Sunday, November 15, 2009

Jadilah Kamu di Dunia Umpama...


عن عبد الله بن عمر رضي الله عنهما قال : أخذ رسول الله صلى الله عليه وسلم بمنكبي فقال

(( كن في الدنيا كأنك غريب أو عابر سبيل)) صحيح البخاري


* * *

Hadith ini menjelaskan kepada Muslim bagaimanakah untuk berhubung dengan dunia, hendaklah menjadi di dunia itu seperti orang yang bermusafir. Dan sesungguhnya perkataan (لو) di sini bukan bermaksud atau tetapi bermaksud 'bahkan', seolah Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda kepada ibnu 'Umar : ((كن في الدنيا كأنك غريب)) , kemudia mendapati 'orang asing' berkemungkinan untuk bermukim di luar daripada negaranya, bahawa ia lebih berkait dengan duni berbanding orang yang bermukim, kemudian Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda : ((أو عابر سبيل)) ; yakni : bahkan jadilah seperti orang yang bermusafir, bukan seperti orang asing.

Tetapi apakah persamaan antara Muslim di dunia dengan 'orang yang bermusafir'? Adakah ia bermaksud mengasingkan diri daripada manusia dan menjauhi mereka? Tidak; bukanlah itu apa yang dimaksudkan daripada hadith, kerana itu Ibnu Umar tidak mengasingkan diri daripada manusia dan begitu juga sahabat-sahabat yang lainnya.

Adapun persamaan tersebut ialah :

1. Sesungguhnya orang yang bermukim di negaranya dan di antara keluarganya bergantung sesuatu kepada ahli keluarganya, anak-anaknya, kaum kerabatnya, kawan-kawannya, dan juga hartanya, tidak merasai dengan perasaan yang mendalam keterhadan keperluannya kepada penjagaan Allah pada setiap masa daripada hidupnya.

Adapun si musafir; dia jauh daripada perkara tersebut, maka kebergantungannya hanya kepada Allah sahaja, hatinya bergantung kepada Allah sekuat-kuatnya dan seerat-eratnya.

Bahkan sesungguhnya orang yang bermukim itu berlainan kebergantungan kepada Allah SWT dari seorang kepada seorang yang lain di atas sebab yang pelbagai; antaranya dari segi pekerjaan yang mereka kerjakan, tidak ragu-ragu bahawa kebergantungan hati kepada Allah seorang pekebun lebih kuat daripada kebergantungan hati seorang pegawai contohnya. Si pekebun berharap kepada Allah agar turunnya hujan yang memadai dan pada waktu tertentu, kemudian berharap keadaan persekitaran yang elok, kemudian berharap agar tiada penyakit atau wabak, seterusnya berharap agar harga yang ditawarkan itu munasabah, begitulah sebagainya... Maka dia sentiasa bergantung kepada Allah, dia melaluinya dalam keadaan demikian dengan usaha dan kepenatannya sepanjang tahun penuh.

Dan tidak diragui bahawa kebergantungan hati seorang pelajar kepada Allah Ta'ala semasa peperiksaan lebih kuat berbanding kebergantungan hatinya pada permulaan sesi pembelajaran.

Maka hadith di atas berbicara : Untuk menjadikan hati kamu amat kuat bergantung kepada Allah; jangan takut kecuali kepada Allah dan jangan berharap sesuatu kepada kebaikan kecuali daripadanya, dan jadikanlah tawakkalmu serta peganganmu kepada-Nya sahaja dan tidak menyekutukan-Nya.

2. Sesungguhnya si musafir tidak mengambil bersama dalam perjalanannya kecuali keperluan yang amat diperlukannya, maka tidak kita dapati bahawa orang yang bermusafir membawa bersamanya semua apa yang terdapat di dalam rumahnya, tidak membawa bilik tidurnya, tidak ruang tamunya, tidak juga dapurnya, bahkan dia tidak membawa semua buku-buku dan pakaian-pakaiannya, kerana jika dia membawa kesemuanya dia tidak akan dapat meneruskan perjalanannya, atau paling kurang ia akan melambatkan perjalanannya.


Begitulah juga Muslim; wajib ke atasnya mengambil daripada dunia apa yang diperlukan untuk berjaya di akhirat, dan hendak dia meninggalkan apa yang melambatkannya dalam menaiki martabat di akhirat, meninggalkan apa yang melambatkannya dalam menaiki martabat tertingi di syurga yang hakiki.

3. Sesungguhnya tidak melihat 'jalan' itu sebagai tujuan dan matlamat, tetapi ia melihatnya sebagai wasilah kepada tujuan dan matlamat, oleh kerana itu dia tidak mengutip atau mengumpul semua apa yang menakjubkannya di sepanjang jalannya umpama pokok, bunga dan batu.

Begitulah juga Muslim; seharusnya berhubung dengan dunia sebagai wasilah, dan tidak melihat kepadanya sebagai tujuan dan matlamat, maka tidak berhak dunia itu menjadi matlamat; kerana ia hanyalah sementara dan bukan kekal.
4. Sesungguhnya si musafir merasai pada setiap detik dan setiap langkahnya bahawa dia semakin menjauhi daripada titik permulaan perjalanannya dan menghampiri titik pengakhiran, jika dia bermusafir dengan keretanya sebagai contoh, maka sesungguhnya dia akan dapat melihat sudah berapa kilometekah dia sudah bermusafir dan berapa yang berbaki sebelum dia menamatkan perjalanannya, jika dia menaiki kapal, dia mengetahui sebanyak sekian waktu telah dia lalui, dan sekian lagi berbaki.

Dan begitulah seterusnya; maka ke atas Muslim untuk merasai dan mengetahui secara berterusan bahawa sesungguhnya dia pada setiap masa menghampiri akhir perjalanannya di dunia ini, sesungguhnya dia makin menghampiri kematian, adapun manusia itu dalam perjalanan kehidupannya mengetahui sebanyak manakah yang telah berlalu, akan tetapi tidak mengetahui berapa banyak yang berbaki, maka jadilah mereka sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi detik kematian, kerana dia tidak mengetahui bilakah kematiannya menjelma.




bersambung...





Petikan :

Kitab Hadyun Nabawi fir Raqaiq oleh Doktor Syaraf Qudhah (m/s : 53 - 55), terbitan Darul Furqan, Jamiah Urduniyyah-Kuliyyah Syariah.

0 comments:

wanabdbaith. Powered by Blogger.

Visitor

free counters