Monday, May 16, 2011

ولتنظر نفس ما قدمت لغد

Bismillahirrahmanirrahim...





Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Apa khabar saudara saudari pembaca budiman yang dirahmati Allah? Semoga sentiasa dianugerahkan perasaan bersyukur, berbudi dan berjasa dalam diri kita.


Hakikatnya post kali ini ku paksakan juga diri untuk menulis. Meskipun malam ini adanya mesyuarat (dilantik menjadi pengarah program), walaupun kerana esok adanya exam, itu semua alasan semata kerana kecuaian diri ini menguruskan masa.


Pertama, baru-baru ini telah diadakan Annual General Meeting MPPMJ yang berlangsung di Mu'tah. Tahniah dan takziah diucapkan kepada kepimpinan baru MPPMJ sesi 2011/2012, insya-Allah kami akan berusaha menyahut laungan slogan Presiden MPPMJ kali ini, 'Kita Semua Adalah MPPMJ'. Barakallahu fiikum ajma'in.

Tidak dilupakan juga terima kasih atas anugerah yang telah dikurniakan kepada diri ini, walaupun sebenarnya ada yang lebih layak dan terbaik. Monologku kepada diri : 'Yang mendapat anugerah bukanlah bererti mereka yang terbaik, tetapi ia bererti mereka ini mempunyai kekurangan. Anugerah ini adalah cabaran untuk hari yang lebih baik.'




Kedua, terimbas kembali sewaktu mula-mula mendapat natijah imtihan nisfu fasal di sini. Madah yang diambil ialah madah Ulum Hadith, sepatutnya madah ini menjadi madah yang selayaknya untuk di score kerana dahulunya kumengimpikan untuk mengambil jurusan hadith. Namun, ketentuan Allah itu mengatasi pengaturan manusia, aku didaftarkan di bawah jurusan Fiqh. Walaupun pernah berusaha untuk menukarkannya kepada jurusan Usuluddin tetapi setelah melepasi beberapa semester dalam jurusan Fiqh, ku mendapati ianya adalah jurusan yang menyeronokkan.

Balik kembali kepada madah Ulum Hadith tadi, dek kerana markah yang kuperolehi agak kurang memuaskan, kugagahkan diri untuk berjumpa dengan doktor, Dr. Syaraf Qudhoh. Berdiri di hadapan doktor dengan bahasa arab yang lintang pukang, meminta belas kasihan doktor untuk memberikan markah tambahan. Sempat juga menitiskan beberapa titisan air mata di hadapan doktor, waktu itu sudah lagi tidak mempedulikan siapa di situ (akhawat arab pun ada juga... huhu). Doktor turut bertegas dengan keputusannya, katanya bahawa aku tidak belajar bersungguh-sungguh.

Itulah pengalaman pertama menangis di depan doktor (selepas itu tiada lagi... hehe), selepas disemak kembali kertas soalan dan jawapanku, kesilapanku yang paling besar hanya pada satu soalan sahaja, silap faham kerana bahasa arabku masih lemah. Namun, terima kasih kepada doktor (uhibbuhu fillah) kerana kumampu buktikan kecemerlanganku (eh.. cemerlang ke? hehe) dalam madah lain yang diambil bersama beliau. Tidak dilupakan juga sahabatku Syauqi yang memberikan kata-kata semangat, memberikan peluang untuk menangis melepaskan kesedihan. Jazahullahu khaira.




Yang ingin disentuh di sini, kegagalan sekali itu bukan penghalang kepada banyaknya kejayaan yang menanti kita. Selagimana kita berusaha dan tidak berputus asa daripada rahmat-Nya, di sana pasti ada kegemilangannya.

Sebab itu, kuselalu bacakan ayat ini kepada diriku, menjadi pemangkin kepada semangatku :
لا يكلف الله نفسا إلا وسعها


Ketiga, sempat menghadiri kelas Dr. Solah Abdul Fattah Al-Khalidi, diri terkesan kepada tafsir Surah At-Takwir oleh beliau, antara yang disentuh ialah :
1 - Ayat 5 : Jika binatang yang tidak dikira baginya dosa dan pahala pun dibangkitkan pada hari qiamat, diqisaskan andai berlaku kezaliman kepada binatang yang lain, maka bagaimanakah halnya pula si manusia? Sudah tentu mereka ini selayaknya dibangkitkan, dihisab, diberikan ganjaran atau seksaan ke atas perbuatan mereka.

2 - Ayat 8 - 9 : Anak-anak perempuan pada hari ini tidak lagi ditanam hidup-hidup sebagaimana yang berlaku pada zaman jahiliyyah dahulu. Namun pada hari ini, kita dapat melihat wanita-wanita menggugurkan janin yang telah dibentuk di dalam diri mereka. Haram! Haram membunuh janin itu sekalipun hanya sesaat sahaja ia diciptakan.




(P/S : Terfikir sejenak, bagaimanakah pula wanita-wanita yang sanggup membunuh bayi-bayi yang sudah dilahirkan itu... Allah... sebak rasanya dada ini. Anak itu pemberian dari Allah. Apakah jawapan mereka andai ditanya kepada mereka : 'Atas dosa apakah kami dibunuh wahai ibu? Dosa apa?')

Ayat ini tidak sahaja terhad kepada mereka yang menanam anak-anak perempuan mereka hidup-hidup, tetapi meliputi juga aspek pimpinan. Pemimpin-pemimpin yang menumpahkan darah rakyatnya, jangan kamu menyangka ianya tidak akan disoal. Kamu akan disoal oleh mereka kelak, 'Atas dosa apa kami dizalimi dan dibunuh?'

3 - Ayat 10: Manusia ini pelupa, lupa bahawa mereka sewaktu di dunia telah diperingatkan akan buku catatan mereka. Sebab itu, apabila dibentangkan lembaran buku mereka itu, mereka terkejut, terpinga-pinga bertanya, 'Buku apakah ini, tercatat padanya apa yang kami lakukan secara bersembunyi mahupun secara jelas?'




4 - Ayat 14 : Inilah jawapan kepada segala apa yang berlaku dari ayat 1 hingga 13 di dalam Surah At-Takwir.



Jazakumullahu khairan kathira, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....
wanabdbaith. Powered by Blogger.

Visitor

free counters