Friday, May 21, 2010

Tangisi Perbuatan Sendiri


Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas kurniaan nikmat yang tidak ternilai. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam, Nabi penutup sekalian nabi, rasul sekalian alam.

Tadi semasa sedang berehat bersama rakan-rakan serumah sambil menonton berita di CNN, seorang sahabat membangkitkan isu berkenaan Facebook dan Isu Karikatur Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam. Datang kembali memori lama ke dalam benak fikiranku, memori yang mengalirkan air mata kesedihan.

Tahun 2006, ana merupakan salah seorang ajk Badan Dakwah dan Kepimpinan di MTAQ, ajk yang terlibat di dalam mengeluarkan risalah-risalah tarbiyah bagi papan kenyataan BDK. Kebetulan pada tahun itu jugalah berlakunya isu karikatur dari Denmark akan nabi shallallahu 'alaihi wasallam. Kami yang berada di dalam BDK merasa terpanggil untuk menyebarkan hal tersebut dengan meletakkannya di papan kenyataan, meletakkan karikatur yang menghina Islam dan Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam. Tidak terniat pun di dalam hati kami untuk menyakiti Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, akan tetapi itulah apa yang zahir daripadanya. Dengan kita turut sama menyebarkan karikatur tersebut sebenarnya kita telah menghina Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam.

Petang itu, petang yang tidak dapat dilupakan peristiwanya, Syeikh Muhaimin naik ke masjid untuk menunaikan solat asar, dek kerana ramainya pelajar yang berkerumun melihat artikel baru yang dikeluarkan oleh BDK telah menarik perhatian syeikh untuk mengambil tahu apa yang berlaku. Tatkala sahaja melihat artikel tersebut, merah padam mukanya, jelas pada raut wajahnya kemarahan yang teramat. Terus ditanya siapakah pemegang kunci papan kenyataan dan kemudian mencabut artikel-artikel tersebut.

Syeikh ke hadapan, ke tempat Imam mengimami solat, memberikan tazkirah kepada kami. Dengan nada marah bercampur sedih itu kata-katanya amat menusuk kalbu, di manakah cinta kamu kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam? Apakah faedahnya disebarkan karikatur tersebut? Bukankah itu seolah kamu turut sama menghina Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam? Tidak terasa sakitkah hati kamu melihat gambar-gambar menghina Rasulullah shalllallahu 'alaihi wasallam ditayangkan di khalayak ramai? Ke mana? Ke mana menghilangnya cinta kamu kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam?

Berderailah jatuh air mata setiap yang terlibat, terasa diri amat bersalah dengan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Malu kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Panjanglah mau'izah yang diberikan oleh syeikh kepada kami, kami mendirikan solat asar dalam keadaan air mata membasahi pipi, sujud kepada Ilahi meminta keampunan dan meminta maaf kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Moga taubat kami diterima...

Jadi, harapanku kepada sahabat-sahabat di luar sana, usahlah menyebarkan apa-apa karikatur yang menghina Islam, Allah dan Rasul sekalipun melalui emel, blog dan apa media sekalipun. Berhati-hatilah dalam melakukan apa-apa perkara, jangan sampai ianya melukakan Islam, Allah dan Rasul.

Wassalamu 'alaikum wbt...

Monday, May 10, 2010

Hari Ibu dan Hari Ilmu

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah kembali kita bersua di alam maya ini, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam, semoga Allah merahmati kita semua.


Semalam ana hantar mesej kat ummi, mendoakan sentiasa diberkati Allah dan dipermurahkan rezeki sempena Hari Ibu ini. Pagi ini ku mendapat balasan daripada ibuku, 'Terima kasih, disaat menjadi warga emas ini, tiada apa yang ummi perlukan cuma rasa dihormati dan disayangi oleh anak-anak.' Sungguh sayu bunyinya, sayang ummi... ^_^ [tak lupa juga buat ayah tercinta... hehe]

Hari ini juga Kuliah Syariah University of Jordan mengadakan Hari Ilmu yang saban tahun dilaksanakan. Cuma yang agak menarik perhatianku ialah guruku yang disayangi turut sama menjadi ahli panel pada kali ini. Ustaz Doktor Syaraf Qudhoh [barakallahu fiih], sekarang beliau dipinjamkan oleh Yarmouk University untuk mengajar di sana, insya-Allah semester awal tahun ini baru pulang ke University of Jordan balik. Rindu nak amik madah dengannya, semoga berkesempatan insya-Allah.


p/s : Doakanku diberi kekuatan untuk istiqamah dan thabat di atas jalannya serta dalam melakukan amal soleh.

Saturday, May 1, 2010

Himpunan Kata


Assalamualaikum wbt,



Alhamdulillah atas segala nikmat yang dianugerahkan oleh-Nya kepada sekalian manusia. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam.

Terhimpun banyak perkara yang hendak kuucapkan dan luahkan, sebahagiannya telah pun kulupai... apapun, kuteruskan juga dengan post kali ini.


Pertama :

Tadi ana ke jamiah, sampai kat pintu masuk tu pengawal kata hari ni maktabah tutup sebab hari pekerja. Jadi ana pun pulanglah kembali ke Sweileh. Dalam perjalanan pulang tu terlihat seorang arab yang sedang berteduh di bawah pokok di tepi jalan. Masya-Allah amat menenangkan melihatnya meskipun jalan sibuk dan penuh dengan kereta [maklumlah tepi lampu isyarat... hehe]

Dalam pada itu datang terfikir akan nikmat deria yang Tuhan berikan, alangkah bersyukurnya kita dikurniakan dengan pelbagai deria. Kita mempunyai deria rasa, deria pendengaran, deria penglihatan, deria sentuh dan deria hidu.

Orang arab tadi merehatkan diri dengan berteduh di bawah bayangan pohon pada waktu panas terik merupakan dengan bantuan deria. Kalau manusia tidak merasai deria sejuknya berteduh maka kita tidak akan dapati adanya manusia yang berteduh daripada keterikan panasnya mentari, manusia akan sentiasa kepanasan. Begitu juga dengan deria-deria lain, alangkah susahnya hidup manusia jika hilangnya salah satu deria tersebut.

Dalam bas pulang ke Sweileh juga ku melihat satu pasangan suami isteri yang menggunakan bahasa isyarat untuk berhubung sesama mereka. Masya-Allah, meskipun hilangnya pada mereka deria mendengar dan bercakap tapi dengan Kasih Sayang Allah mereka masih mampu berhubung walau hanya dengan isyarat. Subhanallah... Maka bersyukurlah kita dengan deria yang ada... Alhamdulillah

Kedua :

Ikatan persahabatan yang terbina dahulu seolah retak dengan perbezaan fahaman, ku tidak pernah membencinya tapi begitulah halnya dengan ego. Kawanku ini adalah antara mereka yang mutasyaddidin dalam agama sebagaimana keadaanku sewaktu di sekolah menengah, namun keadaannya berterusan sehingga sekarang.

Sedih...

Ketiga :

Tilawah wal Hifz 3, hehe... madah ini merupakan madah yang tertinggi dan paling mendalam dalam bidang Tilawah dan Hafazan. Semestinya sebelum ini telah ku ambil madah Tilawah wal Hifz 1 dan 2 tapi yang ketigalah yang paling menyeronokkan dan meninggalkan kesan buat diriku. Tilawah wal Hifz 3 banyak membetulkan makhraj-makhraj hurufku, paling banyak menambahkan pengetahuanku dalam bidang tajwid.

Tilawah wal Hifz 1 : Ku ambil sewaktu di tahun pertama semester kedua pengajian di University of Jordan. Waktu ini penguasaan bahasa arab masih lagi kurang tapi dapat ku tangkap apa yang diperkatakan kerana apa yang diajar kebanyakannya sudah pun kuketahui. Madah ini kuambil dengan Syeikh Fadi, Imam Masjid Jami' Jamiah Urduniah.

Tilawah wal Hifz 2 : Kurang menyeronokkan kerana pelajar-pelajar yang sekelas denganku kurang komited dengan kelas. Diambil pada semester pertama tahun kedua pengajian bersama Dr. Amjad Sa'adah.

Tilawah wal Hifz 3 : Amat menyeronokkan, diambil pada semester kedua tahun kedua pengajian (sekarang). Pelajar-pelajar amat komited dan menumpukan perhatian yang agak padu dalam kelas [memang la sebab semuanya dah nak khirij kecuali ana yang baru berada di tahun kedua ni... huhu]. Soalan yang diajukan oleh pelajar pun amat mantap, berlainan sekali dengan yang sebelumnya. Bahkan syukbah kami dipuji oleh doktor... Gembira... hehe

Jadi sahabat-sahabat, jangan merasa dirimu itu telah sempurna dengan hanya engkau keluar daripada mana-mana sekolah tahfiz kerana di sekolah hanya mengajar engkau akan asas ilmu tajwid itu sendiri. Adapun jika engkau betul-betul hendak memperbetulkan tajwid dan makhrajmu maka di sinilah tempatnya, di bumi anbiya'. Engkau akan merasai kelainannya saat kau mengalaminya.

Akhir kalam, doakanku dan sahabat-sahabat yang dalam perjuangan... barakallahu fiikum, wassalam.



*p/s : Exam thani belum habis lagi, exam niha'ie pula mengunjung tiba... aduhai ^_^
wanabdbaith. Powered by Blogger.

Visitor

free counters