Assalamualaikum wbt,
Alhamdulillah 'ala kulli haalin wa ni'mah. Sebenarnya ana sebelum ini berniat untuk berhenti berblog, tapi baru sahaja tadi terbaca akan satu blog yang agak menarik isinya dan memberi kesan kepada hati. Astaghfirullah. Jadi ana mulakan balik penulisan di blog ana ini dengan semangat baru, insya-Allah.
Baru-baru ini ana telah diamanahkan untuk menjadi pengarah program Maulidurrasul PPMA 1431H, alhamdulillah program dapat dijalankan dengan keadaan serba sederhana. Mengharapkan input yang terbaik kepada semua dan memberi ibrah kepada diri. Ahli panel yang dijemput sungguh pandai menyampaikan mau'izah, semuanya atas pengalaman masing-masing. Berhadapan dengan kemelut kehidupan dan memetik buah-buahan segar dan manis. Masya-Allah.
Namun, tidak semua yang kita rancangkan akan sempurna keseluruhannya dan pasti ada kekurangannya. Kadang kita melakukan sesuatu untuk memudahkan kerja orang lain tapi kita disalah fahamikan oleh mereka yang tidak mengetahui tujuan apa yang kita lakukan. Allahu Akbar, uniknya manusia, lain yang kita niatkan lain pula outputnya. Kalau hendak difikirkan secara negatif tentulah dah terkeluar pelbagai kata-kata yang tidak enak didengar, maka fikirkanlah secara positif nescaya diri kita akan ke hadapan. Syukran atas segala nasihat dan komen. ^_^
Ana pernah ditanya, 'Best ke belajar kat University of Jordan/Jordan?'. Ana pun berfikir, best ke belajar kat sini? Kalau best, kenapa? Kalau tak best pula kenapa? Hakikatnya ana merasakan bestnya belajar, bestnya belajar bukan kerana kita belajar dengan para masyaikh besar, bukannya kerana peralatannya yang menarik, tapi bestnya belajar ialah kerana kita belajar akan perkara yang kita tidak ketahui dan kita berminat untuk mengetahui. Pernah ana terasa, 'Ya Allah ruginya kalau tak dapat hadiri kelas hari ini, agaknya apalah yang doktor ajarkan hari ini ye?' Rasa kerugian yang amat apabila kita tidak dapat menghadirinya menimbulkan rasa ingin berusaha mendapatkannya. Hehe
Jadi, kalau dikatakan bestnya belajar kerana peralatan yang digunakan (contoh : projektor), maka perasaan best itu tidak akan bertahan lama, apatahlagi untuk meninggalkan kesan kepada diri. Huhu.
Speechless... Semoga bersambung lagi dikemudian hari... Insya-Allah.