Saturday, October 2, 2010

Inilah Ujian Buatmu

Assalamualaikum wbt,



Apa khabar ikhwah dan akhawat yang dikasihi, apa khabar adik-adik yang disayangi, apa khabar sahabat-sahabat seperjuangan... Sungguh, ku mengharapkan engkau sentiasa dalam keadaan baik dan dinaungi rahmat, perlindungan serta maghfirah Allah Yang Maha Mengasihani.

Banyak perkara yang berlaku mengiringi kehidupan seharian kita yang sentiasa ke hadapan, tidak sekali-kali berundur walau sedetik.... Subhanallah, ada antara kita yang diuji dengan penyakit, dijuji dengan stress, diuji dengan pelbagai masalah kehidupan.

Membaca berita berkenaan sahabat yang ditimpa ujian kesakitan, doalah yang mampu kuiringi seadanya. Terdengar pula sahabat yang ditimpa masalah kewangan, ku membantu untuk memberi kerana mengerti bahawa itulah kasih sebagaimana sikap senior-seniorku kepadaku.

Ya Allah, aku rindu, rindu kepada sahabat yang mencurahkan kasihnya kerana-Mu, moga sentiasa diberkati Allah.

Ya, ujian-Mu Ya Allah ini penuh hikmah, penuh kenikmatannya, penuh misterinya... pasti, aku pasti bahawa Engkau anugerahkannya kepada mereka dan diriku kerana Engkau lebih mengerti kami mampu memikulnya.

Bersabar, sabar itu indah, sabar itu ketenangan buat jiwamu, sudahkah engkau merasai nikmatnya bersabar itu... tatkala engkau bersabar, terasa akan sakinahnya... Marah? jangan cepat melatah, cuba rehatkan diri, ambil wudhu' dengan merasai kesejukan air whudu', biar terasa olehmu seolah kemarahan itu terkeluar daripada titisan air wudhu' tersebut, kemudian bangkit dan solat. Kepada siapa lagi untuk mengadu selain kepada Allah Yang Agung.

Positif, alangkah susahnya bersikap positif, tanpa sikap positif ke manakah kita. Semua perkara difikirkan negatif, nescaya hilang satu rahmat Allah yang agung kepadamu. Positif kepada manusia itu digalakkan, namun positif kepada Allah itu mesti.


Akhir kalam, aku merinduimu wahai sahabat, bukan kerana dirimu itu yang serba kekurangan, tetapi aku merinduimu kerana cemburuku kepadamu, sungguh sikapmu mendekatkan dirimu kepada Tuhan Si Pencipta, maka itu punca cemburuku. Ingin ku sentiasa bersamamu, merasai kebahagian berTuhan dengan bersahabat. Doaku akan sentiasa mengiringimu... insya-Allah


Wassalam

0 comments:

wanabdbaith. Powered by Blogger.

Visitor

free counters