Monday, October 26, 2009

Pemuda PAS bantah kaitkan peristiwa Memali dengan ajaran sesat

ALOR SETAR, 26 Okt: Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah mengecam penyiaran artikel oleh akhbar Kosmo! yang mengaitkan peristiwa Memali dengan ajaran sesat.

Ketuanya, Ustaz Ahmad Yahya berkata, artikel tersebut merupakan satu tuduhan yang berniat jahat dan cuba mengeruhkan ketenangan para penduduk Memali khususnya dan para pendokong PAS amnya.


Tegas beliau, penulis artikel berkenaan jelas gagal memahami sejarah peristiwa itu apabila menyamakannya dengan ajaran sesat.


"Peristiwa Memali adalah satu perjuangan rakyat menolak undang-undang zalim iaitu Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Ingin kami Pemuda PAS Kedah tegaskan ianya tidak langsung boleh disamakan atau sama sekali tidak berkait dengan ajaran sesat.


"Kosmo! dengan sengaja telah membangkitkan fitnah yang sedang tidur! Secara tidak langsung Kosmo! bukan sahaja telah memfitnah Memali tetapi juga kepada PAS yang sehingga kini komited menentang ISA.


"Cukuplah dengan derita yang ditanggung sekian lama oleh ahli keluarga mangsa terbabit, tidak perlu lagi dibangkit dan mungkin menimbulkan tekanan kepada mereka," ujar Ahmad kepada Harakahdaily, sebentar tadi.


Menurut beliau, para pejuang Memali yang terkorban dalam peristiwa 19 November 1985 itu bukan sahaja diiktiraf syahid oleh anggota Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah, Almarhum Tuan Guru Yahya Joned, malah Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah juga pernah mencemar duli menyiram air mawar di pusara para syuhada.

Malah kata Ahmad, isu Memali jelas satu penganiayaan apabila Kerajaan Malaysia akhirnya bersetuju membayar pampasan kepada ahli keluarga mangsa Memali melalui rundingan diluar mahkamah selain tidak pernah ada mana-mana pihak berkuasa agama yang menyatakan bahawa As-Syahid Ustaz Ibrahim Libya dan pengikutnya sebagai sesat.


Untuk itu, beliau menuntut Kosmo! dan wartawan serta editor berkenaan tidak terus bermain api dengan segera membuat permohonan maaf secara terbuka.


Sementara itu di Baling, para penduduk Memali bersama-sama Dewan Pemuda PAS Kawasan Baling telah mengadakan himpunan untuk menghantar laporan polis sebagai membantah penyiaran artikel tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah Baling, jam 3 petang tadi.


Kosmo! dalam cetakannya hari ini di mukasurat 11 ruangan Negara! kolum Di Sebalik Berita tulisan Zulkifli Manzor berhubung ajaran sesat di negara ini telah turut sama mengaitkannya dengan peristiwa Memali._


petikan : harakahdaily.net

Rancangan Al-Khawathir




Kali ini ana nak kongsikan satu rancangan yang disiarkan di televisyen. Rancangan ini berjaya menarik minat ana kerana ianya adalah rancangan yang mana memperbandingkan sikap orang arab itu sendiri dengan non-muslim di Jepun. Sungguh bermanfaat ditonton untuk segenap golongan masyarakat tanpa mengira umur. Rancangan ini disiarkan bermula pada awal Ramadhan baru-baru ini dan masih ke udara. Marilah bersama-sama mengambil iktibar dan pengajaran daripadanya. :D








ni pula lagu tema rancangan tersebut, lagu yang menyebabkan ana tertarik untuk menonton rancangan ini... best2

Thursday, October 22, 2009

Bringing Religion Back To School

Say NO to Secular!




Tuesday, October 20, 2009

Kunjungan Istimewa




Dalam sebuah syair dituturkan :


Yang harus kita maklumi, beliau hanyalah seorang
manusia biasa


Di samping beliau adalah hamba Allah Subhanahu wa Ta'ala

yang terbaik


Allah Subhanahu wa Ta'ala mengistimewakan beliau

dengan tanda kenabian

Bagaikan cahaya yang terang bersinar


Allah Subhanahu wa Ta'ala menyertakan nama beliau

dengan asma-Nya

Saat muazzin mengumandangkan azan lima kali

sehari semalam dengan bersyahadah


Hingga nama beliau dipetik dari nama-Nya
sebagai
penghormatan

Allah Subhanahu wa Ta'ala, pemilik 'arasy adalah

Yang Maha Terpuji


Sementara beliau adalah terpuji




Kunjungan Istimewa

Marilah kita telusuri kembali kurun yang telah berlalu. Membuka lembaran-lembaran masa silam. Membaca dan memperhatikan dengan saksama kisah-kisahnya. Kita akan mengadakan kunjungan istimewa, mengunjungi Rasulullah di rumah beliau melalui untaian kata dan kalimat. Singgah di rumah beliau walau sehari saja. Melihat-lihat keadaan rumah beliau serta beberapa kisah tentangnya. Mengambil pelajaran dan ibrah yang akan menjadi pelita dalam amal perbuatan kita.

Seiring dengan pesatnya kemajuan ilmu pengetahuan akhir-akhir ini, budaya-budaya yang di baca kaum muslimin pun semakin banyak. Mereka dengan mudah dapat mengunjungi Timur dan Barat melalui buku-buku dan tulisan-tulisan, melalui filem-filem dan perbagai rujukan lainnya. Padahal, sebenarnya kita lebih berhak mengadakan kunjungan syar'i ke rumah Rasulullah daripada mereka. Untuk melihat keadaannya, kemudian bersungguh-sungguh meneladani apa yang kita lihat dan dengar tentangnya. Namun disebabkan terbatasnya kesempatan, kita hanya menyorot beberapa keutamaan di rumah beliau , mudah-mudahan kita dapat mendidik diri kita untuk dapat menerapkannya di rumah masing-masing.

Wahai saudaraku seiman, Tujuan kita membuka lembaran masa silam bukanlah hanya untuk menikmati atau melihat-lihat kisah-kisah yang sudah berlalu. Namun tujuan kita yang hakiki adalah menjadikannya sebagai wasilah untuk beribadah kepada Allah . Dengan membaca sirah (sejarah hidup) Nabi diharapkan kita dapat mengikuti sunnah beliau dan berjalan di atas manhaj (pedoman) beliau. Sebagai bentuk ketaatan kita kepada perintah Allah Subhanahu wa Ta'ala iaitu kewajipan mencintai Rasulullah . Di antara tanda-tanda kecintaan kepada Rasulullah ialah mentaati perintah beliau dan menjauhi segala yang dilarang dan dibencinya. Serta menjadikan beliau sebagai teladan dan panutan.

Mengenai hal itu Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:
"Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Ali Imran 31)

Dalam ayat lain Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:
"Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) Hari Kiamat dan banyak menyebut Allah." (Al-Ahzab 21)


Rasulullah sendiri menegaskan bahwa mencintai beliau termasuk salah satu sebab mendapatkan manisnya iman. Beliau bersabda:
"Ada tiga perkara, bila terkumpul pada diri seseorang, ia pasti mendapatkan manisnya iman; Hendaklah Allah Subhanahu wa Ta'ala dan Rasul-Nya lebih dia cintai daripada selain keduanya …" (Muttafaq 'alaih)

dalam hadits lain beliau bersabda:
"Demi Dzat Yang jiwaku berada di Tangan-Nya, Tidak akan sempurna keimanan seseorang hingga ia menjadikan aku yang lebih dicintainya daripada orang tua dan anak-anaknya sendiri." (HR. Mus-lim)

Sirah Rasulullah adalah sirah yang sangat menakjubkan. Banyak sekali pelajaran yang dapat kita petik dan petunjuk yang dapat kita teladani darinya.



p/s: petikan daripada buku Sehari Di Rumah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Diedit dengan gaya bahasa yang bersesuaian. Sebagaimana yang dijanjikan... hehe
pautan

Monday, October 19, 2009

Sehari Di Rumah Rasulullah s.a.w

Buku yang ana amat sukai.

Kali ini ana nak kongsikan satu buku yang mana ianya amat ana sukai sewaktu ana berada di sekolah menengah dahulu. Cukup menyentuh hati jikalau kita membacanya dengan menghayati. Buku itu bertajuk 'Sehari Di Rumah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam'.

Author : Abdul Malik Bin Muhammad Al-Qasim
Pages : 145 pages
Publisher : Jahabersa
Price : RM9.90

Buku ini pertama kali ana baca ialah di blog Kapten Hafiz Firdaus (blog yang lama), amat menyentuh hati ana, terasa begitu rindu akan baginda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Gaya bahasa yang digunakan membangkitkan suasana jika Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berada di sisi. Akhlaknya yang sungguh mengagungkan, menitiskan air mataku saat membacanya.

Beberapa minggu selepas ana membaca artikel di blog Kapten Hafiz Firdaus itu, ana akhirnya terjumpalah buku ini sewaktu mencari buku di Syarikat Jaafar Rawas. Gembiranya bukan kepalang, ibarat menemui ubat bagi hati ini.

"Sesungguhnya bangsa itu hanya tegak selama memiliki akhlak, jika mereka kehilangan akhlaknya maka punahlah mereka."

Buku ini mempamerkan akhlak dan adab Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dalam bentuk penceritaan kehidupan seharian baginda. Berpandukan kepada sumber-sumber yang shahih dan mampu memberikan impak yang mendalam kepada hati si pembaca.

Selamat Membaca...


http://www.jahabersa.com.my/en/seerah/sehari-di-rumah-rasulullah-saw

download (Belilah kitab yang asal):
http://www.scribd.com/doc/9190200/Sehari-Di-Kediaman-Rasulullah

p/s : Maaf, tak dapat nak selitkan petikan daripada buku tersebut kerana ianya berada di Malaysia, insya-Allah jikalau diberikan kesempatan ana akan mencoretkannya di sini.

Monday, October 12, 2009

Minggu Haluan Siswa 2


Bersambung balik kepada peristiwa sebelum ini, setelah berakhirnya mesyuarat pada malam itu, ana mengikut saudara pengarah MHS tidur di rumah Ustaz Nik Naim. Sungguh lucu orangnya, juga pandai berhujah. Setiap jawapan yang diberikannya memang ana teliti. Malam itu kerja ana masih lagi belum selesai, pamhplet tak siap lagi, barang pun masih lagi belum dibeli. Nasib baik timbalan dan ajk ana mengambil alih kebanyakan tugas tersebut, kalau tak... tak tahulah apa jadi... huhu


Pagi hari khamis pun tiba, ana keluar dari rumah Ustaz Nik untuk pulang ke Amman kerana ana tidak ingin meninggalkan pelajaran di jami'ah meskipun surat pengecualian dan dikemukakan oleh MSD. Akan tetapi, ana tetap kerugian tatkala tak dapat memberikan perhatian seratus peratus dalam kelas pertama hari tersebut. Semua gara-gara tidur lewat semalam, kelas pertama tu dilalui dalam keadaan mamai. Mujurlah kelas selepasnya dilalui dengan baik dan diberikan kekuatan oleh Allah untuk fokus.



Kelas ana pada hari khamis tamat jam 2.00 petang, tanpa melengahkan masa ana terus kembali ke rumah, bersiap untuk bertolak ke Irbid pada pukul 4.30petang bersama Ustazah Nazirah dan Ustazah Ayman. Sesampainya di sana, manusia berpusu-pusu ke masjid untuk menunaikan solat maghrib. Ana tinggalkan ustazah-ustazah tersebut di depan rumah akhawat di Irbid dan bergegas ke masjid. Dalam keadaan tiada kesempatan untuk rehat, ana bergerak pula ke dewan, menyusun meja pendaftaran serta menjaga meja pendaftaran syabab. Sahabat-sahabat ana yang lain turut sama membantu, syukran jazilan ana ucapkan, jazahumullahu khair. Terima kasih juga diucapkan kepada ajk-ajk sekalian atas kerjasama yang diberikan, tidak terkira pertolongan tersebut dengan kata-kata.

Jumaat, 09 Oktober 2009
Minggu Haluan Siswa bermula secara rasminya setelah dirasmikan oleh Ustaz Haji Sulaiman selaku Pengarah MSD. Hari ini tugasku dah mula berkurangan, alhamdulillah... Sedikit sebanyak membantu ajk-ajk lain dalam menyiapkan tugasan mereka, semoga ianya dapat mengurangkan bebanan mereka. Sepanjang program berlangsung, kadang hati berkecil kerana sikap dan perbuatan manusia sekeliling, semuanya itu harus dilalui dengan bersabar serta meletakkan diri di temoat mereka. Dengan itu, barulah kita dapat memahami apa yang dilalui oleh orang tersebut seterusnya tidak mudah naik marah.


Sabtu, 10 Oktober 2009
Majlis penutup MHS akan diadakan pada jam 1.30 tengah hari dan diteruskan pula dengan Majlis Hari Raya PERMAI, semua kerja telahku selesaikan, alhamdulillah. Sempat juga tengok tayangan gambar yang ditangkap sepanjang program, lucu.. Hehe. Ana tak berkesempatan untuk menghadiri majlis penutup tersebut kerana ingin bergegas pula menghadiri kelas talaqqi bersama Syeikh Taufiiq. Dah kata nak istiqamah, tak boleh la nak ponteng kan.. Hehe. Semoga ana dan sahabatku diteguhkan hati agar sentiasa istiqamah menghadirinya... Amiin.


Akhirnya, dapat balik ke rumah dan berehat. Sampai di rumah sewaktu berkumandangnya azan Isyak. Badan dah tak lalu nak makan nasi, jadi ana rebus air kemudian masak mee segera je. Sempat coretkan posting MHS 1 kejap sebelum rebahkan diri kat katil... Alhamdulillah semua dah beres... ('',)

Wassalam.



p/s: sorry tak dapat nak upload gambar sebab internet lembab. 15 Oktober nanti baru laju... :D

Sunday, October 11, 2009

Minggu Haluan Siswa 1


Alhamdulillah... Syukur ke hadrat Ilahi kerana masih lagi diberikan kekuatan untuk menyambung penulisan ini.


Kebelakangan ini, diri ini terasa amat sibuk (ke menyibukkan diri? hehe)... Minggu lepas ana telah dilantik memegang jawatan AJK Bahan dan Penerbitan untuk 'Minggu Haluan Siswa' pelajar-pelajar baru Jordan tahun ini. Sebenarnya kalau nak diikutkan hati memang dah tak nak terima tanggungjawab ni sebab program akan berjalan dalam masa seminggu sahaja lagi. Apapun, ana menerima tugasan ini memikirkan bahawa mereka adalah sahabatku di sini (sekadar membantu).

Keesokan harinya kami dipanggil untuk menghadiri mesyuarat di Irbid, fuhh... semalam je baru telefon, hari ni dah kena pergi hadiri mesyuarat. Mesyuarat dijangka berlangsung pada sebelah petang hari Jumaat bertempat di Bayt PERMAI. Oleh kerana itu, ana gagahkan jugalah diri ini untuk pergi menghadiri mesyuarat tersebut.

Mesyuarat berjalan sebagaimana yang dirancangkan akan tetapi, punyalah lama betul mesyuarat tu. Banyak pula permintaan daripada puak akhawat, nak buat inilah itulah... Tapi apa boleh buat, sabar je lah. Sabar2...

Seusainya mesyuarat tu, hajatnya terus nak pulang ke Amman, sebelum nak balik tu ana mendapat jemputan untuk tidur di sana pula, nak tolak segan, nak balik takut bas dah tak ada. Selepas banyak kali dipujuk, ana pun ikutlah tidur di rumah 'Afifuddin. Bagus betul si 'Afifuddin ni, kuat ikut kelas talaqqi. Pergi ke sana ke mari semata-mata untuk ilmu, istiqamah pula tu. (Insya-Allah... nak istiqamah juga... hehe)

Pagi sabtu pun menjelma, ikutkan hati nak balik pagi tu terus, kebetulan Khiedier (Pengarah MHS) dan beberapa orang lagi nak ke Amman untuk menghadiri rumah terbuka Ustaz Mujahid sekeluarga bersama Ustazah Hasliza, Ustazah Nazirah, dan Ustazah Ayman. Nak dijadikan cerita, tunggulah pula mereka (mereka ada mesyuarat pada pagi tu). Tunggu punya tunggu, selepas zohor baru selesai mesyuarat. Ingatkan dah boleh balik, dijemput pula ke rumah Dr. Aizat beraya. Dapat makan nasi himpit, alhamdulillah.

Sesampainya di rumah Ustaz Mujahid, kami dikenalkan dengan seorang pensyarah dari Singapore yang turut datang berhari raya di situ. Beliau banyak memberikan persepsi beliau sebagai seorang warga asing terhadap krisis politik di Malaysia. Best juga dengar beliau berucap walau tak semuanya boleh diambil. :D

Selang beberapa hari kemudian, ana dimaklumkan lagi tentang mesyuarat AJK MHS di Irbid pada hari rabu, saat tu memang malas sangat2 malas nak pergi mesyuarat tu tapi apabila difikirkan kembali, kasihan pula kat AJK yang lain. Ana pun datanglah juga hari rabu tu, bertolak dari Amman pukul 5 petang dan sampai di sana azan maghrib berkumandang.

Mesyuarat kali kedua ni bermula selepas Isyak (8.00 malam) dan berakhir pukul 11.30 malam. Sekali lagi dilewat-lewatkan, dalam hati terdetik kenapalah perkara yang kecik pun nak diperbesar-besarkan dalam mesyuarat sedangkan ianya boleh diselesaikan sendiri oleh biro tersebut. Emm... entahlah, mungkin ana ni kurang hadiri mesyuarat kot sampai terdetik kat hati macam tu.


bersambung...


p/s: malas nak sambung sekarang... letih...

Tuesday, October 6, 2009

List of 25 Prophets




Adam (Adam) =
أدم

Idris (Enoch) = إدريس

Nuh (Noah) = نوح

Hud (Eber) = هود

Saleh (Salih) = صالح

Ibrahim (Abraham) = إبراهيم

Lut (Lot) = لوط

Isma'il (Ishmael) = إسماعيل

Is'haq (Isaaq) = إسحاق

Yaqub (Jacob) = يعقوب

Yusuf (Joseph) = يوسف

Ayyub (Job) = أيوب

Shu'ayb (Jethro) = شعيب

Musa (Moses) = موسى

Harun (Aaron) = هارون

Dawud (David) = داود

Sulayman (Solomon) = سليمان

Ilyas (Elijah) = إلياس

Al-Yasa (Elisha) = اليسع

Yunus (Jonah) = يونس

Dhul-kifl (Ezekiel) = ذوالكفلي

Zakariyya (Zechariah) = زكريا

Yahya (John the Baptist) = يحيى

Isa (Jesus) = عيسى

Muhammad (Muhammad) = محمد


Peace be upon all of them...

WASIAT DAN KEWAJIPAN


Wahai saudaraku, dengarlah!

Apa yang saya mahu daripada kalimah-kalimah ini ialah untuk membentangkan fikrah anda kepada di hadapan anda sekalian. Boleh jadi detik-detik getir sedang menanti kita menyebabkan kita akan berpisah. Pada ketika itu, saya tidak lagi dapat bercakap atau menulis kepada kamu. Oleh itu, saya berwasiat kepada anda sekalian; telitilah kalimah ini, ingatilah ianya sedaya upayamu dan bersatulah padanya. Sesungguhnya kalimah-kalimah ini mengandungi erti yang amat padat.



Wahai saudaraku;

Anda sekalian bukan satu pertubuhan kebajikan, bukan parti politik, juga bukan suatu badan yang
dibentuk untuk tujuan-tujuan terbatas. Anda sebenarnya adalah suatu roh baru yang mengalir di hari ummat ini dan dihidupkan dengan Al-Quran. Anda adalah suatu suara yang bergema tinggi melaungkan dakwah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Tidak keterlaluan jika anda merasakan bahawa anda adalah penanggung beban kenabian setelah semua manusia enggan melakukannya. Andainya anda ditanya, kamu mengajak kepada apa...? Katakanlah, kami mengajak kepada Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam. Pemerintahan adalah sebahagian daripada ajarannya. Kebebasan adalah salah satu dari tuntutannya. Jika dikatakan kepada anda... ini adalah politik. Katakanlah inilah dia Islam dan kami tidak tahu pembahagian seperti ini (pembahagian politik dengan Islam).


Andai kata mereka mengatakan kamu penyeru revolusi. Katakanlah, kami adalah penyeru kebenaran dan kedamaian. Jika kamu mengganggu dan menghalang dakwah kami, Allah telah membenarkan kami mempertahankan diri dan kamu adalah pengacau yang zalim. Andainya dikatakan kepadamu; kamu meminta bantuan dari orang tertentu atau mana-mana pertubuhan. Katakanlah, kami hanya beriman kepada Allah sahaja dan kami kufur dengan segala sekutu-sekutunya. Jika mereka berkeras meneruskan permusuhan mereka, katakanlah... kami tidak mahu orang-orang yang jahil.



Wahai saudaraku,

Berimanlah kepada Allah, berbanggalah dengan mengenali dan bergantung kepada-Nya. Jangan kamu takut dan gerun selain dari-Nya. Tunaikanlah segala kewajipanmu kepada-Nya, dan jauhilah larangan-Nya.
Berakhlaklah dengan akhlak yang mulia dan sempurna. Jadilah orang-orang yang mantap dengan akhlak, mulia dengan apa yang dikurniakan oleh Allah kepada kamu iaitu kemuliaan orang mukmin dan orang-orang yang bertaqwa.


Hayati dan kajilah Al-Quran. Bincangkanlah sirah Nabimu. Jadilah orang yang beramal dan bukannya orang yang suka bercakap dan berdebat (dalam hal yang sia-sia). Bila Allah memberikan hidayah kepada seseorang, maka diberinya ilham untuk beramal. Sesuatu kaum itu tidak sesat selepas mereka mendapat petunjuk kecuali orang-orang yang berdebat. Kasih mengasihanilah di antara kamu dan jaga serapi-rapinya ikatan kamu kerana ia merupakan kekuatan rahsia kamu dan tunjang kejayaan kamu. Teguhkanlah dirimu sehingga Allah membuka di antara kamu dan kaummu dengan kebenaran. Dialah sebaik-baik Pembuka. Dengar dan patuhlah kepada pemimpin kamu di masa susah dan senang, ketika sihat dan lesu. Mereka adalah simbol fikrah kamu dan penghubung di antara kamu. Selepas itu, tunggulah kemenangan dan sokongan daripada Allah. Peluang tetap akan datang dan janganlah ragu.


Pada hari itu orang-orang mukmin akan merasa gembira dengan pertolongan Allah, Allah akan menolong sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dia Maha Berkuasa lagi Maha Penyayang. (Ar-Ruum)




dipetik daripada : Antara Semalam dan Hari Ini oleh Asy-Syahid Hasan Al-Banna

Sunday, October 4, 2009

Kesan Yang Berkekalan...

Sungguh berat sebenarnya memegang sesuatu jawatan itu, amat besar tanggungjawabnya, terlalu pedih seksa dan azab jika menyalahgunakannya. Astaghfirullah, rasa tidak terdaya untuk menanggungnya tapi juga ditakuti ia jatuh ke tangan orang yang salah.



Terpanggil diri aku pada kali ini untuk menyentuh akan bab menipu dan perasaan ditipu. Keperitan yang ditanggung oleh seorang yang menipu meninggalkan kesan yang berpanjangan sepanjang hidup seseorang. Orang yang menipu apabila terbongkar helahnya akan kurang dipercayai. Hilangnya kepercayaan orang yang paling mempercayai, serta hilangnya kewibawaan diri. Tambah lagi jika yang menipu itu adalah mereka yang menyandang jawatan di dalam sesebuah organisasi. Bukan sahaja nama diri tercemar tapi turut sama mengheret orang lain ke lembah runtuhnya kepercayaan.


Aku pernah mendengar cerita yang amat menyebabkan aku tersinggung berkenaan menipu ini, aku sedar bahawa manusia itu tidaklah sempurna tetapi bukanlah ketidaksempurnaan diri kita ini menjadi penyebab untuk kita tidak berubah. Cubalah bayangkan bagaimana perasaan kita apabila kita dikhianati dengan ditipu oleh orang yang paling kita percayai? Tentulah remuk hati orang yang mempercaya, langsung musnah segala ukhwah yang terjalin serta berkecainya sebuah harapan.

Hai manusia, tidakkah kau sedar bahawa tanpa kepercayaan orang lain maka diri kau itu sentiasa terpinggir? Tidakkah kau malu akan jika ahli keluargamu menipu kepadamu? Tidakkah kau benci jika kawan baikmu, guru-gurumu dan orang sekelilingmu menipu kepada dirimu? Nah, begitulah juga manusia. Tidak ingin ditipu!


Lupakah kau akan Dia Yang Memerhati? Malukah engkau kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam saat kau memohon syafaat darinya sedangkan kau membelakanginya? Sedarkah engkau bahawa ibu dan ayahmu dicucuk pisau dek kerana perbuatanmu?


Hai manusia, aku cintakan kalian kerana Allah, maka janganlah kamu jadikan aku membencimu kerana Allah. Kupohon kepada diriku sendiri dan kalian yang tidak lekang daripada kesilapan agar bertaubat sementara waktu masih ada. Jangan lagi kau ulangi kesilapan kau yang lalu, hiasilah dirimu dengan keimanan dan amal soleh.


Uhibbukum fillah...


p/s: Aku tidak ingin menipu dan tidak ingin ditipu.

Saturday, October 3, 2009

Mengenali Diri

Alhamdulillah, sudah seminggu pembelajaran di jami'ah telah bermula. Ramai muka baru berlegar-legar di kuliah Syariah. Muka student yang baru menjejakkan kaki ke jami'ah. Di samping itu, ana juga berkesempatan untuk berjumpa kembali dengan semua sahabat-sahabat ana yang turut menuntut sama di sini, sungguh indah pertemuan bersama mereka.



Apapun post kali ini bukan bertujuan untuk bercerita tentang student di jami'ah akan tetapi untuk menjawab kenapa ana dikategorikan sebagai kurang bercakap (semasa chatting dalam ym), bahasa yang digunakan untuk berchatting juga dikatakan sebagai agak kasar.

Sebenarnya ana sendiri tidak tahu akan jawapannya, akan tetapi setelah banyak kali ana berfikir, timbul jawapan bahawa ana hanya bertanya akan hal yang terasa kepentingan akan maklumat tersebut sahaja. Sememangnya ana agak tidak suka untuk berchatting tentang perkara yang dirasakan tidak perlu. Terasa agak membosankan apabila bercakap tentang hal yang tidak perlu dan membosankan. Wallahua'alam.

Berkenaan bahasa yang ditakrifkan sebagai kasar itu turut menggangu fikiran ana, apakah benar ana menggunakan perkataan yang kasar dalam alam maya ataupun adakah si pembaca yang tidak dapat memahami maksud sebenar si penulis? Ia memberikan perasaan tidak senang kepada ana sendiri kerana apa yang ingin disampaikan itu seolah tidak kesampaian. Emm... Jika difikirkan kembali, ana tidak suka untuk menggunakan smiley apabila bercakap dengan orang yang berlainan jantina dan suka menggunakan ayat-ayat baku, bukan bahasa pasar. Adakah ianya menjadi kesalahan dan mengubah maksud sebenar penulis kepada pembaca?

Pernah juga terfikir di benak fikiran, pentingkah penggunaan smiley semasa berchatting atau bersms? Mungkin para pembaca sekalian boleh tolong jawabkan soalan tersebut bagi ana. Diri ini masih banyak kekurangannya, jelas kelemahannya tetapi bukan bermakna berputus asa daripada mencari penyelesaiannya.


p/s: sama-samalah tegur menegur ye... hehe
wanabdbaith. Powered by Blogger.

Visitor

free counters