Wednesday, April 27, 2011

Masih Ingkar?

Bismillahirrahmanirrahim



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Tadi ana dan .... ke Mahkamah Syari'ah Jordan, untuk mendapatkan Hujjah Islam [bukan untuk ana ye], sedang duduk menunggu urusan, terlihat seorang pak cik dan seorang perempuan asia. Mula-mula fikir, perempuan tersebut adalah pembantu rumah pak cik arab tu, tapi tengok tidak ada gaya pembantu rumah. Jadi, kami yang duduk bersebelahan dengan pak cik tu pun bertanyalah kepadanya, 'Apa urusan kamu di sini?' [tanya macam polis la pula ye].

Dia pun cerita la bahawa perempuan ni asalnya dari Filipina, baru sahaja memeluk Islam. Selepas itu, tanpa diminta dia pula menceritakan pasal dirinya [mungkin kerana dia terdengar kami berkata kami adalah pelajar syariah kot]. Dia berkata bahawa dia mengingkari adanya azab kubur, dajjal dan lain-lain. Dia telah mengeluarkan 24 buah buku berkenaannya dan boleh di dapati di maktabah universiti.

Kemudian dia pun membaca kepada kami dalil daripada ayat Al-Quran bagi menyokong hujjahnya memandangkan kami seolah tidak mengendahkannya. Dibawakan kepada kami ayat ke 10 daripada Surah Asy-Syura, firman Allah Ta'ala :

وَمَا اخْتَلَفْتُمْ فِيهِ مِنْ شَيْءٍ فَحُكْمُهُ إِلَى اللَّهِ

Lalu dijelaskan kepada kami tentang ayat yang dibacakannya tadi, dia berkata [mafhum katanya]  : 'Tengok ayat ni, Allah tidak menyebut supaya rujuk kepada Nabi, dan Nabi tidak membawakan sesuatu yang bukan daripada Allah. Azab kubur, dajjal dan sebagainya hanyalah dongengan semata kerana tidak dinyatakan di dalam Al-Quran. Kamu lihat, berkenaan bilangan rakaat dalam solat tidak disebutkan di dalam Al-Quran tetapi asasnya ada iaitu solat ada disebutkan di dalam Al-Quran. Kamu mungkin tak percaya, tidak mengapa, kamu dengar dahulu dan kaji. Aku sudah berumur 70 tahun dan seorang muhandis.'



Ana pun dengar je la, nak balas bukannya tiada ilmu tapi kurang ilmu. Lagipun dah tahu dah, kalau balas bukannya dia nak terima pun apatahlagi dari kami yang dianggap budak olehnya. Masakan orang yang sudah menulis 24 buah buku dan berpegang dengan pendapatnya mudah-mudah mahu menerima pendapat kami, dan takkanlah dia tidak pernah mendengar ulasan ulama' berkenaan hal ini. Apapun, ini sebenarnya cabaran bagi kami, bagaimana mahu mengatasi orang-orang sebegini di masa kelak. Kalau tadi kita hanya diamkan diri dan mendengar sahaja, takkanlah seumur hidup kita hendak membiarkan ianya sedemikian. Allah SWT telah temukan kami dengan permulaannya, maka ke atas kami untuk memperjuangkan kebenarannya. Insya-Allah!

Di sini ana selitkan beberapa artikel berkenaan pastinya azab kubur, semoga bermanfaat untuk semua :

B. Arab :
6 -  إثبات عذاب القبر  


B. Melayu :
1 - Kebenaran Azab Kubur Berdasarkan al-Quran & Hadith
2 - Yakinilah adanya azab kubur
3 - Dato' Dr Harussani Zakaria - Isu Azab Kubur.mp3
4 - Membantah Azab Kubur Menyanggah Akidah Ahli Sunnah Wa Jamaah
5 - Dato' Ismail Kamus - Azab Kubur.mp3
6 - Azab dan Nikmat Kubur Dalam Al-Quran dan Al-Hadith
7 - Hadis Ahad & Azab Kubur : Suatu Ulasan



Wassalam...

Monday, April 25, 2011

Apa Pendirianmu?

Bismillahirrahmanirrahim



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Allah Tuhan Sekalian Alam, Pencipta langit dan bumi, Pemilik setiap nyawa, Pengatur terbit dan terbenamnya si mentari. Dialah Tuhan Yang Tiada Lain kecuali Dia Yang Satu. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad, nabi pembawa risalah, penyebar kebenaran, penghapus kebatilan, juga kepada keluarganya, sahabat-sahabatnya serta sesiapa yang mengikuti jalan yang ditempuh oleh mereka.

Kita seringkali terleka dengan kehidupan dunia, sejam kita bertafakkur kepada Allah tetapi berjam-jam kita dilalaikan dengan dunia. Sentiasa tergesa-gesa, tergopoh-gapah dalam setiap perkara.

Namun Allah itu mengenal siapa hamba-Nya. kerana Dialah yang menciptakan mereka, Yang Membentuk mereka, memberi kepada mereka mata, mulut, hidung, tangan, kaki dan lain-lain. Maka sudah tentu Dia mengetahui akan kecatatan yang ada pada mereka.

Hari ini, satu soalan telah menyentak jiwaku, menyebabkan tergetar hati ini untuk menjawabnya, rasa kerdilnya diri dengan perjuangan orang-orang terdahulu. Gundah gulana lagi menimpa tatkala terfikir jika diseksa terlebih dahulu. Mampukah aku bertahan? Ya Allah.



Syeikh Syuaib Arna'uth bertanya : 'Jika kamu pada suatu hari diletakkan pedang pada tengkukmu, memaksa kamu untuk memilih antara agama kamu atau kamu akan mati. Apakah yang kamu akan katakan kepada mereka? Adakah kamu akan memilih untuk mengucapkan kalimah kufur sedangkan hati kamu tenang dalam Islam atau kamu akan memilih untuk berkata aku sekali-kali tidak akan meninggalkan agamaku?'

Sungguh senang untuk berkata aku sanggup mati demi Islam, tetapi bagaimana jika keadaan tersebut benar-benar berlaku di hadapan mata kita, pada diri kita sendiri? Adakah keputusan kita masih sama sebagaimana yang telah kita ungkapkan?

Iya, tidak salah untuk memilih mengucapkan kalimah kufur apabila kita terdesak dan hati tidak sekali-kali menyetujuinya, tetapi di sinilah keimanan kita teruji.

Mampukah kita menjadi sepertimana kisah Ashabul Ukhdud? Pasti kamu kenal bukan siapakah mereka? Kisah yang sentiasa diulang-ulangkan kepada kita sewaktu kita kecil. Ingat bukan? Tidak mengapa, kalau tidak ingat jom kita rujuk kembali kisah tersebut di dalam Al-Quran. Jom, adik-adik, kakak-kakak, abang-abang untuk buka Surah Al-Buruj.

(1)Demi langit yang mempunyai gugusan bintang, (2)dan hari yang dijanjikan, (3)dan yang menyaksikan dan yang disaksikan. (4)Binasalah dan terlaknatlah orang-orang yang membuat parit. (5)yang berapi (dinyalakan dengan) kayu bakar, (6)ketika mereka duduk di sekitarnya, (7)sedang mereka menyaksikan apa yang mereka perbuat terhadap orang-orang yang beriman. (8)Dan mereka tidak menyeksa orang-orang mukmin itu melainkan kerana orang-orang mukmin itu beriman kepada Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji.

[Boleh baca kisahnya di sini]



Dah baca? Takjub bukan? Ya Allah... Sungguh cekal hati mereka dalam mempertahankan agama ini walaupun sanggup diseksa sedmikian rupa, tidak ingin untuk mengucapkan kalimah kufur meskipun diberikan rukhsah kepada mereka. Kenapa? Kerana mereka mengejar hal yang lebih besar, mengejar apa yang tidak nampak mata manusia, mereka mengejar syurga Allah yang hakiki. Di sana mereka tidak lagi akan diseksa bahkan kepada mereka dianugerahkan kebahagiaan di sisi Allah.

Dalam ragu, ku menjawab kepada syeikh : 'Aku menginginkan syahid!'

Ya Allah, anugerahkanlah kepadaku syahid pada jalan-Mu, tukarkanlah keraguan diri ini kepada keyakinan.

اللهم يا مقلب القلوب ثبت قلوبنا على دينك وعلى طاعتك

Sunday, April 24, 2011

Kecekalan dan Keteguhan

Bismillahirrahmanirrahim



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,


Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dan pujian dipanjatkan kepada Allah, Tuhan Sekalian Alam. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam. Mulut ini sentiasa ingin berkata bahawa aku merinduimu, tetapi jauh di sudut hati, tersimpul satu kerisauan andai ianya hanya sebuah kata yang tak mampu dikotakan... Allah.

Apa khabar pembaca sekalian, sihat, gembira, ceria, riangkah kalian pada waktu ini? Sungguh rindu untuk menulis surat ini kepada kalian, agar ia mampu dimanfaatkan bersama. Mengharungi liku-liku kehidupan ini, kerana ku sedar bahawa kalian juga tidak lari dari masalah. Allahumma la sahla illa ma ja'altahu sahlan wa anta taj'alul hazna iza syikta sahla.

Jiwa kita kadang meronta-ronta mencari suatu hakikat, hidup diselubungi gelisah, fikiran berkecamuk, terasa begitu kosongnya hati, jauhnya dari rahmat Ilahi. Dosa yang kita lakukan telah memakan diri kita, cinta kita kepada Ilahi telah hilang. Ke mana? Ke manakah ia? Ya Allah, susahnya hidup ini tanpa-Mu, tanpa-Mu bagaimanakah kami mahu bergerak, makan minum, tidur, ketawa dan menangis, bahkan bagaimana kami mahu bernafas? Allah...

Ketika diri ini terdesak mencari hakikat tersebut, Engkau datangkan kepada kita petunjuk, Engkau bisikkan kepada hamba Allah yang soleh untuk membantu kita, memberi nasihat dan panduan dalam mencapai ma'rifatullah.



Syeikhuna Mu'az Said Hawwa berpesan :

- Bersederhanalah dalam makan dan minum, sesungguhnya ia dapat menyucikan diri. Jika sesuap makanan yang kamu suapkan ke dalam mulutmu itu adalah untuk beribadah kepada Allah maka makanlah, tetapi andai ianya akan kamu gunakan pada maksiat maka sesungguhnya kamu tidak layak untuk makan.

كلَّ ما كَثُرَ الطعام كَثُرَ حركته وشهوته


- Berpuasalah kerana Allah semata dan bukan kerana perkara sampingannya. Puasa kerana Allah itulah yang menguatkan diri dan diganjari oleh Allah.


أن الضعف في صيامك تغير همتك, وأن الصيام والجوع يقوي همتك إن صدقت في صيامك


- Jika kamu tidak mampu untuk berpuasa dan qiyam, maka lihatlah pada dosamu. Bertaubat dan beristighfarlah. Sujudlah kepada Allah, sesungguhnya setiap sujudmu itu mengangkat darjatmu di sisi-Nya.



- اتقوا الله وكونوا مع الصادقين



- الأرواح جنود مجندة


- Tatkala kamu melihat diri kamu cenderung kepada kebatilan maka ketahuilah bahawa pada dirimu itu ada kebatilan kerana sesungguhnya jika kamu dianugerahkan nur oleh Allah nescaya kamu akan cenderung kepada orang-orang soleh.


- Berbuat baiklah kepada manusia dari segi percakapan, perbuatan nescaya Allah akan berlaku baik kepadamu, begitu juga sebaliknya. Jadikanlah muamalah kamu dengan manusia sebahagian daripada cara mendekatkan dirimu kepada Allah.

- Selawatlah ke atas Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam jika kamu telah melakukan sesuatu maksiat. Selawat akan memudahkan kamu untuk memintas titian sirat, sekali kamu berselawat ke atas Nabi, Allah akan berselawat ke atasmu sepuluh kali, apabila Allah berselawat ke atasmu ketahuilah bahawa ia adalah penyebab kamu terkeluar daripada kegelapan, terkeluar daripada kegelapan maksiat kepada nur ketaatan.



Jazakumullahu khairan kathira, wassalamua'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Thursday, April 7, 2011

Anggaran Kos Belanjawan Pengajian di Universiti Jordan



Tahun Pertama



Kos Persediaan ke Jordan
           Jumlah           
Tiket Kapal Terbang + Visa
RM 1900
Urusan Permohonan
RM 300
Urusan-urusan lain
RM 200
Jumlah keseluruhan
RM 2400


Kos Keperluan Rumah
Jumlah
Katil + tilam
JOD 30 + JOD 17
JOD 47
Meja
JOD 25
JOD 25
Almari
JOD 25
JOD 25
Barang-barang dapur
JOD 120 / 4 ahli rumah
JOD 30
Karpet
JOD 120 / 4 ahli rumah
JOD 30
Mesin basuh
JOD 100 / 4 ahli rumah
JOD 25
Keperluan lain
JOD 100 / 4 ahli rumah
JOD 20
Jumlah Keseluruhan
JOD 212


Kos Yuran Pengajian
Jumlah
Yuran Semester Satu
6 subjek x JOD 48
JOD 288
Yuran Semester Dua
6 subjek x JOD 48
JOD 288
Yuran Semester Musim Panas
3 subjek x JOD 48
JOD 144
Yuran Khidmat Universiti
JOD 48 x 3 semester
JOD 144
Buku-buku Wajib Universiti
JOD 100
JOD 100
Buku-buku Tambahan
JOD 100
JOD 100
Jumlah Keseluruhan
JOD 1064


Hal-Hal Lain
Jumlah
Tambang ke Universiti
JOD 12 x 12 bulan
JOD 144
Sewa Rumah
JOD 45 x 12 bulan
JOD 540
Bil Air + Bil Elekterik
JOD 15 x 12 bulan
JOD 180
Belanja Dapur
JOD 20 x 12 bulan
JOD 240
Keperluan lain
JOD 30 x 12 bulan
JOD 360
Jumlah Keseluruhan
JOD 1464


Jumlah Tahunan
Jumlah
Kos Persediaan ke Jordan
RM 2400
RM 2400.00
Kos Keperluan Rumah
JOD 212 x 4.50
RM 954.00
Kos Yuran Pengajian
JOD 1064 x 4.50
RM 4788.00
Hal-hal lain
JOD 1464 x 4.50
RM 6588.00
Jumlah Keseluruhan
RM 14730.00
* Tukaran matawang Dinar Jordan (JOD) kepada Ringgit Malaysia (RM)                  JOD 1 = RM 4.50



Tahun Kedua




Kos Yuran Pengajian
Jumlah
Yuran Semester Satu
6 subjek x JOD 48
JOD 288
Yuran Semester Dua
6 subjek x JOD 48
JOD 288
Yuran Semester Musim Panas
3 subjek x JOD 48
JOD 144
Yuran Khidmat Universiti
JOD 48 x 3 semester
JOD 144
Buku-buku Wajib Universiti
JOD 100
JOD 100
Buku-buku Tambahan
JOD 100
JOD 100
Jumlah Keseluruhan
JOD 1064


Hal-Hal Lain
Jumlah
Tambang ke Universiti
JOD 12 x 12 bulan
JOD 144
Sewa Rumah
JOD 45 x 12 bulan
JOD 540
Bil Air + Bil Elekterik
JOD 15 x 12 bulan
JOD 180
Belanja Dapur
JOD 20 x 12 bulan
JOD 240
Keperluan lain
JOD 30 x 12 bulan
JOD 360
Jumlah Keseluruhan
JOD 1464


Jumlah Tahunan
Jumlah
Kos Yuran Pengajian
JOD 1064 x 4.50
RM 4788.00
Hal-hal lain
JOD 1464 x 4.50
RM 6588.00
Jumlah Keseluruhan
RM 11376.00
* Tukaran matawang Dinar Jordan (JOD) kepada Ringgit Malaysia (RM)            JOD 1 = RM 4.50




Tahun Ketiga




Kos Yuran Pengajian
Jumlah
Yuran Semester Satu
6 subjek x JOD 48
JOD 288
Yuran Semester Dua
6 subjek x JOD 48
JOD 288
Yuran Semester Musim Panas
3 subjek x JOD 48
JOD 144
Yuran Khidmat Universiti
JOD 48 x 3 semester
JOD 144
Buku-buku Wajib Universiti
JOD 100
JOD 100
Buku-buku Tambahan
JOD 100
JOD 100
Jumlah Keseluruhan
JOD 1064


Hal-Hal Lain
Jumlah
Tambang ke Universiti
JOD 12 x 12 bulan
JOD 144
Sewa Rumah
JOD 45 x 12 bulan
JOD 540
Bil Air + Bil Elekterik
JOD 15 x 12 bulan
JOD 180
Belanja Dapur
JOD 20 x 12 bulan
JOD 240
Keperluan lain
JOD 30 x 12 bulan
JOD 360
Jumlah Keseluruhan
JOD 1464


Jumlah Tahunan
Jumlah
Kos Yuran Pengajian
JOD 1064 x 4.50
RM 4788.00
Hal-hal lain
JOD 1464 x 4.50
RM 6588.00
Jumlah Keseluruhan
RM 11376.00
* Tukaran matawang Dinar Jordan (JOD) kepada Ringgit Malaysia (RM)               JOD 1 = RM 4.50



Tahun Keempat




Kos Yuran Pengajian
Jumlah
Yuran Semester Satu
6 subjek x JOD 48
JOD 288
Yuran Semester Dua
6 subjek x JOD 48
JOD 288
Yuran Semester Musim Panas
3 subjek x JOD 48
JOD 144
Yuran Khidmat Universiti
JOD 48 x 3 semester
JOD 144
Buku-buku Wajib Universiti
JOD 100
JOD 100
Buku-buku Tambahan
JOD 100
JOD 100
Jumlah Keseluruhan
JOD 1064


Hal-Hal Lain
Jumlah
Tambang ke Universiti
JOD 12 x 12 bulan
JOD 144
Sewa Rumah
JOD 45 x 12 bulan
JOD 540
Bil Air + Bil Elekterik
JOD 15 x 12 bulan
JOD 180
Belanja Dapur
JOD 20 x 12 bulan
JOD 240
Keperluan lain
JOD 30 x 12 bulan
JOD 360
Jumlah Keseluruhan
JOD 1464


Urusan Pulang
Jumlah
Tiket Kapal Terbang ( pulang sahaja )
JOD 300
Urusan-urusan lain
JOD 500
Jumlah keseluruhan
JOD 800


Jumlah Tahunan
Jumlah
Kos Yuran Pengajian
JOD 1064 x 4.50
RM 4788.00
Urusan Pulang
JOD 800 x 4.50
RM 3600.00
Hal-hal lain
JOD 1464 x 4.50
RM 6588.00
Jumlah keseluruhan
RM 14976.00




* Tukaran matawang Dinar Jordan (JOD) kepada Ringgit Malaysia (RM)              JOD 1 = RM 4.50


ANGGARAN KOS KESELURUHAN
BELANJAWAN PENGAJIAN DI UNIVERSITI JORDAN, AMMAN


Jumlah Keseluruhan Pengajian di Jordan
Jumlah
Tahun Pertama
JOD 3273.33
RM 14730.00
Tahun Kedua
JOD 2528.00
RM 11376.00
Tahun Ketiga
JOD 2528.00
RM 11376.00
Tahun Keempat
JOD 3328.00
RM 14976.00
Jumlah keseluruhan
JOD 11657.33
RM 52458.00
* Tukaran matawang Dinar Jordan (JOD) kepada Ringgit Malaysia (RM)              JOD 1 = RM 4.50

- Terima kasih kepada Presiden PRISMA & Barisan Lajnah atas kesudian memberi pertolongan dan bantuan. Kredit to PRISMA & PPMA Jordan.
wanabdbaith. Powered by Blogger.

Visitor

free counters