Saturday, May 1, 2010

Himpunan Kata


Assalamualaikum wbt,



Alhamdulillah atas segala nikmat yang dianugerahkan oleh-Nya kepada sekalian manusia. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam.

Terhimpun banyak perkara yang hendak kuucapkan dan luahkan, sebahagiannya telah pun kulupai... apapun, kuteruskan juga dengan post kali ini.


Pertama :

Tadi ana ke jamiah, sampai kat pintu masuk tu pengawal kata hari ni maktabah tutup sebab hari pekerja. Jadi ana pun pulanglah kembali ke Sweileh. Dalam perjalanan pulang tu terlihat seorang arab yang sedang berteduh di bawah pokok di tepi jalan. Masya-Allah amat menenangkan melihatnya meskipun jalan sibuk dan penuh dengan kereta [maklumlah tepi lampu isyarat... hehe]

Dalam pada itu datang terfikir akan nikmat deria yang Tuhan berikan, alangkah bersyukurnya kita dikurniakan dengan pelbagai deria. Kita mempunyai deria rasa, deria pendengaran, deria penglihatan, deria sentuh dan deria hidu.

Orang arab tadi merehatkan diri dengan berteduh di bawah bayangan pohon pada waktu panas terik merupakan dengan bantuan deria. Kalau manusia tidak merasai deria sejuknya berteduh maka kita tidak akan dapati adanya manusia yang berteduh daripada keterikan panasnya mentari, manusia akan sentiasa kepanasan. Begitu juga dengan deria-deria lain, alangkah susahnya hidup manusia jika hilangnya salah satu deria tersebut.

Dalam bas pulang ke Sweileh juga ku melihat satu pasangan suami isteri yang menggunakan bahasa isyarat untuk berhubung sesama mereka. Masya-Allah, meskipun hilangnya pada mereka deria mendengar dan bercakap tapi dengan Kasih Sayang Allah mereka masih mampu berhubung walau hanya dengan isyarat. Subhanallah... Maka bersyukurlah kita dengan deria yang ada... Alhamdulillah

Kedua :

Ikatan persahabatan yang terbina dahulu seolah retak dengan perbezaan fahaman, ku tidak pernah membencinya tapi begitulah halnya dengan ego. Kawanku ini adalah antara mereka yang mutasyaddidin dalam agama sebagaimana keadaanku sewaktu di sekolah menengah, namun keadaannya berterusan sehingga sekarang.

Sedih...

Ketiga :

Tilawah wal Hifz 3, hehe... madah ini merupakan madah yang tertinggi dan paling mendalam dalam bidang Tilawah dan Hafazan. Semestinya sebelum ini telah ku ambil madah Tilawah wal Hifz 1 dan 2 tapi yang ketigalah yang paling menyeronokkan dan meninggalkan kesan buat diriku. Tilawah wal Hifz 3 banyak membetulkan makhraj-makhraj hurufku, paling banyak menambahkan pengetahuanku dalam bidang tajwid.

Tilawah wal Hifz 1 : Ku ambil sewaktu di tahun pertama semester kedua pengajian di University of Jordan. Waktu ini penguasaan bahasa arab masih lagi kurang tapi dapat ku tangkap apa yang diperkatakan kerana apa yang diajar kebanyakannya sudah pun kuketahui. Madah ini kuambil dengan Syeikh Fadi, Imam Masjid Jami' Jamiah Urduniah.

Tilawah wal Hifz 2 : Kurang menyeronokkan kerana pelajar-pelajar yang sekelas denganku kurang komited dengan kelas. Diambil pada semester pertama tahun kedua pengajian bersama Dr. Amjad Sa'adah.

Tilawah wal Hifz 3 : Amat menyeronokkan, diambil pada semester kedua tahun kedua pengajian (sekarang). Pelajar-pelajar amat komited dan menumpukan perhatian yang agak padu dalam kelas [memang la sebab semuanya dah nak khirij kecuali ana yang baru berada di tahun kedua ni... huhu]. Soalan yang diajukan oleh pelajar pun amat mantap, berlainan sekali dengan yang sebelumnya. Bahkan syukbah kami dipuji oleh doktor... Gembira... hehe

Jadi sahabat-sahabat, jangan merasa dirimu itu telah sempurna dengan hanya engkau keluar daripada mana-mana sekolah tahfiz kerana di sekolah hanya mengajar engkau akan asas ilmu tajwid itu sendiri. Adapun jika engkau betul-betul hendak memperbetulkan tajwid dan makhrajmu maka di sinilah tempatnya, di bumi anbiya'. Engkau akan merasai kelainannya saat kau mengalaminya.

Akhir kalam, doakanku dan sahabat-sahabat yang dalam perjuangan... barakallahu fiikum, wassalam.



*p/s : Exam thani belum habis lagi, exam niha'ie pula mengunjung tiba... aduhai ^_^

0 comments:

wanabdbaith. Powered by Blogger.

Visitor

free counters