Sunday, October 7, 2007

Mazaliq Fi Toriq Al-Tolab



Pada satu malam, ketika membuka laci meja di rumah, terlihat beberapa helaian kertas yang telah lama dicetak dan tersimpan. Oh, buku Dr. salman al-‘Audah rupanya. Tajuk: Mazaliq Fi Toriq al-Tolab ‘Kegelinciran dalam perjalanan mencari ilmu’. Ini kali kedua saya membacanya. Rasa terpanggil pula untuk berkongsi sedikit maklumat yang menarik di dalamnya…….

Pencinta sunnah perlu mempunyai sifat berhati-hati dalam segenap perkara agar tidak tersalah langkah dalam mempraktikkan sunnah dan juga menyebarkannya. Di sini saya ingin berkongsi bersama para pembaca tentang apa yang telah ditulis oleh salah seorang pendakwah masa kini daripada Arab Saudi iaitu Dr. Salman Ibn Fahd al-‘Audah (penasihat laman web http://www.islamtoday.com/). Buku ini (Mazaliq Fi Toriq al-Tolab) boleh dimuat turun dalam bentuk Microsoft Word (dalam Bahasa Arab) melalu laman web beliau.


Apa yang ingin difokuskan ialah nasihat Dr. Salman al-’Audah terhadap para pencinta sunnah yang agak gopoh dalam mempraktikkan sunnah (pada pandangan mereka) sehingga ia menimbulkan salah faham daripada masyarakat.


Beliau menyatakan perkara ini di bawah perbahasan ketujuh dalam buku beliau (bermula daripada muka surat 40) dengan menyatakan perkara berikut sebagai beberapa kesilapan yang dilakukan oleh penuntut ilmu masa kini:

Pertama: Melaksanakan sesuatu sunnah sebelum memastikan kesahihannya.
- Contoh yang beliau berikan ialah tentang kisah beliau bertemu dengan seorang pemuda yang memakai serban yang dililitkan di kepalanya dan ia berlainan dengan pakaian orang lain di tempatnya. Setelah disoal oleh Dr. Salman, pemuda itu terus menyebut beberapa hadith palsu tentang kelebihan melilitkan serban sebegitu rupa sedangkan hadith-hadith itu sebenarnya adalah palsu!


- Contoh kedua pula ialah tentang apa yang dilakukan oleh sebahagian pemuda (di atas dakwaan mengikut sunnah) iaitu mencukur misai (tidak sekadar menipiskannya) dan menganggap bercukur itu adalah satu-satunya cara untuk mengikut sunnah.


- Contoh ketiga pula ialah sikap sebahagian penuntut ilmu hadith yang memarahi perbuatan bangun menyambut tetamu yang datang dari luar. Contohnya apabila kita berada dalam satu majlis atau satu pertemuan, lalu datang seorang tetamu atau orang ternama. Maka kita akan bangun untuk menyambutnya, bersalam dengannya dan sebagainya. Ia adalah sikap yang baik dan tidak menyalahi mana-mana nas Al-Quran atau hadith. Tetapi Dr. Salman mengkritik sikap sebahagian penuntut ilmu yang menganggap perkara itu adalah dilarang menurut ’sunnah’. Sedangkan beliau sendiri mendengar fatwa daripada bekas mufti Arab Saudi iaitu Syeikh Abd. Aziz Ibn Baz (semoga Allah merahmati beliau) yang memuji adat berdiri dan menyambut tetamu.

Kedua : Berlebihan dalam melaksanakan sunnah
- Contoh yang diberikan oleh Dr. Salman ialah sikap sebahagian muslimin dalam merapatkan saf ketika solat berjemaah. Beliau mengkritik sikap sebahagian mereka yang terlalu mementingkan cara tertentu dalam merapatkan saf. Sedangkan merapatkan saf seperti yang ada dalam hadith-hadith sahih memberi maksud agar tidak ada jemaah yang terkehadapan atau terkebelakang dan kedudukan dada mereka adalah sama sahaja. Namun ada sebahagian yang mementingkan cara ’melekatkan’ buku lali dan juga merapatkan bahu sehingga menyentuh bahu jemaah di sebelah. Beliau tidak menganggap perkara ini sebagai sunnah. Malah ini bukannya satu perkara yang disepakati sebagai sunnah oleh ulama sejak zaman berzaman. Berlebih-lebihan dalam ’melekatkan’ badan ini telah menyebabkan sebahagian masyarakat salah faham dan timbul juga sikap bermasam muka.

Terdapat banyak perkara yang disebutkan oleh Dr. Salman al-’Audah dalam bukunya yang ringkas ini. Ia amat sesuai untuk dibaca terutama oleh mereka yang mampu membaca tulisan dalam Bahasa Arab. Bagi mereka yang tidak mampu, bolehlah melayari laman web beliau http://www.islamtoday.com/ iaitu versi Bahasa Inggeris untuk memperolehi maklumat yang pelbagai berkaitan berita dunia Islam, fatwa-fatwa terkini, artikel Dr. Salman dan lain-lain lagi. Wallahu a’lam.
Abdullah Mas'ud MTAQ

Saturday, September 29, 2007

Buatmu Teman…

Teman,
Ku mohon kemaafanmu
Atas dosaku terhadapmu
Ku pinta ihsanmu
Di atas kesalahanku
Semoga engkau dirahmati Allah
Dan mendapat hidayah-Nya

Teman,
Terkenangku saat kita pernah bersama
Ukhwah yang kujalinkan bukan kerana Allah
Balasan oleh-Nya telahpunku terima
Senyum dan tawa yang dahulu
Hanya tinggal kemarahan dan hasad
Tidak dapatku padamkan
Api kemarahanmu yang membara
Dek kerana dosaku ini

Teman,
Ku insafi diri ini
Akan apa yang aku telah lakukan
Ku cuba untuk kembali
Mencari petunjuk cinta Ilahi
Semoga kau mendoakan diri ini sentiasa
Agar Allah masih menyayangi jasad ini

Teman,
Ku lihat dirimu jauh berubah
Perwatakanmu jauh berbeza
Sejak berakhirnya persahabatan antara kita
Bagaikan terdapat hijab
Melangkau timur dan barat
Antara diriku dan dirimu

Teman,
Kalau dahulu engkau adalah pejuang sunnah Nabiyullah
Tetapi kenapa tidak lagi sekarang?
Kalau dahulu engkau adalah seorang pemikir akan sesuatu
Tetapi kenapa tidak lagi sekarang?
Kalau dahulu engkau adalah seorang pendiam
Tetapi kenapa tidak lagi sekarang?
Engkau kini adalah manusia yang tidak kukenali

Teman,
Aku mengatahui kesangsianmu terhadap diri ini
Namun apakah dayaku untuk membuat kau mempercayaiku
Selepas apa yang telah aku lakukan terhadapmu?
Aku malu akan diriku sendiri
Kerana telah mengkhianati amanahku
Kerana telah lupa akan diriku saat aku melakukan dosa

Teman,
Kuredhai engkau membenci dan memusuhiku
Namun biarlah kemarahanmu itu
Hanya di dunia sementara
Agar aku tidak disekat dek dosaku terhadapmu

Teman,
Bersahabat dengan setiap manusia
Bukan dengan seorang dalam kalangan mereka
Tetapi dengan mereka keseluruhannya
Tanpa membezakan baik dan buruk rupa paras mereka
Kerana yang ramai itu akan membaikimu
Sedangkan yang seorang itu
Mungkin akan membinasakanmu tika kau lalai

Teman,
Terima kasih kerana telah memberikanku harapan
Apa yang aku harapkan darimu
Hanyalah agar engkau terus menerus
Perjuangkan Al-Quran dan As-Sunnah
Janganlah kerana diriku ini
Engkau telah lupakan segalanya yang telah kita lalui
Aku mendoakan kepadamu
Semoga Allah merahmatimu…

Umar Al-Faruq
11.24 a.m.
22/9/2007
Sabtu
Ditujukan kpd sahabatku
Maafkanlah diriku.

Thursday, July 12, 2007

Shaf kanak-kanak

PANDUAN SAF KANAK-KANAK BERDASARKAN KEPADA HADIS-HADIS

Muhammad Hanief Awang Yahaya,

Adakah kedudukan saf kanak-kanak di belakang saf orang dewasa, atau mereka tidak perlu diletakkan di saf yang berasingan. Menjawab persoalan ini marilah kita merujuk kepada beberapa hadis Rasulullah s.a.w.
Hadis yang pertama, diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari (nombor 822)
عن أنس بن مالك:
أن جدته مليكة دعت رسول الله صلى الله عليه وسلم لطعام صنعته، فأكل منه، فقال (قوموا فلأصلي بكم). فقمت إلى حصير لنا قد اسود من طول ما لبس، فنضحته بماء، فقام رسول الله صلى الله عليه وسلم واليتيم معي، والعجوز من ورائنا، فصلى بنا ركعتين.
“Daripada Anas bin Malik katanya neneknya, Mulaikah telah menjemput Rasulullah s.a.w. untuk makan makanan yang disediakannya. Lalu Rasulullah s.a.w. makan sebahagaian darinya kemudian bersabda: “Bangunlah, saya akan mengimamkan sembahyang kamu. Lalu saya mendapatkan sekeping tikar kami yang berwarna hitam kerana sudah lama digunakan kemudian saya merenjiskannya dengan air. Rasulullah s.a.w. berdiri, seorang anak yatim berdiri bersama saya dan nenek di belakang kami. Baginda bersembahyang mengimami kami sebanyak dua rakaat.”
Hadis kedua juga diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari (nombor 823):
عن ابن عباس رضي الله عنهما أنه قال:
أقبلت راكبا على حمار أتان، وأنا يومئذ قد ناهزت الاحتلام، ورسول الله صلى الله عليه وسلم يصلي بمنى إلى غير جدار، فمررت بين يدي بعض الصف، فنزلت وأرسلت الأتان ترتع، ودخلت في الصف، فلم ينكر ذلك علي أحد.
Daripada Ibn Abbas katanya: “Saya datang dengan menunggang keldai betina, pada ketika itu belum lagi baligh (hampir baligh). Rasulullah s.a.w. sedang bersembahyang dengan tidak menghadap dinding. Lalu saya ,melalui di hadapan beberapa saf dan saya turun dan membiarkan keldai itu memakan rumput. Saya masuk ke dalam saf dan seorangpun tidak membantah saya.
Kedua-dua hadis ini, Imam al-Bukhari memasukkan di bawah tajuk:
باب: وضوء الصبيان، ومتى يجب عليهم الغسل والطهور، وحضورهم الجماعة والعيدين والجنائز، وصفوفهم.
Bab: Wuduk kanak-kanak, bilakah mereka wajib mandi dan bersuci, kehadiran mereka untuk sembahyang berjemaah, sembahyang hari raya dan jenazah dan bagaimana saf-saf mereka.
Daripada riwayat-riwayat yang dikemukakan oleh al-Bukhari dalam bab ini tidak didapati ada saf yang khusus untuk kanak-kanak. Ini bererti Imam al-Bukhari berpendapat kanak-kanak tidak perlu diasingkan daripada saf orang dewasa.
Rasulullah s.a.w. membiarkan Anas berdiri bersama dengan kanak-kanak. Jika dengan alasan kebersihan ( atau kenajisan ) kanak-kanak itu sembahyang Anas menjadi tidak sah tentu baginda akan menyusun saf dengan meletakkan Anas di kanannya kemudian anak yatim tersebut di belakangnya.
Begitu juga dalam hadis yang kedua, sahabat-sahabat tidak menegah Ibn Abbas menyertai saf itu dengan alasan beliau masih kecil. Ini menunjukkan bahawa menjadi amalan masyarakat pada ketika itu kanak-kanak tidak diasingkan daripada saf orang dewasa.
Hadis yang pertama itu juga diriwayatkan al-Tirmizi (nombor 234) dan beliau memberikan ulasannya:
قَالَ أَبُو عِيسَى: حَدِيثُ أَنَسٍ صَحيحٌ، وَالعَمَلُ عَلَى هَذَا عِنْدَ أَهلِ العِلمِ، قَالُوا: إِذَا كَانَ مَعَ الإِمَامِ رَجُلٌ وَامْرَأَةٌ، قَامَ الرَّجُلُ عَن يَمينِ الإِمَامِ وَالمَرْأَةُ خَلْفَهُمَا، وَقَدْ احْتَجَّ بَعْضُ النَّاسِ بِهَذَا الحَدِيثِ في إِجَازَةِ الصَّلاَةِ إِذَا كَانَ الرَّجُلُ خَلْفَ الصَّفِّ وَحْدَهُ، وَقَالُوا: إِنَّ الصَّبيِّ لَمْ تَكُن لَهُ صَلاَةٌ، وَكَانَ أَنَسٌ خَلْفَ النَّبِيِّ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَحْدَهُ، وَلَيْسَ الأَمرُ عَلَى مَا ذَهْبُوا إِلَيهِ لأَنَّ النَّبِيِّ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَقَامَهُ مَعَ اليَتيمِ خَلْفَهُ، فَلَوْلاَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ جَعَلَ لِليَتِيمِ صَلاَة، لَمَا أَقَامَ اليَتِيمَ مَعَهُ وَلاَ أَقَامَهُ عَن يَمِينِهِ.
“Abu Isa (al-Tirmizi) berkata: Hadis Anas adalah sahih. Amalan mengikut hadis ini di sisi ahli ilmu iaitu apabila bersama imam itu ada seorang lelaki dan perempuan, maka lelaki itu hendaklah berdiri di sebelah kanan imam dan perempuan itu di belakang mereka berdua. Sesetengah orang mengharuskan sembahyang seorang lelaki berseorangan di belakang saf. Mereka berkata, sembahyang kanak-kanak itu tidak dikira dan Anas berseorangan di belakang Rasulullah s.a.w. Pendapat ini tidaklah tepat kerana kerana Rasulullah s.a.w. menempatkan Anas bersama anak yatim di belakang baginda. Andai kata baginda tidak mengira sembahyang anak yatim itu tentu baginda tidak menempatkannya bersamanya (Anas) dan tidak juga menempatkannya di kanannya (Anas).”
Daripada komentar al-Tirmizi itu dapat difahami bahawa sembahyang kanak-kanak tetap dikira sah dan sewajarnya dia diletakkan bersama saf orang lain. Kalaulah sembahyangnya tidak dikira sah disebabkan tidak diketahui dia menjaga kebersihan diri dan pakaian tentu sekali al-Tirmizi menganggap sebaliknya.
Dalam mensyarahkan hadis ini, Abdul Rahman al-Mubarakpuri menyimpulkan bahawa kanak-kanak diletakkan dalam satu saf bersama orang lain. (Tuhfah al-Ahwazi, jil. 1, hal. 494)
Walaubagaimanapun, dalam keadan ramai makmun atau jemaah yang besar, kanak-kanak tidak dibenarkan berada secara langsung di belakang imam berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Muslim (no. 432):
عن أبي مسعود. قال:
كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يمسح منا كبنا في الصلاة ويقول “استووا ولا تختلفوا. فتختلف قلوبكم. ليلني منكم أولو الأحلام والنهى. ثم الذين يلونهم. ثم الذين يلونهم” قال أبو مسعود: فأنتم اليوم أشد اختلافا.
“Luruskanlah dan janganlah kamu saling bertelingkahan lalu dengan itu hati-hati kamu tidak bersatu, hendaklah orang-orang yang cerdik pandai mengiringiku, kemudian yang mengikuti mereka dan yang mengikuti mereka.”
Sudah tiba masanya masyarakat untuk berubah dan kembali kepada petunjuk hadis terutama sekali pihak pengurusan masjid. Apatah lagi sejak akhir-akhir ini, gangguan yang berlaku di masjid pada ketika sembahyang Jumaat. Kanak-kanak yang berada sesama mereka mengambil kesempatan untuk berbual-bual sehingga menyebabkan suasana khutbah Jumaat hingar-bingar. Apa yang menyedihkan lagi dan membimbangkan ialah dalam suasana yang tidak terkawal itu ada yang tidak bersembahyang langsung.
Kesimpulannya, dengan meletakkan kanak-kanak di dalam saf iaitu bapa berada bersama-bersama dengannya anaknya, maka anak berada di bawah jagaannya dan keadaan akan terkawal. Selain itu, secara tidak langsung akan mendidik anak-anak cara-cara hidup bermasyarakat kerana dapat berinteraksi dengan semua lapisan umur.
darulkautsar

Kisah CAWAN...

Kisah ini merupakan satu teladan kepada kita semua tentang kenapa selama ini kita sering ditimpa dugaan yang adakalanya sukar untuk kita tanggung dan terlalu menyakitkan. Sepasang datuk dan nenek pergi belanja di sebuah kedai cenderamata untuk mencari hadiah buat cucu mereka. Kemudian mata mereka tertuju kepada cawan yang cantik. "Lihat cawan itu," kata si nenek kepada suaminya. "Kau betul, inilah cangkir tercantik yang pernah aku lihat," ujar si datuk. Pada ketika mereka mendekati cawan itu, tiba-tiba cangkir yang dimaksud berbicara, "Terima kasih untuk perhatian anda, perlu diketahui bahwa aku dulunya tidak cantik. Sebelum menjadi cawan yang dikagumi, aku hanyalah selonggok tanah liat yang tidak berguna. Namun suatu hari ada seorang penjunan dengan tangan kotor melempar aku ke sebuah roda berputar. Kemudian ia mulai memutar-mutar aku hingga aku merasa pening. Stop ! Stop ! Aku berteriak. Tetapi orang itu berkata, 'Belum !' Lalu ia mulai menyodok dan meninju aku berulang-ulang. Stop! Stop ! teriakku lagi. Tapi orang ini masih saja meninjuku, tanpa menghiraukan teriakanku. Bahkan lebih buruk lagi ia memasukkan aku ke dalam api. Panas! Panas ! Teriakku dengan kuat. Stop ! Cukup ! Teriakku lagi.Tapi orang ini berkata, 'Belum !' Akhirnya ia mengangkat aku dari api itu dan membiarkan aku sampai sejuk. Aku fikir, selesailah penderitaanku. Oh ternyata belum. Setelah sejuk aku diberikan kepada seorang wanita muda dan ia mulai mewarnai aku. Asapnya begitu memualkan. Stop ! Stop ! Aku berteriak. Wanita itu berkata, ' Belum !' Lalu ia memberikan aku kepada seorang lelaki dan ia memasukkan aku sekali lagi ke api yang lebih panas dari sebelumnya ! Tolong ! Hentikan penyiksaan ini ! Sambil menangis aku berteriak sekuat-kuatnya.Tapi orang ini tidak peduli dengan teriakanku. Ia terus membakarku. Setelah puas "menyiksaku" kini aku dibiarkan sejuk. Setelah benar-benar sejuk seorang wanita cantik mengangkatku dan menempatkan aku dekat kaca. Aku melihat diriku.Aku terkejut sekali. Aku hampir tidak percaya, kerana di hadapanku berdiri sebuah cawan yang begitu cantik. Semua kesakitan dan penderitaanku yang lalu menjadi sirna tatkala kulihat diriku." Datuk dan nenek itu terdiam membisu. Lalu diceritakan kisah itu kepada cucunya. Pengajaran: Seperti inilah kehidupan membentuk kita. Dalam perjalanan hidup akan banyak kita temui keadaan yang tidak menyenangkan, sakit, penuh penderitaan, dan banyak air mata. Tetapi inilah satu-satunya cara untuk mengubah kita supaya menjadi 'cantik'. Jangan lupa bahawa cobaan yang kita alami tidak akan melebihi kekuatan kita. Ertinya tidak ada alasan untuk tergoda dan jatuh dalam dosa apabila anda sedang menghadapi ujian hidup, jangan kecil hati, kerana Tuhan sedang membentuk anda. Bentukan-bentukan ini memang menyakitkan tetapi setelah semua proses itu selesai. Anda akan melihat betapa cantiknya Tuhan membentuk anda untuk kehidupan yang lebih baik dan bermakna di hari kemudian dan hari pembalasan(akhirat). WAllahu a'lam

Tuesday, July 3, 2007

When Does A Woman Become More Beautiful?

When Does a Woman Become More Beautiful?
One day, Myself - forever forbidding me from good, and enticing me into evil - asked me, “When does a woman become more beautiful in your eyes?”
I asked, “Why do you want to know?”
Myself said, “If I tell you, will you answer my question? ”
I said, “Yes!”
Myself said, “Satan - our grand teacher - is making a survey of what makes the woman more beautiful in the eyes of men”
I asked, “What's this survey for?”
Myself said, “He wants to make an encyclopedia that will be distributed among the Satans of mankind and Jinn. He wants our approach to be more scientific! Now tell me, when does the woman become more beautiful in your eyes?”
I asked, “Do you have ways of making a woman more beautiful in the eyes of men?”
Myself said, “Yes, there are many ways, mannerisms and looks. Each man has his own inclinations”
I said, “Perhaps you could mention to me some of these and I will choose!”
“OK! Do you prefer a fair or dark woman?” “Neither!”
“Do you like the one with long or short hair?” “Neither!”
“The thin or fat one?” “Neither!”
“Do you like the one who uncovers her hair?” “NO!”
“Do you like the one who wears tight and short clothes” “NO!”
“What about the one who uncovers her shoulders and thighs?” “No way!”
“What about the one who sways from side-to-side while walking, strikes the floor with her high heels and speaks softly to men??” “NO!”
“You didn't like any of the ones I mentioned to you? I can't think of anything else?” “Really? Try to remember!”
....(silence)... then Myself smiled slyly, “YOU WICKED!! You like a woman when she is wearing a bikini?!!”
“Yuck! No!!”
....(silence)... then Myself smiled again, “You evil man!” “What?”
“You like the woman who shuts the door and says come?” “NO!”
“I've run out of suggestions; you tell me what makes a woman more attractive to you?”
“OK! When the woman blushes and goes all red”
“Goes all red? I don't understand?”
“She becomes more beautiful when she lowers her gaze”
“Lowers her gaze?!! What's wrong with you? Speak clearly!”
“The woman becomes more attractive, when she becomes more modest and shy. Modesty is the thing that attracts me and many other men. The more a woman is modest the more attractive she becomes....Do you understand??”
This article is loosly adapted from the Arabic original - written by Ibn Muhammad - found at http://www.islamway.com/ara/articles.php?article_id=105

Thursday, May 3, 2007

JIHAD DAN PENGORBANAN

Jihad dan jati diri 
Jihad memerlukan jati diri, ketegasan, keberanian dan kesungguhan 
menolak segala nilai negatif daripada perbuatan yang sia-sia, 
mendatangkan 
dosa dan perbuatan yang tidak bermanafaat seperti yang dicontohkan 
di 
bawah ini. Ketegasan itu diikuti oleh amalan yang baik berguna 
(Amal 
Soleh) 
 
PENGERTIAN JIHAD 
Jihad bermaksud segala usaha yang dilakukan dengan sepenuh daya 
dan 
tenaga untuk mencapai matlamat dan cita-cita iaitu menegakkan dan 
mempertahankan Islam pada diri, keluarga dan masyarakat serta 
mendapatkan 
keampunan, rahmat dan keredhaan Allah Taala. Ringkasnya, jihad 
ialah 
perjuangan dan pengorbanan suci berdasarkan prinsip ajaran Islam
 untuk 
mencapai tujuan atau matlamat yang diredhai Allah Taala. Daripada
 pengertian 
ini dapatlah dirumuskan sifat-sifat seorang mujahid (pejuang): 
 
1. Menyedari bahawa jihad merupakan suatu tanggungjawab mulia yang 
mesti dilaksanakan sepanjang zaman. 
2. Berpegang pada prinsip jihad iaitu jihad kerana Allah Taala.
3. Mempunyai matlamat yang suci dan jelas iaitu menegakkan syariat 
Islam. 
4. Mempunyai semangat perjuangan yang tinggi. 
5. Sedia berkorban dengan diri dan harta dan bersedia menghadapi 
risiko 
(akibat buruk) dengan sabar dan redha. 
 
Jihad meliputi segala usaha yang diredhai Allah Taala seperti jihad 
dengan hati, fikiran, kata-kata dan perbuatan; jihad dengan ilmu 
dan pena, 
jihad dengan apa jua alat dan senjata yang dapat dirumuskan sebagai 
jihad dengan diri dan harta benda. Jihad yang suci dan sejati 
hanyalah 
jihad Fi Sabillillah iaitu jihad kerana Allah Taala.
(Surah Al-Hujarat: ayat 15) Ertinya: 
Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah 
orang-orang yang percaya kepada Allah dan Rasulnya, kemudian mereka (terus 
percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan
 harta 
benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang
 yang 
benar (pengakuan imannya). 
 
Jihad melawan hawa nafsu.. merupakan jihad yang berat yang disebut
 oleh 
Rasullallah Sallallahu Alaihi Wassalam sebagai Aljihadu Akbar 
(Jihad 
yang besar). Ini tidaklah bermaksud bahawa jihad yang lain tidak
 penting, 
tetapi jihad menentang hawa nafsu di anggap sebagai jihad yang 
besar 
kerana: 
1. Medan jihad (perjuangan) tidak terbatas berdasarkan kemahuan
 hawa 
nafsu terlalu baik, nafsu menjadi tempat syaitan bermaha raja 
lela dan 
nafsu mendorong manusia melakukan keburukan dan maksiat.
2. Tempoh masa jihad tidak terhad iaitu selama manusia masih hidup. 
3. Jihad ini terlalu sulit dan sukar kerana perjuangan ini berlaku 
antara manusia dengan dirinya. 
4. Musuh yang tidak dapat dilihat dan dirasa dengan pancaindera
5. Jihad nafsu menjadi penentu dan pengawas bagi kejayaan jihad
 yang 
lain. 
Jihad yang besar ini sebagai: Jihad membersihkan jiwa dan 
mensucikan 
hati dan sifat-sifatnya yang rendah dan keji untuk diisi dengan 
sifat-sifat yang mulia dan terpuji. Demikian juga, jihad 
untuk membersihkan dan 
menyucikan jiwa dari kegelapan dan kekotoran syirik untuk diisi
 dengan 
kejernihan dan sinar cahaya Tauhid. Seterusnya jihad untuk mencapai 
kemuliaan Tauhid, keihklasan ibadah dan kebersihan akhlak dan 
ketinggian 
budaya. Inilah nilai hidup yang hakiki disisi Allah untuk mendapat 
keampunan, keredhaannya dan rahmatnya yang tidak ternilai sekalipun dengan 
dunia ini dan segala isinya. (Dr Harun Din)
 
JIHAD DENGAN HATI 
Jihad dengan hati tanpa usaha atau tindakan zahir merupakan jihad
 yang 
paling lemah. Orang yang mempunyai semangat jihad yang lemah akan
 hanya 
berjihad dengan hati, apabila ia menghadapi masalah ajaran sesat, 
murtad kebatilan, kemungkaran dan kezaliman. Inilah sikap kebaikan
 orang 
Islam pada zaman sekarang, malahan ada yang sudah hilang langsung 
cahaya 
jihad di dalam dirinya. Tahap semangat jihad ini dapat diukur 
berdasarkan sabda Rasullallahi Sallallahu Alaihi Wasallam.: Ertinya:
 Sesiapa saja 
yang melihat kemungkaran hendaklah ia bertindak mengubahnya denga 
lisannya (kata-kata) dan jika masih tidak berdaya, hendaklah ia 
mengubahnya 
dengan hatinya, dan itu merupakan iman yang paling lemah. ( Hadis 
Riwayat Bukhari dan Muslim )
 
JIHAD DENGAN KATA-KATA DAN PENA
 Berjihad dengan kata-kata (lisan) dan pena (penulisan) mempunyai
 medan 
yang amat luas kerana kedua-duanya merupakan alat komunikasi 
(perhubungan) antara manusia yang amat mudah dilakukan dan amat 
berkesan. 
Pendakwah, mubaligh, juru nasihat, juru runding, penceramah, 
pensyarah dan 
guru berjihad dengan lidahnya. Sementara penulis, penterjemah,
 karyawan 
dan sasterawan berjihad dengan penanya. Dengan kata-kata dan 
pena mereka 
menyuruh manusia taat kepada perintah Allah Taala sama ada suruhan
 atau 
larangan. Mereka mengajak manusia melakukan perkara yang baik dan 
berfaedah dan meninggalkan perkara buruk dan sia-sia serta maksiat.
 Mereka 
menyeru manusia menegakkan kebenaran dan keadilan. 
Firman Allah Taala: (Surah Al-Imran: Ayat 104) Ertinya:
Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) 
kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala 
perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk
 dan 
keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang 
berjaya. 
Sabda Rasullallahi Sallallahi Alaihi Wassalam: Ertinya: 
Jihad yang paling utama ialah berkata benar (adil) di hadapan 
pemerintah yang zalim.
 
JIHAD DENGAN HARTA
 Jihad harta bermaksud bahawa manusia hendaklah menjadikan harta 
itu 
sebagai alat utama untuk melakukan jihad Fi Sabilliilah dan jangan
 sekali 
mereka menjadikan diri mereka sebagai hamba harta dengan sifat 
bakhil 
dan tamak kepada harta sehingga tidak mahu membelanjakan hartanya
 untuk 
berjihad Fi Sabillillah. Al-Quran menyebut berulang kali jihad 
harta 
(Al Amwal) yang menyatakan perintah Allah Taala kepada orang yang
 beriman 
supaya membelanjakan hartanya untuk berjihad Fi Sabillillah. 
Pengorbanan dalam bentuk harta ini ternyata amat bermakna dalam 
perjuangan 
menegakkan Islam sejak zaman Rasullallah Sallallahu Alaihi Wasalam
 dan dengan 
harta itu peperangan menentang musuh dapat dilaksanakan dengan 
jayanya. 
Tanpa harta medan jihad akan menjadi lapang dan orang yang telah 
menawarkan diri untuk menguasai kekayaan dunia terus menguasai 
seluruh 
kehidupan umat manusia seperti yang terjadi pada masa sekarang;
 umat manusia 
dibelenggu kemiskinan, mundur dan menderita. Jihad dengan harta 
akan 
dapat:
1. Membangun diri manusia menjadi maju. 
2. Membangun keluarga dan menghapuskan kemiskinan.
3. membangun masyarakat dalam semua bidang. 
4. Menjadikan umat Islam merdeka dan tidak bergantung kepada orang 
lain. 
5. Menjadikan umat Islam di segani dan di hormati.
6. Membolehkan segala usaha dan jihad dalam semua lapangan 
kehidupan 
dilakukan dengan jayanya. 
7. Membolehkan umat Islam menyahut apa jua cabaran masa kini dan
 masa 
akan datang.
 (Surah As-Saf ayat:10-11) Ertinya:
Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu 
perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak
 terperi 
sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasulnya, Serta 
kamu 
berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan
 diri kamu. 
Yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak 
mengetahui (hakikat yang sebenar).
 JIHAD DENGAN DIRI
 Al-Quran berulang kali menyebutkan jihad harta yang diikuti oleh 
jihad 
diri (Al Amwalu Wal Anfus) dengan pengertian bahawa harta hanya 
akan 
bermakna dalam melaksanakan jihad apabila manusia sanggup 
mengorbankan 
diri sebagai pengerak dan melaksana tuntutan jihad. Diri itulah
 yang 
sebenarnya menjadi tumpuan utama jihad yang digerakkan oleh 
kekuatan harta 
sebagai alat utama jihad. Gandingan antara harta dan diri 
membolehkan 
jihad dalam apa bidang sekalipun mencapai matlamatnya iaitu 
kejayaan 
yang diredhai Allah Taala. 
Firman Allah Taala: (Surah At-Taubat:111) Ertinya:
Sesungguhnya Allah Taala telah membeli dari orang-orang yang 
beriman 
akan jiwa mereka dan harta benda mereka bahawa dengan (balasan),
 bahawa 
mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada 
jalan 
Allah; maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh.
 (balasan 
Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang 
benar............................
 
MENGAPA PERLU BERJIHAD
Jihad merupakan suatu agenda umat Islam yang berterusan yang 
wajib 
dilaksanakan sepanjang zaman kerana musuh utama umat Islam terus
 memerangi 
umat Islam. Musuh itu ialah syaitan yang menggunakan nafsu manusia
 
untuk menghalang mereka daripada beriman dan menerima kebenaran 
Islam. 
Sebaliknya ia mendorong manusia menjadi syirik, kufur dan melakukan
 
maksiat. Oleh itu, selama ada syirik, kufur dan maksiat, maka 
selama itu jihad 
nafsu dan jihad menentang kepercayaan syirik, amalan kufur dan 
maksiat 
masih berterusan. Selain syaitan yang mendorong manusia melakukan 
kemungkaran, umat Islam bertanggungjawab menegakkan kebenaran, 
keadilan dan 
menentang kebatilan dan kezaliman. Ini semua menuntut umat Islam 
meneruskan jihad sesuai dengan tanggungjawab dan cabarannya.
Musuh_ Islam dari jenis manusia tidak akan rela umat manusia hidup 
mengikut lunas_ Islam yang ditentukan oleh Allah Taala. Mereka 
sentiasa 
menaruh dendam dan berusaha membawa kita hidup mengikut cara 
mereka 
terutama pengaruh Yahudi dan Nasrani. Ini merupakan cabaran 
utama umat Islam 
iaitu menyelamat umat Islam daripada pengaruh Yahudi dan Nasrani, 
pengaruh ajaran sesat dan budaya sekular (keduniaan) dan 
materialism 
(kebendaan) dalam berbagai-bagai bidang, seterusnya menyelamatkan
 umat manusia 
daripada jalan yang sesat. Jelasnya, jihad menjadi agenda dakwah 
Islamiah sepanjang zaman. 
 
Ditulis semula oleh: 
1. Hj. Kalamhamidi Bin Hj. Abu Bakar
2. Lila Hanizah Bt. Abdul Jalil 

KENGERIAN HARI KIAMAT



Abul-Laits dengan sanadnya meriwayatkan dari Aisyah r.a. berkata:
"Saya tanya kepada Rasullullah s.a.w., Apakah yang cinta itu ingat
pada kekasihnya pada hari kiamat?" Jawab Rasullullah s.a.w.: "Adapun
ditiga tempat (masa) maka tidak ingat iaitu ketika ditimbang amal
sehingga diketahui apakah ringan atau berat, ketika menerima lembaran
catatan amal (suhuf) sehingga ia terima imma dari kanan atau dari kiri
dan ketika keluar dari neraka ular naga lalu mengepung mereka dan
berkata "Aku diserahi tiga macam: Orang mempersekutukan Allah s.w.t.
dengan lain Tuhan, dan orang yang kejam, penentang, zalim dan orang
yang tidak percaya pada hari kiamat (hisab), maka diringkus semua
orang-orang yang tersebut itu lalu dilemparkan semuanya dalam neraka
jahannam, dan diatas neraka jahannam itu ada jambatan yang lebih halus
dari rambut dan lebih tajam dari pedang, sedang dikanan kirinya
bantolan dan duri-duri, sedang orang-orang yang berjalan diatasnya ada
yang bagaikan kilat, dan bagaikan angin kenca
ng, maka ada yang selamat, dan ada yang luka terkena bantolan duri,
dan ada yang terjerumus muka kedalam neraka."

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a.
berkata: Rasullullah s.a.w. bersabda: "Diantara dua kali tiupan
sangkakala itu jarak empat puluh tahun (Tiupan untuk mematikan dan
membangkitkan semula). Kemudian Allah s.w.t. menurunkan hujan air
bagaikan mani orang lelaki, maka timbullah orang-orang mati bagaikan
timbulnya tanaman (sayur-sayuran)."

Abul-Laits juga telah meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah
r.a. berkata: Rasullullah s.a.w. bersabda: "Ketika Allah s.w.t. telah
selesai menjadikan langit dan bumi, Allah s.w.t. menjadikan sangkakala
dan diserahkan kepada Malaikat Israfil, maka ia meletakkannya
dimulutnya melihat ke Arsy menantikan bilakah ia diperintahkan." Saya
bertanya: "Ya Rasullullah, apakah shur (sangkakala) itu?" Jawab
Rasullullah s.a.w.: "Bagaikan tanduk dari cahaya." Saya bertanya lagi:
"Bagaimana besarnya?" Rasullullah s.a.w. menjawab: "Sangat besar
bulatannya, demi Allah yang mengutuskanku sebagai Nabi s.a.w. besar
bulatannya itu seluas langit dengan bumi, dan akan ditiup hingga tiga
kali iaitu pertama Nafkhatul faza' (untuk menakutkan), Nafkhatus sa'aq
(untuk mematikan) dan Nafkhatul ba'ats (untuk menghidupkan kembali
atau membangkitkan)."

Dalam riwayat Ka'ab hanya dua kali tiupan, iaitu mematikan dan
membangkitkan. Firman Allah s.w.t. yang berbunyi: "Wa yauma yunfakhu
fafazi'a man fissamawati waman fil ardhi illa man sya Allah (Yang
bermaksud) Dan pada hari ditiup sangkakala maka terkejut takut semua
yang dilangit dan yang dibumi, kecuali yang dikehendaki oleh Allah.
(Surah Annamel : 87)
Dan pada saat itu tergoncangnya bumi, dan manusia bagaikan orang mabuk
sehingga ibu yang mengandung gugur kandungannya dan yang meneteki lupa
terhadap bayinya, dan anak-anak segera beruban dan syaitan-syaitan
laknatullah berlarian. Maka keadaan itu berlaku beberapa lama kemudian
Allah s.w.t. menyuruh Israfil meniup sangkakala kedua.

Firman Allah s.w.t. yang berbunyi: "Wa nufikhafishshuri fasha'iqa man
fissamawati waman fil ardhi illa man sya Allah. Tsumma nufikha fihi
ukhra fa idza hum qiyamun yandhurun. (Yang bermaksud) Dan ketika
ditiup sangkakala maka matilah semua yang dilangit dan bumi kecuali
yang dikehendaki Allah, kemudian ditiup lagi, tiba-tiba mereka bangun
dan melihat. (Surah Azzumar : 68)

Mereka yang dikecualikan itu ialah roh orang-orang yang mati syahid,
Jibrail, Mika'il, Israfil dan Hamalatul arsyi serta Malaikatmaut,
sehingga ketika ditanya oleh Allah s.w.t: "Siapakah yang masih tinggal
dari makhlukKu?" Padahal Allah s.w.t. lebih mengetahui. Jawab
Malaikatmaut: "Ya Tuhan, Engkau yang hidup, yang tidak mati, tinggal
malaikat Jibril, Mika'il, Israfil, Hamalatul arsyi dan aku." Maka
Allah s.w.t. menyuruh Malaikatmaut mencabut roh mereka.

Riwayat Muhammad bin Ka'ab dari seorang dari Abu Hurairah r.a.
berkata: "Kemudian Allah s.w.t. berfirman: "Harus mati Jibril,
Mika'il, Israfil dan juga Hamalatul arsyi." Kemudian Allah s.w.t.
bertanya: "Hai Malaikulmaut, siapakah yang masih tinggal dari
makhlukKu?" Jawab Malaikulmaut: "Engkau Dzat yang hidup yang tidak
akan mati, tinggal hambamu yang lemah, Malikulmaut." Firman Allah
s.w.t.: " Hai Malaikulmaut, tidakkah kau mendengar firmanKu: "kullu
nafsin dza'iqatul maut. (Yang bererti) Tiap makhlukKu, Aku jadikan
engkau untuk tugasmu itu, dan kini matilah engkau." Maka matilah
Malaikulmaut diperintah mencabut nyawanya sendiri, maka ia sendiri,
tiba-tiba ia menjerit, yang andaikata waktu itu makhluk lain masih
hidup nescaya mereka semua akan mati kerana jeritan Malaikulmaut itu,
lalu ia berkata: "Andaikan saya mengetahui bahawa pencabutan roh itu
seberat ini nescaya aku akan lebih lunak ketika mencabut roh-roh orang
mukmin." Kemudian matilah Malaikulmaut dan tiada tinggal satupu
n dari makhluk Allah s.w.t. Kemudian Allah s.w.t. berfirman kepada
dunia yang rendah ini: "Dimanakah raja-raja dan putera-putera raja,
dimanakah raksasa-raksasa dan putera-putera raksasa yang makan
rezekiKu tetapi menyembah lainKu." Kemudian Allah s.w.t. berfirman:
"Limanil mulkil yaum? Lillahilwahidil qahhar." (Yang bermaksud)
Siapakah yang mempunyai hak milik pada hari ini?. Pertanyaan ini tidak
ada yang menjawab, maka Allah s.w.t. sendiri menjawab: "hanya bagi
Allah yang tunggal dan memaksa segala sesuatu."
Kemudian Allah s.w.t. menyuruh langit
menurunkan hujan bagaikan air mani lelaki selama empat puluh hari,
sehingga air telah mengenang diatas segala sesuatu setinggi hasta,
maka Allah s.w.t. menumbuhkan makhluk bagaikan tumbuhnya sayur-sayuran
sehingga sempurna kerangka badannya sebagaimana semula dahulu,
kemudian Allah s.w.t. menyuruh (berseru): "Hiduplah hai Israfil dan
Hamalatularsyi." Maka hiduplah mereka. Lalu Allah s.w.t. menyuruh
Israfil meletakkan sangkakala dimulutnya, lalu Allah s.w.t. menyuruh
Israfil meniupnya untuk membangkitkan, maka keluarlah roh-roh bagaikan
lebah telah memenuhi angkasa antara langit dan bumi, lalu masuklah roh
itu kedalam jasad didalam hidung, maka bumi mengeluarkan mereka.
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Saya pertama
orang yang keluar dari bumi." Dalam lain hadis: "Sesungguhnya Allah
s.w.t. jika telah jika telah menghidupkan Malaikat Jibrail, Mika'il,
Israfil, maka mereka pergi kekubur Nabi Muhammad s.a.w. membawa buraq
dan perhiasan-perhiasan syurga, maka terbuka bumi untuk Baginda
Rasulullah s.a.w. dan ketika melihat Jibril segera bertanya: "Ya
Jibril, bagaimana ummatku? (Apakah yang diperbuat oleh Allah s.w.t.
terhadap ummatku?) Jawab Jibril: "Terimalah khabar gembira, kerana kau
pertama yang kuluar dari bumi." Kemudian Allah s.w.t. menyuruh Israfil
meniup sangkakala, tiba-tiba serentak mereka bangkit melihat keadaan.
Abu Hurairah r.a meriwayatkan: "Maka keluarlah
mereka dari kubur mereka dalam keadaan telanjang bulat, menuju kepada
Tuhan mereka , kemudian berhenti disuatu tempat selama 70 tahun, Allah
s.w.t. membiarkan mereka, tidak melihat atau memutuskan keadaan
mereka, mereka menangis sehingga habis air mata, dan mengeluarkan
darah dan peluh sehingga banjir sampai kemulut, kemusian mereka
dipanggil ke Mahsyar, mereka keburu-buruan menuju panggilan itu, maka
apabila telah berkumpul semua makhluk, jin, manusia dan lain-lainnya,
tiba-tiba terdengar suara yang keras dari langit, maka terbuka langit
dunia dan turun daripadanya sepenuh penduduk bumi dari para Malaikat,
dan mereka langsung berbaris, lalu bertanya: "Apakah ada diantara kamu
yang membawa perintah Tuhan untuk hidab?" Dijawab: "Tidak ada."
Kemudian turun ahli langit kedua dan berbaris pula, kemudian turun
prnduduk langit ketiga, dan seterusnya sampai langit ketujuh,
masing-masing berlipat dari yang sebelumnya dan
semua Malaikat itu melindungi penduduk bumi."
Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari
Abu Hurairah r.a. berkata: "Sesungguhnya Allah s.w.t. akan menyuruh
langit dunia maka terbelah dan mengeluarkan semua Malaikat yang ada
didalamnya, maka turun semuanya dan mengepung bumi dengan apa yang ada
dibumi, kemudian langit kedua dengan isinya, kemudian yang ketiga
dengan isinya, kemudian keempat dengan isinya, kemudian kelima dengan
isinya, kemudian keenam dengan isinya sehinggalah merupakan tujuh
barisan Malaikat, setengahnya dikepung oleh setangahnya, sehingga
penduduk jika pergi kemana sahaja mereka mendapati tujuh berisan
Malaikat itu seperti mana firman Allah s.w.t.: "Ya ma'syaral jinni wal
insi inis tatha' tum an tanfudzu min aqtharissamawati wal ardhi fan
fudzu la tanfudzuna illa bisulthan." (Yang bermaksud) "Hai para jin
dan manusia jika kamu dapat menembus langit dan bumi, maka silakan
menembusnya. Dan kamu tidak akan menembusnya kecuali dengan kekuatan."
Firman Allah s.w.t. lagi: "Wayauma
tasyaqqaqussama'u bil ghomami wanuzzilal malaikatu tanzila." (Yang
bermaksud) "Dan pada hari terbelahnya langit dengan awan, dan
diturunkan para Malaikat dengan seketika."
Abu Hurairah r.a. berkata: "Nabi Muhammad
s.a.w. bersabda: Allah s.w.t. telah berfirman: "Hai para jin dan
manusia, aku nasihatkan kepadamu, sesungguhnya yang tercatat dalam
lebaran hanya amalmu sendiri, kerana itu siapa yang mendapatkan
didalamnya kebaikan, hendaklah mengusapkan : Alhamdulillah dan siapa
yang mendapat lain dari itu, maka jangan menyalahkan yang lain kecuali
dirinya sendiri. Kemudian Allah menyuruh jahannam, maka keluar
daripadanya binatang yang panjang mengkilat gelap lalu berkata-kata.
Maka Allah berfirman: "Alam a'had ilaikum ya bani Adama alla ta'budusy
syaithana innahu lakum aduwwun mubin. Wa ani'buduni hadza shiraatum
mustaqim. Walaqad a adholla minkum jibilla katsiera afalam takuni
ta'qilun. Hadzihi jahannamullati kuntum tu'aduun. Ish lauhal yauma
bima kuntum takfurun. (Yang bermaksud) Tidak Aku telah berpesan
kepadamu: Jangan menyembah syaitan, sesungguhnya ia musuhmu yang
nyata-nyata. Dan sembahlah Aku. Inilah jalan yang lurus. Dan
ia telah menyesatkan ummat-ummat yang banyak dari kamu. Apakah kamu
tidak berakal (berfikir) dan menyedarinya. Inilah neraka jahannam yang
telah diancamkan (Peringatan) kepadamu. Masuklah kamu kini, oleh sebab
kekafiranmu."
Maka pada saat itu bertekuk lutut tiap-tiap
ummat, sebagaimana firman Allah s.w.t.: "Wa tara kulla ummatin
jatsiyatan kullu ummatin tud'a ila kitabiha." (Yang bermaksud) Disini
kamu melihat tiap-tiap ummat (orang) bertekuk lutut, tiap ummat
dipanggil untuk menerima suratan amalnya." Lalu Allah s.w.t.
memutuskan pada semua makhlukNya. Dan antara binatang-binatang buas
atau ternak, sehingga kambing-kambing yang tidak bertanduk diberi hak
membalas kambing yang bertanduk, kemudian diperintahkan menjadi tanah
semua binatang-binatang itu. Dan disaat itu orang kafir berkata: "Aduh
sekiranya aku menjadi tanah." Kemudian Allah s.w.t. memutuskan antara
semua hambaNya.
Nafi' dari Ibn Umar r.a. berkata: Nabi
Muhammad s.a.w. bersabda: "Manusia akan dibangkitkan kembali kepada
Tuhan pada hari kiamat, sebagaimana keadaan mereka ketika dilahirkan
dari perut ibunya telanjang bulat. Siti Aisyah berkata: "Laki
perempuan berkumpul ya Rasullullah? Jawab Nabi Muhammad s.a.w.: "Ya."
Siti Aisyah berkata: "Alangkah malunya, kemaluanku dapat dilihat
setengah pada setengahnya." Nabi Muhammad s.a.w. sambil memukul bahu
Aisyah bersabda: "Hai puteri dari putera Abu Quhafah, kesibukan
orang-orang pada saat itu tidak memungkinkan akan melihat itu,
orang-orang pada mengarahkan pandangan kelangit, berdiri selama empat
puluh tahun tidak makan, tidak minum, ada yang berpeluh sampai tumit,
sampai betis, sampai perut dan ada sampai mulut, kerana lamanya
berhenti, kemudian berdiri para Malaikat mengelilingi arsy, lalu Allah
s.w.t. menyuruh menyeruan nama fulan bin fulan, maka semua yang hadir
melihat-lihat orangnya, lalu keluar prang itu untuk menghada
pi Tuhan Rabbul A'alamin. Dan bila telah melihat Rabbul A'alamin
dipanggil orang-orang yang pernah dianiaya oleh orang itu untuk
diberikan dari hasanat kebaikannya kepada orang-orang yang teraniaya
itu, kerana pada saat itu tidak ada pembayaran dengan mas, perak
(dinar, dirham), maka orang-orang selalu menagih sehingga habis
hasanatnya, maka diambilkan dari dosa-dosa orang-orang yang dianiaya
itu untuk dipikulkan kepadanya, kemudian jika selesai semua maka
diperintahkan: "Kembali ketempatmu dalam neraka hawiyah (jahannam)
kerana pada hari ini tidak ada dhulum." (penganiyaan), sesungguhnya
Allah amat segera perhitunganNya. Maka pada saat itu tidak ada seorang
Malaikat yang muqarrab atau Nabi Rasul melainkan merasa bahawa tidak
akan selamat, kecuali jika mendapat perlindungan Allah s.w.t."
Mu'adz bin Jabal r.a. berkata: Nabi Muhammad
s.a.w. bersabda: "Laa tazulu qadamaa abdin hatta yus'ala an arba. An
umrihi fima afnaahu wa'an jasadihi fima ablaahu wa'an ilmihi ma amila
bihi wa'an maalihi min aina iktasabahu wafima anfaqahu. (Yang
bermaksud) Tidak dapat bergerak kaki seorang hamba sehingga ditanya
tentang empat: Umurnya digunakan apa sampai habis. Dan badannya dalam
apa ia rosakkan. Dan ilmunya apa ia pergunakan (apakah diamalkan). Dan
hertanya dari mana ia dapat dan kemana ia keluarkan.
Ikrimah berkata: Seorang ayah akan memegang
anaknya pada hari kiamat dan berkata: "Saya ayahmu ketika didunia."
Maka anak itu memuji kebaikannya lalu ayah itu berkata: "Hai anak,
kini saya berhajat kepada hasanatmu yang sekecil dzarrah, kalau-kalau
saya dapat selamat dengan itu dari apa yang kau lihat ini." Jawab
anaknya: "Saya juga takut dari apa yang kau takutkan itu kerana itu
tidak dapat memberikan kepadamu sedikitpun." Lalu pergi kepada
isterinya dan berkata kepadanya: "saya dahulu suamimu didunia." Maka
dipuji oleh isterinya, lalu berkata: "Saya ini minta kepadamu satu
hasanat, kalau-kalau saya boleh selamat dari apa yang kau lihat ini."
Jawab isterinya: "saya juga takut dari itu terhadap diriku seperti
engkau." Sepertimana firman Allah s.w.t. yang berbunyi: "Wain tad'u
muts qalatun ila himliha laa yuhmal minhu syai'un walaukaana dza
qurba." (Yang bermaksud) "Dan orang keberatan pikulannya itu jika
memanggil lain orang untuk memikulkan sebahagian tidak
akan dipikulkan sedikitpun, meskipun yang dipanggil itu kerabat yang
dekat."
Ibn Mas'ud berkata: Nabi Muhammad s.a.w.
bersabda yang berbunyi: "Innal kafir layul jamu biaroqihi walau
ilaannar. (Yang bermaksud) Orang kafir akan tenggelam dalam peluhnya
kerana lamanya hari itu sehingga ia berdoa: "Ya Tuhan, kasihanilah
aku, meskipun masuk kedalam neraka."
Abu Ja'far meriwayatkan dengan sanadnya dari
Ibnu Abbas r.a. berkata: Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Tiada
seorang nabi melainkan ia mempunyai doa yang mustajab, dan semuanya
sudah menggunakan doa itu didunia, sedang saya masih menyimpan doa
itu, untuk saya gunakan sebagau syafa'at bagi ummatku pada hari
kiamat. Ingatlah bahawa sayalah yang terkemuka dari semua anak Adam
dan itu bukan bangga, dan saya juga yang pertama bangkit dari bumi,
juga bukan kerana bangga, dan panji Alhamd ditanganku pada hari kiamat
yang dibawahnya ada Adam dan anak cucunya, juga tidak bangga dengan
itu. Pada kiamat kesukaran dan kerisauan manusia akan bertambah
dahsyat sehingga mereka datang pada Nabi Adam a.s. dan berkta: "Hai
Abulbasyar (Ayah dari semua manusia), berikan syafa'atmu (bantuanmu)
bagi kami dengan minta Tuhan, supaya segera menyelesaikan kami ini.
Jawab Adam: "Itu bukan bagian saya, saya telah diusir keluar dari
syurga kerana dosaku, dan kini aku tidak memikirkan sesu
atu kecuali diriku sendiri, lebih baik kamu pergi kepada Nuh a.s.
kerana ia sebagai Nabi yang pertama. Maka mereka pergi kepada Nuh dan
berkata: "Tolonglah kamu mintakan kepada Tuhan supaya lekas
membebaskan kami." Jawab Nabi Nuh a.s.: "Bukan bagianku, saya telah
mendoakan penduduk bumi sehingga tenggelam semuanya, dan kini tidak
ada yang aku fikirkan kecuali diriku sendiri, tetapi kamu lebih baik
pergi kepada Nabi Ibrahim a.s. Khalilullah. Maka pergilah mereka
kepada Nabi Ibrahim a.s. dan berkata: "Tolonglah kami disisi Tuhan
supaya segera memutuskan urusan kami." Jawab Nabi Ibrahim a.s: "Itu
bukan urusanku sebab saya telah dusta tiga kali. Rasulullah s.a.w.
bersabda: " keriga-tiganya itu kerana mempertahankan agama Allah iaitu
ketika ia diajak keupacara kaumnya, lalu ia menyatakan: "Inni saqiem
(Sesungguhnya saya sakit), kali kedua ketika berkata: "Bal fa'alahu
kabiruhum hadza." (Yang bermaksud) "Bahwa yang merosakkan
berhala-berhala ini hanya ini lah yang terbesar dan kali ketiga
ketika isterinya akan diganggu oleh Raja yang zalim, lalu ia berkata:
"ini saudaraku." kerana itu kini tidak ada sesuatu yang merisaukan
hatiku kecuali bagaimana nasibku, tetapi kamu pergi kepada Musa a.s
sebagai Kalimullah yang langsung mendengar firman-firman Allah. Maka
mereka langsung pergi kepada Nabi Musa a.s. dan berkata: "Tolonglah
kami, gunakan syufa'atmu untuk mengadap Tuhan supaya menyelesaikan
urusan kami ini." Jawab Nabi Musa a.s.: "Itu bukan urusanku, saya
pernah membunuh orang tanpa hak, dan kini aku tidak memikirkan kecuali
nasib diriku, tetapi kamu pergi kepada Nabi Isa a.s. Ruhullah dan
Kalimatullah." Maka segera mereka pergi kepada Nabi Isa a.s dan
berkata: "Berilah jasa syafa'atmu. mintalah kepada Tuhan supaya segera
meringankan penderitaan kami ini." Jawabnya: "Saya telah diangkat
bersama ibuku oleh orang-orang sebagai Tuhan, dan kini tidak ada
sesuatu yang merisaukan aku kecuali urusanku sendiri, tetapi bagaimana
pendapatmu kalau ada barang terbungkus dan ditut
up, apakah dapat mencapai barang itu jika tidak dibuka penutupnya?"
jawab mereka: "Tidak.' Maka ia berkata: "Sesungguhnya Nabi Muhammad
s.a.w. itu penutup dari semua nabi-nabi, dan Allah telah mengampunkan
baginya apa yang lalu dan yang kemudian, lebih baik kamu pergi
kepadanya.Maka datanglah orang-orang itu kepadaku, lalu saya jawab
kepada mereka: "Baiklah, sayalah yang akan membantu sehingga Allah
mengizinkan bagi siapa yang dikehendakinya dan diredhainya, maka
tinggal sekehendak Allah." Kemudian bila Allah hendak menyelesaikan
makhlukNya, maka ada seruan: "Dimanakah Muhammad dan ummat-ummatnya?"
Maka kamilah yang terakhir didunia, dan yang pertama-tama hisabnya
pada hari kiamat. Lalu aku berdiri bersama ummat-ummatku, maka
ummat-ummat itu membukakan jalan untuk kami, sehingga ada suara,
hampir saja ummat ini semuanya merupakan nabi-nabi, kemudian aku maju
kepintu syurga dan mengetukmnya, lalu ditanya: "Siapakah itu?"
Jawabku: "Nabi Muhammad Rasullullah." Lalu dibukakan dan segera
aku masuk dan bersujud kepada Tuhan serta memuja muji kepada Tuhan
dengan pujian yang belum pernah diucapkan oleh seorang pun sebelumku,
kemudian aku diperintah: Irfa' ra'saka wa qul yusina' wasai tu'tha,
wasy fa tusyaffa." (Yang bermaksud) Angkatlah kepalamu, dan katakan
akan didengar, dan mintalah akan diberikan syafa'atmu akan diterima.".
Maka saya memberikan syafa'atku pada orang-orang yang didalam hatinya
ada seberat semut (dzarrah) atau jagung dari iman keyakinan disamping
syahadat an la ilaha illallah wa anna Muhammad Rasulullah."
Umar bin Alkhoththob r.a. ketika masuk
kemasjid bertemu dengan Ka'bul Ahbar sedang memberikan nasihat pada
orang ramai, maka Umar berkata kepadanya: "Berilah kami nasihat dan
cerita-cerita yang dapat menambahkan takut kepada Allah s.w.t." Maka
Ka'bul Ahbar berkata: "Sesungguhnya ada Malaikat-malaikat yang
dijadikan oleh Allah s.w.t. berdiri tegak tidak pernah membongkokkan
punggung mereka, dan yang lain sujud tidak pernah mengangkat kepalanya
sehingga ditiup sangkakala, dan mereka bertasbih: Subhanakallahumma
wabihamdika ma abadnaaka haqqa ibadatia wa haqqa ma yanbaghi laka an
tu'bada. (Yang bermaksud) Maha suci Engkau ya Allah dan segala puji
bagiMu, kami tidak dapat beribadat kepadaMu sepenuh ibadat yang layak
kepadaMu, yang layak bagiMu untuk disembah. Demi Allah yang jiwaku ada
ditangannya, neraka jahannam akan diperdekatkan pada hari kiamat lalu
bergemuruh dan bila telah dekat ia bergemuruh dengan satu suara dan
disaat itu tidak ada seorang nabi atau ora
ng yang mati syahid melainkan ia bertekuk lutut jatuh, maka tiap nabi,
syahid atau siddiq hanya berdoa: "Ya Allah, saya tidak minta kecuali
keselamatan diriku sehingga nabi Ibrahim lupa pada Ismail dan Ishak
sambil berkata: "Ya Tuhan, aku khalilullah Ibrahim, dan pada saat itu
andaikan engkau, hai putera Khoththob mempunyai seperti amal tujuh
puluh nabi, nescaya kau mengira bahawa dirimu tidak akan selamat."
Maka menangislah semua yang hadir.
Ketika Umar melihat keadaan itu, lalu Umar
berkata: "Hai Ka'ab, berikan kepada kami khabar yang menggembirakan."
Maka berkata Ka'ab: Sesungguhnya bagi Allah s.w.t. ada 313 syari'ah,
tidak seorang yang menghadap kepada Allah s.w.t. dengan salah satu
syari'at itu asal disertai dengan Khalimah laa ilaha illallah
melainkan pasti dimasukkan oleh Allah s.w.t kedalam syurga demi Allah,
andaikan kamu tahu besarnya rahmat Allah s.w.t., nescaya kamu malas
beramal. Hai saudara-saudara, bersiap-siaplah menghadapi hari kiamat
itu dengan amal yang soleh, dan menjauhi ma'siyat sebab tidal lama kau
akan menghadapi kiamat dan menyesal tihadap masa hidupmu yang terbuang
sia-sia, ketahuilah bahawa bila kau mati bererti telah tiba hari
kaimatmu, sebagaimana kata Almughirah bin Syu'bah: "Kamu menantikan
hari kiamat, padahal kiamatmu ialah saat kematianmu."
Alqomah bin Qays ketika hadir janazah lalu ia
berdiri diatas kubur dan berkata: "Adapun hamba ini maka telah tiba
kiamatnya, sebab seorang mati maka melihat segala persoalan hari
kiamat, iaitu syurga, neraka dan Malaikat, dan ia tidak dapat berbuat
suatu amal, maka ia bagaikan seorang yang berada pada hari kiamat, dan
ia akan bangkit pada hari kiamat menurut keadaannya disaat matinya,
maka sesungguhnya untung siapa yang penghabisan amalnya kebaikan."
Abu Bakar Alwaasithi berkata: Keuntungan yang
besar itu dalam tiga perkara iaitu hidup, mati dan kiamat. Adapun
keuntungan hidup iaitu bila digunakan dalam taat kepada Allah s.w.t,
dan keuntungan mati bila ia mati dalam khalimat Syahadat iaitu
Laailaha illallah dan keuntungan hari kiamat bila bangkit dari kubur
disambut dengan berita bahawa syurga tersedia untuknya."
Yahya bin Mu'adz Arrazi ketika dibacakan
dimajlisnya ayat yang berbunyi: "Yauma nahsyurul muttqina ilarrahmani.
Wa nasuqul mujrimina ila jahannama wirda." (Yang bermaksud) "Pada hari
kiamat itu Kami akan menghantar orang yang taqwa menghadap Arahman
(Allah s.w.t.) berkenderaan, sedang orang-orang yang durhaka Kami
iring keneraka berjalan kaki dan merasa haus."
Lalu ia berkata: "Tenang-tenanglah hai
manusia, kamu kelak akan dihadapkan kepada Allah s.w.t.
berduyun-duyun, dan menghadap pada Allah s.w.t. satu persatu, dan akan
ditanya semua amalmu secara terperinci kalimat demi kalimat, sedang
para wali dihantar menghdap pada Allah s.w.t. berkenderaan, dan
orang-orang yang durhaka didorong keneraka jahannam
berbondong-bondong, dan semua akan terjadi bila bumi telah
dilenyapkan, dan tiba Tuhanmu sedang Malaikat berbaris-baris, dan
dihidangkan jahannam sebagai ancaman. Saudara-saudaraku,
berhati-hatilah kamu dari kengerian sehari yang perkiraannya sama
dengan lima puluh ribu tahun (didunia), hari yang mengetarkan, duka
cita dan menyesal., itulah hari yang besar, hari bangkitnya semua
manusia untuk menghadap kepada Rabbul Alamien, hari perhitungan dan
pertimbangan dan pertanyaan, hari kegoncangan, yang pasti, yang
menakutkan, hari kebangkitan, hari dimana tiap manusia akan melihat
apa yang telah dilakukannya. Hari dimana s
emua manusia dalam berbagai bentuk akan melihat amal perbuatannya,
hari dimana wajah manusia putih berseri-seri dan lain wajah hitam,
hari dimana seseorang tidak dapat menolong kerana lainnya, dan tidak
berguna segala tipu daya, hari dimana seorang ayah tidak dapat
membantu anaknya sedikit pun, hari dimana bahayanya bertebaran meluas,
hari dimana tidak diterima uzur orang-orang yang zalim dan tetap
mereka mendapat kutukan (laknat) serta siksa yang keji, pada hari
dimana tiap manusia harus mempertahankan dirinya sendiri, pada hari
dimana tiap ibu akan lalai terhadap bayi yang disusuinya, bahkan tiap
ibu yang mengandung akan menggugurkan kandungannya dan orang-orang
bagaikan orang mabuk tetapi tidak mabuk kerana minum arak, hanya
kerana ngerinya siksaan Allah s.w.t. yang sangat keras."
Muqatil bin Sulaiman berkata: "Makhluk akan
berdiri menanti pada hari kiamat selama seratus tahun, tenggelam dalam
peluhnya sendiri dan seratus tahun dalam kegelapan mereka bingung
sedang seratus tahun lagi sibuk bagaikan gelombang mengajukan tuntutan
kepada Tuhan. Sesungguhnya hari kiamat itu sekira lima ribu tahun,
tetapi bagi seorang mukmin yang ikhlas bagaikan sesaat, kerana itu
wahai orang yang sihat akal hendaklah sabar terhadap penderitaan dunia
dalam melaksanakan taat kepada Allah s.w.t. untuk memudahkan bagimu
segala kesukaran-kesukaran hari kiamat."

Di Balik Kelembutan Suaramu


Banyak wanita di zaman ini yang merelakan
dirinya menjadi komoditi.
Tidak hanya wajah dan tubuhnya yang menjadi
barang dagangan, suaranya
pun bisa mendatangkan banyak rupiah
 
Ukhti Muslimah….
Suara empuk dan tawa canda seorang wanita
terlalu sering kita
dengarkan di sekitar kita, baik secara langsung
atau lewat radio dan
televisi. Terlebih lagi bila wanita itu
berprofesi sebagai penyiar
atau MC karena memang termasuk modal
utamanya adalah suara yang indah
dan merdu.
 
Begitu mudahnya wanita tersebut memperdengarkan
suaranya yang bak
buluh perindu, tanpa ada rasa takut
kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala.
Padahal Dia telah memperingatkan:
"Maka janganlah kalian merendahkan suara
dalam berbicara sehingga
berkeinginan jeleklah orang yang ada
penyakit dalam hatinya dan
ucapkanlah perkataan yang ma'ruf." (Al Ahzab: 32)
 
Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam
juga telah bersabda :
"Wanita itu adalah aurat, apabila ia
keluar rumah maka syaitan
menghias-hiasinya (membuat indah dalam
pandangan laki-laki sehingga ia
terfitnah)". (HR. At Tirmidzi, dishahihkan
dengan syarat Muslim oleh
Asy Syaikh Muqbil bin Hadi Al Wadi`i dalam
Ash Shahihul Musnad, 2/36).
 
Suara merupakan bagian dari wanita sehingga
suara termasuk aurat,
demikian fatwa yang disampaikan Asy Syaikh
Shalih bin Fauzan bin
Abdillah Al Fauzan dan Asy Syaikh Abdullah
bin Abdirrahman Al Jibrin
sebagaimana dinukil dalam kitab Fatawa
Al Mar'ah Al Muslimah (1/ 431,
434)
 
Para wanita diwajibkan untuk menjauhi setiap
perkara yang dapat
mengantarkan kepada fitnah. Apabila ia
memperdengarkan suaranya,
kemudian dengan itu terfitnahlah kaum lelaki,
maka seharusnya ia
menghentikan ucapannya. Oleh karena itu para
wanita diperintahkan
untuk tidak mengeraskan suaranya ketika
bertalbiyah1. Ketika
mengingatkan imam yang keliru dalam shalatnya,
wanita tidak boleh
memperdengarkan suaranya dengan bertashbih
sebagaimana laki-laki,
tapi cukup menepukkan tangannya, sebagaimana
tuntunan Nabi Shallallahu
'Alaihi Wasallam:
"Ucapan tashbih itu untuk laki-laki sedang
tepuk tangan untuk wanita".
(HR. Al Bukhari no. 1203 dan Muslim no. 422)
 
Demikian pula dalam masalah adzan,
tidak disyariatkan bagi wanita
untuk mengumandangkannya lewat
menara-menara masjid karena hal itu
melazimkan suara yang keras.
 
Ketika terpaksa harus berbicara dengan
laki-laki dikarenakan ada
kebutuhan, wanita dilarang melembutkan
dan memerdukan suaranya
sebagaimana larangan Allah Subhanahu Wa
Ta'ala dalam surat Al-Ahzab di
atas. Dia dibolehkan hanya berbicara
seperlunya, tanpa berpanjang kata
melebihi keperluan semula.
 
Al Imam Ibnu Katsir rahimahullah
berkata dalam tafsirnya: "Makna
dari ayat ini (Al-Ahzab: 32), ia berbicara
dengan laki-laki yang bukan
mahramnya tanpa melembutkan suaranya, yakni
tidak seperti suaranya
ketika berbicara dengan suaminya."
(Tafsir Ibnu Katsir, 3/491).
 
Maksud penyakit dalam ayat ini adalah
syahwat (nafsu/keinginan)
berzina yang kadang-kadang bertambah
kuat dalam hati ketika mendengar
suara lembut seorang wanita atau ketika
mendengar ucapan sepasang
suami istri, atau yang semisalnya.
 
Suara wanita di radio
dan telepon
 
Asy Syaikh Muhammad Shalih Al 'Utsaimin
rahimahullah pernah ditanya:
"Bolehkah seorang wanita berprofesi
sebagai penyiar radio, di mana ia
memperdengarkan suaranya kepada laki-laki
yang bukan mahramnya? Apakah
seorang laki-laki boleh berbicara dengan
wanita melalui pesawat
telepon atau secara langsung?"
Asy Syaikh menjawab: "Apabila seorang wanita
bekerja di stasiun radio
maka dapat dipastikan ia akan ikhtilath
(bercampur baur) dengan kaum
lelaki. Bahkan seringkali ia berdua saja
dengan seorang laki-laki di
ruang siaran. Yang seperti ini tidak
diragukan lagi kemungkaran dan
keharamannya. Telah jelas sabda Nabi
Shallallahu 'Alaihi Wasallam:
"Jangan sekali-kali seorang laki-laki
berduaan dengan seorang wanita."
 
Ikhtilath yang seperti ini selamanya
tidak akan dihalalkan. Terlebih
lagi seorang wanita yang bekerja sebagai
penyiar radio tentunya
berusaha untuk menghiasi suaranya agar
dapat memikat dan menarik. Yang
demikian inipun merupakan bencana yang
wajib dihindari disebabkan akan
timbulnya fitnah.
 
Adapun mendengar suara wanita melalui
telepon maka hal tersebut
tidaklah mengapa dan tidak dilarang untuk
berbicara dengan wanita
melalui telepon. Yang tidak diperbolehkan
adalah berlezat-lezat
(menikmati) suara tersebut atau terus-menerus
berbincang-bincang
dengan wanita karena ingin menikmati
suaranya. Seperti inilah yang
diharamkan. Namun bila hanya sekedar memberi
kabar atau meminta fatwa
mengenai suatu permasalahan tertentu,
atau tujuan lain yang
semisalnya, maka hal ini diperbolehkan.
Akan tetapi apabila timbul
sikap-sikap lunak dan lemah-lembut,
maka bergeser menjadi haram.
Walaupun seandainya tidak terjadi
yang demikian ini, namun tanpa
sepengetahuan si wanita, laki-laki yang
mengajaknya bicara ternyata
menikmati dan berlezat-lezat dengan
suaranya, maka haram bagi
laki-laki tersebut dan wanita itu tidak
boleh melanjutkan
pembicaraannya seketika ia menyadarinya.
 
Sedangkan mengajak bicara wanita secara
langsung maka tidak menjadi
masalah, dengan syarat wanita tersebut
berhijab dan aman dari fitnah.
Misalnya wanita yang diajak bicara itu
adalah orang yang telah
dikenalnya, seperti istri saudara laki-lakinya
(kakak/adik ipar), atau
anak perempuan pamannya dan yang semisal
mereka." (Fatawa Al Mar'ah Al
Muslimah, 1/433-434).
 
Syaikh 'Abdullah bin 'Abdirrahman Al Jibrin
menambahkan dalam fatwanya
tentang permasalahan ini: "Wajib bagi
wanita untuk bicara seperlunya
melalui telepon, sama saja apakah dia
yang memulai menelepon atau ia
hanya menjawab orang yang menghubunginya
lewat telepon, karena ia
dalam keadaan terpaksa dan ada faidah
yang didapatkan bagi kedua belah
pihak di mana keperluan bisa tersampaikan
padahal tempat saling
berjauhan dan terjaga dari pembicaraan
yang mendalam di luar kebutuhan
dan terjaga dari perkara yang menyebabkan
bergeloranya syahwat salah
satu dari kedua belah pihak. Namun yang lebih
utama adalah
meninggalkan hal tersebut kecuali pada keadaan
yang sangat mendesak."
(Fatawa Al Mar`ah, 1/435)
 
Laki-laki berbicara lewat telepon dengan wanita
yang telah dipinangnya
 
Kenyataan yang ada di sekitar kita, bila seorang
laki-laki telah
meminang seorang wanita, keduanya menilai hubungan
mereka telah
teranggap setengah resmi sehingga apa yang
sebelumnya tidak
diperkenankan sekarang dibolehkan. Contoh yang
paling mudah adalah
masalah pembicaraan antara keduanya secara
langsung ataupun lewat
telepon. Si wanita memperdengarkan suaranya
dengan mendayu-dayu karena
menganggap sedang berbincang dengan calon
suaminya, orang yang bakal
menjadi kekasih hatinya. Pihak laki-laki juga
demikian, menyapa dengan
penuh kelembutan untuk menunjukkan dia adalah
seorang laki-laki yang
penuh kasih sayang. Tapi sebenarnya bagaimana
timbangan syariat dalam
permasalahan ini?
 
Asy Syaikh Shalih bin Fauzan Al Fauzan
menjawab:" Tidak apa-apa
seorang laki-laki berbicara lewat telepon
dengan wanita yang telah
dipinangnya (di-khitbah-nya), apabila
memang pinangannya (khitbah)
telah diterima. Dan pembicaraan itu dilakukan
untuk saling memberikan
pengertian, sebatas kebutuhan dan tidak
ada fitnah di dalamnya. Namun
bila keperluan yang ada disampaikan lewat
wali si wanita maka itu
lebih baik dan lebih jauh dari fitnah.
Adapun pembicaraan antara
laki-laki dan wanita, antara pemuda dan
pemudi, sekedar perkenalan
(ta'aruf) –kata mereka- sementara belum
ada khithbah di antara
mereka,
maka ini perbuatan yang mungkar dan haram,
mengajak kepada fitnah dan
menjerumuskan kepada perbuatan keji. Allah
Subhanahu Wa Ta'ala telah
berfirman:
"Maka janganlah kalian merendahkan suara
dalam berbicara sehingga
berkeinginan jeleklah orang yang ada penyakit
dalam hatinya dan
ucapkanlah perkataan yang ma'ruf." (Al-Ahzab: 32)
(Fatawa Al Mar'ah,
2/605) ?
 
(Disusun dan dikumpulkan dari fatwa Asy Syaikh
Muhammad bin Shalih Al
'Utsaimin, Asy Syaikh Shalih bin Fauzan bin Abdillah
Al Fauzan dan Asy
Syaikh Abdullah bin Abdurrahman Al Jibrin
oleh Ummu Ishaq Al Atsariyah dan Ummu 'Affan
Nafisah bintu Abi Salim).

wanabdbaith. Powered by Blogger.

Visitor

free counters