Monday, December 6, 2010

Cerita di Pagi Hari

(Kredit : Yahoo)



Bismillahirrahmanirrahiim


Assalamualaikum wbt,

Apa khabar saudara saudari di luar sana, gembira? berduka? kecewa? ceria? Apapun hal keadaannya semoga sentiasa diberkati Allah dan mendapat perlindungan dari-Nya.

Pagi ini hujan turun renyai-renyai membasahi bumi Sweileh, Amman, Jordan. Hujan yang dinanti-nanti oleh sekalian penduduk Jordan, manakan tidak kerana ianya adalah satu-satunya sumber air di sini. Musim panas yang berlarutan telah menyaksikan betapa kawasan takungan air menjadi kering kontang dan sebagainya. Ulama' Jordan gelisah memikirkan apakah dosa penduduk Jordan sehingga Allah SWT melewatkan turunnya hujan pada kali ini. Solat istisqa telah beberapa kali di dirikan, meminta kepada Robbul Izzah keampunan dan rahmat dari-Nya, doa qunut juga turut dibaca dalam solat Jumaat, Qaddarallahu wa ma syaa fa'al.

Hari ini ketentuan Allah berlaku sebagaimana perancangan-Nya, hujan turun menaungi bumi ini, semoga ianya memberi rahmat dan bukan azab...

Alkisah, dek kerana hujan, teksi dan pengangkutan ke jamiah amat susah untuk diperolehi, manusia berbondong-bondong mendapatkannya, jalan juga semakin sesak ditambahi dengan kabus yang sederhana tebal menhadkan pandangan mata.

Ku lihat jam di tangan, 10 minit lagi sebelum kelas bermula, 'Macam mana ni, coaster semua penuh, mesti sampai lewat nanti... huhu', kataku di dalam hati. Mulut terkumat-kamit membaca doa meminta pertolongan Allah.


Allahumma la sahla illa ma ja'altahu sahla wa anta taj'alul hazna iza syikta sahla...


Sahabat-sahabat yang lain semua dapat menaiki coaster, tinggal aku dan beberapa orang arab masih menunggu coaster seterusnya, berjalan ke hulu hilir kalau-kalau ada coaster yang sudi mengambilku.

Dalam penungguan, terserempak mak cik dari Sudan, jiran sebelah rumah kami, dia rupanya juga terlewat tambahan lagi dia mempunyai peperiksaan pada hari ini. Seketika kemudian, datang sebuah teksi yang kosong, mak cik tersebut menahannya dan bertanya kepadaku adakah aku hendak ke jamiah, diajaknya aku untuk naik teksi tersebut sekali dengannya. Masya-Allah, rasa bersyukur bukan kepalang, mana taknya, dalam keadaan semua coaster penuh, teksi tidak mahu ambil, datang pertolongan daripada Allah tanpa disangka-sangka. Ku berdoa dalam hati kepada mak cik tersebut, semoga Allah memberkatinya atas pertolongan dan mendapat kejayaan dalam peperiksaannya. Barakallahu fiiha.

Sebenarnya aku agak terkesima, gaya bahasanya amat menarik perhatianku menyebabkan aku hanya terdiam apabila mak cik tersebut bercakap dengan pemandu teksi, kadang tersenyum dan tak mampu untuk berkata apa-apa, mungkin ini kelebihan orang Sudan kot, kataku dalam hati lagi. Sebelum turun daripada teksi, mak cik itu berpesan supaya berhati-hati sebab jalan licin, dan belajar baik-baik. Kuucapkan terima kasih atas kebimbangannya, sungguh mengharukan hatiku... huk3

Sesampainya di jamiah, jam sudah menunjukkan pukul 8.05 pagi, sudah terlewat lima minit, adeih... hihi Nak buat macam, dah nasib badan, hehe...

Itu sahaja ceritanya pada pagi ini, bercerita mengenai jasa baik mak cik Sudan. Sungguh ku berharap semoga Allah merahmatinya... ^^,

0 comments:

wanabdbaith. Powered by Blogger.

Visitor

free counters