Saturday, September 14, 2013

Rumahtangga (2)

Bismillahirrahmanirrahim


Kehidupan berumahtangga sepatutnya menyebabkan seseorang itu lebih terjaga pandangan matanya, lebih terjaga hatinya, dan paling penting semakin mendekatkan diri kepada Allah Maha Kuasa. Tak kira lelaki atau perempuan, ia adalah perkara yang sama berlaku.

Semalam, teratak kami (Bayt 'Ukasyah) sempat menjemputkan pasangan baru Sweileh, Ustaz Abdul Hakim dengan pasangan Ustazah Farah Aisyah, Ustaz Amir Hamzah dengan pasangan Ustazah Norfasihah Nasuha, dan Ustaz Zhanief dengan pasangan Ustazah Edaya. Begitu gembira dan ceria sekali mereka tampak dari luar.

Kata Ustaz Zhanief, 'Kita sebelum kahwin ni asyik menjeling orang tetapi sekarang tak lagi.' Ustaz Hakim pula menyampuk, 'Buat apa nak jeling orang lagi kerana kita sudah ada (isteri) di rumah.' Disambungnya pula cerita dia dan pasangan di universiti dilihat pelik (macam bercouple sebab dua-dua kecil tubuh badan) oleh seorang ustazah baru M.A. Lalu si ustazah menegur bertanya nama siapa, tanpa berlengah terus Ustaz Hakim perkenalkan namanya dan menyatakan bahawa ini adalah isteri beliau. Perkahwinan di usia muda sudah menjadi suatu perkara baru tetapi biasa, moga-moga hadith Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam itulah yang kita jadikan panduan.

“Wahai anak muda, berkahwinlah. Sesiapa yang mampu, berkahwinlah kerana ia lebih memelihara mata dan menjaga faraj. Sesiapa yang tidak mampu untuk berkahwin hendaklah dia berpuasa kerana puasa adalah penahan (daripada gelojak nafsu)” (Hadith Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari).


Diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra bahawa telah bersabda baginda rasulullah salallahualaihiwasalam :
“Jika datang kepada kamu seorang lelaki yang engkau redhai agamanya dan akhlaknya untuk meminang perempuan kamu maka nikahkanlah dia jika tidak kamu lakukan demikian maka akan timbullah fitnah dan kerosakan”. (hadith hasan riwayat Tirmidzi no 1084)

Ustaz Amir pula bercerita bagaimana beliau cemburu dengan orang yang melihat isteri di dalam flight sehinggalah turun daripada flight. Lalu beliau mengambil keputusan untuk bercakap dengan pemuda tersebut. Sungguh cemburu dalam hal ini adalah ibadah jika diniatkan untuk mengikut sunnah Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam.

Sa’ad bin ‘Ubadah radhiyallahu ‘anhu pernah berkata dalam mengungkapkan kecemburuan terhadap istrinya:
Seandainya aku melihat seorang laki-laki bersama istriku niscaya aku akan memukul laki-laki itu dengan pedang (yang dimaksud bagian yang tajam, red)…” Mendengar penuturan Sa‘ad yang sedemikian itu, tidaklah membuat Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam mencelanya, bahkan beliau bersabda: “Apakah kalian merasa heran dengan cemburunya Sa`ad? Sungguh aku lebih cemburu daripada Sa`ad dan Allah lebih cemburu daripadaku.” (Shahih, HR. Al-Bukhari, dalam kitab An Nikah, bab “Al-Ghairah” dan Muslim no. 1499)

Barakallahu lakuma wabaraka 'alaikuma wa jama'a bainakuma fi khair
wanabdbaith. Powered by Blogger.

Visitor

free counters