Thursday, February 24, 2011

بطاقات المسابقات


Keputusan Al-Majami' Al-Fiqhiyyah

Perkara berkaitan dengan pertandingan dari segala aspek dan bentuk adalah merupakan salah satu daripada masalah yang timbul pada masa sekarang, bahkan ia merupakan salah satu daripada perkara baru yang perlu dititik beratkan kerana ia telah memasuki setiap ceruk rumah ummat Islam, juga betapa ramai manusia yang berfikir untuk mengaut keuntungan dengan cepat, mendapat kekayaan dengan cara yang tidak betul, memasuki alam manusia mewah atau menuntut kemasyhuran. Telah kita ketahui bahawa untuk menyertai sesuatu pertandingan bukanlah susah, dengan hanya mengangkat telefon, memilih nombor-nombor tertentu, menghantar surat, huruf dan seumpamanya daripada ciptaan-ciptaan baru dalam ilmu pasaran, harta dan pekerjaan. Oleh yang demikian itu, didatangkan perbincangan Majma' Al-Fiqh Al-Islami mengenainya serta diletakkan beberapa garis panduan sebagaimana yang akan disebut di bawah : _


Keputusan No 127 (14/1)
Isu Kad-kad Pertandingan

Majlis Majma' Al-Fiqh Al-Islami Ad-Dauli mengisukan dalam Muktamar Al-Islami kali ke-14 di Doha, Qatar bermula 8 Zulhijjah 1423 bersamaan 11-16 Januari 2003, selepas penelitian yang dilakukan ke atas kajian-kajian yang ada dengan tajuk yang khusus 'Kad-kad Pertandingan', dan juga selepas mendengar perbincangan sekitarnya mengeluarkan keputusan sebagaimana berikut : _

(Gambar hiasan)


Pertama : Takrif Pertandingan

المسابقة هي المعاملة التي تقوم على المنافسة بين شخصين فأكثر في تحقيق أمر أو القيام به بعوض جائزة, أو بغير عوض

Pertandingan ialah muamalah persaingan yang dilakukan oleh dua orang atau lebih dalam mencapai sesuatu perkara atau melaksanakan sesuatu dengan mendapat balasan hadiah atau tanpanya.




Kedua : Pertandingan yang dibolehkan
  1 - المسابقة بلا عوض مشروعة في كل أمر لم يرد في تحريمه نص ولم يترتب عليه ترك واجب أو فعل محرم

1) Pertandingan yang diadakan tanpa sebarang tukar ganti adalah dibenarkan dalam keseluruhan aspek yang tiada dalil pengharamannya sebarang nas juga tidak menyebabkan meninggalkan perkara wajib atau melakukan perkara haram.


2 - المسابقة بعوض جائزة إذا توفرت فيها الضوابط الآتية :

2) Pertandingan yang memerlukan kepada tukar ganti adalah dibenarkan selagimana menepati peraturan-peraturan berikut :

 أن تكون أهداف المسابقة ووسائلها ومجالاتها مشروعة  -
- Hendaklah objektifnya, caranya dan ruang lingkupnya menepati syara'.

Contoh :
Objektif : Menambahkan ilmu pengetahuan dll.
Cara : Iklan, TV, radio, majalah, akhbar dll.
Ruang Lingkup : Thaqofah, Ilmiah dan Riadhah.

أن لا يكون العوض فيها من جميع المتسابقين  -
- Tidaklah tukar ganti itu daripada keseluruhan peserta.

Contoh :
Jika kamu dapat mendahului aku, aku akan hadiahkan kepada kamu RM100 atau aku akan belanja kamu, tetapi jika aku mendahului kamu maka kamu tidak perlu melakukan apa-apa untukku. [Ini dibolehkan]

أن تحقق المسابقة مقصدا من المقاصد المعتبرة شرعا  -
- Hendaklah tujuan pertandingan itu tujuan yang diiktiraf syara'.

Contoh :
Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk mengelakkan silaturrahim, menguji minda dan sebagainya. [Dibenarkan]

 أن لا يترتب عليها ترك واجب أو فعل محرم  -
- Tidaklah dengannya menyebabkan meninggalkan perkara wajib atau melakukan perkara haram.

Contoh :
Apabila tiba waktu solat, solat diabaikan dan pertandingan diteruskan sehinggalah habis waktu solat atau peserta diarahkan untuk mencuri dan lain-lain. [Tidak dibenarkan]


(Gambar hiasan)


ثالثا : بطاقات المسابقات التي تدخل قيمتها أو جزء منها في مجموع الجوائز لا تجوز شرعا لأنها ضرب من ضروب الميسر
Ketiga : Kad pertandingan yang keseluruhan nilainya atau sebahagian nilainya dimasukkan ke dalam hadiah-hadiah adalah tidak dibenarkan syara' kerana ianya sebahagian daripada judi.

Contoh :
Karim membeli kad pertandingan atau membayar yuran pertandingan sebanyak RM5, hadiah yang disediakan adalah RM100,000. Daripada RM5 yang dibayar oleh Ahmad, RM3 (atau keseluruhannya) akan digunakan untuk membayar hadiah pemenang.

[Ini tidak dibenarkan syara' kerana mengandungi unsur riba, judi dan memakan harta manusia secara batil.]








رابعا : المراهنة بين طرفين فأكثر على نتيجة فعل غيرهم في أمور مادية أو معنوية حرام; لعموم الآيات والأحاديث الواردة في تحريم الميسر
Keempat : Wang taruhan antara dua pihak atau lebih yang dipertaruhkan atas perbuatan orang lain dalam kebendaan atau abstrak adalah haram; berdasarkan keumuman ayat Al-Quran dan hadith yang termaktub akan pengharaman judi.

Contoh :
Ziyad bertaruh akan pasukan Manchester kesayangannya manakala sahabatnya pula menyokong pasukan lawan, jika pasukan Manchester menang sahabatnya akan memberi RM100 atau membelanjanya, begitu juga jika pasukan lawan yang menang Ziyad kena memberi hadiah yang sama kepada sahabatnya.


[Tidak dibenarkan oleh syara'.]




(Gambar hiasan)


خامسا : دفع مبلغ على المكالمات الهاتفية للدخول في المسابقات غير جائز شرعا إذا كان ذلك المبلغ جزء منه يدخل في قيمة الجوائز منعا لأكل أموال الناس بالباطل
Kelima : Membayar sejumlah wang atas percakapan telefon untuk menyertai pertandingan-pertandingan adalah tidak dibenarkan oleh syara' jika wang tersebut (atau sebahagian daripada wang tersebut) dimasukkan ke dalam nilai hadiah berikutan larangan memakan / mengambil harta orang dengan cara batil.

Contoh :
Faizah menghubungi (atau menghantar mesej) stesen televisyen untuk menjawab soalan yang diajukan bagi memenangi hadiah, Faizah mengetahui bahawa setiap minit perbualannya akan dikenakan caj sebanyak dua kali ganda berbanding telefon biasa.
Wang keuntungan daripada caj yang dikenakan itu sebahagiannya akan diambil oleh syarikat telefon, manakala sebahagian yang lain akan diberikan kepada syarikat yang menganjurkan pertandingan tersebut bagi membayar hadiah.

[Tidak dibenarkan syara' kerana caj yang dikenakan itu termasuk ke dalam nilai hadiah yang disediakan walaupun sedikit. Juga padanya mengambil harta manusia secara batil. Adapun jika tidak mengetahui dari manakah sumber hadiah tersebut, maka seharusnya diambil langkah berjaga-jaga dengan tidak menyertainya.]




سادسا : لا مانع من استفادة مقدمي الجوائز من ترويج سلعهم فقط - دون الاستفادة المالية - عن طريق المسابقات المشروعة شريطة أن لا تكون قيمة الجوائز أو جزء منها من المتسابقين, وأن لا يكون في الترويج غش أو خداع أو خيانة للمستهلكين
Keenam : Tidak mengapa bagi penyumbang sesuatu hadiah untuk mengambil faedah memperkenalkan barangan mereka -kecuali faedah duit- daripada pertandingan yang dianjurkan dengan syarat hadiah tersebut bukanlah diambil daripada duit (atau sebahagian duit) peserta serta jangan pula dengan promosi yang dilakukan itu mengandungi tipudaya atau unsur khianat kepada pengguna.


Contoh :
Syarikat A menyumbangkan barangan daripada syarikatnya kepada pemenang yang berjaya memenangi pertandingan tersebut. Dengannya, syarikat A kini dikenali ramai orang.

[Dibenarkan syara' dengan syarat-syarat yang dinyatakan di atas.]








سابعا : تصاعد مقدار الجائزة وانخفاضها بالخسارة اللاحقة للفوز غير جائز شرعا
Ketujuh : Naik dan turunnya nilai hadiah berdasarkan kerugian/denda untuk berjaya adalah tidak harus di sisi syara'.


Contoh :
Jika si peserta mampu menjawab soalan ini, maka nilai hadiahnya akan bertambah, jika tidak mampu menjawabnya maka nilai hadiahnya akan menurun.


[Tidak dibenarkan syara'.]




(Gambar hiasan)


ثامنا : بطاقات الفنادق وشركات الطيران والمؤسسات التي تمنح نقاطا تجلب منافع مباحة, جائزة إذا كانت مجانية بغير عوض, وأما إذا كانت بعوض فإنها غير جائزة لما فيها من الغرر
Kelapan : Kad-kad Hotel, Syarikat Penerbangan, organisasi-organisasi yang memberikan sesuatu yang mendatangkan kebaikan adalah harus dan dibolehkan jika ianya secara percuma tanpa sebarang tukar ganti, adapun jika ianya dengan tukar ganti maka tidak dibolehkan kerana terdapat padanya penipuan. 

Contoh :
Syarikat penerbangan B mengadakan promosi kepada pelanggannya, pelanggan yang menggunakan khidmat mereka buat kali ke-5 (atau sekian) akan dihadiahkan dengan perkhidmatan percuma tanpa melakukan apa-apa.

[Dibenarkan syara' dengan syarat ianya adalah percuma.]


Wallahu a'alam.

0 comments:

wanabdbaith. Powered by Blogger.

Visitor

free counters