Wednesday, April 14, 2010

Arab



Assalamualaikum wbt,

kalau tadi ana nyatakan akan kebaikan arab di Amman, sekarang lihat pula keburukan arab di Mu'tah. Arab yang berada di bawah satu negara yang sama iaitu Jordan. Geram... huhu



Salam keadilan dan kemanusiaan.

11.00 malam, 12 April 2010, Mutah, Karak, Jordan.

Sahabat saya beragama Islam, dipukul dan dibelasah oleh seorang pemuda arab tempatan sehingga sendi sikunya retak, kepala luka dan lebam di beberapa bahagian lain. Mangsa, yang berusia 24 tahun itu baru sahaja selesai mempengerusikan mesyuarat untuk Pameran Malaysia di Universiti Mutah yang akan berlangsung minggu depan. Beliau dalam perjalanan menghantar beberapa orang akhawat pulang ke rumah masing-masing tiba-tiba diserang secara mengejut.

Beliau disembam ke jalan raya sebelum disepak dan ditendang beberapa kali di bahagian belakang, perut dan pinggang. Kepala beliau juga telah disepak. Dalam usaha melarikan diri, beliau sekali lagi diterajang lantas menyebabkan siku beliau retak.

Presiden PERMATA, Us Amir Ibrahim ketika ditanya menyatakan bahawa beliau telah menghubungi pihak berwajib di Amman. Manakala, Us Hayyi pula telah menghubungi beberapa cawangan polis dan pihak keselmatan tempatan.

Mangsa kemudiannya dihantr ke Hospital diiringi oleh Us Hazmi, Us Syafiq dan Us Faisal.

Semoga mangsa cepat sembuh dan mampu meneruskan tugas harian seperti sediakala.

Keselamatan para pelajar di Mu'tah kian terancam. Beberapa kes telah direkod sejak beberapa bulan yang lalu.

Saya secara peribadi mengharapkan ada pihak yang bertanggungjawab akan tampil untuk mengambil aksi dan tindakan yang terbaik demi keselamatan para pelajar Melayu di Mu'tah atas dasr peri kemanusiaan dan semangat keadilan menentang kezaliman.

Saya berpendapat, pihak Jabatan Penuntut Malaysia Jordan dan Kedutaan seharusnya memandang serius terhadap isu ini.

Untuk sahabat di Mutah dan Jordan, kita perlu lebih berhati-hati selepas ini.

Membanteras kezaliman, menegakkan keadilan, memperkasakan keselamatan.


Ikhlas dari Hasanhusaini.


Sumber :

http://www.facebook.com/photo.php?pid=191409&id=100000433858638

http://www.facebook.com/hasanhusaini?v=wall&story_fbid=108898805812045

http://www.facebook.com/photo.php?pid=291156&op=1&o=global&view=global&subj=1120371436&id=100000206864647

0 comments:

wanabdbaith. Powered by Blogger.

Visitor

free counters