Wahabi Adalah Wahabi
>
> Aku nasihatkan, rujukan kita adalah al-Qur'an dan sunnah Nabi
> Lalu aku dipanggil Wahabi
>
> Aku katakan, hadis hendaklah dipastikan sahih dari Nabi
> Lalu aku dipanggil Wahabi
>
> Aku
> Lalu aku dipanggil Wahabi
>
> Aku
> Lalu aku dipanggil Wahabi
>
> Aku nasihatkan bahawa amalan itu dan ini bukan dari Nabi
> Lalu aku dipanggil Wahabi
>
> Aku katakan ramai guru-guru kini tidak mengajar dengan kaedah yang
> asli
> Lalu aku dipanggil Wahabi
>
> Aku bertanya guru, apakah dalil sahih untuk aku ikuti
> Lalu aku dipanggil Wahabi
>
> Aku katakan agama ini tidak semesti semuanya mengikut as-Syafie
> Lalu aku dipanggil Wahabi
>
> Aku katakan, khurafat, syirik dan bid'ah amat dilarang oleh Nabi
> Lalu aku dipanggil Wahabi
>
> Aku tidak hadiri ke nduri arwah kerana ianya dilarang oleh Nabi
> Lalu aku dipanggil Wahabi
>
> Aku mengatakan kenduri arwah juga dilarang oleh as-Syafie
> Lalu aku dipanggil Wahabi
>
> Aku katakan amalan khusus Nisfu Sya'ban bukan diajar oleh Nabi
> Lalu aku dipanggil Wahabi
>
> Aku juga katakan ianya juga dilarang oleh al-Qaradhawi
> Lalu aku dipanggil Wahabi
>
> Aku pun tidak tahu, siapakah sebenarnya Wahabi?
>
> Kata mereka Wahabi adalah Wahabi
>
> Aku bertanya lagi, siapakah sebenarnya Wahabi?
>
> Kata mereka Wahabi adalah Wahabi
>
> Aku semakin bingung siapa itu Wahabi
>
> Namun ...
>
> Jika benar Wahabi adalah yang nak ikut sunnah Nabi... Biarlah aku
> dipanggil Wahabi
>
> Jika benar Wahabi yang melarang khurafat, syirik dan bid'ah dari
> diikuti... Biarlah aku dipanggil Wahabi
>
> Jika Wahabi hanya beramal dengan amalan yang sahih dari
> Nabi...Biarlah aku dipanggil Wahabi
>
> Aku ingin mendapat keredhaan dari Ilahi
> Biarlah aku dip anggil Wahabi
> Semoga di akhirat bersama Nabi aku berdiri
> Biarkan aku dipanggil Wahabi
> Aku hanya inginkan syafaat Nabi untuk syurga yang kekal abadi
0 comments:
Post a Comment