Thursday, February 24, 2011

بطاقات المسابقات


Keputusan Al-Majami' Al-Fiqhiyyah

Perkara berkaitan dengan pertandingan dari segala aspek dan bentuk adalah merupakan salah satu daripada masalah yang timbul pada masa sekarang, bahkan ia merupakan salah satu daripada perkara baru yang perlu dititik beratkan kerana ia telah memasuki setiap ceruk rumah ummat Islam, juga betapa ramai manusia yang berfikir untuk mengaut keuntungan dengan cepat, mendapat kekayaan dengan cara yang tidak betul, memasuki alam manusia mewah atau menuntut kemasyhuran. Telah kita ketahui bahawa untuk menyertai sesuatu pertandingan bukanlah susah, dengan hanya mengangkat telefon, memilih nombor-nombor tertentu, menghantar surat, huruf dan seumpamanya daripada ciptaan-ciptaan baru dalam ilmu pasaran, harta dan pekerjaan. Oleh yang demikian itu, didatangkan perbincangan Majma' Al-Fiqh Al-Islami mengenainya serta diletakkan beberapa garis panduan sebagaimana yang akan disebut di bawah : _


Keputusan No 127 (14/1)
Isu Kad-kad Pertandingan

Majlis Majma' Al-Fiqh Al-Islami Ad-Dauli mengisukan dalam Muktamar Al-Islami kali ke-14 di Doha, Qatar bermula 8 Zulhijjah 1423 bersamaan 11-16 Januari 2003, selepas penelitian yang dilakukan ke atas kajian-kajian yang ada dengan tajuk yang khusus 'Kad-kad Pertandingan', dan juga selepas mendengar perbincangan sekitarnya mengeluarkan keputusan sebagaimana berikut : _

(Gambar hiasan)


Pertama : Takrif Pertandingan

المسابقة هي المعاملة التي تقوم على المنافسة بين شخصين فأكثر في تحقيق أمر أو القيام به بعوض جائزة, أو بغير عوض

Pertandingan ialah muamalah persaingan yang dilakukan oleh dua orang atau lebih dalam mencapai sesuatu perkara atau melaksanakan sesuatu dengan mendapat balasan hadiah atau tanpanya.




Kedua : Pertandingan yang dibolehkan
  1 - المسابقة بلا عوض مشروعة في كل أمر لم يرد في تحريمه نص ولم يترتب عليه ترك واجب أو فعل محرم

1) Pertandingan yang diadakan tanpa sebarang tukar ganti adalah dibenarkan dalam keseluruhan aspek yang tiada dalil pengharamannya sebarang nas juga tidak menyebabkan meninggalkan perkara wajib atau melakukan perkara haram.


2 - المسابقة بعوض جائزة إذا توفرت فيها الضوابط الآتية :

2) Pertandingan yang memerlukan kepada tukar ganti adalah dibenarkan selagimana menepati peraturan-peraturan berikut :

 أن تكون أهداف المسابقة ووسائلها ومجالاتها مشروعة  -
- Hendaklah objektifnya, caranya dan ruang lingkupnya menepati syara'.

Contoh :
Objektif : Menambahkan ilmu pengetahuan dll.
Cara : Iklan, TV, radio, majalah, akhbar dll.
Ruang Lingkup : Thaqofah, Ilmiah dan Riadhah.

أن لا يكون العوض فيها من جميع المتسابقين  -
- Tidaklah tukar ganti itu daripada keseluruhan peserta.

Contoh :
Jika kamu dapat mendahului aku, aku akan hadiahkan kepada kamu RM100 atau aku akan belanja kamu, tetapi jika aku mendahului kamu maka kamu tidak perlu melakukan apa-apa untukku. [Ini dibolehkan]

أن تحقق المسابقة مقصدا من المقاصد المعتبرة شرعا  -
- Hendaklah tujuan pertandingan itu tujuan yang diiktiraf syara'.

Contoh :
Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk mengelakkan silaturrahim, menguji minda dan sebagainya. [Dibenarkan]

 أن لا يترتب عليها ترك واجب أو فعل محرم  -
- Tidaklah dengannya menyebabkan meninggalkan perkara wajib atau melakukan perkara haram.

Contoh :
Apabila tiba waktu solat, solat diabaikan dan pertandingan diteruskan sehinggalah habis waktu solat atau peserta diarahkan untuk mencuri dan lain-lain. [Tidak dibenarkan]


(Gambar hiasan)


ثالثا : بطاقات المسابقات التي تدخل قيمتها أو جزء منها في مجموع الجوائز لا تجوز شرعا لأنها ضرب من ضروب الميسر
Ketiga : Kad pertandingan yang keseluruhan nilainya atau sebahagian nilainya dimasukkan ke dalam hadiah-hadiah adalah tidak dibenarkan syara' kerana ianya sebahagian daripada judi.

Contoh :
Karim membeli kad pertandingan atau membayar yuran pertandingan sebanyak RM5, hadiah yang disediakan adalah RM100,000. Daripada RM5 yang dibayar oleh Ahmad, RM3 (atau keseluruhannya) akan digunakan untuk membayar hadiah pemenang.

[Ini tidak dibenarkan syara' kerana mengandungi unsur riba, judi dan memakan harta manusia secara batil.]








رابعا : المراهنة بين طرفين فأكثر على نتيجة فعل غيرهم في أمور مادية أو معنوية حرام; لعموم الآيات والأحاديث الواردة في تحريم الميسر
Keempat : Wang taruhan antara dua pihak atau lebih yang dipertaruhkan atas perbuatan orang lain dalam kebendaan atau abstrak adalah haram; berdasarkan keumuman ayat Al-Quran dan hadith yang termaktub akan pengharaman judi.

Contoh :
Ziyad bertaruh akan pasukan Manchester kesayangannya manakala sahabatnya pula menyokong pasukan lawan, jika pasukan Manchester menang sahabatnya akan memberi RM100 atau membelanjanya, begitu juga jika pasukan lawan yang menang Ziyad kena memberi hadiah yang sama kepada sahabatnya.


[Tidak dibenarkan oleh syara'.]




(Gambar hiasan)


خامسا : دفع مبلغ على المكالمات الهاتفية للدخول في المسابقات غير جائز شرعا إذا كان ذلك المبلغ جزء منه يدخل في قيمة الجوائز منعا لأكل أموال الناس بالباطل
Kelima : Membayar sejumlah wang atas percakapan telefon untuk menyertai pertandingan-pertandingan adalah tidak dibenarkan oleh syara' jika wang tersebut (atau sebahagian daripada wang tersebut) dimasukkan ke dalam nilai hadiah berikutan larangan memakan / mengambil harta orang dengan cara batil.

Contoh :
Faizah menghubungi (atau menghantar mesej) stesen televisyen untuk menjawab soalan yang diajukan bagi memenangi hadiah, Faizah mengetahui bahawa setiap minit perbualannya akan dikenakan caj sebanyak dua kali ganda berbanding telefon biasa.
Wang keuntungan daripada caj yang dikenakan itu sebahagiannya akan diambil oleh syarikat telefon, manakala sebahagian yang lain akan diberikan kepada syarikat yang menganjurkan pertandingan tersebut bagi membayar hadiah.

[Tidak dibenarkan syara' kerana caj yang dikenakan itu termasuk ke dalam nilai hadiah yang disediakan walaupun sedikit. Juga padanya mengambil harta manusia secara batil. Adapun jika tidak mengetahui dari manakah sumber hadiah tersebut, maka seharusnya diambil langkah berjaga-jaga dengan tidak menyertainya.]




سادسا : لا مانع من استفادة مقدمي الجوائز من ترويج سلعهم فقط - دون الاستفادة المالية - عن طريق المسابقات المشروعة شريطة أن لا تكون قيمة الجوائز أو جزء منها من المتسابقين, وأن لا يكون في الترويج غش أو خداع أو خيانة للمستهلكين
Keenam : Tidak mengapa bagi penyumbang sesuatu hadiah untuk mengambil faedah memperkenalkan barangan mereka -kecuali faedah duit- daripada pertandingan yang dianjurkan dengan syarat hadiah tersebut bukanlah diambil daripada duit (atau sebahagian duit) peserta serta jangan pula dengan promosi yang dilakukan itu mengandungi tipudaya atau unsur khianat kepada pengguna.


Contoh :
Syarikat A menyumbangkan barangan daripada syarikatnya kepada pemenang yang berjaya memenangi pertandingan tersebut. Dengannya, syarikat A kini dikenali ramai orang.

[Dibenarkan syara' dengan syarat-syarat yang dinyatakan di atas.]








سابعا : تصاعد مقدار الجائزة وانخفاضها بالخسارة اللاحقة للفوز غير جائز شرعا
Ketujuh : Naik dan turunnya nilai hadiah berdasarkan kerugian/denda untuk berjaya adalah tidak harus di sisi syara'.


Contoh :
Jika si peserta mampu menjawab soalan ini, maka nilai hadiahnya akan bertambah, jika tidak mampu menjawabnya maka nilai hadiahnya akan menurun.


[Tidak dibenarkan syara'.]




(Gambar hiasan)


ثامنا : بطاقات الفنادق وشركات الطيران والمؤسسات التي تمنح نقاطا تجلب منافع مباحة, جائزة إذا كانت مجانية بغير عوض, وأما إذا كانت بعوض فإنها غير جائزة لما فيها من الغرر
Kelapan : Kad-kad Hotel, Syarikat Penerbangan, organisasi-organisasi yang memberikan sesuatu yang mendatangkan kebaikan adalah harus dan dibolehkan jika ianya secara percuma tanpa sebarang tukar ganti, adapun jika ianya dengan tukar ganti maka tidak dibolehkan kerana terdapat padanya penipuan. 

Contoh :
Syarikat penerbangan B mengadakan promosi kepada pelanggannya, pelanggan yang menggunakan khidmat mereka buat kali ke-5 (atau sekian) akan dihadiahkan dengan perkhidmatan percuma tanpa melakukan apa-apa.

[Dibenarkan syara' dengan syarat ianya adalah percuma.]


Wallahu a'alam.

Tuesday, February 22, 2011

كيف عرفت الملائكة إفساد الخليفة وسفكه للدماء؟

Assalamualaikum wbt,


Apa khabar ustaz ustazah, tuan puan, abang kakak adik di luar sana. Semoga sentiasa sihat sejahtera, sihat budi pekerti, sihat ibadat, sihat hati dan jiwa. Jiwa yang gersang itu sungguh meloyakan dan menyeksakan.

Sudah sekian lama berhajat untuk menukar template blog ni, alhamdulillah hari ini tercapai juga. Tak cantik? Maaf, sebab tuan punya blog ini masih belum mahir dalam menggunakan Adobe Photoshop tambahan kebelakangan ini berhadapan dengan masalah. Ini pun dibuat selepas subuh tadi dan siap dekat jam 9 pagi. Huhu...

Hehe... Asif, keluar tajuk sekejap ye. Ok, kembali kepada tajuk.


Bagaimanakah malaikat mengetahui kerosakan yang akan dilakukan oleh 'Khalifah' serta menumpahkan darah?

Ketika Allah SWt mengkhabarkan kepada malaikat bahawa Dia akan menjadikan khalifah di atas muka bumi ini, malaikat berkata :


أَتَجْعَلُ فِيهَا مَنْ يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ
"Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah?"


Para Ikhbariyyun dan Mufassirun telah memikirkan hal ini dengan begitu dalam untuk merungkaikannya serta mencari jawapan kepada soalan ini. Sebahagian daripada mereka ada yang merujuk kepada Israiliyyat dan dongengan-dongengan, lalu mengeluarkan anggapan batil. Dan tidaklah kami di sini berkehendak kepada israiliyyat tersebut kerana kami tidak melihat disebut sesuatu daripadanya akan tafsir kisah Al-Quran serta menyelesaikan masalah berkaitannya.


Sebahagian yang lain pula memberikan jawapan mengikut pandangan akal yang tiada dalil, bahkan hanyalah anggapan mereka semata. Yakni para malaikat bertanya kepada Allah SWT : 'Apa yang akan terjadi dengan khalifah itu?' Maka dijawab : Sesungguhnya dia akan melakukan kerosakan di atas muka bumi dan menumpahkan darah! Oleh kerana itu malaikat berkata : 'Mengapa Engkau hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah?'

Pendapat di atas boleh diterima oleh akal, diterima jika terdapat padanya dalil daripada ayat Al-Quran yang jelas atau hadith yang shahih. Akan tetapi tiada padanya dalil, jadi kami tidak menggunakan hujah tersebut.






Maka untuk jawapan bagi soalan ini, kami katakan : Malaikat menjangkakan hal sedemikian dengan firasat dan jauhnya penglihatan mereka serta dalamnya penelitian mereka!


Mereka melihat peringkat-peringkat penciptaan Adam yang mana daripada tanah dan tanah liat, mereka meneliti tabiat unsur tanah bumi ini, khalifah ini yang dicipta daripada tanah akan terkesan dengannya, akan berpaut dengan bumi dan tanah, oleh yang demikian mereka akan melakukan kerosakan di bumi dan menumpahkan darah!


Mereka meneliti hal ini dengan firasat cahaya iman mereka, kerana itu mereka bertanya dengan jangkaan akan berlaku sedemikian. Iaitu : Engkau mencipta khalifah ini daripada tanah, dan dia akan mendapat kesan darinya, akan melakukan kerosakan di bumi dan menumpahkan darah.


Dan firasat mereka itu benar, disebabkan yang demikian Allah tidak mengatakan mereka salah dalam soalan mereka itu, bahkan Allah membenarkannya serta berkata kepada mereka :


إِنِّي أَعْلَمُ مَا لا تَعْلَمُونَ

Yakni : Aku mengetahui bahawa khalifah ini akan melakukan kerosakan di atas muka bumi, akan menumpahkan darah, akan tetapi hanyalah dia seorang yang mampu menjadi khalifah di bumi walaupun demikian!!

Siapakah yang dimaksudkan dengan kata malaikat :


أَتَجْعَلُ فِيهَا مَنْ يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ

Adakah dia Adam? Adakah Adam yang akan melakukan kerosakan dan menumpahkan darah?

Maksudnya ialah (manusia) khalifah secara umum, dan bukanlah manusia yang khusus akan dirinya, oleh itu bukanlah Adam yang dimaksudkan kerana dia akan menjadi nabi, dan tidaklah nabi itu melakukan kerosakan di bumi dan tidak juga menumpahkan darah! (Manusia) Khalifah dengan erti jenisnya itulah yang akan merosak dan menumpahkan darah, dan ini meliputi manusia yang ramai dengan pelbagai individu. Berapa banyak jelasnya kerosakan atas bumi yang dilakukan oleh manusia! Berapa banyak pertumpahan darah daripada mereka!

Tidak perlu untuk kita pergi dengan lebih jauh, anak Adam 'alaihissalam adalah orang pertama yang melakukan kerosakan di bumi, menumpahkan darah dengan membunuh menzalimi saudaranya, melakukan jenayah bunuh pertama yang berlaku atas muka bumi, Allah SWT telah menceritakan kisah dua orang anak Adam itu di dalam ayat Surah Al-Maidah [27-31], oleh itu benarlah firasat malaikat dan betullah jangkaan mereka!






وإن إفسادَ بعضِ الناس في الأرض وسفكهم للدماء من لوازم استخلافهم في الأرض








Rujukan :
Mawaqif Al-Anbiya' fil Quran - Dr. Solah Abdul Fattah Al-Khalidi, Cetakan Kedua 2010, Darul Qalam.

Thursday, February 10, 2011

الدكتور فضل حسن عباس في ذمة الله



انتقل إلى رحمة الله تعالى الدكتور العالم فضل حسن عباس عن عمر يناهز 81 عاماً، وسيشيع جثمانه بعد صلاة ظهر الخميس في مسجد الزميلي بالشميساني، ويدفن في مقبرة سحاب الاسلامية. وكان الشيخ أحد أبرز العلماء في الأردن وأحد العلماء المعدودين في علوم التفسير وعلوم اللغة والبلاغة، عرفه الناس من خلال كتبه ودروسه ومحاضراته في حلقات العلم وفي المساجد وفي المنتديات العلمية، وعرفه طلاب العلم في رحاب المعاهد العلمية والجامعات، برز الدكتور فضل عباس كأحد أهم علماء التفسير والتلاوة وكان ذلك في السبعينات حين سجلت له الإذاعة الأردنية 400 حلقة إذاعية في تلاوة القرآن الكريم وتفسيره، كانت باكورة مسيرته العلمية التي أثمرت فيما بعد نتاجاً كبيراً وهاماً من المؤلفات والنظرات الجديدة في تفسير القرآن الكريم
 
مولده ونشأته
ولد فضل حسن عباس سنة 1932م في بلدة صفورية في فلسطين، ونشأ على العلم منذ صغره، فقد كان بيت والده مكاناً للعلماء الذين يرسلهم خاله الشيخ يوسف عبد الرزاق المدرس بكلية أصول الدين في الأزهر، وكان رجلاً صالحاً حيث أثنى عليه محمد زاهد الكوثري. أتم فضل عباس حفظ القرآن الكريم في بلدته وهو ابن عشر سنين، ثم حفظ من المتون العلمية: متن الغاية والتقريب في الفقه الشافعي، ومتن الرحبية في الفرائض، وجوهرة التوحيد في العقائد، والألفية، لابن مالك.
 
تحصيله العلمي
انتقل بعد ذلك إلى الدراسة في عكا، ودرس في المدرسة الأحمدية بجامع الجزار وبقي فيها بين عامي 1946م، و1947م. وبعد ذلك قرر التوجه إلى مصر عام 1948م ودخل المرحلة الثانوية فيها. بعد ذلك نجح في دخول كلية أصول الدين في الأزهر وتخرج فيها سنة 1952م وكان عمره آنذاك عشرين سنة، فكان أصغر طالب يتخرج فيها.
حصل على درجة الدكتوراة من الأزهر سنة 1972م، وكانت رسالته بعنوان "اتجاهات التفسير في مصر والشام".


http://www.assabeel.net/local-news/%D8%A8%D9%84%D8%A7%D8%AF%D9%86%D8%A7/33092-%D8%A7%D9%84%D8%AF%D9%83%D8%AA%D9%88%D8%B1-%D9%81%D8%B6%D9%84-%D8%AD%D8%B3%D9%86-%D8%B9%D8%A8%D8%A7%D8%B3-%D9%81%D9%8A-%D8%B0%D9%85%D8%A9-%D8%A7%D9%84%D9%84%D9%87.html

Wednesday, February 9, 2011

BERCERITA TENTANG JODOH…



Jodoh seperti rezeki, ia telah ditentukan. Namun, kita tidak tahu apa yang telah ditentukan oleh Allah. Dengan berpegang pada hakikat itu kita diperintahkan-Nya agar berusaha.

Carilah jodoh yang baik, carilah rezeki yang baik dengan jalan yang baik juga. Siapa jodoh kita? Berapa banyak rezeki kita? Dan bila? Itu bukan kerja kita. Itu ketentuan Allah. Milik kita hanya usaha.

Jadi, berusahalah dengan baik, Allah pasti tidak akan mengecewakan kita. Wajib menerima takdir tidak menolak kewajiban untuk mentadbir.

Dulu saya tidak pernah melihat wajah bakal isteri saya,” kata seorang abang yang sangat saya hormati.

Pelik tu bang. Bagaimana jodoh abang diaturkan?”

Ikut pilihan guru agama yang mengajar saya,” jawabnya pendek.

Mengapa tidak mahu melihat wajahnya? Kan itu dibenarkan oleh syariat? Barangkali sebab waktu itu tidak ada ruangan sosial seperti Facebook dan Twitter?” gurau saya.

Memang belum ada. Tetapi ada cara lain. Gambar dan cara-cara yang lain ada, tetapi sebenarnya ada sebab lain…

Dalam diam, saya rasa hairan. Wajahnya saya tenung. Dia orang yang sangat saya hormati. Sahsiah dan kepimpinannya sangat menawan hati. Tentu ada sebab yang solid untuk dia bersikap demikian.

Sebelum aktif sebagai aktivis Islam seperti sekarang, saya pernah menjalin hubungan cinta. Dia teman lama sejak di sekolah rendah lagi,” jelasnya dengan tenang.

Habis mengapa putus?”

Kami putus kerana dia ada jalan tersendiri. Saya ajak bersama saya dalam perjuangan Islam ini tetapi dia selesa dengan gayanya. Lepas, bebas. Jadi kami berpisah setelah 10 tahun bercinta.

Wah, ini kisah cinta yang  dramatik! Saya tidak sangka sama sekali dia yang selama ini kelihatan begitu iltizam, tegas dan berwibawa pernah melalui tragedi cinta.


Isteri Amanah

Itu kisah sebelumnya. Tetapi bagaimana dengan kisah pertemuan dengan isteri abang sekarang?” kata saya beralih kepada maksud asal pertanyaan.

Setelah putus, abang terus pinta guru agama carikan jodoh. Ingin fokus kepada gerakan dan amal Islami tanpa diganggu gugat lagi oleh emosi cinta.

Tetapi mengapa abang tidak mahu melihat bakal isteri pilihan guru? Tidak dibenarkan?

Itu keputusan personal saya. Guru memberi kebebasan. Mahu melihat dulu, silakan. Tidak mahu, tidak mengapa.

Dan abang memilih untuk tidak melihat. Kenapa?

Eh, kamu masih tegar dengan soalan asal? Begini, bekas kekasih abang dulu sangat cantik. Abang takut perasaan abang diganggu oleh godaan perbandingan. Takut-takut, bakal isteri tidak secantik kekasih lama. Jadi abang tekad, nikah terus tanpa melihat wajahnya.

Saya terkesima sebentar dan dengan pantas saya bertanya kembali, “Tetapi abang akan terpaksa juga membuat perbandingan setelah bernikah bukan? Setelah nikah, abang akan melihat wajahnya. Dan ketika itu mahu tak mahu godaan perbandingan akan datang juga.

Sekali lagi dia senyum. Matanya bersinar-sinar dengan keyakinan. Jauh di lubuk hati, saya mengakui, dia memang bercakap dari hatinya.

Amat jauh bezanya antara membandingkan wanita lain dengan bakal wanita yang akan kita nikahi dengan wanita yang telah kita nikahi…

Pendek dia menjawabnya, namun terus menusuk ke hati saya. Tanpa saya pinta dia menyambung, “Apabila seorang wanita telah kita nikahi dengan sah, dialah wanita yang diamanahkan oleh Allah untuk kita bimbing dan pimpin menuju syurga. Nasib kita dunia dan akhirat sangat berkait rapat dengannya. Dia adalah jodoh yang ditakdirkan buat kita. Dialah wanita yang pasrah dan menyerah kepada kita atas nama Allah. Pada waktu itu, bagaimanapun keadaan wajahnya, siapa pun dia, sudah menjadi soal kedua.


Cantik Itu Relatif dan Subjektif

Abang tidak takut, kalau tiba-tiba wajah atau keadaannya tidak serasi dengan cita rasa abang? Maksudnya, er… er… kita masih manusia bukan?” saya menduga hatinya.

Dia ketawa tiba-tiba.

Ya, kita masih manusia. Tetapi kita bukan sekadar manusia. Kita hamba Allah dan khalifah. Isteri ialah teman kita untuk memikul amanah dua misi berat itu. Untuk melaksanakannya, kita bukan hanya perlukan kecantikan seorang wanita, tetapi ilmunya, akhlaknya, sifat pengorbanannya dan kesetiaannya.

Jadi, untuk itu kecantikan tidak penting?

Semua yang datang daripada Allah ada kebaikannya. Namun ingat, Allah lebih tahu apa yang baik untuk kita berbanding kita sendiri. Sesiapa yang tekad menjadi hamba Allah dan khalifah, pasti tidak akan dikecewakan-Nya. Orang yang baik berhak mendapat yang baik, bukan begitu?

Bukan yang cantik?” jolok saya lagi.

Cantik itu relatif dan sangat subjektif. Beauty is in the eye of the beholder, bukankah begitu? Cita rasa manusia tentang kecantikan tidak sama. Malah ia juga berubah-ubah mengikut masa, usia dan keadaan. Tetapi yang baik itu mutlak dan lebih kekal sifatnya,” balasnya dengan yakin.

Maksud abang?

Dia diam. Termenung sebentar. Mungkin mencari-cari bahasa kata untuk menterjermahkan bahasa rasa.

Kecantikan seorang wanita tidak sama tafsirannya. Orang budiman dan beriman, menilai kecantikan kepada budi dan akhlak. Pemuja hedonisme dan materialisme hanya fokus kepada kecantikan wajah dan daya tarikan seksual.

Ketika saya ingin menyampuk, dia menambah lagi, “Cantik juga relatif mengikut keadaan. Jelitawan sekalipun akan nampak hodoh dan membosankan apabila asyik marah-marah dan merampus. Sebaliknya, wanita yang sederhana sahaja wajahnya akan nampak manis apabila sentiasa tersenyum, sedia membantu dan memahami hati suami.

Oh, betul juga tu!” kata saya. Teringat betapa ada seorang kenalan yang sering mengeluh tentang isterinya, “Sedap di mata tetapi sakit di hati…”


Wasilah Memilih Jodoh

Bagaimana sebaik selepas berkahwin? Tak terkilan?” ujar saya dengan soalan nakal.

Memang dari segi kecantikan, isteri abang sekarang biasa-biasa sahaja.

Maksudnya yang dulu lebih cantik?

Kamu ni, fikirannya masih berkisar dan berlegar-legar di situ juga. Ingat, yang biasa-biasa akan jadi luar biasa cantik apabila makin lama kita bersama dengannya. Itulah pengalaman abang. Hari ke hari, kecantikan isteri semakin terserlah. Entahlah, apa yang Allah ubah. Wajah itu atau hati ini?

Wah, dia seakan berfalsafah! Kata-katanya punya maksud yang tersirat.

Apa kaitannya dengan hati?” layan lagi. Ingin saya terus mencungkil mutiara hikmah daripadanya.

Kalau hati kita indah, kita akan sentiasa melihat keindahan. Sebaliknya kalau hati rosak, keindahan tidak akan ketara, sekalipun sudah tampak di depan mata. Atau kita mungkin akan mudah bosan dengan apa yang ada lalu mula mencari lagi. Percayalah, orang yang rosak hatinya akan menjadi pemburu kecantikan yang fatamorgana!

Ah, tentu dia bahagia kini!’ bisik hati saya sendiri.

Apa panduan abang jika semua ini ingin saya tuliskan?

Pilihlah jodoh dengan dua cara. Pertama, jadilah orang yang baik. Insya-Allah, kita akan mendapat jodoh yang baik. Kedua, ikutlah pilihan orang yang baik. Orang yang baik akan memilih yang baik untuk jadi pasangan hidup kita.


Jadi Orang Baik dan Pilihan Orang Baik

Tapi bang, ramai yang menolak kaedah kedua. Kata mereka, mana mungkin kita menyerahkan hak kita memilih jodoh sendiri kepada ibu bapa, guru atau individu-individu lain sekalipun mereka orang yang baik-baik.

Tak mengapa. Kalau begitu, cuna cara pertama, jadilah orang yang baik.

Itu susah bang. Bukan mudah hendak menjadi orang yang baik. Ia satu proses yang panjang dan sukar menentukan apakah kita sudah jadi orang yang baik atau belum.

Abang tersenyum lantas berkata, “Kamu menyoal bagi pihak orang lain bukan?

Saya diam. Dalam senyap saya akui, inilah soalan yang sering diajukan oleh para remaja di luar sana.

Kedua-dua cara itu boleh dijalankan serentak. Maksudnya, jika kita berusaha menjadi orang yang baik, insya-Allah, Allah akan kurniakan kita jodoh yang baik melalui pilihan orang baik. Ataupun kita berusaha menjadi orang yang baik sambil mencari orang yang baik sebagai jodoh, dan nanti pilihan kita itu direstui oleh orang yang baik!

Wah, kedengaran berbelit-belit ayatnya, namun jika diamati ada kebenarannya.

Tetapi ada juga mereka yang menolak pilihan orang yang baik bukan?

Kerana mereka bukan orang baik,” jawabnya pendek.

Bukan, bukan begitu. Bolehkah terjadi orang baik menolak pilihan orang yang baik?

Ya, tidak mengapa. Tetapi mereka tetap menolaknya dengan cara yang baik. Itulah yang terjadi kepada seorang wanita yang bertanyakan haknya untuk menerima atau menolak jodoh yang dipilih oleh ibu bapanya kepada Rasulullah s.a.w.

Apa hikmah di sebalik kisah itu bang?

Kita boleh melihat persoalan ini dari dua dimensi. Pertama, mungkin ada anak-anak yang tidak baik menolak pilihan ibu bapa yang baik. Hikmahnya, Allah tidak mengizinkan orang yang baik menjadi pasangan orang yang tidak baik. Bukankah Allah telah berjanji, lelaki yang baik hanya untuk wanita yang baik dan begitulah sebaliknya?

Saya terdiam. Benar-benar tenggelam dalam fikiran yang mendalam dengan luahan hikmah itu.


Jodoh Urusan Allah

Dan mungkin juga anak itu orang baik tetapi ibu bapanya yang tidak baik itu memilih calon yang tidak baik sebagai pasangannya. Maka pada waktu itu syariat membenarkan si anak menolak pilihan ibu bapanya. Ya, itulah kaedah Allah untuk menyelamatkan orang baik daripada mendapat pasangan hidup yang jahat.

Bagaimana pula jika anak itu baik, dan ibu bapanya pun baik serta calon pilihan ibu bapanya juga baik, tetapi urusan pernikahan masih terbengkalai. Apa maknanya?” tanya saya inginkan penjelasan muktamad.

Itulah takdir! Mungkin Allah menentukan ‘orang baik’ lain sebagai jodohnya. Sementara orang baik yang dicadangkan itu telah Allah tentukan dengan orang baik yang lain pula!

Tiba-tiba saya teringat bagaimana Hafsah yang dicadangkan untuk menjadi calon isteri Sayidina Abu Bakar oleh ayahnya Sayidina Umar tetapi ditolak. Akhir Hafsah bernikah dengan Rasulullah s.a.w. Kebaikan sentiasa berlegar-legar dalam kalangan orang yang baik!

Jodoh itu urusan Allah. Sudah dicatat sejak azali lagi. Tetapi prinsipnya tetap satu dan satu itulah yang wajib kita fahami. Orang yang baik berhak mendapat jodoh yang baik. Cuma sekali-sekala sahaja Allah menguji orang yang baik mendapat pasangan hidup yang jahat seperti Nabi Lut mendapat isteri yang jahat dan Asiyah yang bersuamikan Firaun laknatullah.

Apa hikmahnya kes yang berlaku sekali-sekala seperti itu?

Eh, abang bukan pakar hikmah! Tetapi mungkin Allah hendak meninggikan lagi darjah dan darjat orang baik ke tahap yang lebih tinggi.

Hikmah untuk kita?

Jika takdirnya pahit untuk kita, terimalah sebagai ubat. Katalah, kita sudah berusaha menjadi orang yang baik dan kita telah pun bernikah dengan pilihan orang yang baik, tetapi jika takdirnya  pasangan kita bermasalah… bersabarlah. Katakan pada diri bahawa itulah jalan yang ditentukan oleh Allah untuk kita mendapat syurga. Maka rebutlah pahala sabar dan redha seperti Nabi Lut dan Nabi Ayyub atau kesabaran seorang isteri bernama Siti Asiah.

Tok, tok, tok. Tiba-tiba pintu bilik tulis saya diketuk. Wajah watak “abang bayangan” saya pergi tiba-tiba. Tersedar saya daripada lamunan yang panjang. Wajah isteri terserlah di sebalik pintu. Sebalik melihatnya terdetak dalam hati sendiri, apakah aku telah menjadi insan yang baik untuk memperbaikinya?

Ah, hati dilanda bimbang mengingatkan makna satu ungkapan yang pernah saya tulis dahulu: “Yang penting bukan siapa isterimu semasa kau nikahinya, tetapi siapa dia setelah menikah denganmu. JAdi, janji Allah tentang lelaki yang baik untuk wanita yang baik bukan hanya berlaku pada awal pernikahan, tetapi di pertengahannya, penghujungnya malah sepanjang jalan menuju syurga!”

Petikan : Ustaz Pahrol

SEMPURNAKAN AKHLAK


Pemuda-Pemudi Islam harapan!

Kalian harapan watan, selaku pewaris yang mencontohi setiap langkah anbia. Berilah perhatian serius kepada usaha memperelok akhlak. Justeru diri kalian menjadi contoh dalam usaha mengajak remaja lain kepada kebenaran. 

Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud, “Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak mulia.”

Sayidatina Aisyah r.a. apabila ditanya bagaimana tentang akhlak Rasulullah SAW, beliau menjawab: “Akhlak Rasulullah adalah al-quran.”

Sehubungan dengan itu juga, Allah SWT berfirman dalam surah Al-Qalam ayat 4 yang bermaksud, “Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung.”


Membangun Akhlak Al-Quran

Dalam catatan sejarah Islam, Rasulullah SAW dan para sahabatnya biasa disebut sebagai “al-quran yang berjalan.” Ini bermaksud daripada peribadi baginda dan para sahabatnya terserlah pengaruh dan kesan didikan al-quran. Rasulullah SAW dengan bimbingan wahyu Allah melalui mukjizat al-quran telah berjaya membentuk satu generasi yang bersih hati dan pemikirannya. Juga murni pegangan dan perjalanan hidupnya di atas landasan Ilahi dan bebas dari sebarang unsur yang menyimpang. Semuanya tertumpu kepada panduan al-quran dan hadis. Di situlah sumber kekuatan yang telah menghasilkan sejarah gemilang untuk seluruh umat.

Generasi tersebut yang diberi jolokan “generasi al-quran yang unik” berjaya memiliki akhlak unggul kerana mereka mengambil al-quran sebagai rujukan dengan sepenuh hati. Ikhlas menerima perintah Allah yang terkandung di dalam al-quran dan bersungguh-sungguh menzahirkannya dalam amal perbuatan. Juga benar-benar meyakini al-quran sebagai pemisah di antara hak dan batil.
 
Anak-anakku,

Dalam usaha kita mencontohi akhlak dan budi pekerti Rasulullah SAW, sewajarnya kita mengambil didikan al-quran sepertimana yang dilakukan oleh barisan sahabat baginda yang mengamalkan dasar “belajar untuk melaksanakan terus” bukan sekadar “belajar untuk mengetahui” sahaja. 

Semoga dengan itu secara beransur-ansur kita mampu melatih diri untuk menerapkan akhlak mulia yang telah Rasulullah SAW laksanakan:

  • Jujur – berlaku benar dalam perbuatan dan tidak berdusta dalam perkataan. Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya kejujuran itu akan menghantar kepada kebajikan, dan kebajikan itu akan menghantar ke syurga. Dan seseorang sentiasa berkata benar dan jujur hingga tercatat di sisi Allah sebagai orang yang benar dan jujur. Dan sesungguhnya dusta membawa kepada kejahatan, yang akhirnya akan menghantar ke dalam neraka. Dan seseorang sentiasa berdusta hingga dicatat di sisi Allah sebagai pendusta.” (HR Bukhari dan Muslim)
  • Malu – yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW ialah malu dalam melakukan sebarang bentuk keburukan. Di samping itu merasai Allah sentiasa memerhati dan mengetahui setiap perlakuan hamba-hamba-Nya. Apabila perasaan malu berada dalam sesuatu hal dan keadaan, ianya akan menambah baik semuanya.
 
  • Dermawan – berinfaq dan bersedekah di jalan Allah dengan hati yang ikhlas, Allah hitung sebagai pinjaman yang akan dibayar dengan ganjaran berlipat kali ganda. Sepertimana maksud firman Allah, “Siapakah yang mahu meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, maka Allah akan melipatgandakan (balasan) pinjaman itu untuknya, dan dia akan memperoleh pahala yang banyak. (QS Al-Hadid: 11)
 
  • Adil dan Saksama – berlaku adil dalam semua keadaan dan terhadap semua manusia, merangkumi kawan dan lawan maupun orang-orang kafir. Ini bertepatan maksud firman Allah, Dan apabila kamu berkata, maka hendaklah kamu berlaku adil meskipun ia adalah kerabatmu, dan penuhilah janji Allah yang demikian itu diperintahkan Allah kepadamu agar kamu ingat.” (QS Al-An’am:152)
 
  • Menepati Janji – “Hendaklah kamu menepati janji, sesungguhnya manusia itu akan dipertanggungjawabkan tentang janjinya.” (QS Al-Isra’: 34)
 
  • Sabar – bersabar dalam melakukan ketaatan, bersabar meninggalkan maksiat dan bersabar menghadapi takdir Allah. Dengan bersabar, seseorang akan menjadi orang yang baik dan sentiasa berbuat baik.
 
  • Saling Bantu-Membantu – dalam melakukan kebaikan dan taqwa. Sepertimana maksud firman Allah, “Tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan taqwa, dan janganlah tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah.
 
  • Bersifat Kasih-Sayang Sabda Rasulullah SAW, “Perupamaan orang-orang yang beriman dalam berkasih sayang dan tolong-menolong adalah laksana satu tubuh. Apabila menderita salah satu anggota tubuh, maka seluruh tubuhnya turut berjaga dan merasakan sakitnya.
 
  • Kuat dan Tabah – Mukmin yang kuat adalah lebih Allah sukai daripada mukmin yang lemah. Sedapatnya mesti sentiasa berusaha memperoleh kebaikan dan elakkan dari merasa lemah. Jangan menjadi “pak turut”, hanya mengikuti kebanyakan manusia. Sekiranya manusia lain dalam kebaikan, hendaklah dicontohi. Namun sekiranya wujud suasana kejahatan, hendaklah menjauhi kejahatan yang berlaku.
 
Perlu juga diketahui, sistem akhlak Islam bersifat syumul (menyeluruh) dan lengkap. Ini bermaksud akhlak Islam itu luas merangkumi tabiat individu, masyarakat dan negara. Setiap Muslim diwajibkan mematuhi dan memelihara akhlak Islam kerana ianya tertakluk kepada larangan dan perintah. Setiap pelanggaran terhadap perintah Allah diancam dengan seksa dan azab. Manakala bagi yang mematuhi sistem akhlak Islam akan beroleh ganjaran dan pahala. Semua ini untuk menjamin kesejahteraan hidup insan, kerana Islam juga bersifat universal.


Petikan : Ummu Anas

Tuesday, February 1, 2011

Penulisan Dalam Agama - Kenali Penulisnya Dahulu

Kepada mereka yang gemar membeli dan membaca buku-buku agama, ia merupakan satu sikap yang amat baik dan patut diteruskan. Namun untuk memantapkan lagi pembacaan, pembaca perlu berhati-hati dalam memilih bahan bacaan yang ingin dimiliki. Di antara perkara yang perlu dititikberatkan ialah - mengenali penulisnya terlebih dahulu.

Ini kerana terdapat sebahagian buku bacaan dalam bidang yang berkaitan ilmu-ilmu Islam ditulis oleh penulis yang tidak diketahui latar belakangnya malah sejauh mana penguasaannya dalam aspek yang ditulisnya itu.

Terdapat sebahagian buku yang langsung tidak diketahui identiti sebenar penulisnya. Ini amat menyedihkan kerana pembaca bukan sekadar tidak tahu latar belakangnya malah nama penuhnya juga tidak dinyatakan.

Sebahagian buku pula menyatakan penulisnya dengan nama penuh tetapi tidak dapat dikenal pasti pula apakah latar belakang pengajian penulis dengan lebih lanjut. Ini juga sedikit sebanyak menimbulkan kerisauan apakah penulisan itu penulisan yang diyakini datang dari penulis yang mengetahui atau tidak.

Manakala buku-buku agama yang lain pula kita dapati ditulis oleh mereka yang diketahui latar belakangnya. Buku-buku sebegini pula boleh kita bahagikan kepada 2 bahagian:

1-Penulis yang mempunyai latar belakang pendidikan agama yang melayakkan dirinya menulis tentang agama.

2- Penulis yang mempunyai latar belakang yang tidak berkaitan dengan ilmu-ilmu Islam.

Saya tidaklah ingin menasihatkan pembaca supaya 'jangan membaca' buku daripada penulis bahagian kedua iaitu yang tidak ada latar belakang ilmu Islam, tetapi nasihat saya ialah - berhati-hati dan buatlah perbandingan dengan buku lain. Mengapa saya nasihatkan demikian? Kerana beberapa sebab:

Pertama, penulis yang tidak ada latar belakang khusus berkaitan agama sebenarnya terdedah kepada pelbagai kesilapan kerana tidak ada gambaran umum tentang apa yang ditulisnya. Malah terkadang kita dapati penulis sebegini akan banyak membuat salinan dan memindahkan maklumat daripada buku-buku lain. Maka dalam hal ini, penulis ibarat penyusun semata-mata.

Kedua, terbukti dalam sebahagian daripada buku yang saya temui ditulis oleh mereka yang tidak ada latar belakang pengajian agama secara khusus - mereka melakukan kesilapan dalam mengetengahkan fakta. Kesilapan yang dilakukan berpunca - antaranya ialah - kerana menggunakan buku terjemahan disebabkan mereka tidak mampu merujuk buku rujukan asal yang dicetak dalam Bahasa Arab, membuat rujukan yang terhad kepada satu atau dua buku semata-mata dan lain-lain sebab.

Saya akhiri dengan satu pernyataan mudah untuk difahami oleh sesiapa sahaja -


"kalaulah seorang yang mempunyai pengkhususan dalam bidang agama pun BERKEMUNGKINAN melakukan kesilapan dalam penulisan, apatah lagi mereka yang TIDAK ada kelulusan khusus....bayangkan pula mereka yang langsung TIDAK DIKENALI".

Maka berhati-hatilah dalam memilih bahan bacaan berkaitan ilmu-ilmu Islam.

Selamat membaca. 



Petikan : http://alitantawi.blogspot.com

Thursday, January 27, 2011

Ilmu dan Thaqofah




Assalamualaikum wbt,

Apa khabar? Kalau yang demam tu kuat-kuatkan badan, yang takut tu kuat-kuatkan semangat, yang lemah tu kuat-kuatkan rohani dan jasmani. Semoga kita tergolong dalam golongan mukmin yang disabdakan oleh Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam. [Mafhum Hadith Riwayat Muslim : Seorang mukmin yang kuat itu baik dan lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah].

Hehe, dah terlalu jarang update blog ni. Dah banyak betul sarang-sarang yang boleh dijumpai, bila la agaknya nak bertukar sarang baru ye. Hihi. Oklah, kali ini ana nak bawa apa yang pernah ana 'post'kan di Facebook ke sini. Mungkin boleh dijadikan pengajaran bersama walau sedikit. Ingat, kadang yang banyak itu belum tentu dapat mengubah, dan kadang yang sedikit itu adalah punca segala perubahan. Hehe.

Teringat ketika membeli kitab di 'Abdali baru-baru ini, naik teksi dan berbual-bual dengan pemandu teksi. Teksinya tidaklah secantik teksi golongan muda [buruk sikit kot... hehe] tapi ok la sebab semua teksi lain sarat dengan penumpang, kitab pula berat... hik3


Oleh kerana perjalanan nak sampai ke Sweileh tu agak mengambil masa, maka banyak jugalah perkara yang dibualkan. Tapi isi pentingnya semua berkaitan dengan Ilmu, pengalaman dan budaya.

Mula-mula pak cik tu cakap la 'Tidak ada guna ilmu tanpa Thaqofah, thaqofah itu yang paling penting dalam hidup ini.' Hehe... punyalah semangat pak cik tu cakap macam nak bagi pidato kat orang ramai je.


Selepas itu dia bercerita pula mengenai kepentingan thaqofah dalam hidup ini. Orang yang sudah berpengalaman tidak akan sama dengan orang yang tidak berpengalaman meskipun mempunyai ilmu yang sama taraf, sama tinggi atau di bawah bumbung yang satu.


Ana pun mencelah la sedikit, 'Tapi bagi saya pak cik, ilmu dan thaqofah itu sama penting.' Kemudian baru la dia betulkan ayat dia tadi. Dia pula berkata, 'Ye, Ilmu dan thaqofah saling memerlukan antara satu sama lain. Berilmu sahaja tanpa thaqofah tiada gunanya, begitu juga thaqofah sahaja tanpa ilmu.'

Hehe... sebenarnya ana nak sentuh mengenai bab itu sahaja, Ilmu tanpa thaqofah dan thaqofah tanpa ilmu. Keduanya saling lengkap melengkapi, tidak boleh dipisahkan.


So, grab the opportunity ok!


Dah sampai di Sweileh, fursoh sa'idah pak cik. Hik3



Huk3..... Macam mana? Biasa je? Hehe... Tidak mengapa, kata seorang sahabat ana : 'Kadang-kadang yang biasa itu menjadi luar biasa'. Tak pelik bukan, kata-kata yang banyak kali kita dengari, tapi dalam beberapa ketika kita sendiri yang tidak mempercayainya. Jawapannya 'Tanyalah Dirimu'. Hik3

Oklah, cukuplah sekadar ini sahaja pada kali ini, andai dipanjangkan hayat, dimurahkan rezeki dan dikurniakan semangat insya-Allah kita akan bertemu lagi pada masa akan datang, dengan syarat 'Jangan sesekali berputus asa daripada rahmat Allah. OK!'.

Barakallahu fiikum, wassalam.
wanabdbaith. Powered by Blogger.

Visitor

free counters