Wednesday, September 11, 2013

Setahun Mendekati Kematian

Bismillahirrahmanirrahim

Semalam genaplah tahun ke 23 dari tarikh kelahiran. Dalam hijri jatuh pada 20 Safar 1411 Hijrah.

Hari itu bukan hari untuk bergembira, bahkan ia adalah hari muhasabah... Engkau lebih mengetahui apa yang telah engkau lakukan dan Allah lebih mengetahui hal tersebut dari dirimu.

إذا جاء أجلهم لا يستأخرون ساعة ولا يستقدمون
Apabila datangnya ajal mereka, tidak mereka mampu untuk melambatkannya walau sesaat dan tidak juga mampu mengawalkannya.

Kepada isteri yang dicintai, minta maaf atas kekurangan diri ini, tidak sesempurna mereka yang engkau dahulu impikan. Kau wanita solehah, tidak jemu mengajak kepada perkara kebaikan ketika diri dihambat rasa malas.

Setiap kali subuh dan engkau mengejutkan diri ini untuk berjemaah di masjid, kugagahkan kaki walau dalam kemalasan, hakikatnya selepas solat baru terasa akan kemanisannya. Sempat membaca zikir pagi saat pulang dari masjid yang mana jika tidak ke masjid sudah tentu ia tidak dibaca. Sempat juga memahami dan mendalami makna zikir tersebut... Betapa beruntung memiliki isteri sepertimu, betapa rugi orang yang memiliki suami sepertiku.

Zikir yang menggerunkan jiwa...
{ اللهم أنت ربي لا إله إلا أنت خلقتني وأنا عبدك وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت أعوذ بك من شر ما صنعت أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت} 


يا حي يا قيوم برحمتك أستغيث أصلح لي شأني كله

Semoga Allah memberkati hidup kita, melimpahkan rahmatNya kepada kita, mematikan kita dalam iman dan taqwa.
 
wanabdbaith. Powered by Blogger.

Visitor

free counters