Saturday, April 17, 2010

Kitab (هل القران معصوم؟)

Assalamualaikum wbt,

Klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas.

Kali ini ingin ana kongsikan akan sebuah kitab yang dikarang oleh Syeikh Doktor Solah Abdul Fattah Al-Khalidi yang bertajuk : (القران ونقض مطاعن الرهبان). Kita ini menjawab kitab di dalam tajuk di atas, amat sesuai untuk dibaca oleh segenap lapisan masyarakat dalam menjawab dakwaan-dakwaan terhadap Al-Quran. Adapun di sini ana sertakan pengenalan kepada kitab (هل القران معصوم؟) agar kita mengenalinya sebelum menjawabnya dengan membaca kitab Doktor Solah dalam imej di atas.

-----------------------------------------------------------------------------

Pengenalan kepada Kitab (هل القران معصوم؟)

((Adakah Al-Quran itu Suci?))

Tajuk yang amat sensitif, bagi kitab berkaitan Al-Quran, diterbitkan cetakan pertamanya pada tahun 1994 masihi, dikeluarkan di dalam tiga bahasa : German, English dan Arab.

Pada muka surat utama tajuk buku ditulis bahawa penulisnya bernama ((Abdullah Al-Fadi)), ianya adalah nama samaran, yang jelas bahawa penulisnya bukanlah seorang, bahkan ia disediakan oleh sekumpulan kepaderian. Dicetak di Namsa, dikeluarkan oleh pertubuhan Christianity, namanya : 'Light of Life'.

Tajuk kitab itu disengajakan sedemikian, tanda soalnya adalah untuk menimbulkan provokasi, maksud soalan mereka : ((Adakah Al-Quran itu suci?)) merupakan pengakuan mereka bahawa Al-Quran itu tidak lari daripada kesilapan, padanya ada 10 kesilapan yang berlainan bahagian, dan ini bermaksud bahawa ianya bukanlah daripada Allah, jika ianya adalah daripada Allah nescaya tiada padanya kesilapan.

Penulis-penulis kitab ini membahagikan kepada 10 bahagian, mereka mendakwa menemui pada setiap bahagian itu sekumpulan kesilapan yang terdapat di dalam Al-Quran.

Bahagian Pertama : Geografi : Mereka mendakwa pada Al-Quran wujud 12 kesilapan geografi.
Bahagian Kedua : Sejarah : Mereka mendakwa pada Al-Quran wujud 55 kesilapan sejarah.
Bahagian Ketiga : Akhlak/Moral : Mereka mendakwa di dalam Al-Quran ada 9 kesalahan berkenaan akhlak.
Bahagian Keempat : Teologi : Mereka mendakwa ada 29 kesalahan teologi di dalam Al-Quran.
Bahagian Kelima : Bahasa : Mereka mendakwa ada pada Al-Quran 25 kesilapan bahasa.
Bahagian Keenam : Perundangan : Mereka mendakwa wujud 26 kesilapan perundangan di dalam Al-Quran.
Bahagian Ketujuh : Sosiologi : Mereka mendakwa di dalam Al-Quran itu ada 21 kesilapan mengenai sosiologi.
Bahagian Kelapan : Sains : Mereka mendapat ada 22 kesilapan berkenaan sains di dalam Al-Quran.
Bahagian Kesembilan : Kesenian : Mereka mendakwa pada Al-Quran itu ada 11 kesilapan seni.
Bahagian Kesepuluh : Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam : Mereka mendakwa wujud pada Al-Quran itu 33 kesalahan berkaitan kehidupan Rasul shallallahu 'alaihi wasallam.

Maka kita akan dapati bahawa pengarang-pengarang kitab ini menjumpai 243 kesilapan, pada berlainan tajuk, dan ini adalah satu jumlah yang amat besar, jika ianya benar maka benarlah Al-Quran itu batil dan penuh dengan kesilapan!!

Penulis-penulis kitab ini meletakkan di akhir kitab dengan susunan rujukan yang mereka rujuki, rujukan yang mana mereka keluarkan darinya kesilapan-kesilapan Al-Quran, ia adalah 22 kitab, sebahagian besarnya kepada penulis-penulis dari kalangan Christian, khususnya mereka yang membantah dan menghasut syubhat tentang Al-Quran.

Untuk melebih-lebihkan tipu muslihat mereka, agar kukuhnya syubhat-syubhat itu di dalam fikiran pembaca, maka mereka meletakkan di akhir kitab itu kuiz, menuntut kepada pembaca menjawabnya atas soalan yang dipilih daripada kitab tersebut, kemudian menghantar jawapan-jawapan kepada mereka di Namsa, supaya pembaca mendapat hadiah atas kegigihan mereka! Mereka berkata di awal kuiz : ((Wahai pembaca yang mulia : Jikalau kamu mendalami pembacaan kitab ini kamu pasti akan dapat menjawab soalan-soalan ini dengan mudah... Kami bersedia untuk menghantar kepadamu salah satu daripada kitab kami 'kerohanian' sebagai hadiah atas usahamu... Jangan lupa untuk menulis nama dan alamat penuhmu sewaktu menghantar jawapan kepada kami..))

Di antara soalan-soalan yang dituntut jawapannya kepada pembaca ialah :

Soalan 1 : Di dalam Al-Quran terdapat 10 bahagian kesilapan. Apakah ia?
Soalan 2 : Sebut 5 daripada kesilapan geografi yang ditulis di dalam kitab ini!
Soalan 3 : Penulis menyebut 55 kesilapan sejarah di dalam Al-Quran, tulis 10 daripadanya, dan terangkan 3 daripada 10 tersebut.
Soalan 4 : Al-Quran menghalalkan 9 kesilapan. Apakah ia? Tulis apa yang paling buruk bagimu tentangnya.
Soalan 5 : Penulis menulis 29 masalah teologi mengenai Al-Quran, syarahkan 5 daripadanya.
Soalan 6 : Penulis mendapati 26 kesilapan bahasa di dalam Al-Quran. Sebut 5 daripadanya.
Soalan 7 : Penulis mendapati 26 kesilapan perundangan di dalam Al-Quran. Sebut 5 daripadanya.
Soalan 8 : Penulis menjumpai 11 kesalahan sosiologi di dalam Al-Quran. Nyatakan 5 daripadanya.
Soalan 9 : Penulis bertanya akan 12 perkara sains yang salah di dalam Al-Quran. Berikan 5 daripadanya.
Soalan 10 : Penulis menjumpai di dalam kehidupan Nabi Islam 33 perkara mengaibkan. Nyatakan apa yang paling buruk bagimu akannya, dan terangkan.. Kemudian sebut apa yang pada pandanganmu tidak mengaibkan, dan penangkisannya menurut pandanganmu.

Kitab ini merupakan salah satu episod keterlaluan yang terlampau yang riuh rendah rentetan daripada (الهجوم على القرآن), yang mana Al-Quran dilemparkan perang oleh musuh-musuhnya, daripada yahudi dan nasrani, dan segenap musuh-musuh, yang tidak mengiktiraf sesungguhnya Al-Quran itu Kalam Allah, dan tidak beriman sesungguhnya Muhammad itu dialah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, mereka menyebar bahawa Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam itu adalah pembohong penipu yang mendakwa dirinya ialah nabi, berpegang bahawa Al-Quran itu wahyu daripada Allah kepadanya, sedangkan dia sendiri yang mengarangnya, dan dibantu oleh kaum yang lain!!

Inilah serangan kepada Al-Quran berpanjangan berterusan, ditempuhi selama 15 kurun, akhirnya serangan itu kembali kepada kegagalan dan segala puji bagi Allah, kekallah Al-Quran itu kukuh kuat, mengatasi, selalu disokong dan pemenang, dan bukanlah ini kitab yang paling awal di dalam menyerang Al-Quran, telah mendahuluinya beribu-ribu kitab yang dengki dan diracun, disembunyikannya oleh zaman dalam simpulan sejarah yang dilupakan, maka lupalah manusia akannya dan juga kepada penulisnya, kekallah Al-Quran hidup dengan kesannya, dijaga dengan berliku, dikenali ditafsirkan!! Sebagaimana kitab ini tidaklah merupakan pengakhir kepada rentetan pendengki yang buruk, nescaya akan diikuti selepasnya akan kitab-kitab yang lain, dikarang oleh musuh-musuh Al-Quran pendengki kepada kurun yang akan datang, maka kekallah Al-Quran diperangi oleh musuh-musuhnya sehingga terjadinya Qiyamah, akan tetapi ia akan kekal pemenang dengan izin Allah sehingga hari Kebangkitan, maka kami tidak takut yang diceraiberaikan, kerana kami yakin akan pertolongan-Nya dengan izin Allah.


-------------------------------------------------------------------------

Kami tegaskan di sini bahawa tiada sedikitpun kesilapan di dalam Al-Quran itu, tiada kesilapan pada mana-mana bahagian daripada Al-Quran, tidak pada bahasanya, tidak pada aqidah, tidak pada fiqh, tidak pada sejarah, tidak pada geografi, tidak pada sosiologi, tidak pada akhlak, tidak pada sains, tidak pada politik, dan tidak juga pada sirah! Sesungguhnya apa yang mereka katakan sebagai salah itu hanyalah gambaran yang mereka wujudkan menurut akal mereka yang pendek, menurut kefahaman mereka yang kurang, dan pandangan mereka yang lemah.

0 comments:

wanabdbaith. Powered by Blogger.

Visitor

free counters