Monday, December 6, 2010

Cerita di Pagi Hari

(Kredit : Yahoo)



Bismillahirrahmanirrahiim


Assalamualaikum wbt,

Apa khabar saudara saudari di luar sana, gembira? berduka? kecewa? ceria? Apapun hal keadaannya semoga sentiasa diberkati Allah dan mendapat perlindungan dari-Nya.

Pagi ini hujan turun renyai-renyai membasahi bumi Sweileh, Amman, Jordan. Hujan yang dinanti-nanti oleh sekalian penduduk Jordan, manakan tidak kerana ianya adalah satu-satunya sumber air di sini. Musim panas yang berlarutan telah menyaksikan betapa kawasan takungan air menjadi kering kontang dan sebagainya. Ulama' Jordan gelisah memikirkan apakah dosa penduduk Jordan sehingga Allah SWT melewatkan turunnya hujan pada kali ini. Solat istisqa telah beberapa kali di dirikan, meminta kepada Robbul Izzah keampunan dan rahmat dari-Nya, doa qunut juga turut dibaca dalam solat Jumaat, Qaddarallahu wa ma syaa fa'al.

Hari ini ketentuan Allah berlaku sebagaimana perancangan-Nya, hujan turun menaungi bumi ini, semoga ianya memberi rahmat dan bukan azab...

Alkisah, dek kerana hujan, teksi dan pengangkutan ke jamiah amat susah untuk diperolehi, manusia berbondong-bondong mendapatkannya, jalan juga semakin sesak ditambahi dengan kabus yang sederhana tebal menhadkan pandangan mata.

Ku lihat jam di tangan, 10 minit lagi sebelum kelas bermula, 'Macam mana ni, coaster semua penuh, mesti sampai lewat nanti... huhu', kataku di dalam hati. Mulut terkumat-kamit membaca doa meminta pertolongan Allah.


Allahumma la sahla illa ma ja'altahu sahla wa anta taj'alul hazna iza syikta sahla...


Sahabat-sahabat yang lain semua dapat menaiki coaster, tinggal aku dan beberapa orang arab masih menunggu coaster seterusnya, berjalan ke hulu hilir kalau-kalau ada coaster yang sudi mengambilku.

Dalam penungguan, terserempak mak cik dari Sudan, jiran sebelah rumah kami, dia rupanya juga terlewat tambahan lagi dia mempunyai peperiksaan pada hari ini. Seketika kemudian, datang sebuah teksi yang kosong, mak cik tersebut menahannya dan bertanya kepadaku adakah aku hendak ke jamiah, diajaknya aku untuk naik teksi tersebut sekali dengannya. Masya-Allah, rasa bersyukur bukan kepalang, mana taknya, dalam keadaan semua coaster penuh, teksi tidak mahu ambil, datang pertolongan daripada Allah tanpa disangka-sangka. Ku berdoa dalam hati kepada mak cik tersebut, semoga Allah memberkatinya atas pertolongan dan mendapat kejayaan dalam peperiksaannya. Barakallahu fiiha.

Sebenarnya aku agak terkesima, gaya bahasanya amat menarik perhatianku menyebabkan aku hanya terdiam apabila mak cik tersebut bercakap dengan pemandu teksi, kadang tersenyum dan tak mampu untuk berkata apa-apa, mungkin ini kelebihan orang Sudan kot, kataku dalam hati lagi. Sebelum turun daripada teksi, mak cik itu berpesan supaya berhati-hati sebab jalan licin, dan belajar baik-baik. Kuucapkan terima kasih atas kebimbangannya, sungguh mengharukan hatiku... huk3

Sesampainya di jamiah, jam sudah menunjukkan pukul 8.05 pagi, sudah terlewat lima minit, adeih... hihi Nak buat macam, dah nasib badan, hehe...

Itu sahaja ceritanya pada pagi ini, bercerita mengenai jasa baik mak cik Sudan. Sungguh ku berharap semoga Allah merahmatinya... ^^,

Saturday, December 4, 2010

قلم الرصاص































kredit : http://www.facebook.com/album.php?aid=2101818&id=1288300424

Syeikh Abu Bakar Asy-Syatiri







Thursday, October 28, 2010

Memberi

Assalamualaikum wbt,


Alhamdulillah segala puji dan syukur kepada Allah Tuhan Sekalian Alam, sungguh tiada keupayaan pada diri ini tanpa-Mu Ya Allah. Selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam, salam rindu dan kasih dariku insan yang mengharapkan syafaatmu di akhirat kelak.

Membiasa diri untuk MEMBERI daripada MENERIMA.

Sudah agak lama tidak berblog agaknya, janggal terasa untuk meng'update' blog ini hehe...

Apapun, bukanlah untuk mengatakan diri ini sibuk tapi boleh dikatakan 'Bajet Sibuk' (meminjam istilah di Bayt A'zab) hehe... Kerana ku sedar, masih banyak waktu kosong yang terluang, dan seorang yang benar-benar sibuk sudah tentu jadual sehariannya padat dengan perkara-perkara berguna dan bermanfaat.

Pantas masa berlalu, musim exam dah semakin mendekati [minggu depan dah mula exam]... Dekat 3 tahun sudah ku berada di bumi Jordan ini, singkatnya. Ilmu? Banyak terasa kosong di dada ini, perlu diisi dengan segera, tidak punya banyak masa untuk dibuang. Malas? Musuh setiap manusia, yang malas sentiasa ke belakang, ketinggalan dan ditinggalkan. Buat Silap? Tidak pernah lari dari diri manusia, yang berubah itu maju, yang menolak mentah-mentah itu lari. Ya Allah, thabatkan diriku agar sentiasa tabah, cekal dan tidak mensia-siakan waktu yang ada.



Peganglah Si Matahari

Datang seorang lelaki kepada 'Amir bin 'Amir bin Abdul Qais - Beliau adalah seorang ahli ibadah dan tabi'in yang zuhud -

Berkata lelaki tersebut kepadanya : "Berbuallah denganku."

Berkata 'Amir kepadanya : "Peganglah matahari."

Maksud kalam Ibnu Abdul Qais tersebut ialah : Sesungguhnya matahari itu sentiasa bergerak berjalan, tidak berhenti, bermaksud umur itu tidak berhenti, bagaimana mungkin kamu menghendaki aku untuk berhenti dan berbual denganmu?! [1]



Ok, gambarimasu! Doakan diriku wahai sahabat-sahabat... JANGAN malas, JANGAN leka, JANGAN lena, MASA tidak akan pernah menunggumu! MAUT sentiasa di belakangmu!


[Kredit : Abang Long]




P/s : Tahniah kepada Kak Yana atas kelahiran babygirl semalam, semoga yang Kak Ayu juga dipermudahkan segala urusan... Agar bayi yang lahir menjadi anak yang soleh dan solehah.. Insya-Allah.



[1] Rujukan : Al-Khittah Al-Barraqah, Dr. Solah Al-Khalidi, Darul Qalam

Tuesday, October 19, 2010

Buku

Antara buku-buku yang berjaya dimiliki, alhamdulillah... huhu






Wednesday, October 6, 2010

Kenangan Dengan Dr. Wahbah Zuhayli

Bersama Doktor Wahbah Az-Zuhayli, dua dari kiri.

Saturday, October 2, 2010

Inilah Ujian Buatmu

Assalamualaikum wbt,



Apa khabar ikhwah dan akhawat yang dikasihi, apa khabar adik-adik yang disayangi, apa khabar sahabat-sahabat seperjuangan... Sungguh, ku mengharapkan engkau sentiasa dalam keadaan baik dan dinaungi rahmat, perlindungan serta maghfirah Allah Yang Maha Mengasihani.

Banyak perkara yang berlaku mengiringi kehidupan seharian kita yang sentiasa ke hadapan, tidak sekali-kali berundur walau sedetik.... Subhanallah, ada antara kita yang diuji dengan penyakit, dijuji dengan stress, diuji dengan pelbagai masalah kehidupan.

Membaca berita berkenaan sahabat yang ditimpa ujian kesakitan, doalah yang mampu kuiringi seadanya. Terdengar pula sahabat yang ditimpa masalah kewangan, ku membantu untuk memberi kerana mengerti bahawa itulah kasih sebagaimana sikap senior-seniorku kepadaku.

Ya Allah, aku rindu, rindu kepada sahabat yang mencurahkan kasihnya kerana-Mu, moga sentiasa diberkati Allah.

Ya, ujian-Mu Ya Allah ini penuh hikmah, penuh kenikmatannya, penuh misterinya... pasti, aku pasti bahawa Engkau anugerahkannya kepada mereka dan diriku kerana Engkau lebih mengerti kami mampu memikulnya.

Bersabar, sabar itu indah, sabar itu ketenangan buat jiwamu, sudahkah engkau merasai nikmatnya bersabar itu... tatkala engkau bersabar, terasa akan sakinahnya... Marah? jangan cepat melatah, cuba rehatkan diri, ambil wudhu' dengan merasai kesejukan air whudu', biar terasa olehmu seolah kemarahan itu terkeluar daripada titisan air wudhu' tersebut, kemudian bangkit dan solat. Kepada siapa lagi untuk mengadu selain kepada Allah Yang Agung.

Positif, alangkah susahnya bersikap positif, tanpa sikap positif ke manakah kita. Semua perkara difikirkan negatif, nescaya hilang satu rahmat Allah yang agung kepadamu. Positif kepada manusia itu digalakkan, namun positif kepada Allah itu mesti.


Akhir kalam, aku merinduimu wahai sahabat, bukan kerana dirimu itu yang serba kekurangan, tetapi aku merinduimu kerana cemburuku kepadamu, sungguh sikapmu mendekatkan dirimu kepada Tuhan Si Pencipta, maka itu punca cemburuku. Ingin ku sentiasa bersamamu, merasai kebahagian berTuhan dengan bersahabat. Doaku akan sentiasa mengiringimu... insya-Allah


Wassalam
wanabdbaith. Powered by Blogger.

Visitor

free counters