Monday, May 21, 2012

Kuliah bersama Dr. Solah Al-Khalidi versi MP3



Kuliah bersama Dr. Solah Al-Khalidi versi MP3 :-

Fiqh Takwil Al-Aqidah 19.05.2012
http://wwy.me/b9f4 atau
http://wwy.me/4H7o

Fiqh Takwil Al-Hadith 15.05.2012
http://wwy.me/09k1 atau
http://wwy.me/1V8o

Fiqh Takwil Al-Quran 15.05.2012
http://wwy.me/jAnM atau
http://wwy.me/TQC2

Selamat mendengar :)

Saturday, May 12, 2012

Kelas Pengajian Online



Assalamualaikum wbt,

Insya Allah Kelas 'Fiqh Takwil Aqidah' bersama Syeikh Dr. Solah Abdul Fattah Al-Khalidi adalah sebagaimana berikut :

Hari : Setiap Sabtu
Masa : 5 Petang Jordan (10 Malam Malaysia)
Kitab : Al-Qabasat As-Sanniah fi Syarhil Aqidah Al-Tahawiyah

Manakala pengajian 'Fiqh Takwil Hadith' pula adalah sebagaimana berikut :

Hari : Setiap Selasa
Masa : 9.30 Malam Jordan (2.30 Pagi Rabu Malaysia)
Kitab : Sohih Imam Muslim

Monday, April 23, 2012

Takut menghafaz Al-Quran kerana Azab?



Orang yang tidak menghafaz Al-Quran kerana takut diazab apabila lupa maka dia telah diketawakan oleh Syaitan - Syeikh Doktor Solah Abdul Fattah Al-Khalidi (minit ke 5:37 )


http://www.ustream.tv/recorded/22015091


Untuk video penuh boleh lihat di :
http://www.youtube.com/watch?v=8y30DlPlPaQ

Monday, April 9, 2012

Dukacita subuh



Subuh mereka
Didahulukan dengan tahajjud
Subuh kita
Dilewatkan ke minit terakhir

Subuh mereka
Didirikan dengan gah
Subuh kita
Didirikan dengan sejuta kemalasan

Subuh mereka
Tanda cinta kepada Allah
Subuh kita
Tanda cinta kepada kekasih

Subuh mereka
Berikan kekuatan rohani jasmani
Subuh kita
Lemahkan luaran dan dalaman

Subuh mereka
Memberi impak positif kepada sekeliling
Subuh kita
Menambah malas dan negatif

Subuh mereka
Ruang bertaubat dan mengadu
Subuh kita
Ruang solat satu minit




6.54 pagi,
9 April 2012,
Bayt Solah Al-Khalidi, Sweileh.

Sunday, April 8, 2012

Bunuh Diri



Orang yang membunuh diri (na'uzubillahi min zalik) sebenarnya adalah orang yang cuba mendapat perhatian orang yang paling dekat dengannya. Bukti : Dia tidak akan bunuh diri kecuali akan menelefon atau menghubungi orang yang terdekat terlebih dahulu.

Daie perlu ada cara tersendiri untuk menghiburkan hati, be positive!
(Caution : Manusia suka bersangka pada perkara buruk sehingga memakan diri.)


إن أحدكم ليعمل بعمل أهل الجنة حتى ما يكون بينه وبينها ذراع فيسبق عليه الكتاب فيعمل بعمل أهل النار فيدخلها ..
وإن أحدكم ليعمل بعمل أهل النار حتى ما يكون بينه وبينها ذراع فيسبق عليه الكتاب فيعمل بعمل أهل الجنة فيدخلها

Saturday, April 7, 2012

Rehat Dengan KARISMA



5 April - 7 April 2012


Karnival Sukan Mahasiswa Malaysia se-Jordan (KARISMA)


Alhamdulillah atas keceriaan yang dianugerahkan. Bersukan bukan untuk mencari musuh, bukan mencipta sengketa, bukan memarakkan dendam.

Senyum. Kata Ketua Kontijen Amman, saudara Amir Hamzah. Biar kita kalah dalam perlawanan tapi kita menang dalam senyuman.

لا تحقرن من المعروف شيئاً ولو أن تلقى أخاك بوجه طلق

Amman!!! Terbaik2

Thursday, April 5, 2012

Kritikan Dalam Bepersatuan

Bismillahirrahmanirrahim



قال تعالى ( الذين إن مكناهم في الأرض أقاموا الصلاة و آتوا الزكاة و أمروا بالمعروف و نهوا عن المنكر و لله عاقبة الأمور ) سورة الحج

Manusia yang hanya tahu mengkritik tanpa memberikan penyelesaian adalah mereka yang tidak membantu dalam membina masyarakat.

Apabila kita mengkritik biarlah disertakan dengan penyelesaian yang lebih baik daripada apa yang sedia ada barulah ia dikira sebagai kritikan yang membina.

Kritikan tanpa penyelesaian bukan sahaja mampu meruntuhkan semangat orang lain bahkan mampu meruntuhkan sesebuah organisasi.

Hendaklah kritikan itu bukan atas dasar khabar angin yang kita dengari, bukan juga atas pendapat peribadi sebelah pihak.

Perlu sedar bahawa sesebuah persatuan yang mengamalkan cara Islam sudah pastinya tidak akan bertindak secara bodoh, apatahlagi bertindak tanpa memikir maslahah terhadap sesuatu perkara. Jadi berhati-hatilah dalam mengkritik kerana boleh jadi kita yang terlalu jahil atas apa yang kita kritikkan.

Ada beza antara pandangan peribadi dan pandangan persatuan, pandangan peribadi adalah jika kau fikirkan atas kemaslahatan dirimu sedangkan persatuan memikirkan untuk kemaslahatan semua. Kepentingan orang ramai adalah lebih utama dan didahulukan daripada kepentingan persendirian المصلحة العامة مقدمةُ على المصلحة الخاصة

Berwaspada juga dengan pandangan persendirian ini yang kadang bertindak untuk menjatuhkan persatuan, berfikir untuk kepentingan dirinya sahaja. Sikap ini harus dihindari terutama oleh mereka yang bergelar pemimpin. Letakkan sifat amanahmu mengatasi segala kepentingan diri, jawatanmu dalam persatuan bukanlah suatu keagungan bahkan suatu tanggungjawab yang mesti dilaksanakan.


قال الله تعالى: )ان الله يأمركم ان تؤدوا الامانات الى أهلها، واذا حكمتم بين
الناس ان تحكموا بالعدل، ان الله نعما يعظكم به، ان الله كان سميعاً بصيراً(.
«النساء: 85
wanabdbaith. Powered by Blogger.

Visitor

free counters