak & ayah diluar sana. Kalau ianya terjd pd anak,buat la report. X perlu nk pk gaduh adik beradik. Fikirkanlah trauma anak anda & fikirkan kalau ianya terjd kpd anak yg lain ataupun anak org lain. X perlu nk jaga nama utk org yg mcm ni. Saya harap sgt,saya dpt lupa apa yg terjd. Jgn fikir pedo ni hanya wujud kat negera org putih je. Kat Malaysia berlambak sebenarnya tp tertanam sbb nk jaga hubungan keluarga & x mau gaduh kononnya. Terima kasih kak,sbb mengutarakan perkara ni. Moga Allah swt memberkati & melindungi akak sekeluarga.

------------------------------------------------------------------
KALAU BUDAK TU PANDAI.. TAK APA? TAK ADA ORANG PERCAYA?
Salam Kak Dina,
Saya terpanggil untuk berkongsi kisah saya,mungkin kisah saya belum tahap rogol @ cabul. Tapi hampir utk dicabul. kejadian ni umur saya 13 thn dan pelaku 16 tahun.
Parent saya bekerja dan tinggal la sy dan adik beradik saya (semua lelaki). Si pelaku bukan la datang dari adik beradik saya tapi pelaku adalah abg sepupu sy yg bila cuti sekolah panjang akan bertandang di rumah saya setiap hari. Dia tinggal di asrama penuh so bila balik hanya untuk cuti sekolah yang panjang. Kami mmg tggl berdekatan so dia mmg akan selalu ke rumah saya untuk bermain games dengan adik beradik saya yang lain.
Pada hari kejadian, saya sedang tgk tv di bawah dan tiba2 dia join saya sekali. Masa cuti sekolah ni adik sy berkhatan. So pelaku ni bercerita dgn saya pasal khatan. End up dia ty saya nak tengok dia 'punya'? Saya diam je xbalas pun pertanyaan dia. Then dia tanya untuk kali ke2 soalan yg sama. Saya terus berlari dekat dengan abg sy diatas yg kusyuk bermain game. Alhamdulillah sy xdiapa2kan sbb mgkin masa tu umur saya dah boleh fikir baik buruk bila lelaki dan perempuan. Tapi lepas kejadian dia tetap kacau sy sampai dia tau saya xsuka apa yang dibuat. Lepas kejadian tunjuk dia 'punya' tu saya bercerita dengan adik-adik yang lain kecuali my parent & abg saya. Kami gelarkan dia 'GILA SEKS'. adik-adik saya nasihat kan supaya avoid kan diri dari dia kalau dia datang ke rumah
Sampai sekarang saya xkan bercakap dgn dia dan dia perasan yg sy mmg xsuka sgt2 dia. Lepas beberapa tahun kejadian sy cerita dengan mak saya , mak saya xpercaya dan igt sy buat2 cerita pasal kejadian tu. Sebab mak sy xpercaya cerita saya adalah sebab dia seorang bdk yg sgt bijak. Sek di sekolah agama,lepas SPM smbg study ke overseas dan sekarang bergelar seorg doktor. Tapi saya xpernah respect dia as a doktor. PERVERT! saya harap pesakit dia bukan lah mangsa dia.
Saya menjadi seorang yg xpernah percaya dengan lelaki sbb sy menganggap lelaki pandang PEREMPUAN adalah simbol seks mereka. Umur sy dah masuk 28 thn tapi saya xpernah berkawan dgn mana2 lelaki sbb sy xpercaya kan diorg. Lelaki yg berperwatakan baik ni la yg BAHAYA .Sy stop panggil dia "GILA SEKS' selepas dia mendirikan rumah tangga. and sy doakan dia agar xdapat anak perempuan supaya anak dia xjadi mangsa bapak dia.
PLEASE HIDE MY NAME. Saya tau dia akan baca apa yg sy tulis dan saya harap dia SEDAR apa y di buat ni sgt2 salah.Semoga dia xbuat bnd2 ni dekat perempuan2 lain. Untuk ibu bapa please alert dengan apa yang anak2 anda cuba smpaikan.

----------------------------------------------------------------------
Kenapa perlu kahwin muda ?
Dua hari lalu saya diceritakan oleh seorang bekas pensyarah sebuah kolej di sekitar ibu kota tentang pengalamannya pada hari pertama bekerja di kolej itu. Pada hari pertama bekerja lagi sudah diarahkan selesaikan kes pelajar kolej mati jatuh bangunan kerana diserbu khalwat. Kawan beliau pernah pesan anggaplah semua pelajar depan kamu ni sudah berzina kecuali beberapa orang sahaja (ada style kaedah fiqh). Pernah juga ada seorang pelajar beliau yang dikenali sebagai orang yang baik2,tapi meluahkan bahawa mereka pernah diajak oleh rakan perempuan yang dikenali sebagai pelajar baik dan senyap untuk berzina. Nauzubillah. Pernah dibuat survey kenapa ramai suka bila masuk bulan puasa. Ramai yang menulis jawapan kerana bahagia dapat makan bersama ibu bapa sehingga jawapan membuatkan beliau sebak seketika.
Beliau berkongsi pengalaman semasa beliau masih belajar di UIA,rakan sebilik yang paling genius bahasa arab dilaporkan berzina tanpa pengetahuan rakan sebilik kerana rakan2 masing2 sibuk dengan usrah dll tugasan. Sehinggalah rakan itu keluar daripada UIA tanpa pengetahuan mereka dan ibubapanya sendiri. Paling menyedihkan bila rakan2 mereka ini sendiri pergi ziarah ibubapanya di utara,rakannya itu juga tiada di rumah. Sehinggalah rakan mereka itu tidak sempat habis degree. Mungkin banyak lagi cerita yang kita tak tahu kerana zaman semakin berlalu. Moga Allah selamatkan generasi kita yang tenat.

Friday, April 24, 2015

Non-Muslim Yang Mencari Hidayah

Bismillah...

Di kala sekarang tengah hangat isu berkenaan salah seorang perlakuan kaum cina di media sosial. Saya teringat akan sewaktu mula mencari kerja. Resume dihantar ke pelbagai tempat dan pernah sekali dihubungi oleh seorang puan/cik berbangsa cina.

Terlebih dahulu beliau menelefon dan memperkenalkan diri serta meminta maaf bahawa saya tidak mencukupi syarat yang ditetapkan. Dalam benakku terfikir, adakah hanya kerana ini saya dihubungi? Namun demikian, beliau pun meneruskan percakapannya bahawa beliau terlihat di dalam resume yang saya sertakan bahawa saya adalah pelajar dalam jurusan Islam. Maka beliau ingin bertanya dan berkongsikan beberapa pengalaman serta cerita hidupnya.

Beliau menceritakan bahawa beliau amat meminati Islam, beliau menghafal begitu banyak kalimah yang diajarkan di dalam Islam serta mampu membaca surah Al-Fatihah. Beliau juga mengamalkan akhlak-akhlak yang ditetapkan di dalam Islam iaitu tidak suka menipu, tidak suka berburuk sangka, tidak suka menfitnah, berpuasa dan sebagainya. Ma sya Allah, saya yang mendengarnya turut berasa teruja dan kagum atas kesungguhan beliau dalam mempraktikkan Islam meskipun beliau bukanlah seorang Muslim.

Sepanjang percakapan kami, tiada ucapan yang lebih baik yang mampu saya ucapkan melainkan ma sya Allah atas ketakjuban kepada beliau. Tujuan utama beliau menelefon saya hanyalah untuk mencari tempat berkongsi cerita dalam menguatkan kefahaman, keimanannya kepada Islam. Di akhir perbualan kami, saya titipkan doa agar beliau diberikan hidayah kembali kepada agama fitrah ini. Beliau kedengarannya begitu gembira di atas perkongsiannya bersama saya meskipun saya yang terdiam kerana ceritanya. Besarlah harapan saya untuk mengetahui apakah yang berlaku ke atas dirinya sekarang.

Tidak semua manusia seperti Alvin Tan, dan tidak semua manusia seperti Tuan Guru Nik Abdul Aziz... Saya percaya di luar sana masih ramai yang sedang mengenali Islam secara langsung atau tidak langsung dan terdetik untuk mendekatinya secara lebih rapat.

إنك لا تهدي من أحببت ولكن الله يهدي من يشاء


P/S : Kualiti penulisan sudah jatuh merudum, moga mendapat manfaat buat pembaca

Thursday, January 29, 2015

Dahulu dan Kini

Kalau dahulu aku yang berada di bangku itu
Remaja yang keliru akan hala tuju
Menelusuri perjalanan mengenal diri
Kadang bangun kadang terduduk
Kerana jalan yang bersimpang siur

Meja itu menjadi saksi
Berlalunya generasi dahulu diganti sekarang
Dengan pelbagai mehnah dan perangai
Semuanya akan berlalu pergi

Papan putih itu menjadi bukti
Betapa banyak dakwah dan keringat dicurahkan
Demi memandaikan sebuah masyarakat
Dalam mencapai redha Ilahi

Pintu pula membuka ruang
Tidak jemu menerima tetamu yang sentiasa bertandang
Siang malam usah dicerita
Tak kira rupa bentuk dan emosi
Menyemai budi tanpa balasan

Kini
Aku di hadapan ini
Menyaksikan diriku sendiri dalam mata generasi sekarang
Menyumbang ilmu agar menjadi manusia berguna
Dengan harapan mereka bakal menjadi pencetus
Ummah berakhlak, berilmu dan beramal

Puas!

Nukilan,
Wan Abdul Baith Izzuddin
Sekolah Kiblah, Jenderam Hulu
29 Januari 2015, 3.34 petang

Tuesday, January 27, 2015

Ilmu, Adab dan Khilaf

Bismillah...

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله صلى الله عليه وسلم.

Untuk mengajar mana-mana pelajar tidak cukup sekadar dengan ilmu sahaja.

Ilmu sahaja boleh sahaja memandaikan seseorang tapi belum tentu boleh mendamaikan masyarakat, belum tentu boleh menjadi seseorang insan yang pandai bergaul, belum tentu boleh menghindarkan dari perkara buruk.

Seorang yang tidak berilmu tidak tetapi mempunyai adab dan akhlak lebih baik dari mereka yang mempunyai ilmu bergunung tapi seluruh katanya berbaur lucah dan kesat serta seluruh perbuatannya tidak seperti ilmunya.

Guru perlu menerapkan perihal adab dan akhlak dalam setiap subjek. Jangan menganggap bahawa ia bukan tanggungjawab kita semua bahkan ia adalah sebaliknya. Guru pendidikan Islam perlulah terlebih dahulu menjadi contoh kepada pelajar dalam segenap aspek. Jikalau guru agama pun tidak membawa imej Islam, maka siapa lagi yang hendak diharapkan? Guru tolonglah berubah untuk masa depan anak-anak kita.

Mereka yang paling baik adalah yang paling banyak ilmunya (ilmu yang bermanfaat) dan paling tinggi akhlaknya.

Kita selamanya adalah pelajar dan kita selamanya adalah guru.

Pesan Nabi shallallahu 'alaihi wasallam :
خيركم من تعلم القرآن وعلمه
Mafhumnya : Sebaik-baik kamu adalah yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya.
(Riwayat Imam Bukhari ; 5027)

Diletakkan perkataan belajar dan mengajar dalam satu ayat yang sama menunjukkan kepentingan kedua-dua skop pekerjaan tersebut. Walaupun ia dikhususkan kepada Al-Quran kerana ia adalah yang terbaik tetapi ilmu lain juga meliputi kerana tidak kurang pentingnya kepada ummat ini.

Antara pesan Nabi shallallahu 'alaihi wasallam juga :
أكمل المؤمنين إيمانا، أحسنهم خلقا
Mafhumnya : Orang beriman yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya.
(Hadith sahih, riwayat Abu Daud dan Ahmad)

KHILAF?

Manusia tidak lari daripada khilaf. Salah satu soalanku kepada murid-muridku : 'Jikalau nanti ada orang bukan Islam bertanya kenapakah dalam Islam terdapat tidak kurang daripada 4 mazhab? Bukankah itu menunjukkan ummat Islam itu turut berpecah belah?'

Ada dalam kalangan mereka menjawab, agama mereka pun berpecah belah (nak mengata pula). Hakikatnya itu bukan jawapan mencari damai tetapi boleh membawa pergaduhan.

Jawapan : Islam berbeza dengan agama lain, walaupun secara zahirnya seolah kami berpecah, tetapi sumber kami adalah sumber yang sama. Sumber kami tidak lari daripada Al-Quran dan Al-Sunnah. Perbezaan terjadi hanya mengikut pemahaman masing-masing terhadap nas dari Al-Quran dan Al-Sunnah.

Diceritakan kepadaku oleh seorang guru, bahawa ada salah seorang murid yang mencedok seratus peratus apa yang dicurahkan oleh gurunya dan tidak mengajar untuk meraikan perbezaan pendapat terutama dalam hal yang biasa menjadi perbezaan pendapat.

Murid yang mendengar kata guru sudah tentu tak membantah dan kesannya adalah kepada murid itu sendiri serta masyarakat kampung yang masih jumud.

Andai anda seorang guru agama dan mahu mengajar berkenaan hal furu' (ranting), maka ajarkanlah juga cara meraikan perbezaan pendapat.

Monday, January 26, 2015

Anak Bangsa

Duhai anak bangsaku
Begitu tenat sekali keadaanmu
Sekolah agama mahupun tidak
Engkau telah dipengaruhi
Oleh hedonisme yang melampau

Saat mendengar akan halmu
Hatiku merintih sekuatnya
Kenapa ini boleh berlaku
Di mana hilangnya malu pemudi kita?
Di mana hilangnya pemuda berjiwa agama?

Dengan kudrat empat kerat ini
Inginku membawamu bersama ke syurga
Kupohon doa dari Ilahi
Agar impian ini dipermudah dan diberkati
Kuingin melihat bangsa beragama
Jauh dari simpang-simpang kehancuran

Wahai pemuda dan pemudi bangsa ini
Kembalilah kepada fitrah agamamu
Mari kita bersama menuju syurga
Jauhilah hiburan dunia ini
Jauhilah ajakan syaitan yang menggoda

Mahalkanlah dirimu wahai pemudi
Mahal dengan akhlak dan sifat malu
Mahalkan dengan ilmu yang bermanfaat
Jangan mudah cair dengan kata si pemuda
Kata mereka adalah racun
Menjauhkan dirimu dari Tuhan dan maruah
Kata yang manis hanyalah selepas pernikahan yang benar

Pemuda, jangan menyentuh bunga yang bukan milikmu,
Jangan memasang jerat membawa orang ke neraka,
Mereka itu saudari, ibu dan anakmu,
Maka, Jangan kau menjadi perosak bangsa dan agama,
Jadilah orang yang memahami akan agama,
Jati diri yang tersemat membela dirimu dari lincahnya dunia
Jagalah Allah nescaya Allah menjagamu.

wanabdbaith. Powered by Blogger.

Visitor

free counters