Sunday, February 11, 2007

Harap panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari ...

Sepanjang tahun lepas, kita menyaksikan dunia hiburan dikejutkan dengan berita artis paling ramai bercerai. Ini membabitkan selebriti popular sama ada yang sudah lama mendirikan rumah tangga atau pun baru setahun jagung. Tiada siapa dapat lari daripada berhadapan dengan masalah rumah tangga. Puas mempertahankan mahligai terbina dengan pelbagai usaha dibuat, namun orang tersayang terpaksa dilepaskan. Tentu cabarannya hebat kerana kedudukan artis popular sentiasa menjadi perhatian umum. Apa nak dihairankan apabila mereka menjadi fokus paparan utama kebanyakan akhbar dan majalah tempatan.

Paling hangat diperkatakan penceraian pasangan paling romantis, Yusry Abdul Halim dan Erra Fazira. Perkahwinan mereka yang dibina 3 tahun lalu diangkat sebagai perkahwinan paling meriah dan penuh warna-warni. Demikian pula perkahwinan yang dibina penyanyi utama kumpulan Wings, Azhar Othman (Awie) bersama Arni Nazira selama 9 tahun musnah apabila mereka mengambil keputusan untuk berpisah selepas Mahkamah Rendah Syariah Kuantan membenarkan permohonan tuntutan cerai Arni pada 16 Oktober 2006. Selain itu, penyanyi popular dengan lagu tradisional dan pop etnik, Noraniza Idris memilih untuk bercerai dengan Mohd Fauzi Tajudin atau Fareez selepas 18 tahun hidup bersama. Mereka bercerai talak 1 pada 7 April 2006.

Sebagai pemerhati luar, eloklah kita berdiam diri daripada cakap-cakap belakang yang berbaur spekulasi. Daripada membuat andaian melulu sebab perpisahan mereka, lebih baik kita mendoakan kesejahteraan mereka. Bukan mudah untuk cekal menghadapi dugaan bergelar janda. Jauh daripada menuding jari terhadap sesiapa kerana nanti banyak hati yang pasti terluka. Tapi anggaplah kejadian yang menimpa sebagai pedoman untuk muda-mudi di sebalik tertulis takdir Allah yang tiada siapa dapat menghalang. Ketentuan serta sunnahNya sesuai dengan tindakan dan sebab daripada kita.

Atas pengetahuan penulis yang terbatas, penulis tidak berhajat untuk memberi rumusan terhadap fenomena ini. Biarlah rakan-rakan membuat penilaian rasional sebelum ia menjadi mimpi ngeri dalam hidup kita kelak. Pesan guru penulis : “Memang seronok apabila bergelumang dengan perkara-perkara yang menjerumus kepada dosa. Dan kesoronokan yang di rasai itu kelak pudar apabila kita telah diikat dengan ikatan perkahwinan yang sah ... ia pudar lantaran kita tidak tahu dan mendalami apakah ikatan perkahwinan sebenar ... selepas ikatan yang sah wujud, segala ujian akan muncul. Syaitan pula akan lari meninggalkan orang-orang yang telah berjaya digodanya. Pada masa ini, barulah kita tahu adakah kita sesuai dan bahagia dengan orang yang kita impikan”

Fikirlah masak-masak ... sememangnya perpisahan amat menyakitkan. Bagi penulis, biarlah episod duka mereka berakhir di situ. Usah ditimbulkan cerita yang kurang enak selepas mereka membawa haluan masing-masing. Bagi kita pula, jadilah soleh … kemudian carilah yang solehah.

Rujukan: Harian Metro 29 Dis. 2006 (Rap halaman 6-7) & nasihat guru & ulasan penulis sendiri

mmg sUkAr nak CeRiTAkan ttg PeRaSaAn MaNuSiA, TeRuTaManya mslh SaYaNg

Apb memerhati ‘nya’, dalam diam, ada rasa kasih yg bertunas. Apabila berjauhan, rindu bertandang. Hakikat cinta amat mahal. Namun, pandangan pertama yg tak diduga pasti membakar perasaan. Walaupun menyeronokkan, semua bencana terasnya drp pandangan yg salah. Ibarat nyalanya api bermula drp percikan yg kecil. Di sebalik mata yang terpesona, ia pasti mengundang karat di sanubari.

Jadi, ALLAH menggesa hambaNya supaya merendahkan pandangan supaya hati terjaga drp noda yg merosakkan hubungan kejiwaan dgnNya. Demikianlah, cara mengendalikan hati adlh memelihara pandangan. Lantaran, gesaan menjaga pandangan telah dilanjutkan dgn arahan supaya menjaga kehormatan kerana kedua²nya mempunyai hubungan rapat ; (surah an-nur: 30-31).

“Katakanlah kpd org² lelaki yg beriman : hendaklah mrk menahan pandangan dan memelihara kemaluan, yg demikian itu adlh lbh suci bagi mrk. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yg mrk perbuat. Katakanlah kpd wanita yg beriman: hendaklah mrk menahan pandangan dan memelihara kemaluan, dan janganlah mrk menampakkan perhiasan . .

Daripada kedua² ayat surah an-nur ini, ALLAH menjelaskan garis panduan pergaulan antara org beriman lelaki-wanita. ALLAH menggesa agar masing² menjaga pandangan. Samaada dgn menundukkan pandangan mahupun memalingkan ke arah lain daripada melihat perkara² yg tak halal utk dipandang. Cuma, bukan pula menundukkan pandangan hingga terlanggar tong pemadam api yg tergantung di koridor.

Tidaklah layak bagi jiwa yang beriman apb membaca atau mendengar ayat ini, tetapi menepis sebahagian drp ayatnya dgn berkata: “ahh! ayat ni tiada kaitan dgn aku !!!”. Bagi seorang mukmin yang memiliki hati yang sejahtera, hatinya akur dan patuh kpd segala ketetapan ALLAH. Dirinya rasa terpanggil dgn seruan ayat ini.

Panggilan atas nama keimanan merangkumi jauh melebihi panggilan atas nama perkauman dan kumpulan, panggilan atas nama mana-mana parti atau jama’ah. Keputusan al-Quran diterima dgn hati yg tunduk, pasrah dan tidak lagi berbantah². Lalu mempersoalkan “kenapa mesti aku?”, “kenapa mesti begitu??” dan sebagainya.

Meyakini bahawa ayat ini (al-Quran) dtg drp ALLAH, lantas jiwa yg beriman merasai seolah² al-Quran sedang berinteraksi dgn dirinya. Ditujukan kpd dirinya secara khusus. Iaitulah berbicara kpd dirinya, memberi amaran, menegur, menasihati, menyuruh, melarang dsb.

Maka, MERENDAHKAN PANDANGAN adlh lambang kesungguhan iltizam terhadap apa yg diyakini sbg KEWAJIPAN. Lazimnya, berbuat taat dan menurut segala yg disuruh itu adlh lebih mudah berbanding meninggalkan perkara yg dilarang.

Al-Imam Ghazzali r.a (wafat 505H) berkata bahawasa agama itu terbahagi kpd dua. Pertamanya meninggalkan maksiat yg ditegah dan sebahagian lagi adlh mengerjakan segala yg disuruh ... allahu’alam

Diedit drp: softcopy ‘Fiqhul Waqi’ & ‘Garis Panduan Interaksi Muslimin Dan Muslimat’ (PMRAM) & softcopy ‘Marilah Berkenalan Dgn Al-Quran’ (diambil drp www.al-firdaus.com) dll

Bekas tahanan penjara Abu Gharaib Iraq dedah kekejaman tentera Amerika


Berikut adalah pengakuan seorang bekas tahanan di penjara Abu Gharaib, yang digelar "Lelaki di dalam kerudung" (Man in the hood). Lelaki tersebut, Alias Ali Shalal didatangkan khas dari Iraq ke Malaysia untuk berkongsi pengalamannya yang diseksa selama hampir enam bulan di beberapa buah penjara di Iraq. Ikuti pengakuan Alias yang ditranskripkan oleh wartawan Nyza Ayob dan Wan Intan Fadillah di Persidangan Antarabangsa dan Pameran, Pendedahan Jenayah Perang dan Memerangi Jenayah Perang, anjuran Perdana Global Peace, 6 Februari lalu.

Nama saya Alias Ali Shalal, berusia 45 tahun, warganegara Iraq dan merupakan pensyarah pendidikan Islam di bandar Al- Alamiya, Iraq. Tujuan saya membuat pengakuan ini adalah untuk menceritakan pengalaman saya diseksa di penjara Abu Gharaib.

Pada 13 Oktober 2003, semasa dalam perjalanan ke masjid di Al-Amraya, saya telah ditangkap oleh tentera Amerika. Mereka telah mengikat tangan saya dan menutup muka saya. kemudian mereka meletakkan saya dalam sebuah penjara yang kecil di Kem Tentera Amerika di Al-Amraya. Komander tentera ini, Kapten Philips memberitahu saya bahwa dia telah menerima arahan untuk menahan saya dan dia tidak memaklumkan sebab penahan ini.

Selepas dua hari saya dipindahkan ke penjara Abu Gharaib. Perkara pertama yang dilakukan ke atas saya, ialah pemerikasaan fizikal dan mendera saya. Pada masa yang sama tangkapan yang lain telah diletakkan dalam satu bilik penyiasatan. Bilik ini sempit dan dibanjiri air kumbahan najis separas buku lali. Saya diarahkan duduk dalam air tersebut.

Selepas soal siasat, saya dipindahkan dari tempat tersebut dan tahanan lain pula dimasukkan secara bergilir-gilir.

Perkara pertama yang disoal kepada saya sama ada saya berfahaman Syiah atau Sunni. Saya terkejut dengan soalan tersebut kerana di Iraq tida perbezaan antara keduanya. Tentera Amerika itu memaksa saya menjawab soalan seperti diminta. Dan dia memaklumkan bahawa di Iraq terdapat tiga puak iaitu Syiah, Sunnah dan Qurdi.

Lokasi Osama ben Laden

Apabila saya menjawab yang saya ialah warga Iraq Muslim, penyiasat menolak jawapan saya dan menyatakan saya anti-Zionis dan anti-Semitic serta menyokong pergerakan di sebaliknya. Mereka juga menyatakan saya mengetahui lokasi Osama ben Laden. Saya menyangkal dakwaan tersebut dan menyatakan Muslim dan Yahudi daripada sejarah keluarga yang sama. Saya menyatakan saya tidak dapat menyertai pergerakan tersebut sebab saya seorang yang cacat dan mengalami kecederaan di tangan.

Penyiasat menuduh saya mencederakan tangan saya apabila diserang oleh tentera Amerika. Mereka kononnya mengetahui saya sebagai orang penting dalam komuniti dan akan membantu jika saya bekerjasama dengan mereka. Penyiasat Amerika itu berjanji akan menawarkan khidmat perubatan untuk mengubati kecederaan di tangan saya.

Apabila saya tidak bekerjasama, penyiasat bertanyakan saya sama ada saya menganggap tentera Amerika sebagai penjajah atau pembebas. Apabila saya menyatakan tentera Amerika penjajah, mereka hilang sabar dan mengugut untuk menghantar saya ke Guantanamo Bay.

Selepas siasatan tersebut, mereka membawa saya ke bilik yang lain dan mengambil rekod cop jari, mengambil gambar mata saya dan mengambil air liur untuk analisis DNA. Seterusnya mereka mengikat pergelangan tangan dan meletakkan nama penuh saya, nombor serta status agama.

Mereka seterusnya memukul saya berulang kali dan meletak saya ke atas trak unutk memindahkan saya ke penjara lain di Abu Gharib. Keadaan di kem tersebut sungguh teruk. Setiap khemah ditempatkan 45 hingga 50 tahanan dan ruang antara setiap tahanan berukuran hanya 30sm x 30sm. Setiap khemah hanya diberi 60 liter air sehari untuk dikongsi semua tahanan. Air inilah digunakan untuk minum dan membersihkan diri selepas didera.

Diugut dihantar ke Guantanamo Bay

Kadang-kadang sebagai hukuman, kami langsung tidak diberi makanan. Jika diberi makanan, makan pagi pada jam 5.00 pagi, makan tengah hari pada jam 8.00 pagi dan makan malam pada jam 1.00 tengah hari. Sepanjang Ramadan, kami diberi makanan dua kali sehari, pada jam 12 tengah malam dan waktu berbuka.

Sepanjang saya dalam tawanan, saya disoal dan didera. Setiap kali saya diancam akan dihantar ke penjara Guantanamo Bay. Sepanjang waktu itu saya mendengar rakan tahanan yang lain didera dengan api rokok, dicucuk dengan bahan kimia, batang kayu dan paip. Ada antara mereka tulangnya patah.

Di dalam kem, saya melihat tahanan yang dibawa dari penjara rahsia yang kemudiannya saya ketahui adalah Arabian Oil Institute. Ia terletak di utara Baghdad. Tahanan-tahanan ini berada dalam keadaan luka yang sangat parah.

selepas sebulan dan sebaik sahaja sebelum matahari terbenam nombor saya dipanggil dan mereka menutup kepala dengan penutup manakala tangan dan kaki saya diikat. kemudian mereka memasukkan saya ke dalam penjara. selepas itu, mereka bertanya kepada saya dengan berbahasa Arab untuk menanggalkan pakaian tetapi saya enggan. Lalu mereka mengoyakkan pakaian saya dan mengikat saya semula. Tidak cukup dengan itu, mereka mengikat saya pada tangga dan dipukul bertubi-tubi kemudian dilemparkan dengan kepingan besi, najis dan membuang air kecil ke arah saya.

Mereka mengacukan pistol di kepala saya dan mengatakan bahawa mereka boleh menamatkan riwayat hidup saya. Setelah itu mereka menjerit ke telinga saya dengan menggunakan megaphone dengan bahasa yang bertujuan melemahkan semangat saya. Pada saat ini, saya masih boleh mendengar jeritan tahanan lain yang sedang diseksa sehingga ke waktu pagi.

Tentera Israel kemudian telah menyeksa saya dengan memasukkan sebatang kayu ke dalam dubur saya hingga tertusuk ke rektum (usus besar). Saya juga ditusuk dengan hujung senapang. Disebabkan itu, saya mengalami pendarahan yang parah. Ketika itu, setiap kali tentera Amerika lalu melepasi saya, mereka akan memukul dan saya ditinggalkan tanpa makan selama 36 jam.

Pagi keesokan harinya, pegawai penyiasat datang ke sel saya, dan mengikat saya pada jaring sel tersebut. Dia kemudiannya memasang lagu pop "By the Rivers of Babylon" oleh kumpulan Boney M, sehinggalah ke waktu pagi. Kesannya saya kehilangan pendengaran dan tidak dapat berfikir dengan betul. Ia sangat menyakitkan dan saya tidak sedarkan diri. Saya hanya terjaga apabila tentera Israel menyimbahkan air ke muka saya. Apabila saya semakin meningkat sedar, dia mula memukul saya lagi dan memaksa saya menyebut nama-nama pejuang dan apa aktiviti yang kami lakukan untuk menentang Amerika. Apabila saya menafikannya dia memukul saya bertubi-tubi.

Saya telah ditahan di penjara tersebut tanpa berpakaian selama 2 minggu. Ketika itu, seorang pengawal Amerika yang bernama Grainer bersama seorang Yahudi berbangsa Morocco bernama Idel Palm (juga dikenali dengan panggilan Abu Hamid) datang ke sel dan bertanya kepada saya mengenai balutan di tangan saya yang telah dibedah sebelum ini.

Ubat tahan sakit Amerika

Mereka membuka balutan tersebut lalu mengguris semula luka yang hampir pulih mengakibatkan kesakitan yang teramat sangat. Apabila saya meminta ubat penahan sakit mereka memijak tangan saya itu dan berkata "inilah ubat tahan sakit Amerika" sambil ketawa.

Pada hari ke-15 penahanan, saya diberikan sehelai selimut. Saya berasa sedikit selesa.

Suatu hari, seorang banduan telah melalui sel saya dan memberitahu bahawa pegawai penyiasat ingin mempercepatkan penyiasatan dan akan menggunakan kaedah yang lebih kejam untuk mendapatkan maklumat. Selepas itu, saya dibawa ke sebuah penjara dan sebaik penutup kepala saya ditanggalkan, terdapat banyak wayar elektrik yang bersambung dengan bekalan tenaga elektrik.

Pada masa yang sama, kelihatan Yahudi Morocco, Idel Palm, pegawai penyiasat Israel, dua tentera Amerika yang dikenali dengan Davies dan seorang Frankies serta dua orang tentera yang lain. Penutup kepala saya masih belum dibuka dan saya boleh mendengar jeritan suara tahanan yang masih diseksa.

Saya juga dikenakan renjatan elektrik sehingga saya tergigit lidah dan darah membuak di dalam mulut saya. Sepanjang saya didera penyiasat mengambil gambar saya dan saya ditinggalkan keseorangan di dalam sel selama 45 hari.

Pada hari ke-49, saya dihantar kembali ke khemah C dan berada di sana selama 45 hari lagi. saya dibebaskan pada awal Mac 2004. Saya diletakkan di dalam trak dan dicampakkan di tengah lebuh raya. Sebuah kereta berhenti dan membawa saya pulang.

Mangsa Fallujah dedah penyeksaan di penjara


KUALA LUMPUR 7 Feb. – Orang ramai yang menghadiri hari terakhir Persidangan Antarabangsa Dedahkan Jenayah Peperangan - Jenayahkan Perang hari ini tergamam dengan pendedahan terperinci penderitaan yang terpaksa dilalui oleh seorang tahanan perang di Fallujah, Iraq.

Bekas Ketua Jurutera Kementerian Sains dan Teknologi Iraq, Abbas Z. Abid, 43, menceritakan bagaimana beliau dan tahanan lain diseksa dengan pelbagai kaedah yang menggerunkan semasa berada di Penjara Al-Jadiria dari September 2005 hingga Oktober 2006.

Ia termasuk digantung di dinding selama berjam-jam dengan kemaluan diikat bahan berat dan dikenakan kejutan elektrik di beberapa bahagian badan khususnya kemaluan.

‘‘Saya juga ditakut-takutkan dengan melepaskan tembakan berhampiran kepala dan mencabut kuku jari.

‘‘Selain digantung di dinding sehingga pengsan, saya juga kerap digari tangan ke belakang sebelum digantung agar bahu saya tercabut,’’ katanya.

Pendedahan menyayat hati itu dibuat pada majlis penyampaian pengakuan mangsa dan saksi pakar kepada Suruhanjaya Jenayah Perang Kuala Lumpur pada persidangan anjuran Pertubuhan Keamanan Sejagat Perdana di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.

Abbas merupakan seorang daripada enam penceramah yang menyampaikan kes mereka berhubung peperangan yang berlaku di Afghanistan, Iraq, Palestin dan Lebanon.

Penyampaian pertama kali ini dipengerusikan oleh pengerusi pertubuhan itu yang juga bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Abbas menambah, beliau turut menyaksikan penyeksaan ke atas tahanan lain termasuk dipaksa mengadakan hubungan seks dengan tahanan lain, digerudi badan mereka, dicucuh dengan rokok dan kain nilon cair, dimasukkan bahan keras seperti kayu ke dalam dubur dan dipaksa berdiri berjam-jam.

‘‘Saya juga dipaksa menandatangani satu kenyataan tanpa mengetahui apa isi kandungannya kerana mereka meletakkan beg di atas kepala saya selama lebih dua bulan.

‘‘Mereka melakukan demikian kepada semua tahanan, dengan sesetengahnya berlanjutan selama lima bulan,’’ katanya.

Pengalaman bersesak-sesak dalam bilik berukuran 7 meter panjang dan 3.5 meter lebar bersama 70 banduan lain dan seterusnya ditambah 115 orang, turut sukar dilupainya.

‘‘Dalam ruang yang sempit itu, tahanan terpaksa duduk dan tidur di atas satu sama lain dalam keadaan badan terbakar, luka dan menghidap penyakit berjangkit.

‘‘Tahanan juga hanya dibenarkan ke tandas empat hari sekali, itu pun hanya satu minit. Pada waktu lain, tahanan perlu kencing di dalam botol plastik di hadapan pintu manakala najis dilepaskan di dalam beg plastik di hadapan orang lain.

‘‘Oleh kerana keadaan terlalu sempit, botol dan beg ini sering dilanggar dan najis akan bertaburan di bilik itu. Ia hanya dikosongkan apabila kami diberi peluang ke tandas,’’ katanya.

Setiap lima tahanan pula, katanya, menerima hanya dua liter air setiap tiga hari dan apabila terdesak, mereka terpaksa minum daripada botol yang berisi air kencing.

Abbas memberitahu, tahanan yang bernama Omar, Baker dan Marwan menerima perhatian ‘khas’ daripada pengawal penjara dengan dijerit dan diberi gelaran menghina kerana mereka merupakan orang Sunni.

Beliau turut menyaksikan sendiri lapan tahanan mati akibat kecederaan selepas diseksa kerana tiada rawatan perubatan diberikan.

Mengenai pengawal penjara itu, Abbas memberitahu sesetengah daripada mereka menggunakan telefon bimbit dengan nada deringan lagu Iran dan bercakap dalam bahasa yang tidak difahaminya.

‘‘Tentera Amerika Syarikat (AS) juga banyak kali melawat penjara itu,’’ katanya.

Justeru beliau berkata, AS tidak boleh menafikan kewujudan penjara rahsia itu.

‘‘Namun, di dalam media, mereka menafikannya dan sengaja memberi gambaran bahawa hanya tentera Iraq yang menyeksa rakyatnya sendiri semata-mata untuk mengalihkan perhatian daripada penyeksaan di Abu Ghraib,’’ tegasnya.

Pada 5 September 2006, Abbas dibawa ke mahkamah yang mengarahkan beliau dibebaskan kerana tidak cukup bukti.

Beliau kemudian dibebaskan pada 2 Oktober 2006 bersama tiga tahanan lain, termasuk seorang warga Syria.

wanabdbaith. Powered by Blogger.

Visitor

free counters