Saturday, June 30, 2012

Tamrin

Assalamualaikum wbt,



Alhamdulillah, segala puji dan syukur kepada Allah SWT yang mentadbir, mengurus dan mencipta alam ini. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam.

Kali pertama mengikuti tamrin adalah semasa menuntut di Maahad Tahfiz Al-Quran wal Qiraat, Pulai Chondong yang dikenali dengan Mukhayyam Tarbawi.

Mengikuti tamrin bagiku adalah sesuatu yang menyeronokkan, satu tempat untuk menurunkan ego, memperbaiki diri, menjadi manusia yang lebih baik dalam beribadah, bertaqwa dan insan bergelar khalifah.

Ada yang berfikir bahawa tamrin ini menakutkan, di sana kita akan bertemu dengan fasilitator yang sentiasa garang, marah dan bengis. Di sana juga kita akan berjumpa pelbagai jenis denda yang mendera samada fizikal mahupun mental. Ini kelemahan pemuda-pemudi zaman sekarang!

Semua itu sebenarnya adalah mainan fikiran, seseorang yang telah bersiap sedia untuk ditamrinkan pasti sudah menyiapkan mindanya dalam menghadapi apa jua situasi. Maka tidak seharusnya dia gentar atau takut apabila dijerkah oleh fasilitator tatkala dia melakukan sesuatu kesalahan. Bersikap terbukalah menerima kritikan, sedari kesilapan kita dan terus mara ke hadapan. Kata-kata yang tiada faedah yang dilontarkan maka usahlah diendahkan bahkan anggaplah ia sebagai gurauan kelak ia tidak akan mempengaruhi emosi dan perasaanmu.

Buat fasilitator, jangan hanya berfikir untuk mendera orang tetapi fikirkan untuk membina manusia. Andai fikiran disetkan untuk mendera orang sahaja maka hasilnya ialah mewujudkan manusia yang tidak suka kepada jemaah, membenci tamrin serta segala program jemaah bahkan melarikan diri. Apa salahnya sekali-sekala menggunakan kaedah hati ke hati terhadap peserta? Sedangkan hukum boleh berubah-ubah inikan pula hati manusia yang ingin kita tawani. Bersikap professionallah!


Selamat bertamrin buat semua!

2 comments:

fasihah nasuha said...

jika fasilitator berniat utk mendera, maka dia menempah kpd permusuhan antara 2 hati...
tetapi jika dia berniat utk membina manusia..
insyaAllah kader Islam dapat dilahirkan..
Segalanya bermula dari niat.

Unknown said...

Yer, dengan niat juga mampu menguatkan kita apabila ditimpa ujian yang diluar sangkaan.

Jika benar kita bergerak kerana Islam, maka tiada kehinaan bagi kita.

wanabdbaith. Powered by Blogger.

Visitor

free counters