Sunday, October 14, 2012

Jundullah (i)

Assalamualaikum wbt,



Alhamdulillah, selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam serta keluarganya, pengikutnya sehinggalah ke hari akhirat.

Jihad Amr bil Ma'ruf dan Nahyu 'anil Munkar
- Ada sesetengah orang membuat tanggapan bahawa oleh kerana Islam itu ialah agama Allah maka Allah pasti akan menolong agamanya dan mereka tidak perlu mengambil berat soal ini atau tidak perlu berkorban untuknya.

Tanggapan ini adalah tanggapan sesat dan terkeluar daripada kefahaman Islam yang sebenar.

ذلك ولو يشاء الله لانتصر منهم ولكن ليبلو بعضكم ببعض
"Demikianlah, apabila Allah menghendaki nescaya Allah akan membinasakan mereka, tetapi Allah hendak menguji sebahagian kamu dengan sebahagian yang lain." ( 47 : 4)


ولنبلونكم حتى نعلم المجاهدين منكم والصابرين ونبلو أخباركم
"Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu; dan agar Kami menyatakan (baik buruknya) hal ehwalmu." ( 47 : 31)

ألم تر إلى الذين قيل لهم كفوا أيديكم وأقيموا الصلاة وءاتوا الزكاة فلما كتب عليهم القتال إذا فريق منهم يخشون الناس كخشية الله أو أشد خشية وقالوا ربنا لما كتبت علينا القتال لولا أخرتني إلى أجل قريب قل متاع الدنيا قليل والآخرة خير لمن اتقى ولا تظلكون فتيلا
"Tidakkah kamu perhatikan orang-orang yang dikatakan kepada mereka : "Tahanlah tanganmu (dari peperangan), dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat!". Setelah diwajibkan kepada mereka berperang, tiba-tiba sebahagian dari mereka (golongan munafiq) takut kepada manusia (musuh), seperti takutnya kepada Allah, bahkan lebih sangat dari itu takutnya. Mereka berkata : "ya Tuhan kami, mengapa Engkau wajibkan berperang kepada kami? Mengapa tidak Engkau tangguhkan (kewajipan berperang) kepada kami sampai kepada beberapa waktu lagi? Katakanlah : Kesenangan di dunnia ini hanya sebentar dan akhirat itu lebih baik untuk orang-orang yang bertaqwa, dan kamu tidak akan dianiaya sedikitpun." ( 4 : 77 )

Nota Induksi Murabbi PPMA (i)

Bismillahirrahmanirrahim...



Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah, selawat dan salam ke atas Nabi junjungan mulia, Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam.


Perkongsian daripada Induksi Murabbi PPMA yang berlangsung baru-baru ini.


USRAH SEBAGAI TUISYEN
Jadikan tuisyen sebagai salah satu model di dalam usrah. Usrah itu tempat perkongsian rohani tetapi bukan membiarkan ahli mengabaikan kepentingan akademik.

BEBASKAN USRAH
Bebaskan usrah daripada cara yang kuno dan jumud kerana usrah hanyalah ijtihad dakwah maka caranya tidak terikat dengan yang lama apatahlagi jumud.

TUJUAN USRAH
1. Faham Agama
2. Beramal dengan Agama

MATLAMAT USRAH
Membentuk individu muslim yang sejati

PERLAKSANAAN USRAH
Usrah tidak lari dari 4 komponen utama :

1. Silibus : Hanya sebagai panduan untuk perkara berikut : 
a. Kefahaman aqidah dan syariat
b. Dakwah
c. 'Amal Jama'ie

2. Fokus : Bukan hanya tertumpu kepada akal bahkan rohani

3. Konsep :

4. (Tak sempat tulis)



bersambung....

Tuesday, October 2, 2012

Bersyukur Atas Nikmat Pemberian Allah



Mereka yang sentiasa memohon kepada Allah di penghujung malam, Allah pasti akan mengabulkan doanya. Namun, jangan lupa diri tatkala nikmat itu bertambah banyak dan menyenangkan... Mungkin di sana akan terselit musibah menguji keimanan dan ketaqwaan.

Iringikan dengan Alhamdulillah.

   

لئن شكرتم لأزيدنكم ولئن كفرتم إن عذابي لشديد

-----------------------------------
Saat bergelar sebagai suami, seseorang itu perlu sentiasa berdoa agar setiap keputusan yang dilakukan olehnya adalah keputusan terbaik daripada Allah SWT.

Doa diberikan kekuatan menghadapi dugaan, doa keluarga ini dilimpahi rahmat, sakinah dan mawaddah, dia kepada keempat ibu ayah dan semestinya kepada umat Islam amnya.

Perkahwinan mematangkan diri.
wanabdbaith. Powered by Blogger.

Visitor

free counters