Monday, January 28, 2013

Sunday, January 27, 2013

ومنهم من يلمزك في الصدقات



Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah, selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam.

"Dan di antara mereka ada yang mencelamu (wahai Muhammad) mengenai (pembahagian) sedekah-sedekah (zakat); oleh itu jika mereka diberikan sebahagian daripadanya (menurut kehendak mereka), mereka suka (dan memandangnya adil); dan jika mereka tidak diberikan dari zakat itu (menurut kehendaknya), (maka) dengan serta merta mereka marah.

Dan (amat baiknya) kalau mereka berpuas hati dengan apa yang diberikan oleh Allah dan RasulNya kepada mereka, sambil mereka berkata : Cukuplah Allah bagi kami; Allah akan memberi kepada kami dari limpah kurniaNya, demikian juga RasulNya; sesungguhnya kami sentiasa berharap kepada Allah'"

Surah At-Taubah : 58-59


Dalam berjemaah, kena ada beberapa perkara yang kita perlu ambil perhatian :

1. Jemaah bukan tempat untuk mencari nama, jawatan, harta mahupun jodoh. Kita berjemaah semata menolong perjuangan Islam, adapun selainnya adalah sampingan sahaja.

2. Jemaah didirikan atas dasar syura dan mesti atas dasar syura dalam apa jua keputusan yang hendak dilakukan. Jangan berkecil hati atau melarikan diri jika pendapat kita tidak diterima. Yakinlah bahawa يد الله على الجماعة, jadi laksanakan dengan hati yang tenang. Jangan juga bersikap menyalahkan orang lain setelah keputusan bersama telah dibuat andai pendapat kita makin menampakkan kebenaran.

3. Jemaah mesti diterapkan dengan nilai ukhuwwah yang tinggi, pandai menjaga perasaan orang lain. Kalau kita boleh rasa menyampah dengan sikap orang, maka orang lain sudah tentu boleh sahaja rasa menyampah dengan sikap kita. Perasaan bukan hal remeh, ada orang yang lari meninggalkan jemaah kerana perasaan! Namun, kita sebagai ahli jemaah jangan la cepat terasa atau dengan kata lainnya manja.

4. Jangan jadi duri di dalam jemaah, sikap kita yang kadang menjatuhkan jemaah kita sendiri. Kita berkata buruk berkenaan jemaah, tahu mengkritik tapi tidak tahu bertindak, jangan jadi orang yang melambatkan kemenangan Islam.

5. Jangan juga berharap agar jemaah menyediakan segala tarbiyah buat kita, kita sebenarnya yang patut memberi kepada jemaah. Kita bina suasana tarbiyah, kita yang menggerakkan jemaah. Tarbiyah itu bukan sahaja dengan duduk dalam bulatan dan berusrah, tarbiyah itu konsepnya luas. Kita yang mentarbiyahkan diri kita dalam segenap perkara kerana jemaah bukan pemantau kita 24 jam sehari. Nanti jika jemaah memberikan kepada kita tamrin yang lasak, kita pula yang merungut berkata tak mahu...

Ketahui Martabatmu di Sisi Iblis


Wednesday, January 23, 2013

Mencolok mata atau menjolok mata?


Untuk makluman semua...
MENCOLOK MATA dan MENJOLOK MATA...

(Sumber : Koleksi Pedoman Bahasa 2, terbitan tahun 2010, m/s 3)

Ikhwan Muslimin Jordan Boikot Pilihanraya



Ikhwan Muslimin Jordan memboikot pilihanraya yang diadakan pada hari ini, 23 Januari 2013

Daripada sumber yang diperolehi, peratusan keluar mengundi di Amman sekarang (sehingga jam 9.30pagi) hanyalah 1%


Kerana melawan kenaikan harga gas masak kepada JD10
kerana melawan kenaikan harga minyak tanah, diesel dan petrol
Kerana kerajaan akan menaikkan harga elektrik dan air selepas pilihanraya
kerana yang pilihanraya 'satu suara' dibelakangi oleh orang yang
menjaga orang yang fasid
kerana mereka telah 'merasai'nya sebelum ini akan janji-janji kerajaan
kerana melawan penipuan ke atas suara pengundi

dan banyak lagi... boleh baca di atas

Tuesday, January 22, 2013

2 Minggu Tangan berbalut

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah, selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam.

Hari ni setelah 16 hari tangan berbalut kerana sedikit kecuaian arab, dengan rasmi (cece) 7 jahitan di tangan ini selamat dibuka.

Terima kasih kepada Puan Zaujah kerana melengkapkan hidup ini, menolong dalam pelbagai bentuk. Kesusahan kerana tidak dapat menggunakan tangan kanan sedikit sebanyak mengajar erti bersyukur dengan nikmat Allah.

Dalam masa ini juga semangat mengulang hafazan Al-Quran kuat mengetuk diri. Moga mampu untuk beristiqamah dalamnya.

Tangan ini yang semakin sembuh digilirkan pula dengan Puan Zaujah yang sakit. Allahumma anta asy-syafi la syifaan illa syifauk syifaan la yughadiru saqama. Semoga cepat sembuh yer :-(

Sunday, January 20, 2013

4 bulan dan 22 hari

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah, selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW.

Hari ni, genap 4 bulan dan 22 hari kami berkahwin. Perkahwinan bukan semuanya indah, ia memerlukan kesabaran, kepercayaan dan kesediaan untuk memahami antara 1 sama lain.

Untuk isteri, kuamat hargai dan syukuri kerana dapat bersamamu. Alasan dah lama tidak berblog, salah satunya kerana punya isteri yang sudi membantu dalam apa keadaan.

wanabdbaith. Powered by Blogger.

Visitor

free counters